arraluvara's Reading List
2 stories
𝐇𝐈𝐒 𝐔𝐍𝐖𝐀𝐍�𝐓𝐄𝐃 𝐋𝐎𝐕𝐄 || 𝐎𝐆 by _theserra
_theserra
  • WpView
    Reads 56,357
  • WpVote
    Votes 4,231
  • WpPart
    Parts 31
𝐙𝐢𝐲𝐲𝐚𝐝 𝐇𝐚𝐫𝐫𝐚𝐳 || 𝐍𝐮𝐫 𝐀𝐢𝐫𝐚 𝐌𝐢𝐤𝐚𝐲𝐥𝐚 [ 𝐇𝐮𝐝𝐬𝐨𝐧 𝐅𝐚𝐦𝐢𝐥𝐲 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥. 𝟐 ] Ziyyad Harraz - tidak pernah percaya pada cinta. Dia lebih selesa hidup sendiri. Pendiam, sinis, dan tidak suka terikat. Bagi Ziyyad, cinta hanya membuang masa dan membawa luka. Dia tidak mahukan sesiapa dalam hidupnya. Tetapi Nur Aira Mikayla tidak pernah peduli dengan semua itu. Nur Aira Mikayla - adalah cahaya yang sentiasa bersinar, penuh dengan tawa dan harapan. Dia tidak gentar dengan dinginnya Ziyyad, malah semakin gigih dia mengejar. Setiap hari, dia muncul, membawa senyumannya yang cerah. Setiap hari, dia berusaha, seolah-olah penolakan Ziyyad tidak pernah menyakitkan. Namun di sebalik senyuman itu, Aira menyembunyikan rahsia. Dia bukan gadis yang tidak kenal erti luka. Dia bukan sekuat yang semua orang sangka. Dan kejarannya terhadap Ziyyad? Mungkin hanya cara untuk melupakan sesuatu yang lebih menyakitkan. Ziyyad tidak pernah tahu. Baginya, Aira hanya gangguan yang tidak diundang, satu masalah kecil yang akan hilang jika dia cukup kejam untuk menolaknya berulang kali. "Ziyyad, boleh tak awak bagi saya satu peluang?" "Untuk?" "Untuk buat awak jatuh cinta." "Sayangnya... aku jatuh tangga pun tak pernah, inikan pula jatuh cinta." Aira terus mengejar. Tapi Ziyyad? Tetap melarikan diri. Sehinggalah Aira berhenti. Buat pertama kali dalam hidupnya, Ziyyad rasa kehilangan. Sesuatu yang dia tidak pernah mahukan... kini menjadi sesuatu yang dia tidak boleh hidup tanpanya. Tetapi... masih adakah ruang untuknya? Atau semuanya sudah terlambat? START: [ 1 APRIL 2025 ] END: All Rights Reserverd @_theserra
𝐒𝐄𝐇𝐀𝐍𝐆𝐀𝐓 𝐃𝐈𝐍𝐆𝐈𝐍𝐌𝐔 by _theserra
_theserra
  • WpView
    Reads 386,178
  • WpVote
    Votes 5,406
  • WpPart
    Parts 17
𝐀𝐢𝐝𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐧𝐢𝐟 || 𝐙𝐞𝐧𝐢𝐚 𝐇𝐮𝐝𝐬𝐨𝐧 [ 𝐇𝐮𝐝𝐬𝐨𝐧 𝐅𝐚𝐦𝐢𝐥𝐲 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥. 𝟏 ] 'Mengapa di saat cinta mula berputik, takdir seakan membawa haluan berbeza?' Mereka bertemu dalam keadaan yang tidak sepatutnya. Mereka jatuh cinta pada waktu yang tidak sesuai. Dan mereka terikat dalam permainan yang tidak pernah mereka pilih. "Aku datang atas urusan kerja, bukan masa lalu." - Zenia Hudson "Kerja ya? Atau untuk cuci dosa lama kau?" - Aidan Hanif Pertemuan semula selepas bertahun itu membuka kembali luka lama, bersama kenangan yang selama ini cuba dikuburkan. Ketika empayar Hudson berada di ambang kemusnahan, Zenia dipaksa membuat pilihan. Mengorbankan cintanya atau menyelamatkan legasi keluarga. "Aku boleh stabilkan reputasi Hudson." "Tapi dengan satu syarat." - Aidan Hanif "Syarat... apa?" - Zenia Hudson "Kahwin dengan aku." - Aidan Hanif Saat kebenaran mula terbongkar satu persatu, Aidan tersedar bahawa wanita yang hadir membawa cahaya dalam hidupnya adalah orang yang sama hampir memusnahkannya. "Aku tak pernah bencikan kau... aku cuma benci diri sendiri sebab masih pilih kau." - Aidan Hanif Namun, sejauh manakah cinta mampu bertahan saat kepercayaan dikhianati? Antara cinta dan tanggungjawab, mana satu yang patut dikorbankan? Read by your own risk. All Rights Reserved @_theserra [ in revamp process ]