Kyzeel
Luqman Ezra- Seorang lelaki 19 tahun yang baru bergelar pelajar universiti. Di antara pelajaran, kehidupan, dan bayangan masa silam, Ezra cuba menjalani hidup seperti orang lain. Tapi semuanya berubah apabila status keluarganya mula menghantui dirinya. Sedikit demi sedikit, rahsia yang sepatutnya tersembunyi mula terbongkar.
Ramai yang mula mengetahui-
dia adalah adik kepada seorang lelaki yang digelar "King", nama besar dalam dunia gelap, ketua bagi sebuah organisasi berbahaya dikenali sebagai Black Order.
Sejak itu, hidup Ezra tidak lagi tenang.
Dalam masa yang sama, kehadiran Afeefah Husna mula mengganggu rutin hidupnya-gadis yang tidak sepatutnya terlibat, tetapi semakin hampir dengan dunia yang berbahaya itu. Pertemuan yang pada awalnya kebetulan, akhirnya menjadi sesuatu yang sukar untuk dielakkan.
Namun, dunia Ezra bukan dunia yang selamat.
"Siapa awak sebenarnya, Ezra?"
"Kalau kau tahu siapa aku...
kau sendiri akan pilih untuk jauh.
Sebab aku bukan lelaki yang baik...dan aku, jauh dari kata sempurna."
Persoalannya,
mampukah Ezra keluar dari dunia hitam itu demi seorang Afeefah Husna...
atau dia terpaksa terus tenggelam dalam bayangan gelap, demi keselamatan gadis itu?