chyleyaaa's Reading List
16 stories
π‘πšπ‘π¬π’πš π“πžπ«πšπ€π‘π’π« π‘πšπ²πͺ𝐚π₯ βˆ† 𝐂 by thenrrasya
thenrrasya
  • WpView
    Reads 7,697
  • WpVote
    Votes 614
  • WpPart
    Parts 85
RAHSIA TERAKHIR RAYQAL Sebuah kisah cinta dalam dunia gelap yang tak pernah izinkan bahagia "Dia datang untuk melindungi aku. Tapi dia juga yang simpan rahsia yang paling sanggup menghancurkan aku. Luna Rayqal bukan lelaki biasa. Dia pembunuh upahan paling senyap dalam organisasi mafia bawah tanah, yang hidupnya hanya berputar sekitar satu perkara: misi. Tiada cinta, tiada simpati. Sampai dia ditugaskan menjaga seorang gadis bernama Luna Azman anak kepada sasaran seterusnya. Dalam dunia penuh peluru dan pengkhianatan, dia temui sesuatu yang tak pernah wujud dalam jiwanya: *rasa ingin hidup untuk seseorang Tapi cinta dalam dunia mafia adalah kelemahan. Dan kelemahan itu... dihukum dengan nyawa. Rayqal mula melanggar perintah, menipu bosnya, dan simpan satu rahsia besar - yang kalau Luna tahu, dia takkan pernah maafkan. Bila Luna hampir tahu kebenaran, Rayqal hanya ada dua pilihan: membunuh ayah Luna atau mengorbankan dirinya sendiri. Kalau aku tak wujud dalam dunia ni esok... jangan benci aku, Luna. Aku dah pilih jalan yang paling selamat - untuk kau, bukan untuk aku Dan surat terakhir yang dia tinggalkan... mendedahkan segalanya. Cinta paling ikhlas kadang datang dari jiwa yang paling gelap. Tapi dunia tak selalu beri peluang untuk cinta macam tu hidup lama... Karya ketiga saya 🌷 πŸ“Œ dilarang tiru... πŸ“Œ dilarang copy
Hak Milik Arissa Aura Sofea | Ongoing  by fitrahsuri
fitrahsuri
  • WpView
    Reads 8,426
  • WpVote
    Votes 192
  • WpPart
    Parts 45
Karya-3 π‘¨π’“π’Šπ’”π’”π’‚ 𝑨𝒖𝒓𝒂 𝑺𝒐𝒇𝒆𝒂 | π‘«π’‚π’“π’Žπ’‚ 𝑱𝒆𝒃𝒂𝒕 "I wanna be yours"- π‘«π’‚π’“π’Žπ’‚ 𝑱𝒆𝒃𝒂𝒕. ARISSA AURA SOFEA. Nama yang cantik secantik si pemilik namanya. Namun, wajah cantik itu sentiasa tidak dihiasi dengan senyuman. Malah, perwatakan wanita ini jauh berbeza dari perempuan yang lain. Seorang yang dingin dan jarang bergaul dengan orang lain kalau bukan atas urusan kerja. DARMA JEBAT. Nama yang hebat, sehebat tuan punya nama. Perwatakan lelaki ini sangat berbeza dengan ARISSA AURA SOFEA. DARMA JEBAT merupakan salah seorang ahli dari sebuah syarikat yang menawarkan perkhidmatan bodyguard iaitu syarikat Eclipse Force. Perwatakan DARMA JEBAT yang ceria, suka tersenyum dan sentiasa dipenuhi dengan motivasi telah menjadikan hidup ARISSA AURA SOFEA yang gelap menjadi terang dan cerah. Tanpa ARISSA AURA SOFEA tahu, hidupnya sentiasa berada di dalam bahaya selagi ketamakan seseorang itu tidak hilang. Namun, nasib baiklah DARMA JEBAT sudah bersedia untuk berkhidmat menjadi bodyguard ARISSA AURA SOFEA bagi melindunginya dari sebarang bahaya. Namun, siapalah mereka untuk menolak takdir bahawa Allah SWT ingin menghadirkan satu perasaan indah diantara mereka berdua. "Saya rasa...saya nak jadi milik awak, Cik Aura"- π‘«π’‚π’“π’Žπ’‚ 𝑱𝒆𝒃𝒂𝒕. Apabila mereka mula saling mencintai, mereka terpaksa menghadapi pelbagai cabaran dalam kehidupan dan semestinya DARMA JEBAT lah yang akan menjadi 'perisai' buat ARISSA AURA SOFEA. "You are mine, Mr. Darma Jebat"- π‘¨π’“π’Šπ’”π’”π’‚ 𝑨𝒖𝒓𝒂 𝑺𝒐𝒇𝒆𝒂. "Yes. I'm yours, baby"-π‘«π’‚π’“π’Žπ’‚ 𝑱𝒆𝒃𝒂𝒕. Berjayakah DARMA JEBAT menjadi pelindung terkuat ARISSA AURA SOFEA? Adakah selamanya DARMA JEBAT akan menjadi HAK MILIK ARISSA AURA SOFEA? Semuanya bakal terjawab dalam... HAK MILIK ARISSA AURA SOFEA.
KESEMPATAN KEDUA by MairaAdh
MairaAdh
  • WpView
    Reads 364,600
  • WpVote
    Votes 33,552
  • WpPart
    Parts 67
(Stand Alone) Setiap orang ada menyimpan satu rahsia besar di dalam hidup mereka. Rahsia terbesar Airis adalah dia pernah bercinta dengan abang kawan baiknya sendiri. Dia mengandung dan mempunyai anak, hasil dari hubungan haramnya dengan lelaki bernama Firash Baihaqi. Nasib Airis malang apabila ditinggalkan dan harus menanggung semuanya seorang diri. "Selepas kau lahirkan anak tu, aku akan serahkan dia kepada orang lain. Maknanya dia bukan anak kau lagi dan orang lain takkan tahu yang kau pernah mengandung sebelum ini." Apakah pilihan yang Airis ada? Dia memalukan orang tuanya dengan perbuatan kejinya. Waktu tidak boleh diundurkan semula. Saat lahirnya anak yang dikandung selama sembilan bulan itu, dia hanya sempat mengucup sekali wajah si anak sebelum dibawa pergi. Untuk selamanya. Airis memulakan kehidupan baru dengan membawa diri jauh dari keluarga. Selama empat tahun dia hidup menderita kerana kesilapan lalunya. Dia juga tidak pernah berhenti mencari anaknya. Kerana dia yakin anaknya masih hidup di luar sana. Harapannya hanyalah diberikan kesempatan kedua untuk bertemu si anak. "Kahwin dengan Riyaz. Keputusan ayah muktamad!" Dipaksa untuk berkahwin dengan lelaki yang tidak dikenali adalah satu keputusan yang paling sukar buat Airis. Bagaimana dia mahu mengahwini lelaki yang dia tak cintai? "Saya tak nak kahwin dengan awak. Saya tahu ni aturan keluarga kita. Awak pun mesti tak rela, sama macam saya." - TENGKU AIRIS KIRANA "Awak silap, Airis. Family saya tak ada kaitan dalam hal ni. Saya yang nak kahwin dengan awak. Sangat-sangat." - RIYAZ ARSHAN Kejujuran itu penting dalam sesebuah hubungan. Pengkianatan juga akan menghancurkan hubungan cinta yang baru dibina. Seberapa lama perkahwinan ini akan bertahan? Kisah cinta mereka bukan mudah.
Her Sapphire Tides [C] βœ“ by miss_sakura2
miss_sakura2
  • WpView
    Reads 41,970
  • WpVote
    Votes 1,270
  • WpPart
    Parts 60
UNTUK PEMBACA MATANG ❗TRIGGER WARNING❗ [Suic1de,SA,Harsh Words,Immoral Actions] πŸ₯ˆ#2 trauma πŸ₯‡#1 angst πŸ₯‡#1 thriller πŸ₯‡#1 malay Ambil yang positif,buang yang negatif. Semoga menjadi pengajaran buat kita semua. The world isnt as beautiful as you see. Her and His Series: 1 "α΄‘Κœα΄‡Ι΄ κœ±Κœα΄‡ α΄…Ιͺα΄ α΄‡κœ±.." DIANDRA,hidupnya tidak secerah nama. Hanya kerana satu malam yang ditakuti semua wanita dan gadis,takdir hidupnya berubah. Kesalahan diletakkan di bahunya,beban dalam hidup dipikulnya seorang. Kasih sayang dari keluarga bertukar benci sehingga si ayah sanggup membuangnya dari keluarga. Dia tekad mengubah nasibnya,kekuatan dikumpul semula namun kebencian pada malam hari tidak akan hilang. Terdesak,dia datangi satu-satunya rakan lelaki yang dia punyai. Dia sedar akan perasaan yang disimpan oleh lelaki itu dan fikirnya,Adam akan menerimanya bulat-bulat. "Adam,aku perlukan kau untuk buat satu kerja gila."- Noor Iris Diandra "Kerja gila? Apa pula yang kau nak buat ni,Dian?"- Syed Adam "Kahwin dengan aku."- Noor Iris Diandra Alasan dibalik lamaran Dian itu merobek hati seorang Adam. Siapa saja yang mahu buah yang sudah ditebuk tupai? Sekali lagi,Dian dilambung ombak deras. Adam meninggalkannya dan lebih ironi,lelaki itu sudah punya kekasih. Namun,siapalah mereka ingin melawan takdir? Ombak yang deras di tengah lautan nampaknya takkan surut. Dua insan itu disatukan jua tetapi perkahwinan mereka seakan tidak wujud. Seorang di Timur dan seorang lagi di Barat. Dalam masa yang sama,Dian didedahkan dengan sikap sebenar Adam. Dalam pada Adam menyesali perbuatannya,semuanya sudah terlambat. Bulan yang bersinar itu sudah dilindungi awan gelap. Dian mengangkat kaki dari kehidupan orang-orang yang mengecewakannya dan berusaha sendiri demi keadilannya. "Please..return to me,Seleno" [Karya Pertama,2023]
THE SPLIT : BRAHMS by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 612,208
  • WpVote
    Votes 47,373
  • WpPart
    Parts 33
"Awak! Ada satu kunci tak cukup untuk bilik ni. Awak letak dekat mana? Biar saya pergi cari."- NAYRA Bila THE RULES BRAYAN dah dihapuskan. Aku fikir aku dah boleh teroka semua bilik-bilik yang ada di dalam rumah ini tanpa takutkan lagi hukuman kerana melanggar peraturan. Bahkan, ada satu bilik berkunci ditingkat tiga yang tidak pernah terusik langsung. Buatkan aku diserang rasa curiga sekali lagi. Tetapi kata Bayan, ia cuma bilik kosong yang pernah menjadi milik seseorang suatu ketika dahulu. Siapa? "Betul ke kau tak nak teman aku pergi outstation? Macam mana kalau aku tiba-tiba rindukan isteri aku?."-BRAYAN "Betul. Awak janganlah risau. Saya pandai jaga diri. Lagipun, Elly kan ada untuk teman saya dekat sini."- NAYRA Selepas dia pergi meninggalkan aku dan Elly di rumah yang besar dan luas ini. Satu demi satu perkara pelik yang terjadi. Kadang-kala sampai buatkan Elly terjaga kerana bunyi seperti ada seseorang pecah masuk ke dalam rumah. Bila diperiksa, tiada apa-apa yang mencurigakan. CCTV pun tiba-tiba sahaja terpadam. Hendak pendekkan cerita, suatu malam. Semua persoalan kami sudah terbongkar. Muncul seorang figura bertopeng penuh misteri di dalam rumah milik Brayan. Yang peliknya tujuannya bukan untuk mencuri barang berharga di dalam rumah ini, tetapi... Aku. Akulah tujuannya. "I'm Brahms. B-R-A-H-M-S. Bram's. Akulah yang selamatkan kau masa kebakaran tempoh hari. Ops! Tak perlu ucapkan terima kasih. Aku buat semua tu, sebab aku gentleman." "Kenapa awak tak pernah bagitau saya awak ada personaliti lain?"-NAYRA "Sebab personaliti dia jauh beza dengan aku. Sejujurnya, aku malu bila jadi diri dia."-BRAYAN "Siapa pun nama yang keluar dari tubuh ni,aku tetap Brayan. Aku tak pernah sesekali anggap diri sebagai BRAHMS. Walaupun aku fikir aku orang lain, tapi perasaan disini tetap sama. Aku suami kau, yang cintakan kau sejak kali pertama kita berjumpa. Yang takkan sesekali biarkan kau terluka atau tinggalkan kau buat kali kedua."
Sedetik Lebih [COMPLETE] by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 1,555,137
  • WpVote
    Votes 82,332
  • WpPart
    Parts 102
Maryam Elara tidak pernah menyangka, takdir akan menemukan dia semula dengan lelaki yang pernah menjadi suaminya, Raif Kaysan. Di sebuah majlis penuh gemerlapan, dia hanya seorang cleaner, sementara lelaki itu kini seorang CEO yang gah berdiri di puncak kuasa. Namun, tatapan Raif padanya bukan lagi penuh kasih, tetapi sarat dengan benci dan dendam yang bertahun-tahun terpendam. "Dahulu kau tinggalkan aku macam sampah. Sekarang kau datang sebagai apa? Cuma cleaner aje?" Raif melayan Maryam tak ubah seperti sampah, menghina dan merendah-rendahkannya tanpa belas. Dia mahu wanita itu merasa sakit, sama seperti luka yang Maryam tinggalkan dalam hidupnya dahulu. Tambah pula Maryam beralih kerja disyarikatnya, seakan membuka ruang untuk dia menjalankan misi dendam. "Jangan sebut nama aku, Jangan mengadu apa-apa pada aku, dan pastikan jarak kau berdiri 5 meter dari aku, faham?"-Raif Kaysan "Baik, brader."-Maryam Elara "Apa kau cakap?"-Raif "Tadi cakap tak boleh panggil nama, saya panggilah brader."-Maryam Setiap hari, Maryam hanya diam dan menerima segala perlakuan dingin Raif tanpa membantah. Dia tidak melawan, tidak juga merungut, meskipun lelaki itu menggunakan pangkatnya sebagai bos untuk membuli dan merendahkannya sesuka hati. Namun, tanpa sedar, sesuatu dalam diri Raif mula berubah. Dendam yang sekian lama membara perlahan-lahan pudar, digantikan dengan perasaan yang sepatutnya tidak wujud lagi, rasa yang pernah dia buang jauh-jauh dahulu. Kenapa? Kenapa hatinya mula goyah? Kenapa, setelah semua yang berlaku, dia masih mahu mencintai wanita itu? "Kalau masa berbaki sedetik lebih sekalipun, aku takkan patah balik pada kau."-Raif "Saya faham, jadi tak perlu bazirkan sedetik lebih itu untuk saya lagi."-Maryam Namun... adakah pertemuan Maryam membawa sebuah rahsia yang tersimpan sekian lama? Dan jika masa itu memiliki sedetik lebih lagi... apakah ia akan dipenuhi dengan cinta, atau terus dihimpit oleh dendam?
Pencinta Setiamu Β© by reverielyn
reverielyn
  • WpView
    Reads 475,514
  • WpVote
    Votes 23,792
  • WpPart
    Parts 63
Sejarah hidup Almahayra Fateeha Sofeya membuatkan dia menjadi seorang gadis yang berdikari sehingga dia menganggap cinta bukanlah satu keperluan untuknya. Sehinggalah seorang lelaki bernama Nazmi Zahran cuba mengetuk pintu hatinya. "Saya ni degil orangnya. Kadang-kadang gila sikit. Kalau saya kata saya nak awak, maknanya saya nak awak juga. Almaklumlah, anak kedua lah katakan" - Nazmi Zahran "Laa yeke. Saya pun keras kepala orangnya. Kadang-kadang baran sikit. Kalau saya kata saya tak nak, maknanya saya tetap tak nak. Almaklumlah, anak kedua lah katakan" - Almahayra Fateeha Sofeya "Cantik! Maknanya kita ada banyak persamaan. Okey, jom kahwin" - Nazmi Zahran "Wah! Mudahnya awak ajak perempuan kahwin. Kalau awak nak cari doktor psikatri untuk rawat penyakit gila awak tu, saya bukan orangnya. Sila cari dekat portal cari jodoh, tak pun dekat hospital. Dah, jangan kacau saya. Saya nak makan" - Almahayra Fateeha Sofeya Semenjak dari pertemuan pertama mereka, Nazmi mula tertarik pada gadis yang baru dia temui. Bermacam-macam cara yang dia lakukan untuk menambat hati si gadis. "Awak kerja apa ya?" - Almahayra Fateeha Sofeya "Kenapa awak tanya?" - Nazmi Zahran "Tak ada apa. Saya cuma nak bagitahu bos awak yang awak selalu curi tulang" - Almahayra Fateeha Sofeya "Eh, saya tak curi tulang. Saya hanya curi hati awak je" - Nazmi Zahran Published : *FEBRUARY 2025*
PEMILIK HATI ENCIK DUDA [TERBIT] by sopyzm
sopyzm
  • WpView
    Reads 4,171,448
  • WpVote
    Votes 11,687
  • WpPart
    Parts 4
#1 ENCIK'S SERIES π“π‡π€ππˆπ… 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐑 𝐗 πŠπ€π”π’π€π‘ π”πŒπ€πˆπ˜π€π‡ "Assalamualaikum, cinta." Thaqif Jabar - seorang duda yang kacak, bekerjaya dan memiliki seorang anak. Bekas isterinya langsung tidak mahu bertanggungjawab menjaga Jabir, anak tunggal mereka menyebabkan dia terpaksa mencari babysitter untuk anak mereka. Kausar Umaiyah - seorang gadis yang masih muda tetapi terpaksa korbankan usia mudanya untuk menjaga ibunya yang uzur. Satu peristiwa mempertemukan mereka berdua. Pada awalnya Thaqif sekeras-kerasnya membenci Kausar. Baginya gadis itu mahu mengambil kesempatan pada keluarganya. Kau ingat aku percaya kau?? Entah entah kau nak ambik kesempatan dekat family aku - Thaqif Even pakcik dah jumpa family saya, pakcik still tak percaya saya ke?? - Kausar Namun dia terpaksa mengambil Kausar sebagai babysitter anaknya sementara dia dapat mencari babysitter yang baharu. Cara layanan Kausar terhadap anaknya membuatkan hatinya mula tersentuh. Tanpa diduga, perasaan cinta muncul secara tiba tiba namun dia masih menafikan. Sehingga hatinya mula terdetik untuk meluahkan perasaannya pada gadis itu. Kau dan Jabir separuh nyawa aku. Jika salah seorang hilang, maka tak lengkap la kehidupan Thaqif Jabar - Thaqif Jabar Kemunculan bekas isterinya semula membuatkan fikirannya bercelaru. Bersama dengan bekas isterinya semula atau bersama yang baharu? Masih cintakah dia pada bekas isterinya? START - 22/2/2023 END - 29/4/2023
PILIHAN HATI ENCIK MUDA [COMPLETED] by sopyzm
sopyzm
  • WpView
    Reads 528,777
  • WpVote
    Votes 19,504
  • WpPart
    Parts 51
πŠπ€π’π˜π€π… 𝐔𝐐𝐀𝐒𝐇𝐀 𝐗 π„π‹π˜ππ€ π…π€π‘πˆπ’π‡π€ "Hello, sweetie!!!" SAMBUNGAN KEPADA PEMILIK HATI ENCIK DUDA‼️ Seusia 23 tahun , Kasyaf Uqasha dihalau keluar daripada rumahnya sehelai sepinggang. Hidupnya ditentukan dengan nasib sahaja. Pertemuannya bersama Thaqif Jabar mengubah hidupnya. Zero to hero. Dia amat terhutang budi dengan lelaki itu. Sepanjang dia berkerja di syarikat Thaqif Jabar , ramai gadis cuba untuk memikatnya namun dihiraukan. Matlamatnya adalah satu iaitu mengubah nasib keluarganya. Pertembungannya dengan adik kandungnya semula merupakan 'langkah kanan' baginya. Kemunculan Elyna yang pulang ke Malaysia untuk memikat hati Thaqif Jabar. Namun segala rancangannya hancur membuatkan dia bertekad untuk menjauhkan diri. Secara tidak sengaja , hatinya terpaut untuk memiliki Kasyaf Uqasha. Tak kisah dengan cara apa sekalipun , Kasyaf Uqasha mesti menjadi miliknya. Hampir setiap hari dia mengoda jejaka itu. I taknak jadi boyfriend you -Kasyaf I tak suruh pun you jadi boyfriend I, Qasha. I cuma nak you terima cinta I dan I nak you jadi suami I, Kasyaf Uqasha. -Elyna Hari demi hari , akhirnya Kasyaf Uqasha tergoda dengan godaan Elyna membuatkan mereka berdua terpesong. Atas kesalahan mereka itu , Kasyaf Uqasha mengambil keputusan untuk melamar Elyna demi menutup kesalahan mereka tanpa sesiapa yang tahu. I akan bertanggungjawab atas apa yang berlaku semalam. I akan kahwin dengan you. -Kasyaf Sepanjang rumah tangga dibina , mereka bahagia. Namun semuanya sementara apabila pelbagai fitnah yang dilemparkan. Hati Elyna mula tawar , dan dia membuat keputusan untuk menghilangkan diri. START : 21/8/2023 END : 30/10/2023
PUJAAN HATI ENCIK TERUNA [COMPLETED] by sopyzm
sopyzm
  • WpView
    Reads 1,060,594
  • WpVote
    Votes 45,216
  • WpPart
    Parts 57
πˆπŒπ€π π‘πˆπ™π 𝐗 π€π˜π‘π„π„π 𝐋𝐀𝐃𝐄𝐄𝐍𝐀 "Miss me dear??" SAMBUNGAN PEMILIK HATI ENCIK DUDA‼️ Perpisahan antara Iman Rizq dan Kausar Umaiyah membuatkan Iman membawa diri mencari cinta yang baru. Sikap Iman yang "mulut manis" membuatkan gadis takut untuk mendekatinya. Siap digelar buaya lagi. Kepulangan Ayreen Ladeena ke Malaysia , memberi satu makna untuknya. Mana taknya , sudah lama dia berpisah dengan pujaan hatinya itu. Harapannya juga adalah memikat hati gadis itu. Penantianku bakal berakhir. Semoga Allah pertemukan kita semula. - Encik Teruna Kiriman bunga mawar dan sepucuk surat membuatkan Ayreen tertanya tanya. Siapa pemberi bunga mawar itu?? Adakah Tengku Darwish?? Lelaki yang suka control hidupnya walaupun sekadar kawan. Saya cemburu kalau lelaki lain tengok awak. Saya tak boleh , Ayreen. Jujur saya cakap saya suka awak , Ayreen - Tengku Darwish. Iman cuba mendekati gadis itu dengan lebih dekat. Namun Ayreen sentiasa dingin dengannya. Sejarah hitamnya itu membuatkan dia takut untuk mendekati mana mana lelaki. Akan tetapi layanan Iman sedikit sebanyak membuatkan Ayreen tertarik untuk mengenali Iman dengan lebih dekat. Kemesraan mereka membuatkan ada hati yang mula iri dengan mereka. Satu persatu rancangan dilakukan untuk memusnahkan hubungan mereka. Berjayakah mereka?? βœ… 100% idea sendiri βœ… Tiada unsur plagiat βœ… If tersama itu adalah satu kebetulan START : 7 MEI 2023 END : 2 OGOS 2023