qashard
- Reads 1,753
- Votes 125
- Parts 2
Tuan Jibrail Hughes, si duda tampan terkenal dengan sikap angkuh dan cerewet. Kerana kegagalan rumah tangganya, cinta dan kesetiaannya hancur menjadi debu. Hati dan perasaannya mati buat mana-mana wanita.
Konflik bermula apabila Datin Sri Tania, bondanya memaksa Jibrail mencari seorang pengasuh baru sementara, dalam masa lapan bulan untuk menjaga Adri Hilman dek terlampau nakal.
Takdir Tuhan telah mempertemukan dia dengan Orked Inara, si gadis kasar rela dalam paksa menjadi pengasuh sementaranya.
"Kau ni tahu jaga budak ke tak, Orked? Aku bayar gaji kau empat ribu bukannya pakai daun kari!" ―JIBRAIL HUGHES
"Walaweh, memang tak sayang mulut betullah pakcik ni!" ―ORKED INARA
Kalau Jibrail sudah serius dan dingin orangnya berlawanan pula dengan sikap Orked si kuat menjawab dan pantang dicabar. Bukan sahaja tentang penjagaan Adri, malah apa-apa perkara pun boleh jadi penyebab perang dingin berlaku!
"Hei, Orked! Kau ni pandai masak ke tidak? Hangus aje ayam goreng yang kau masak ni, dah tak ada rupa! Buanglah!" ―JIBRAIL HUGHES
"Pakcik ni banyak cakaplah. Adri tu elok je saya tengok dia makan, tak ada pun complain macam pakcik ni." ―ORKED INARA
"Adri makan sebab Adri laparlah, kakak Oked!" ―ADRI HILMAN
Bila tersedar Jibrail sendiri keliru dengan perasaannya. Dia benar-benar jatuh cintakah pada Orked Inara? Benarlah cinta tak mengenal usia... Semudah itu si pakcik tua ini terjatuh cinta buat kali kedua?
"Kenapa pakcik bagi saya cincin ni?" ―ORKED INARA
"Aku nak kau jadi suri hati dalam hidup aku. Kita kahwin." ―JIBRAIL HUGHES
Bagi Jibrail, perbezaan jarak usia 14 tahun itu tidak menjadi satu halangan malah hatinya sudah lama terpaut sejak kali pertama mereka bertemu. Mahligai yang terbina, awalnya sangat membahagiakan namun tatkala hadirnya Rania Edlina, bekas isteri lelaki itu muncul semula?