pwtyyiee's Reading List
16 stories
Cinderella Milik Tuan Ceo | OG by syam1m1e
syam1m1e
  • WpView
    Reads 49,294
  • WpVote
    Votes 2,994
  • WpPart
    Parts 21
Karya ketiga by syamimie⏳️ Blurb: Sempurna? Jauh sekali. Dia membesar dengan serba kekurangan. Kekurangan yang pada awalnya hanyalah sekadar perkara biasa pada seorang Mirea Sofea. Namun, kekurangan yang ada pada dirinya mula menjadi bahan hinaan orang sekeliling. Sehinggakan dia berfikir bahawa dia adalah orang yang paling malang di dunia ini. Hari-harinya berjalan seperti biasa, memekakkan telinga tatkala dirinya menjadi umpatan orang. Padanya, dia mampu harungi semua ujian ini, sehinggalah satu malam yang mengubah segalanya. Zayn Evryn. Sempurna? Ya, cukup sempurna. Satu kejadian yang membawa pertemuan mereka berdua itu membuatkan dua jiwa meronta dalam tak rela. "Eh kau tak payah nak berlakon lah depan aku! Kau yang rancang semua benda ni kan?! Kau goda aku semalam sebab kau nak bolot semua harta aku kan?!" -Zayn Evryn "Encik merepek apa ni?! Saya tak kenal pun siapa Encik!! Kenapa Encik fitnah saya macam ni!!" -Mirea Sofea Setelah malam itu, masing-masing memilih untuk meneruskan hidup seperti biasa. Namun, munculnya kembali Zayn disisi Mirea membuatkan Mirea semakin gila. Bukan gila kerana lelaki itu berbuat jahat padanya, namun gila kerana perubahan mendadak lelaki itu. "Love me, Mirea Sofea..." -Zayn Evryn Bagaikan terhenti dunianya. Kelu lidah Mirea dengan pengakuan berani mati lelaki itu. Cinta? Mirea tidak kenal apa itu cinta. Dirinya yang serba kekurangan itu, layakkah dia untuk dicintai? Dan Zayn Evryn? Mengapa dia tiba-tiba sahaja meluahkan rasa cinta? Adakah ada sesuatu di sebalik perkenalan mereka itu sehinggakan Zayn sanggup mengejar cinta Mirea sebegitu rupa? Dan apakah rahsia yang tersembunyi di sebalik semua ini sebenarnya? Start: 1/1/2026 End:
Way back to you.  by elyanaleenn
elyanaleenn
  • WpView
    Reads 39,990
  • WpVote
    Votes 1,530
  • WpPart
    Parts 52
" Apa salah I ? All I do is loving you" - Malika Azzahra. Yang dia inginkan hanyalah cinta dari seorang Hud Yaseer.Bertahun-tahun dia cuba mengejar cinta dari lelaki itu namun tiada satu pun yang berjaya. "Kalau aku bukan ditakdirkan untuk orang sempurna macam Soleha pun, aku takkan pernah pilih kau" - Hud Yaseer. Soleha sentiasa jadi yang terbaik sementara Malika sentiasa jadi yang terburuk di mata Hud. Setelah semua kegagalan dalam hidup, Malika cuba untuk berubah jadi lebih baik. Beberapa tahun setelah itu, Malika bertemu semula dengan Hud setelah lama masa berlalu. Namun dia bukan Hud Yaseer yang Malika banggakan dulu. " Awak nak bunuh diri ke ?" -Malika Azzahra " Lebih baik begitu" -Hud Yaseer Pertemuan itu akhirnya membawa kepada sebuah perubahan besar dalam hidup Hud.Tidak mengetahui gadis berpurdah yang selamatkan dia dari bunuh diri ialah Malika Azzahra. Gadis yang dia perlekehkan dulu. " Aku nak kahwin dengan kau" - Hud Yaseer Takdir selalu membawa mereka bersama, akhirnya mereka bersatu dalam sebuah hubungan halal. Melalui segala ujian yang pastinya, memeritkan. " Awak ingat dalam dunia ni awak seorang je yang diuji ? Awak sorang je yang sakit ? Saya pun sakitlah Hud, saya pun sakit !" -Malika Azzahra. Mungkin...mungkin ada masa tidak semuanya akan bahagia.
Dia, Bintang di Syurga ✓ by thebellesa
thebellesa
  • WpView
    Reads 216,600
  • WpVote
    Votes 13,648
  • WpPart
    Parts 84
(COMPLETE) "Dia, suami dari neraka yang masih ku anggap sebagai kiriman terindah daripada Tuhan." Iman kalau bertentang dua kepala dengan Aisar, fuh! Musuh tradisi, anjing dengan kucing, perang dunia ketiga, semua boleh masuk! Tapi, ada sisi Aisar yang Iman suka. Aisar... protective! "I tunang Iman. Lagi dua bulan, kami akan kahwin. So, I harap you tak ganggu bakal isteri I sebelum i cabut semua gigi jonggang you. Faham?" -WAAN AISAR "Kenapa awak cakap yang kita nak kahwin? Nanti tak fasal jadi gosip murahan satu hospital ni!" -IMAN NADEENA Di sebalik rasa bahagia, pasti ada onak duri yang kunjung tiba. Aisar, pencinta kaum sejenis. Bukan dia tak cuba berubah, dah cuba. Bukan dia tak cuba ubati, dah cuba. Cuma, tak boleh. "Mama nak Waan kahwin Qamelya. Prove me that's you're not gay!" -PUAN SRI SYUHADA "Mama nak Waan kahwin dengan Qamelya? Qamelya yang ada kanser tu? Siapa nak bimbing siapa sebenarnya ni?" -WAAN AISAR Dan, di sini Iman. Kononnya, sudi jadi isteri atas kontrak. Langsung tidak mengaku cinta. Padahal, diri dilamun cinta asmara! "Apa kata kita kahwin, Aisar? Lepas awak jumpa orang yang awak suka, cinta sebenar awak, kita berpisah baik-baik?" -IMAN NADEENA Kisah ini bukan kisah bahagia. Saat ingin mengecapi rasa manisnya bersama, saat itu lah, derita saling merobek rasa cinta yang terbina. Mahligai ini... tidak selamanya kukuh di sini. [ inspirasi dari kisah nyata | spin-off bukan cinta sempurna ] WARNING: WATAK PEREMPUAN LEMBIK MACAM JELI!
ZAFRAN'S: His Precious Belle [TERBIT] by Missailynn
Missailynn
  • WpView
    Reads 2,557,830
  • WpVote
    Votes 30,317
  • WpPart
    Parts 22
TENGKU ZAFRAN & IRENE ISABELLE START : 1 MARCH 2025 END : 7 JUNE 2025 The Grand Elite High School. Dua nama menjadi bualan para pelajar dan guru. TENGKU ZAFRAN ADHA. Pewaris TZ Security yang petah, genius, nakal dan tinggi egonya. IRENE ISABELLE. Pewaris Magical Musicworks berdarah campuran, cantik, bijak dan berprinsip tinggi. "So... you are Tengku Zafran? The second place?" -Irene "And you are... Irene Isabelle?" -Tengku Zafran Pertemuan mereka bukan kisah cinta pandang pertama, tetapi permulaan kepada satu perang kecil yang berpanjangan. Dua pelajar terhebat yang tidak pernah berhenti bersaing demi kedudukan nombor satu. Namun segalanya berubah apabila Irene tiba-tiba menghilang dua minggu sebelum SPM, selepas pemergian bapanya. Meninggalkan Tengku Zafran dalam tanda tanya yang tak pernah terjawab. 13 tahun kemudian, Irene kembali ke Malaysia... dan tanpa disangka, Tengku Zafran muncul semula dalam hidupnya. Bukan sebagai lawan lama, tetapi sebagai pengawal peribadinya. Irene menolak tapi lelaki itu mendekat. Niatnya jelas mahu melindungi Irene, tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Hanya disebabkan satu malam, semuanya musnah. Malam yang mengikat status mereka sebagai suami isteri dalam keadaan yang tak pernah mereka pilih. Irene terperangkap dalam trauma dan rasa hilang arah. Tengku Zafran pula dihimpit rasa bersalah, namun nekad untuk memperbaiki semuanya, walau tiada cinta antara mereka. "You ruined me, Zaf. Macam mana you nak expect I hidup dengan you?" -Irene "I know. And I don't deserve your forgiveness. But please Irene... let me spend the rest of my life trying to make things right. Even if it means giving up everything I have." -Tengku Zafran Tiada cinta. Hanya luka, janji dan ikatan. Mampukah dua jiwa yang pernah berlawan, akhirnya belajar untuk berdamai dalam satu ikatan? Dan mampukah cinta lahir... dari malam yang sepatutnya tak pernah berlaku?
LAST FORMULA by Missyuki12_
Missyuki12_
  • WpView
    Reads 9,858
  • WpVote
    Votes 716
  • WpPart
    Parts 40
Hector Braselton X Nur Eira Dalam dunia Formula 2 yang penuh kelajuan dan perhatian media, Hector Braselton ialah pelumba muda Sepanyol yang berbakat tetapi dingin, angkuh dan sukar untuk didekati. Hidupnya mula berubah apabila dia bertemu Nur Eira, seorang model tangan dan pemilik kafe yang langsung tidak terpesona dengan nama besarnya. Pertemuan pertama mereka di Litar Sepang bertukar menjadi pertengkaran apabila Eira tanpa sengaja menghalang laluannya. "Are you blind? Move, ahora mismo!" marah Hector. Eira berkerut dahi. "What did you just say?" Hector mengeluh geram. "I said move. You're blocking my way." "Oh, sorry. I didn't know the track belongs to your royal highness." "Dios mío... you're really annoying." "And you're really arrogant." Namun takdir menemukan mereka sekali lagi apabila mereka terpaksa menjadi model kempen bersama untuk sebuah jenama besar. Hector yang tidak biasa dicabar mula berdepan dengan seorang wanita yang langsung tidak takut melawannya, manakala Eira mula melihat sisi lain lelaki yang selama ini hanya dikenali sebagai pelumba sombong. Tetapi apabila dunia perlumbaan, tekanan media dan rahsia lama mula menghampiri mereka, mampukah dua hati yang sering bertembung ini mengakui perasaan yang semakin berkembang?
𝐓𝐚𝐤𝐝𝐢𝐫 𝐁𝐮𝐚𝐭 𝐀𝐤𝐮 | EDITED VERSION C by Lynnesandra
Lynnesandra
  • WpView
    Reads 709,488
  • WpVote
    Votes 14,665
  • WpPart
    Parts 55
Tengku Ian Mikael | Nur Izzah Raihana Start: May 2024 End: August 2024
The Silent Voice Is My Wife | OG by Lxyhavreb_
Lxyhavreb_
  • WpView
    Reads 62,777
  • WpVote
    Votes 4,729
  • WpPart
    Parts 45
𝓝𝓞𝓐𝓗 𝓗𝓐𝓘𝓚𝓐𝓛 • Seorang lelaki yang tegas, dingin dan sukar dibaca. Pernah menjadi pembuli kepada Arissa ketika kecil tanpa menyedari kesan yang ditinggalkan. Kini, dia membesar sebagai seorang yang berbeza, namun masa lalu tetap menghantui dirinya. 𝓐𝓡𝓘𝓢𝓢𝓐 𝓓𝓐𝓝𝓘𝓔𝓛𝓛𝓔 •Seorang gadis yang bisu sejak kecil. Lembut, pendiam dan menyimpan seribu rasa dalam diam. Di sebalik kekurangannya, Arissa memiliki hati yang kuat walaupun pernah melalui luka akibat dibuli pada zaman kanak-kanak. 𝚎𝚗𝚓𝚘𝚢 𝚛𝚎𝚊𝚍𝚒𝚗𝚐 𝚍𝚊𝚗 𝚓𝚊𝚗𝚐𝚊𝚗 𝚕𝚞𝚙𝚊 𝚋𝚊𝚐𝚒 𝚟𝚘𝚝𝚎! Start: 29 March 2026 End:
Tiara, Bidadari Syurga by sofeaqiss
sofeaqiss
  • WpView
    Reads 9,090
  • WpVote
    Votes 459
  • WpPart
    Parts 42
Tengku Haris Bin Tengku Haqiem merupakan seorang doktor pakar psikologi yang cukup dikenali dengan ketenangan dan kebijaksanaannya merawat pesakit mental berisiko tinggi. Di mata semua orang, dia lelaki sempurna. Tenang. Profesional. Sukar dibaca. Namun di sebalik kot putih itu, tersembunyi satu rahsia yang perlahan lahan sedang memusnahkan dirinya sendiri. Dissociative Identity Disorder. Pada siang hari, dia ialah Tengku Haris. Seorang doktor yang hidup berlandaskan logik dan kewarasan. Tetapi apabila malam menjelma, sisi lain dirinya mula mengambil alih. Eris Harzan. Seorang pelumba motor haram yang hidup dalam dunia penuh kelajuan, bahaya dan kegelapan. Dua personaliti. Dua kehidupan. Satu tubuh yang sama. Dalam kekacauan dirinya sendiri, takdir menemukan dia dengan seorang gadis bernama Tiara Qistina Binti Qayyum Arman. Gadis yang perlahan lahan berjaya menembusi dinding dingin hatinya. Namun cinta tidak pernah hadir tanpa ujian. Saat Tiara mula menerima Tengku Haris seadanya, dia juga terpaksa berdepan sisi lain lelaki itu. Sisi yang liar, sukar dikawal dan penuh rahsia. Semakin dia cuba mempertahankan rumah tangga mereka, semakin banyak kebenaran mula terbongkar. Dan apabila cinta terperangkap di antara kewarasan dan kehancuran... masih mampukah mereka bertahan hingga ke akhirnya?
LUKA YANG TERPENDAM (SU) by delunania
delunania
  • WpView
    Reads 28,104
  • WpVote
    Votes 2,239
  • WpPart
    Parts 15
Mature content | FIRST BOOK Elara Qyrania, seorang gadis yatim piatu yang kehilangan ibu bapanya akibat kemalangan jalan raya. Dia terpaksa tinggal bersama mak ciknya, Mak Cik Leha, yang menganggap kehadiran Elara sebagai pembawa sial. Akibat hutang yang menjerut leher, suami kepada ibu saudaranya sanggup menjual Elara kepada tuan kelab malam. Walaupun hati Elara berat, dia terpaksa akur dengan keadaan itu. Namun, sebagai seorang wanita, dia memilih untuk tabah dan pasrah. Dalam hiruk-pikuk kelab malam itu, Elara tidak sedar dirinya dijadikan kambing hitam dalam rancangan licik untuk menjerat Zayden Elric. Pada mulanya, Zayden menolak mentah-mentah permintaan Elara. Baginya, apa yang terjadi bukan tanggungjawabnya. Hatinya masih beku, egonya masih menebal. Sejak berkahwin, dia tidak pernah mempedulikan Elara dan membiarkan gadis itu menderita sendirian. Mampukah tautan kasih ini bertahan, atau bakal lebur dalam sekelip mata dek badai yang melanda?