ᯓᡣ𐭩
39 stories
Anugerah Terindah [C] by ainelaaa
ainelaaa
  • WpView
    Reads 70,312
  • WpVote
    Votes 2,360
  • WpPart
    Parts 60
↳ KARYA KETIGA Tiada yang lebih menyakitkan melainkan rindu yang kian menggebu terhadap orang yang sudah pergi meninggalkan dunia. Kematian tunang kesayangan membuatkan Khalish Rifqi hilang arah. Dia merasakan hidupnya kelam setelah cintanya turut terkubur bersama si pemegang hati. Tiga tahun telah berlalu, hati masih tetap setia dengan yang satu sehinggalah takdir membawanya ke satu pertemuan dengan seorang gadis bernama Haania Aylin. "By the way, saya nak jadi kawan awak boleh? - Khalish Rifqi Hidup Haania Aylin penuh dengan kesunyian. Membesar di rumah anak yatim tanpa mengetahui siapa keluarganya. Hidupnya hanya berseorangan, merasakan bahawa jika kedua-dua ibu bapanya pun sanggup membuangnya, apatah lagi orang lain? Pertemuan dengan Khalish memberi sinar baharu. Lelaki itu datang mengisi kesunyian yang ada, melenyapkan segala persepsi yang ada. Rumah tangga dibina membuatkan Haania Aylin merasakan dia wanita yang paling bahagia. "Nia rasa hidup Nia macam dah lengkap. Tak macam sebelum ni. Sekarang, Nia dah ada abang dan selamanya pun Nia akan cintakan abang." - Haania Aylin Namun, apa yang terjadi apabila ayat yang pernah diungkap itu mula sirna selepas terbongkarnya satu rahsia yang sudah tentunya merobek jiwa milik Haania Aylin? "Nia pernah anggap abang adalah anugerah terindah dalam hidup Nia, tapi Nia salah. Ternyata abang hanya bawa luka yang lagi dalam dari apa yang Nia pernah rasa sebelum ni..." - Haania Aylin Dia yang disangkakan bahagia, namun ternyata, hanya luka. Akan adakah cahaya kebahagiaan untuk mereka berdua?
Duri di antara kita [editing] by luving_belle
luving_belle
  • WpView
    Reads 681,417
  • WpVote
    Votes 493
  • WpPart
    Parts 1
Amyra Rose. Sebaris nama yang mencerminkan keanggunannya sebagai seorang gadis Muslim. Kehidupannya sederhana, namun hatinya sentiasa merasa cukup. Leo Caden. Seorang lelaki tampan dengan kehidupan gelap. Sejak kecil, dia sudah terbiasa dengan dunia pembunuhan. Bagi Leo, bunuh bukan lagi perkara luar biasa dan menakutkan baginya. Pertemuan antara Leo dan Rose berlaku secara tidak dijangka dan berkali-kali, hingga tanpa disedari, Leo mula tertarik dengan gadis itu. Namun, perbezaan agama, keluarga, status, dan cara hidup masing-masing menjadi tembok yang sukar diatasi. Mereka dipaksa oleh keadaan untuk berpisah walaupun hati masing-masing sudah pun berpaut antara satu sama lain. Namun, sejauh manakah kuasa takdir mampu menyatukan kembali Leo dan Rose? Mampukah Rose menghadapi ujian yang selama ini luar dari akal fikirannya? Start : 27 November 2024 End : 23 February 2025 Cerita ni cringe, alah biasalah... typical cerita mafia. Ini cerita pertama yang saya berani untuk publish. Cerita ni juga melambangkan ketidakmatangan saya, mohon jangan kecam. Saya sebenarnya terjebak dengan mafia-mafia, ya saya tahu tu cringe... tapi nak buat macam mana? Benda dah tulis, sayang kalau simpan. Apa saya boleh cakap, cringe dia OVERLOAD. Jadi, kalau tak suka, sila skip. Awak fikir saya ada masa nak sakit kepala layan hate comment masing-masing? Tidak. Kepala saya dah cukup sakit.
[C] Please Remember  by niksaera
niksaera
  • WpView
    Reads 241,392
  • WpVote
    Votes 7,544
  • WpPart
    Parts 80
𝐐𝐀𝐈𝐑𝐔𝐋 𝐀𝐑𝐒𝐇𝐀𝐃 | 𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐙𝐔𝐋𝐀𝐈𝐊𝐇𝐀 Hanan Zulaikha (Ikha), mahu atau tidak dia perlu menerima demi menjaga hati keluarga angkatnya. Walaupun di usia muda, namun demi keluarga angkatnya yang telah banyak berjasa dan menjaganya dari kecil dia tidak sanggup untuk melukakan hati mereka. Jika itu yang terbaik, Hanan terima dengan hati yang terbuka. Qairul Arshad (Shad). Seorang lelaki yang amat tegas dan dingin itu lah tabiatnya. Hari berganti hari, dia menerima kejutan yang boleh membuatkan kehidupannya berubah. Gadis yang bernama Hanan Zulaikha itu telah membuatkan hidupnya kucar-kacir dan dalam jiwanya tersemai satu kebencian buat gadis itu. "Kau! Disebabkan kau hidup aku musnah! Kalau kau tolak permintaan keluarga kau, semua ni takkan jadi!" - QAIRUL ARSHAD "A...awak sakit. Tsk! " - HANAN ZULAIKHA "Hati aku lagi sakit bila terkenangkan semua ni! Disebabkan kau... hidup aku musnah! " - QAIRUL ARSHAD Setelah hidup bersama Qairul ternyata impiannya lesap. Tidak lama kemudian abang angkat Hanan hadir kembali setelah berbulan tidak bersemuka. Hati milik Syazryl Iman berkecai saat kebenaran mula terbongkar. "Adik, abang sayangkan adik. Kenapa adik tak tunggu abang? " - SHAZRYL IMAN "A...adik minta maaf. Bukan niat adik nak jadi macam ni." - HANAN ZULAIKHA Saat mereka ingin kecapi kebahagiaan satu demi satu masalah datang. Masihkah ada sinar bahagia untuk mereka? ___
Give Me Your Forever | COMPLETED by nanabananamy
nanabananamy
  • WpView
    Reads 943,279
  • WpVote
    Votes 31,574
  • WpPart
    Parts 54
- Editing in progress- Adam Afham x Nadiya Aleesa Nadiya Aleesa menjadi ibu tunggal sebaik sahaja putera kecilnya, Amsyar, menjengah dunia. Luka perkahwinan yang musnah dek orang ketiga memaksanya membina hidup semula, demi anak yang menjadi punca kekuatannya. Adam Afham, yang berpegang dengan prinsip hidup just go with the flow, tidak pernah menyangka takdir akan mempertemukan dia dengan Nadiya. Satu pertemuan menjadi dua, dan pertemuan ketiga membuatkan dia yakin, ini bukan lagi kebetulan. "Saya tahu awak boleh besarkan Amsyar sendiri. Saya tahu awak kuat. Tapi kuat macam mana pun awak. Saya tahu, awak tetap perlukan bahu untuk bersandar, kan?" - Adam Adfham Namun, ketenangan mula tergugat apabila Muaz Naufal, bekas suami yang pernah menghancurkan hatinya, muncul menuntut peluang kedua pada saat Nadiya sedang membuka pintu hati untuk Adam. "Bagi saya peluang untuk betulkan kesilapan saya sebelum ni? Saya janji, selagi saya ada dengan awak. Saya akan buat awak bahagia lebih daripada sebelum ni." - Muaz Naufal. Antara masa lalu yang pernah melukai, dan masa depan yang menjanjikan harapan, Nadiya harus memilih. Tetapi ini bukan sekadar tentang dirinya sendiri.Ada Amsyar, yang perlu diberikan keutamaan.
Lelakiku (C) by Zueikha23
Zueikha23
  • WpView
    Reads 734,060
  • WpVote
    Votes 25,079
  • WpPart
    Parts 44
(Wajib baca AKU UNTUK DIA before baca ni) ADAM HAYYAT X *HAWA ZHUFAIRAH* ♥️ Menyelamat Hawa Zhufairah dari genggaman mafia bernama Cobra telah mencipta satu pertemuan tanpa sengaja antara Adam Hayyat dan gadis comel itu. Hawa yang tidak ada hala tuju telah menumpang di rumah Adam. Desakan orang kampung dan juga abang Adam telah mencipta satu ikatan sah antara Adam dan Hawa walaupun tanpa cinta di hati. Semakin lama Hawa mengenali Adam dia mula jatuh cinta. Kekerapan Adam meninggalkannya sendirian membuatkan hati Hawa tidak keruan, Di manakah lelaki itu pergi? ⚠️Maaf jika ada kesalahan tatabahasa dan typo
UZAIR : KALI KEDUA (C) by nrdyann_
nrdyann_
  • WpView
    Reads 1,003,998
  • WpVote
    Votes 37,371
  • WpPart
    Parts 82
FIFTH (SPIN-OFF EZRA RAFFAL'S DAN ZARILL) 🍁UZAIR & SOFEA🍁 Disangkakan perjalanan perkahwinan itu mudah bila saling suka dan cinta.Namun badai datang tanpa diundang. Segalanya ranap bila selepas satu,satu masalah muncul. Kerana amarah dan sakit hati,mereka berpisah dan membawa haluan masing-masing. Selepas empat tahun,mencari semula dan bertemu semula bekas isterinya itu bila kebenaran mulai dibongkarkan satu persatu. -------------------------------------------- "Aku nak Isteri aku balik." - Ahmad Uzair "Lebih baik kita tak balik semula dan bawa jalan masing-masing." - Nurul Sofea 🔴GARIS MASA DAN PERJALANAN PENCERITAAN DI BAB AWAL AKAN CEPAT, JIKA TIDAK FAHAM DAN PENING JANGAN TERUSKAN BACAAN ANDA.BOLEH BERLALU KE CERITA YANG LAIN YANG JALAN PENCERITAANNYA LEBIH MUDAH DIHADAM DAN MUDAH DIFAHAMI OLEH OTAK KALIAN. MATURE CONTENT 🔞 Kandungan bacaan ini mengandungi elemen dewasa. Tidak sesuai untuk bawah 18 tahun. TRIGGERED WARNING CONTENT ⚠️ Amaran: Kandungan bacaan ini mungkin mengandungi unsur yang boleh mengganggu sensitiviti pembaca. Start :25 SEPT 2024 End:3 DEC 2024
C | Eryna's Love Story by ssarserans
ssarserans
  • WpView
    Reads 416,730
  • WpVote
    Votes 18,466
  • WpPart
    Parts 49
( ssars love written series 1 ) Cinta rumit Faeeq Elhan, Eryna Safia. © ssarserans december story 2022
NOAH'S by cik_farah
cik_farah
  • WpView
    Reads 302,597
  • WpVote
    Votes 2,881
  • WpPart
    Parts 8
🄺🄰🅁🅈🄰 🄿🄴🅁🅃🄰🄼🄰 by cik_farah♡ NOAH'S || rewrite Hatinya hanya untuk gadis manis yang bernama Feya Zahra. Andai di minta harta seluas lautan bumi jadi taruhan, pilihan utama hanya Feya Zahra. Tiada yang boleh menandingi gadis cantik molek itu. Selamanya tetap menjadi milik Faiq Noah. "I'm Noah's. Forever Noah's." 100% idea from my beautiful brain. If you guys found another story same like my story, I'm sorry. And just tell me the truth. Truly, saya tak copy mana² cerita. Dan anda pun dilarang copy story saya‼️ Sorry for the typo dan kekurangannya. Selamat Membaca semua, I love you guys♡ minta vote dan comment banyak² Start : 01/04/2023 End : 26/08/2023
~Mrs Harez Anaqie~ by roseanglee
roseanglee
  • WpView
    Reads 282,969
  • WpVote
    Votes 7,506
  • WpPart
    Parts 58
Iman Natasya gadis yang ceria dan sangat di senangi orang sekelilingnya, apalagi Iman Natasya memiliki rupa paras yang cantik dan berbudi bahasa. Di sebalik perwatakannya yang ceria ,dia menyimpan sejuta kesedihan yang telah lama terpendam sejak dia duduk di bangku sekolah . Dia hanya berserah kepada maha pencipta dan terus berdoa semoga dia di berikan kesabaran yang tinggi meskipun hatinya berkali-kali tergores dengan kata-kata cacian dan makian . Takdir yang sudah tertulis ,dia telah bertemu seorang jejaka yang sangat baik dan sangat menjaga serta menyayangi dirinya.Saat itu,hidupnya yang selama ini dalam kegelapan telah disinari dengan cahaya kebahagiaan. "Don't worry love,kau selamat dengan aku.Aku akan pastikan mereka datang melutut dekat kau."_Harez Anaqie. "Terima kasih Harez,sebab terima saya dalam hidup awak."_Iman Natasya.
HELLO QASWAR by evenadine
evenadine
  • WpView
    Reads 2,877,437
  • WpVote
    Votes 117,652
  • WpPart
    Parts 66
MERAH MERONA I Marissa kembali ke Australia dengan niat untuk mencari ketenangan, tapi siapa sangka selepas kepulangannya ke tanah air dia menemui lebih daripada itu. Lain yang dia harapkan, lain yang dia dapat. Jadi benarlah kata orang kalau sudah rezeki memang tak akan kemana, kan? Tuhan itu maha baik, dipertemukan pula dengan jodoh tanpa sengaja. Apa lagi, chaiyo! Chaiyo! Kita dekati lah! Semangat membara dan hati yang semakin gatal, si manis Miss Strawberry tidak ragu-ragu untuk mengejar. "Hello, I'm back! Mustahil awak lupa saya, by the way saya Nurynmarissa. Exchange number boleh tak? Nama awak apa, ya? Al ... Al apa?" "Pardon?" Dia dingin. "I don't even know who you are." Dia juga sombong. And nevermind, because this is exactly what I love! I love chasing. Marissa memang tak pernah kenal erti putus asa. Walaupun lelaki itu sombong dan selalu mengendahkan kewujudannya, dia yakin lelaki itulah jodohnya. Dan kebiasaannya, setiap kali cuba mengambil hati lelaki itu, dia tak lupa untuk melemparkan wink mautnya. One wink, and she can make him lose his cool. Hari-hari seorang jejaka bernama Al Qaswar hanya berfokuskan untuk menyelesaikan misi-misi dari perkerjaannya. Tapi semua itu mendadak berubah selepas kemunculan Nurynmarissa dalam hidupnya. Dari tujuan mencari maklumat, berubah kepada misi melarikan diri dari berhadapan dengan Marissa yang tergilakan dia. "Playful, flirty, unpredictable behavior, Marissa itu perempuan gila." Semakin menjauh, semakin terikat. Itulah istilah kisah mereka setelah kehadiran Marissa dalam hidupnya diketahui oleh orang terdekatnya. Credit cover: Pinterest, to the rightful owner.