wrldkhai's Reading List
5 historias
Mi Veneno (TERBIT) por Hudanajwa__
Hudanajwa__
  • WpView
    LECTURAS 4,471,299
  • WpVote
    Votos 12,031
  • WpPart
    Partes 7
Book 3 (New Generation) 1- Mi Esposa 2-Commando's His Treasure 3- Mi Veneno ACE gelaran yang diberikan kepadanya diatas kehebatan dan kebolehannya dalam melakukan semua perkara. Aura membunuh dan sikap dingin melebihi bapanya telah membuatkan dia lebih ditakuti oleh semua orang. Wajah tampan milik jejaka itu sentiasa disembunyi di sebalik mask apabila melakukan 'kerja keduanya'. Mata kelabu cerah yang diwarisi dari bapanya mampu memukau semua mata yang memandang. Tengku Aretha Ruiz-"Daddy" Tengku Aadyan Ruiz-"I'll chop off all the hand that touch my daughter" "Can ladies kill?" Bang! "We can" bibir merah itu tersenyum sinis. Mereka berdua mempunyai keperibadian dingin dan beku, pertemuan semula diantara dua manusia itu telah mengubah takdir diantara mereka. Thea Radea-"I don't need a weapon at all because i was born to be one" Tengku Aadyan Ruiz-"Your knife my back, My gun your head, you choose"
HER MIDNIGHT RAIN [TERBIT PBAKL] por ishankendric
ishankendric
  • WpView
    LECTURAS 591,975
  • WpVote
    Votos 38
  • WpPart
    Partes 1
Under 𝓜𝓲𝓷𝓮 𝓢𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼: 2 JEBAT MIKAEL | HAWA DAVINA Hanya kerana satu malam, hidup seorang Hawa Davina yang dulunya penuh ceria bertukar menjadi kelam. Kerana percayakan lelaki, dia hidup dalam keadaan trauma. Bertahun berlalu dan ia bukan satu perkara mudah untuk Hawa bertahan namun hadirnya Daniall Zander telah memberi semangat untuk dia terus bertahan hingga menjadi salah seorang pelukis terkenal. "Niall ada papa tak, mama?"- DANIALL ZANDER "Mama kan ada."- HAWA DAVINA Dalam satu acara, dia telah dipertemukan dengan seseorang yang pernah menjadi tempat untuk dia mengadu saat dalam keadaan susah mahupun senang. "M-Mika?"- HAWA DAVINA "Long time no see, Hawa."- JEBAT MIKAEL Terasa seperti takdir, setiap kali dia dan Daniall dalam kesusahan pasti lelaki itu akan muncul menjadi penyelamat. Tipulah hati wanita seorang Hawa tidak terusik bila Jebat sentiasa ada untuk dia dan Daniall cuma dia takut jika dia hilang lelaki itu lagi. "Kau boleh janji untuk tak tinggalkan aku?"- HAWA DAVINA "Aku tak pernah tinggalkan kau, Hawa. Kau halau aku macam anjing sekalipun aku tetap akan datang untuk ada dengan kau sampai mati."- JEBAT MIKAEL Hak Cipta © ishankendric Start: 5 June 2023 End: 26 June 2023 Warning: ⚠️ Cliche ⚠️ Uncensored ⚠️ Mature Content ⚠️ Sexy Storyline ⚠️ Misspelled words everywhere
DR. ALPHA MALE por karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    LECTURAS 1,018,742
  • WpVote
    Votos 27,918
  • WpPart
    Partes 15
PENULIS: ANJELL TAJUK: DR. ALPHA MALE HARGA : RM27 (SM)/RM30(SS) Alpha Male. Kata kunci seorang alpha male adalah keyakinan! Yakin dengan rupanya. Yakin dengan gayanya. Dan dah tentulah yakin dengan percakapannya. Kalau tak, takkanlah terkeluar kata-kata ini ketika kali pertama mereka berdua berlanggar di depan sebuah kedai. "Dah habis tenung dah? Tak nak ambil gambar ke? Letak bawah bantal. Malam-malam boleh cium." - HILMAN UKASYAH Wow! Speechless terus Tristin Hazel mendengarnya! Apatah lagi mulut si mamat itu menyambung. "Lain kali jalan guna mata. Menyusahkan orang aje. Sebab tu Tuhan ciptakan mata kat kepala. Bukan kat lutut." - HILMAN UKASYAH Kena pula si lawannya Hazel, si kaki menjawab kelas pertama. Memang taklah dia nak duduk diam! Apatah lagi semuanya bukan salahnya. "Cakap elok-elok sikit tak boleh ke, sedara?" - TRISTIN HAZEL Dan beberapa hari selepas itu, rasa macam nak kena serangan jantung Hazel apabila orang sama yang dilanggar itu tiba-tiba buat grand entrance di tengah-tengah dewan kuliah. Ya... Dengan rasminya, alpha male tu dah bertukar jadi pensyarahnya. Permulaan perkenalan mereka tak indah langsung. Kena maki, dah. Menangis, pun dah. Hubungan pun tak lebih daripada pensyarah-pelajar. Dr. Alpha Male barbarian bak kata Hazel. Sehinggalah satu malam yang membawa sisi protective daripada si Dr. Alpha Male itu untuk Hazel. Hilman selalu ada untuk memberi Hazel semangat. Rupa-rupanya apa yang jadi itu membawa kepada pembongkaran kisah yang baru. Malam itu cumalah satu permulaan! Dan... Setelah itu Hazel selalu menjadi Damsel in Distress dan Hilman pula tak putus-putus menjadi Knight in Shining Armornya. Kerana janji Hilman padanya... "I'll do my best to protect you. Anything. I'll even be taking a bullet for you." - HILMAN UKASYAH Namun, mampukah segalanya terbongkar? Adakah semuanya memang dirancang? Atau sebenarnya hanyalah helah untuk memperdaya?
Serunai Maut ✔ (TERBIT PBAKL25) por Leena_syiha
Leena_syiha
  • WpView
    LECTURAS 1,255,892
  • WpVote
    Votos 70,465
  • WpPart
    Partes 31
SERUNAI MAUT SUDAH DITERBITKAN DI BAWAH PENERBITAN MANGOSTEEEN. Untuk update terkini, sila follow akaun @leena_syiha di Instagram, TikTok, Thread dan join channel telegram. Tekan link di profile penulis. ____ Seluruh dunia digemparkan dengan kematian beramai-ramai di sebuah feri mewah yang berlabuh di Pulau Jengka. Tiada siapa tahu apa sebabnya. Henry dan Iman segera menyiasat kes itu. Sehinggalah penyiasatan itu membawa kepada sebuah mitos yang tidak mampu dipercayai sesiapa. Serunai maut. Kata penduduk pulau; jangan buka lampu. Kata mereka; pulau ini ada 'penjaga'. Pegangan mereka khurafat. Akidah mereka rosak. Kes bertemu jalan mati. Ada sesuatu yang tidak selesai. Henry tiada pilihan. Falah diperlukan untuk membantunya.
MR PIRATE [Complete] por CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    LECTURAS 6,240,798
  • WpVote
    Votos 427,662
  • WpPart
    Partes 98
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatkan Husna teringat sampai sekarang. Mengapa Mr Blue? Kerana di dalam mimpi indah itu cuma menampakkan mata biru yang dianugerahkan buat lelaki itu. Sangat cantik. Buatkan dia jatuh cinta pada pandangan kali pertama mata mereka bertembung. Dan dia pasti, bukan cuma dia sahaja yang merasakan perasaan aneh itu. "Salah satu kenangan yang mahal. Adalah pertemuan kita."- misteri. Kemunculan Nathan iaitu bakal Ceo Ocean Resort, buatkan Husna semakin yakin jodohnya berada di jarak yang dekat. Lelaki itu juga memiliki mata biru sama seperti mimpinya. Namun disaat dia ingin meluahkan isi yang terbuku dihati, nasib malang menimpa diri sendiri. Dia terperangkap ditengah-tengah pulau. Atau lebih menakutkan, di kawasan zone merah. "Sudah nama pun Lanun. Kalau jumpa sesuatu yang berharga, tak mungkin aku akan lepaskan. Rugilah kalau macam itu."- Lanun "Saya akan cari jalan keluar walau apa pun caranya asalkan bukan tinggal dekat tempat miskin ni!"- HUSNA "Kalo kau mau keluar, keluarlah, tapi kalo aku jumpa kau balik. Memang teruk nasib kau nanti aku kerjakan."-LANUN Si Lanun itu memang lelaki tak mempunyai hati. Kalau ada pun, mungkin dah digoreng dengan minyak tanah. Egh, boleh jadi gila kalau dia terus tinggal di kampung kecil ini. "Sampai bila lagi kita nak tunggu, pa? Nasib Husna dalam bahaya. Kita kena selamatkan dia sekarang!"-Nathan "Siapa aje yang boleh hidup dekat tengah-tengah pulau sana? Mungkin Husna dah mati lemas?"- Datin Khadijah Apakah nasib malang yang bakal menimpa Husna? Adakah dia menjadi tawanan si Lanun atau sebaliknya? "Kenapa awak tutup sebelah mata ek? Saja nak acah-acah Lanun?"-Husna "Setiap cacat cela yang dilahirkan bersama ada keistimewaannya. Dan istimewa tu hanya untuk yang teristimewa juga."-Lanun Siapakah Mr Blue yang sebenarnya? "It's you?!"-Husna