Malay Books 📚
7 histórias
[✔] 1. DEAR J de tx421cph
tx421cph
  • WpView
    Leituras 49,904,254
  • WpVote
    Votos 4,173,138
  • WpPart
    Capítulos 38
[Telah Dibukukan, Tidak tersedia di Gramedia] ❝Untukmu, Na Jaemin. Laki-laki tak sempurna Sang pengagum hujan dan sajak❞ ©tx421cph
Yang Tertulis Antara Kita  de kiraes
kiraes
  • WpView
    Leituras 24,070
  • WpVote
    Votos 1,485
  • WpPart
    Capítulos 30
Azan Asar baru sahaja berkumandang. Hanya desiran angin menyelinap masuk ke ruang solat wanita, bersama bunyi serakan kain telekung yang tergesa-gesa dibetulkan. Aisyah Az-Zahra bergegas membetulkan lipatan telekung di bawah dagunya. Belum sempat dia berdiri tegak, suara imam mula kedengaran. Dalam diam, langkahnya terhenti. "Allahu Akbar..." Takbir itu... lembut, tetapi ada ketegasan yang menusuk jauh ke hatinya. Aisyah terpaku. Tangannya yang memegang sejadah sedikit terlepas. "Ya Allah, suara ni..." - Aisyah Az-Zahra Dia segera berdiri lalu beristighfar kecil dalam hati. "Astaghfirullahaldzim Aisyah, jangan fikir bukan-bukan..." - Aisyah Az-Zahra Namun, apabila imam mula membaca surah Al-Fatihah, dada Aisyah kembali bergetar. "Bismillahirrahmanirrahim..." Suara itu mengalun tenang, dengan nada yang sama seperti dahulu iaitu nada yang pernah menenangkan jiwanya, yang selalu membuatnya rasa selamat. Kelopak mata Aisyah mula membasah dan timbul satu soalan di dalam hatinya. "Abi...?" - Aisyah Az-Zahra Dia cuba menahan diri. Namun, setiap kali imam membaca ayat Al-Quran dan bacaan solat, fikirannya tidak tentu arah memikirkan suara itu lalu satu wajah terpampang dalam fikirannya. Akhirnya, air matanya kini jatuh di pipinya. Setiap huruf, setiap getaran suara itu seperti menyentuh hati yang telah lama kosong. Selepas salam terakhir, Aisyah masih duduk di atas sejadahnya. Hatinya berdegup laju, mata tak lepas dari tabir pemisah. Fikirannya masih berteka-teki dengan suara imam tersebut. Siapakah sebenarnya di sebalik suara itu, sehingga setiap alunan ayatnya mampu menggoncangkan ketenangan di hati Aisyah Az-Zahra?
[ C ] | WHERE MOON MEETS DAWN [TERBIT] de Qstnaafrn
Qstnaafrn
  • WpView
    Leituras 226,886
  • WpVote
    Votos 1,981
  • WpPart
    Capítulos 12
[READY STOCK DI SHOPEE FAJAR PAKEER DAN BOLEH DAPATKAN FREE GIFT BERBENTUK PIN BADGE] SEQUEL FROM PERFECT TWO: NIRMALA KASIH HANAN Dalam dunia yang memuja darah dan keturunan, kebenaran sering dijatuhi hukuman. Satu tuduhan mampu meruntuhkan maruah, dan satu keputusan mampu memadam seluruh masa depan. Pada hari yang sepatutnya menyatukan cinta dan restu, langit hidupnya runtuh. Bukan kerana dosa, tetapi kerana asal usul yang tidak pernah dia pilih. Sejak itu, Aurora belajar bahawa hidup bukan tentang diterima, tetapi tentang bertahan walau diinjak tanpa belas. "If you dare force me, l'II make sure even your dead body won't speak for your justice." - Aurora lan Purnama hadir dengan ego yang menjengkelkan. Di sebalik selamba itu, dia menyimpan kesetiaan yang tidak banyak bicara dan disiplin yang hanya difahami mereka yang hidup dengan senjata dan arahan. Daripada pertemuan yang dipenuhi perbalahan. Daripada konflik keluarga dan tradisi keturunan, mereka diseret ke medan yang lebih gelap. Setiap misi membawa pulang sama ada tubuh, atau khabar duka. "Don't make me choose, sebab kau dan kerja dua-dua adalah tanggungjawab. Dan aku tak mampu khianati kedua-duanya." - lan Purnama Misi semakin berbahaya. Dan satu figura gelap muncul membawa persoalan yang menggugat segalanya. Apabila negara tidak lagi memberi keadilan, dia memilih untuk mencipta hukumnya sendiri. "Selamat tinggal, Viking. Aku harap satu hari nanti... bila giliran kau semua datang, kau akan tahu rasa hilang yang tak ada dalam manual operasi." - Sarkar Apa kehilangan yang mahu Sarkar wariskan, sehingga peperangan tidak lagi tentang musuh dan negara? Dan apabila giliran mereka tiba, siapakah yang akan pergi selamanya, ditelan kegelapan tanpa jejak? Bukankah cahaya paling bermakna lahir ketika segalanya gelap? Ketika fajar bertemu bulan, Aurora dan Purnama menyalakan dunia yang hampir tenggelam. "Dalam seribu medan, hanya pelukan langit yang bulan mahu kembali," START: 25/6/2025 END: 15/8/2025
C | Di atas Sejadah Panjang  de notafoxy
notafoxy
  • WpView
    Leituras 186,003
  • WpVote
    Votos 6,539
  • WpPart
    Capítulos 40
"Kau cuma isteri aku atas kertas, Nawal," ujarnya, lirih tapi sinis, seakan berbicara dengan bayang di cermin. "Saya masih isteri abang yang sah," balas Nawal, nada bergetar, tapi tegas. Ayden berpaling tajam. "Jangan panggil aku abanglah!" jerkahnya, suara bergema menampar dinding bilik. "Aku tak ingat pun siapa kau." Nawal mengundur sedikit, terpegun. Ayden mara setapak ke hadapan, nadanya kini lebih dingin. "Kau... cuma kawan permainan aku masa kecil. Tak lebih dari tu." Sunyi sejenak. Kata-kata itu jatuh seperti belati yang menghiris hati Nawal. Air mata Nawal akhirnya mengalir deras, menitis ke pipi, memantul di lantai. Start: 19th August 2025 End: 31st August 2025
C | Senja Terakhir Kita de notafoxy
notafoxy
  • WpView
    Leituras 32,608
  • WpVote
    Votos 1,257
  • WpPart
    Capítulos 38
Senja merah jingga menelan langit, tapi Aryan tak sanggup menatapnya. Helena berdiri di tepi balkoni, wajahnya berseri walau tubuhnya kelihatan lemah. "Ary, nanti... kita tengok senja dekat pantai, nak?" suara Helena lirih, cuba kedengaran biasa. Aryan tersengih kecil, menolak dengan nada ringan. "Kau tu sakit, El. Tak payah mengada." Helena mencebik, tapi hatinya bergetar. Dia cuba seloroh, "Kalau ni permintaan terakhir saya, macam mana?" Aryan tersentak, menoleh. "Apa kau cakap ni? Kita bukannya takkan jumpa dah." Diam. Helena menunduk, menahan kaca di matanya daripada tumpah. Dia tersenyum tipis, walau dalam dadanya ada jurang yang tak mampu dijelaskan. Aryan mengusap belakang tengkuk, cuba meredakan suasana. "Kau sihat cepat. Lepas tu baru kita plan tengok senja dekat tepi pantai." Suaranya bersahaja, seolah-olah esok pasti ada. Helena hanya mengangguk. "Kalau awak tahu... Senja di tepi pantai tu... satu-satunya yang tertinggal dalam bucket list saya... Saya cuma nak awak ada sekali. Bukan nanti. Tapi sekarang. Sembuh? Tu cuma dalam cerita fantasi je," hatinya berdesis, meluahkan kata yang tidak mampu meniti di bibirnya. Dia mendongak, menatap langit yang semakin jingga. Senja kali ini terasa lebih dekat, lebih berat, seakan-akan langit sendiri tahu rahsia yang belum pernah terucap. Start: 1st September 2025 End: 22nd September 2025
[C || TERBIT] CINTA YANG TIDAK TERGAPAI de nurailirmela
nurailirmela
  • WpView
    Leituras 1,343,555
  • WpVote
    Votos 7,950
  • WpPart
    Capítulos 12
Ezzaq Qayyum, Fayyad Hazim serta Alayya Dafeena merupakan sahabat baik di pusat jagaan anak yatim. Hubungan persahabatan yang terjalin sejak kecil membawa ketiga mereka layari kehidupan dewasa bersama, berjaya raih pekerjaan yang hebat pada mata masyarakat. "Sejujurnya, Fayyad dah lama sukakan Alayya" - Fayyad Hazim. Luahan hati Fayyad membawa Alayya pada awan-awangan. Tidak sangka...rupanya Alayya tidak bertepuk sebelah tangan. Hubungan kedua mereka semakin akrab, membiarkan Ezzaq sendirian bersama kesibukannya sebagai pegawai unit beruniform. Tarikh perkahwinan Fayyad serta Alayya semakin hampir. Berbaki 2 bulan sebelum majlis penuh indah itu, Alayya dikejutkan dengan kebocoran rahsia Fayyad. "Begitu mudah kau tikam belakang kawan kau, Ezzaq!" - Alayya Dafeena. "Aku yang tikam belakang Fayyad? Sedangkan Fayyad yang mulakan semua permainan ini. Aku! Aku lah mangsa sebenar!" - Ezzaq Qayyum. Permintaan terakhir Fayyad terpaksa dikabulkan oleh Alayya atas dasar cinta. Majlis pernikahan tetap berlangsung. Namun, Alayya dinikahkan bersama Ezzaq dan bukannya Fayyad Hazim. Rumahtangga yang di bina tidaklah seperti yang Ezzaq inginkan. Namun, jejaka ini tetap berusaha untuk beri yang terbaik buat wanitanya. Berbulan hubungan itu berlanjutan, tidak pernah sekalipun, Alayya cuba untuk terima Ezzaq sebagai suami. "Pegawai Khas Ezzaq Qayyum bin Ahmad Mifzal hilang sewaktu jalankan tugas menyelamatkan tahanan Malaysia" Hati Alayya rapuh. Saat itu, baru Alayya sedar akan silapnya pada sang suami. Doa tidak pernah putus dipanjatkan buat Ezzaq di sana. Persoalannya, adakah Alayya layak terima peluang kedua? Rahsia apa yang di simpan oleh Fayyad Hazim? Dan kemana...Fayyad menghilang?
Dia Milik Tengku Adam [OG] de urijaa
urijaa
  • WpView
    Leituras 43,873
  • WpVote
    Votos 1,298
  • WpPart
    Capítulos 50
| My first wattpad | "are you okay miss?" - Adam Fahrain. "I.. I'm fine. Thank you for help me.."- Camie Natasha. pertemuan mereka di pusat beli belah telah berjaya memikat hati dingin milik Adam. Lebih mengejutkan lagi, gadis itu merupakan pekerja baru yang mengisi jawatan kosong itu. "dah kahwin?" - Adam Fahrain "interview apa macam tu sampai tanya pasal kahwin!" - Camie Natasha. Adam, seorang lelaki yang tidak pernah berputus asa di dalam hidupnya. apa sahaja yang dia inginkan, pasti dia akan dapatkan walaupun menggunakan cara kotor sekalipun. "aku minat dekat kau."- Adam Fahrain. "I'm engaged sir."- Camie Natasha. demi mengejar cinta hatinya, dia sanggup melakukan apa sahaja. sehingga suatu hari, dia menangkap sosok tunang Camie bertindak curang di belakang Camie. "well, tak sangka kau mudahkan kerja aku." -Adam Fahrain. dia berjaya. berjaya menjadi suami kepada kekasih hatinya itu. namun, pelbagai dugaan dan ujian telah menimpa diri mereka sehinggakan Camie Natasha difitnah curang di belakang Adam. "Sya tak pernah curang belakang abang! I'll never-" - Camie Natasha. "aku taknak dengar apa apa! dahlah, perangai kau ni dah buktikan kalau semua perempuan dekat muka bumi ni sama je! nak kahwin dengan aku sebab harta!" - Adam Fahrain. hingga satu hari, kebenaran telah terbongkar namun, jejak Camie masih belum dapat ditemui oleh Adam. "Sayang.. setiap hari abang berdoa dekat Allah supaya kita berjumpa.. tapi kenapa sayang masih taknak muncul depan mata abang..? Maafkan abang sayang.. abang perlukan sayang.." - Adam Fahrain. mampukah Adam mencari Camie yang sudah lama menghilang? atau, dia akan mengalah dan mereka akan tetap berpisah? ⚠️warning⚠️ cerita ini mengandungi unsur carut!! emotional story!! cerita ini hanyalah rekaan semata-mata. cerita ini idea daripada otak saya sendiri, jika ada kesamaan, itu hanyalah kebetulan. mungkin ada typo. ada plot twists⚠️ started at: 27 oct 2024. end at :