riyyyyyuuu's Reading List
2 stories
BADASS WIFE UNGKU JABBAR by HashAuliaEbooks
HashAuliaEbooks
  • WpView
    Reads 4,163
  • WpVote
    Votes 49
  • WpPart
    Parts 8
PROLOG BUNGKUSAN makanan diletak di atas lantai. Dia duduk bersila sambil bersandar di dinding bilik. Nafas dihela lemah. Hampir semput dia dibuatnya gara-gara menaiki tangga. ​Hari ini seharian dia perlu bekerja. Dia tak boleh merungut walaupun terlalu penat. Ditambah lagi dalam keadaan dirinya begini, dia perlu kuatkan semangat. ​Lama dia termenung memikirkan nasib yang bakal dihadapinya kelak. Dia tak mampu lupakan apa yang beberapa hari yang lepas. Kehadiran lelaki itu bersama perempuan yang sama pernah dia lihat sebelum ini, makin meremukkan hatinya. Bodohnya dia kerana percayakan kata-kata lelaki itu. ​Dari dulu lagi dia patut sedar diri. Mustahil untuk dia dan lelaki itu berdiri sama tinggi. Hakikatnya, dia tak layak berada di tempat yang sama seperti lelaki itu. ​Nafas ditarik dalam-dalam sebelum dilepaskan perlahan-lahan. Bungkusan makanan lebihan yang dibawa dari restoran tadi dibuka. Syukur hari ini masih ada rezeki untuk dia mengisi perut. Semalam dia hanya mampu menjamah beberapa keping roti. ​Belum sempat dia menjamah makanan, terdengar pintu biliknya diketuk. Dahinya berkerut seribu. ​"Siapa tu?" ​Senyap. Selama dua bulan dia tinggal di sini, tiada sesiapa yang pernah datang melawatnya. ​Sekali lagi pintu biliknya diketuk. Kali ini lebih kuat berbanding tadi. Spontan dia berdiri mendadak. Pisau lipat yang ada di atas meja kecil dicapai. Dia sembunyikan tangannya ke belakang. ​"Siapa?" Kali kedua dia menyoal. ​"I'm here. Buka pintu. Now." ​Terlepas pisau di tangannya. Beberapa langkah dia berundur ke belakang. Peluh sudah membasahi dahi. Tapak tangannya melekap ke permukaan perut. Dia cukup kenal dengan pemilik suara garau itu. ​Kenapa dia perlu muncul sekarang?
Kau Yg Pertama Dan Terakhir (Slow Update Og) by ElyshaDaisy
ElyshaDaisy
  • WpView
    Reads 17,258
  • WpVote
    Votes 498
  • WpPart
    Parts 39
NUR NASHWA MEDINA ialah seorang gadis yg Membesar dalam keadaan trauma dan tragis,dia diseksa,di hina dan di jual oleh bapak sendiri,dijadikan hamba dan pemuas nafsu serakah. ADYAN LUTHFAN pula ialah seorang Ceo dan anak kepada pemilik syarikat Grand Royal Hotel iaitu Hotel terbesar di Malaysia yang berkacukan Francis..Tiada satu wanita pon yg mampu menambat hati jejaki ini disebabkan oleh perangai dingin yg ada didalam diri lelaki itu.. "in the millions of people in this world, only you can make me fall in love NUR NASHWA MEDINA." WARNING ⚠️ ⚠️ #cringestory #penulisanberterabur #storyforfun #simplestory #authorbarupemula #🔞 mempunyai kata ii kesat Start: 15.8.2024 End: ???