⋆✿°.
2 stories
SPIDER VOICE [C] by thekafai
thekafai
  • WpView
    Reads 534,246
  • WpVote
    Votes 31,517
  • WpPart
    Parts 64
[ BOOK 2 ] Sejak dalam kandungan mereka sudah berteman. Menurun dari legasi ibu bapa, ada darah pahlawan yang mengalir dalam tubuh mereka. "Voice." Nama gedik Allamanda yang hanya boleh disebut Haider. Tapi bukan Allam. Itu nama pentasnya sebagai petinju nombor satu negara Emriyal. "Ya, Spider?" Spider, code name untuk jejaka handalan Emporces yang sebenarnya si bisu Haider. - "Der..jom nikah." "Itu ayat aku patutnya." "Sudi tak Der?" "Ya. Sudi. Jom kita kahwin," Bahagia Spider hanya bersama Voice. Dan bahagia mereka berdua sekadar sementara. "Spider kena pergi, Voice." Kerana jasad Haider bukan hanya milik Allamanda. Itu hakikat yang memeritkan. "Tolong balik Spider...tolong bawa suami aku balik." Perit. Roh Allam hilang ditelan Allamanda. Sosok tegapnya jadi lemah. Dia jadi perempuan lembik. "Dengan izin Allah..abang akan balik. Tunggu abang balik, Voice. Tunggu abang." Dan itu kali terakhir Allamanda mendengar suara Spider kesayangannya. Suara emas Haider. Kerana negara yang mahu merdeka, mereka terpaksa berpisah. Demi tanggungjawab seorang perwira, isterinya merana. Hanya kerana Mahalaga yang mahu menakluk Emriyal, banyak cinta yang terpaksa dikorban. "Kita dah berkorban, diorang pun dah terkorban. Aku harap aku boleh kuat untuk reda." -QURRATUL QISSTINA "Tiga belas tahun aku dah tunggu Haider,kalau tak cukup..sampai mati pun aku boleh tunggu dia, Qiss." -ALLAMANDA, his Voice - Ini kisah Haider dan Allamanda. Cerita mereka yang tersakiti sebagai Spider Voice. Bersama Qissai, second lead couples yang saling mencintai namun tidak punya waktu halal bersama. "Agaknya, kita sayang sangat pada dunia, Der. Kita sayang sangat dekat hambaNya sampai Dia hadiahkan ujian besar ini pada kita." -HANS AIMAN "Ya Man. Ujian aku, aku hilang suara aku lagi." -HAIDER KAUSAR, her Spider.
SAIF AL-ASWAD [C] by __syhadh
__syhadh
  • WpView
    Reads 7,627
  • WpVote
    Votes 819
  • WpPart
    Parts 57
﷽ - SYUHADAH 11th BOOK Di tanah Al-Aswad, di mana angin padang pasir berbisik tentang sejarah dan lautan berkilau dengan kekayaan alam, pernah berdiri seorang pahlawan agung - Muhammad Saif Furqan. Seorang panglima yang bukan sekadar mahir menghunus pedang, tetapi juga tajam akalnya dalam merancang strategi. Dalam medan perang, dia menari bersama bayang-bayang musuh, pedangnya membelah keangkuhan orang tamak yang ingin merobek kekayaan tanah airnya. Namun, sebagaimana mentari tetap tenggelam di ufuk senja, begitu juga nasibnya. Satu kesalahan, atau mungkin satu pengkhianatan, telah meragut segala-galanya. Daripada seorang wira, namanya kini menjadi cela dalam sejarah bangsanya. Hukuman dijatuhkan tanpa bicara yang adil. Dia dicampak jauh dari tanah yang pernah dipertahankannya dahulu. "Benar, kebenaran itu pahit. Mudah sangat ditutup dengan manis-manis kepalsuan." Dengan kehormatan yang tercalar, dia merantau ke Bait al-Hilal. Kini, dia hanyalah seorang nelayan yang berperang dengan lautan, seorang peniaga ikan di Bazar Jelata, hidup tanpa darjat, tanpa bayang-bayang masa lalu. Tangannya yang dahulu menggenggam pedang kini hanya mengikat jala, fikirannya yang dahulu menyusun strategi perang kini sekadar menimbang harga tangkapan hariannya. Namun, takdir masih belum selesai mengukir kisahnya. Dalam keasingan, dia bertemu seorang wanita yang mengetuk pintu hatinya yang sudah tertutup. Rasa cintanya mulai mekar bak mawar di taman. "Saya sanggup terima segalanya tentang awak." "Masa silam saya tak seindah yang awak sangka, sayang." Tetapi sejarah tidak pernah benar-benar terpadam. Api dalam jiwanya hanya menanti angin untuk kembali membakar. Dan akhirnya, angin itu datang dari istana yang pernah menghukumnya. "Tiada lagi yang layak selain anakanda." Namun, yang hebat takkan selamanya di atas. Dan musuh, takkan selamanya kalah. "Kau akan mati di tangan aku, Saif!" "Nyawa itu milik Tuhan." Terimalah, SAIF AL-ASWAD. Start: 13 MAC 2025 End: 27 APRIL 2025