on going
30 stories
𝐃𝐈 𝐋𝐀𝐔𝐓 𝐋𝐀𝐍𝐆𝐈𝐓 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐌𝐄𝐌𝐁𝐈𝐑𝐔 | 𝐂 by Ninqistina
Ninqistina
  • WpView
    Reads 64,122
  • WpVote
    Votes 2,298
  • WpPart
    Parts 78
'𝒮𝓉𝒶𝓃𝒹 𝒶𝓁ℴ𝓃ℯ' Aᴅʀɪᴛʜ Dᴢᴜʟᴋᴀʀɴᴀɪɴ × Zᴀʟʟɪᴇsʏᴀ Rɪᴇʜᴀɴᴀ Adrith Dzulkarnain, seorang jejaka yang ceria berpangkat mejar dalam Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Zalliesya Riehana, seorang gadis dingin berpangkat leftenan dalam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). Dua insan yang mempertahankan negara, namun dipertemukan secara tidak diduga di rumah Puan Rosmah. "Siapa laki tu?" - Zalliesya "Cucu angkat yang Nek kata haritu. Adrith Dzulkarnain namanya." - Puan Rosmah Pertemuan singkat itu cukup untuk membuatkan hati Adrith terusik, seolah-olah jatuh cinta pada pandangan pertama. Namun bagi Zalliesya, kehadiran Adrith hanya menimbulkan rasa rimas buatnya. Disangka pertemuan itu yang pertama dan terakhir tetapi takdir mempermainkan mereka. Adrith dan Zalliesya diarahkan bekerjasama dalam satu misi berbahaya-menangkap lanun jahat yang mengancam perairan negara. "By the way kan weh! Aku dengar cerita yang kita akan bekerjasama dengan tudm untuk tangkap lanun tu." -Eizanis "Aku pun dengar benda yang sama. Betul ke?" -Aieman Misi selesai, namun segalanya berubah apabila Asyraaf, sahabat baik mereka, melamar Zalliesya secara mengejut. Dan tidak lama selepas itu, Asyraaf disahkan meninggal dunia akibat kanser yang selama ini dirahsiakan sehingga kes pembunuhan yang dijangka punca kematian tersebut. Salah faham mula tercipta. Dalam kesedihan dan amarah, Zalliesya menuduh Adrith sebagai punca kematian sahabatnya itu kerana dia tahu yang dalam pada masa yang sama, Adrith juga suka akan dirinya. Cinta yang sepatutnya diputik bertukar menjadi kebencian, dan kebencian itu menyalakan api dendam. Zalliesya nekad-perkahwinan bukan lagi tentang cinta, tetapi balasan atas sebuah kehilangan. "Assalamualaikum Hana. Abang datang ni." -Adrith. "Kau jangan bermimpi yang aku akan balas cinta kau. Aku kahwin dengan kau untuk balas dendam ja." -Zalliesya Start: 2 November 2024 End: 20 April 2025 ⚠️ M
𝐌𝐑.𝐌𝐀𝐓𝐓𝐇𝐄𝐖 | 𝑺𝑯𝑬 𝑴𝑨𝑹𝑹𝑰𝑬𝑫 𝑾𝑰𝑻𝑯 𝑻𝑯𝑬 𝑫𝑬𝑽𝑰𝑳  by Themilkmilobos657
Themilkmilobos657
  • WpView
    Reads 5,971
  • WpVote
    Votes 124
  • WpPart
    Parts 12
Lucca Matthew atau Tuan Ilham Haikal? Adakah dua lelaki ini sebenarnya mempunyai kaitan? Sejauh mana engkau sanggup pergi demi cinta?Sejauh mana engkau rela meninggalkan segalanya demi cinta? Kyra Aisyah, seorang gadis yang sentiasa dikelilingi oleh abang-abang yang terlalu ketat mengawal hidupnya, membuatkan dia jarang keluar dan hampir tidak pernah bergaul dengan mana-mana lelaki. Sehinggalah suatu hari, dia dipertemukan dengan Auntie Zahra, wanita yang beria mahu menjodohkan Kyra dengan anak buahnya. Seorang lelaki yang sudah hampir berusia 40 tahun. Ingin sahaja Kyra menolak. Namun apakan daya. Dia tidak mampu berbuat demikian tanpa alasan yang kukuh. Namun, kisah lelaki itu pula berbeza. Selama 15 tahun, hatinya hanya tertumpu pada seorang gadis. Gadis yang pernah tidak sengaja terlanggar trolinya di sebuah kedai coklat di Langkawi, 15 tahun lalu. Walaupun masa berlalu, perasaannya tidak pernah berubah. Akhirnya, dia terbang ke Malaysia demi mencari wanita yang masih setia hidup dalam ingatannya. Namun, sebaik sahaja tiba di lapangan terbang, bahunya dilanggar oleh seorang wanita yang tergesa-gesa keluar dari pintu utama. Rasa ingin tahu membuatkan dia sanggup mengupah orang bawahannya untuk menyiasat wanita yang dipanggil dengan gelaran "Cik Cinta" itu. "Now I know why they call you Cik Cinta..."-𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐈𝐋𝐇𝐀𝐌 "Encik Daim?"-𝐊𝐘𝐑𝐀 𝐀𝐈𝐒𝐘𝐀𝐇 Perkenalan mereka bermula secara perlahan, penuh rahsia dan tanda tanya. Sehinggalah mampu membawa mereka berdua ke jenjang pelamin. Namun siapa sangka, kebahagiaan itu hanya sementara. Selepas rahsia Ilham terbongkar, kebahagiaan mereka seakan hilang dalam sekelip mata. "Love is killing you, Matthew." -𝐀𝐘𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐑𝐋
Tunggu Aku di Sana|OG by wffarinavilla
wffarinavilla
  • WpView
    Reads 7,968
  • WpVote
    Votes 316
  • WpPart
    Parts 19
KARYA PERTAMA Seorang lelaki yang berjiwa berani muncul sebagai penyelamat ketika kegelapan hampir merampas kehormatan seorang wanita. Dalam keberanian itu, dia mengorbankan dirinya untuk melindungi seseorang yang disayang dalam diam tanpa meminta balasan. Namun, wanita yang dilanda rasa bersalah dan trauma itu memutuskan untuk pergi jauh, membawa bersama kenangan pahit itu. "Riana... Bagi aku jaga kau. Aku tak sanggup tengok kau menderita macam ni. Kau tak salah, lelaki sial tu yang bersalah. Dia tak akan munculkan diri dia depan kau atau aku lagi." - Elman Aadyan "kau tak faham situasi aku Elman. Senanglah kau cakap. Kau fikir dengan cara kau jaga aku, aku boleh lupakan segalanya ke?" - Ariana Hayfa Tahun-tahun berlalu, masing-masing menjalani hidup dengan hati yang masih menyimpan luka dan tanda tanya. Lelaki itu terus mengingati wajah wanita yang pernah diselamatkannya, sementara wanita itu hidup dengan rasa syukur yang terpendam. Hingga akhirnya, takdir membawa mereka bertemu semula di masa yang tidak disangka. Masa yang berlalu telah mengubah mereka, tetapi perasaan yang tersembunyi di hati masih sama. Kisah mereka kini berputar kembali, memberi peluang kedua untuk cinta yang pernah tertunda. "Bagi aku peluang untuk jaga kau kalini ye Riana?" - Elman Aadyan "Terima kasih, Elman Aadyan." - Ariana Hayfa
Takdir Cinta: Tengku Aidan Zafran (Slow update)  by husnaa_writings
husnaa_writings
  • WpView
    Reads 17,145
  • WpVote
    Votes 630
  • WpPart
    Parts 12
Tengku Aidan Zafran, berumur 23 tahun, adalah seorang pemain badminton profesional yang terkenal. Ketinggiannya 170 cm dengan tubuh tegap yang hasil daripada latihan pagi di gym. Selain itu, Aidan juga seorang bikers yang gemar menghabiskan masa di atas motosikal Yamaha YZF-R1 untuk mencari kebebasan dan ketenangan jauh dari semua orang. Walaupun berasal dari keluarga sederhana, Aidan lebih memilih dengan kehidupan yang bebas. Dia mempunyai 2 orang abang. Kesemuanya sudah berpunya kecuali dirinya. ibu bapanya ingin menjodohkan dia dengan anak kepada kawan baik ibu bapanya. Adelia Zahra, 21 tahun, adalah seorang pelajar universiti yang penuh dengan semangat untuk menghabiskan sem terakhirnya. Ketinggiannya 157 cm. Adelia mempunyai penampilan yang cantik dan pemalu dengan orang. Dia juga mempunyai 2 orang abang. Dia dibesarkan dalam keluarga sederhana yang mengutamakan nilai-nilai kejujuran dan kasih sayang. Adelia tidak pernah terfikir yang dia akan dijodohkan, kerana umi dan ayahnya ingin melihat dia bahagia.
𝐒𝐓𝐀𝐘 𝐖𝐈𝐓𝐇 𝐌𝐄,𝐀𝐋𝐎𝐍𝐄 by Themilkmilobos657
Themilkmilobos657
  • WpView
    Reads 10,971
  • WpVote
    Votes 405
  • WpPart
    Parts 61
Host? Pelakon? Model? Siapa lagi kalau bukan Sarah Larina Binti Dato' Maleeq, anak kepada pemilik salah sebuah syarikat terbesar di Asia Tenggara. Segalanya bergitu mudah untuk dia. Dunia hiburan, perniagaan, status, dan kekayaan semuanya dalam genggaman keluarga. Namun disebabkan satu peristiwa yang menghancurkan hatinya, Sarah terpaksa membawa diri jauh ke Perlis, semata-mata untuk melupakan kisah cinta nya "I tried to stay loyal to you. I tried to be a better girl for you. Is this how you pay for my efforts?"-𝐒𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐋𝐀𝐑𝐈𝐍𝐀 "I am so sorry, Sarah." -𝐃𝐈𝐊𝐀 𝐀𝐑𝐉𝐔𝐍𝐀 Sarah menyangka, pulang ke rumah arwah Tok Wan mampu menenangkan fikiran dan hati. Orang zaman sekarang kata'𝐇𝐞𝐚𝐥𝐢𝐧𝐠',sambil menikmati hamparan sawah padi di Perlis. Namun takdir ada rancangan lain. Kemunculan seorang lelaki asing, berwajah mat salleh tetapi hidup di kampung,mengubah segalanya. "Nama mat salleh tapi duduk kampung?Apa cita?"-𝐒𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐋𝐀𝐑𝐈𝐍𝐀 "Nama saja mat salleh,tak semestinya kena duduk bandar.Asal hidup selamat sudah,tak payah nak kolot sangat jadi manusia."-𝐋𝐔𝐈𝐒𝐄 𝐃𝐈𝐂𝐀𝐏𝐑𝐈𝐎 Hari demi hari, mereka asyik bertengkar seperti anjing dengan kucing.Kalau tak bergaduh, memang tak sah. Namun siapa sangka,kehadiran mengejut Datin Malina dan Dato'Maleeq ke kampung mengubah segalanya. Status. Hubungan. Dan rahsia yang selama ini disimpan oleh Luise akhirnya terbongkar. "Adam Yusuf?"-𝐒𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐋𝐀𝐑𝐈𝐍𝐀 Mampukah Sarah menerima Luise? Dan siapakah sebenarnya Adam Yusuf, lelaki misteri yang menjadi perbualan penduduk kampung dan perhatian media "Aku janji, Aku akan pastikan kau bahagia disisi aku" -𝐀𝐃𝐀𝐌 𝐘𝐔𝐒𝐔𝐅 𝐃𝐄𝐍𝐈𝐒
Criminals And Destiny by hazelaeviaa
hazelaeviaa
  • WpView
    Reads 117
  • WpVote
    Votes 7
  • WpPart
    Parts 4
watak utama : - Neyra Mikhaylova - Damien De Lucca Setelah beberapa tahun menghilang, Damien, ketua mafia dari organisasi Cassanova, kembali dengan satu niat - memaksa Neyra untuk menerima lamaran perkahwinan. Dia memerlukan seorang pendamping untuk meneruskan kekuasaannya. Namun, Neyra bukan lagi wanita yang sama. Dulu dia hanya seorang yang terjebak dalam dunia gelap ini, tetapi kini dia juga ketua mafia yang berkuasa. Dengan niat membalas dendam terhadap lelaki yang pernah meninggalkannya tanpa kata, dia menerima lamaran itu, tak sangka akan bertemu kembali di tempat yang paling tidak dijangka. Papa Neyra, yang lebih tahu mengenai dunia gelap ini, memberi syarat - bertahan setahun. Jika Neyra merasa tak mampu hidup berdua dengan Damien, atau balas dendamnya sudah selesai, dia boleh meninggalkan Damien dan kembali ke rumah, meninggalkan lelaki itu dalam keadaan tergila-gilakan. Namun, seiring waktu, perasaan mereka mula berubah. Kedua-duanya semakin takut kehilangan, terperangkap dalam perasaan yang mereka tak jangka, di antara dendam, cinta, dan takdir yang semakin merumitkan hidup mereka.
Angkara Afina [OG] by syasyaliaa_
syasyaliaa_
  • WpView
    Reads 45,021
  • WpVote
    Votes 372
  • WpPart
    Parts 4
↳✧・゚ AFINA | ADREAN ; Siapa sangka kepulangannya ke kampung halaman membuatkan kehidupan gadis bernama Afina Saffiyah berubah. Bertahun dia cuba menjauhkan diri, akhirnya dia bersetuju untuk kembali ke tempat asalnya. Dan sejak detik itulah, dia lebih mengenali seorang lelaki yang bernama Harraz Adrean. Hubungan mereka? Tak ada hubungan. Lebih kepada dua orang manusia yang tiba-tiba dipaksa untuk berkenalan. Sebab itu lah Afina senang naik angin. "Tudung ni, kenapa bukak dah?" -HARRAZ ADREAN "Tudung tu dah bersambal. Buta ke? Tak ada mata?" -AFINA SAFFIYAH Sedang Afina cuba untuk menelan pahitnya kehidupan, hubungan mereka berdua menjadi semakin akrab. Adrean umpama hero yang selalu ada apabila Afina memerlukannya. Dan ini lah kesilapan Afina. Dia terlalu cepat menilai seseorang. "Apa yang jadi semua ni bersebab, Fina." -HARRAZ ADREAN "Sebab apa? Sebab Fina tak mampu nak jadi macam perempuan tu ke?!" -AFINA SAFFIYAH Benar kata orang, perempuan yang kurang kasih sayang seorang ayah tak akan pernah beruntung dalam dunia percintaan. Daripada masalah keluarga, muncul pula masalah rumah tangga apabila dia bersetuju untuk berkahwin dengan Adrean. Satu persatu petunjuk mula hadir, menjawab persoalan yang selama ini menjadi tanda tanya. Kuatkah dia untuk menjalani ujian yang diberikan oleh-Nya? Tuhan, jika ini takdirku, kuatkan lah aku. ✧༺♥༻✧ • Hanya mampu meluah melalui penulisan. Sambil-sambil tu boleh tolong sedekahkan Al-fatihah buat ayah saya ya. Terima kasih :) • Happy reading! ⚠️ Penulisan di awal-awal cerita mungkin agak childish dan cringe , but trust me it gets better afterwards. ©syasyaliaa_ Start : 13 July 2025 End :
Bunga milik Aryan [C] by mrs_rowan
mrs_rowan
  • WpView
    Reads 210,515
  • WpVote
    Votes 5,165
  • WpPart
    Parts 61
Hubungan antara dua kanak kanak kecil itu sangat rapat. Malah semua orang ingat bahawa mereka adalah adik beradik. Aryan ialah anak orang kaya, berkawan dengan Lily yang merupakan anak kepada orang gaji dalam rumah keluarga besar itu. Aryan mempunyai perasaan yang hebat terhadap gadis itu walaupun umurnya masih mentah namun satu tragedi yang buruk memisahkan mereka. Kedua dua ibu bapa Aryan meninggal dunia disebabkan oleh orang gajinya iaitu ibu kepada Lily. Setelah bertahun lama terpisah. Mereka masing masing mempunyai hidup sendiri sehinggalah takdir mempertemukan mereka semula. Apakah lelaki itu akan memaafkan cinta pertamanya itu?