kene baca
199 stories
Pencinta Setiamu Β© by reverielyn
reverielyn
  • WpView
    Reads 403,545
  • WpVote
    Votes 21,842
  • WpPart
    Parts 63
Sejarah hidup Almahayra Fateeha Sofeya membuatkan dia menjadi seorang gadis yang berdikari sehingga dia menganggap cinta bukanlah satu keperluan untuknya. Sehinggalah seorang lelaki bernama Nazmi Zahran cuba mengetuk pintu hatinya. "Saya ni degil orangnya. Kadang-kadang gila sikit. Kalau saya kata saya nak awak, maknanya saya nak awak juga. Almaklumlah, anak kedua lah katakan" - Nazmi Zahran "Laa yeke. Saya pun keras kepala orangnya. Kadang-kadang baran sikit. Kalau saya kata saya tak nak, maknanya saya tetap tak nak. Almaklumlah, anak kedua lah katakan" - Almahayra Fateeha Sofeya "Cantik! Maknanya kita ada banyak persamaan. Okey, jom kahwin" - Nazmi Zahran "Wah! Mudahnya awak ajak perempuan kahwin. Kalau awak nak cari doktor psikatri untuk rawat penyakit gila awak tu, saya bukan orangnya. Sila cari dekat portal cari jodoh, tak pun dekat hospital. Dah, jangan kacau saya. Saya nak makan" - Almahayra Fateeha Sofeya Semenjak dari pertemuan pertama mereka, Nazmi mula tertarik pada gadis yang baru dia temui. Bermacam-macam cara yang dia lakukan untuk menambat hati si gadis. "Awak kerja apa ya?" - Almahayra Fateeha Sofeya "Kenapa awak tanya?" - Nazmi Zahran "Tak ada apa. Saya cuma nak bagitahu bos awak yang awak selalu curi tulang" - Almahayra Fateeha Sofeya "Eh, saya tak curi tulang. Saya hanya curi hati awak je" - Nazmi Zahran Published : *FEBRUARY 2025*
Dia Jodoh Ku by blacknightpishh
blacknightpishh
  • WpView
    Reads 2,794
  • WpVote
    Votes 153
  • WpPart
    Parts 45
Rafie Rayyan bin Daud bukanlah lelaki biasa. Di sebalik wajahnya yang tenang dan rapi, dia adalah seorang pembunuh upahan yang paling dikehendaki dalam dunia gelap. Dia tidak berpihak kepada mana-mana kumpulan mafia; dia bergerak sendiri, hanya bertemankan sebilah pisau dan kelajuan yang melampau. Baginya, setiap tugasan hanyalah satu transaksi perniagaan-sehinggalah dia menerima satu sampul surat coklat yang mengubah segalanya. Sasaran seterusnya: Batrisya Raisya binti Aliyas. Dunia Rafie seakan berhenti berputar. Batrisya bukan sekadar nama, tetapi dia adalah satu-satunya memori indah yang Rafie miliki. Mereka adalah kawan rapat sejak kecil, membesar bersama sebelum takdir memisahkan mereka dalam satu tragedi berdarah bertahun-tahun yang lalu. Kini, Rafie berdiri di persimpangan jalan yang mustahil. Jika dia membunuh Batrisya, dia kehilangan satu-satunya cahaya dalam hidupnya. Jika dia membiarkan Batrisya hidup, nyawa mereka berdua akan diburu oleh pihak yang mengupahnya-individu misteri yang tahu segala rahsia masa lalu mereka. Demi melindungi Batrisya, Rafie terpaksa menculik gadis itu dan membawanya lari. Namun, Batrisya yang trauma tidak tahu bahawa lelaki yang menyelamatkannya itu adalah lelaki yang sepatutnya mencabut nyawanya. Dalam pelarian yang penuh dengan letupan, darah, dan pengkhianatan, rahsia demi rahsia mula terbongkar. Adakah Batrisya mampu menerima kenyataan bahawa "jodoh" yang dikirimkan tuhan untuk melindunginya adalah seorang pembunuh upahan? Dan mampukah Rafie membalas dendam terhadap mereka yang mengatur permainan maut ini sebelum masa mereka tamat?
My Sweetheart (Complete) by Mi_Amethyst
Mi_Amethyst
  • WpView
    Reads 367,999
  • WpVote
    Votes 14,087
  • WpPart
    Parts 69
🌹spin off Cinta Lelaki Teragung🌹 Do you believe in fate and destiny? And I believe that you are my destiny.. Eiman Firas x Rhea Sophea Louis She fell first, he fell harder Sejak kecil, Rhea sudah mula sukakan Eiman. Dan bila meningkat dewasa, perasaan suka itu terus bertukar menjadi rasa sayang dan cinta. Namun, cintanya tidak pernah berbalas. Eiman tidak pernah mempunyai perasaan terhadap nya. Di saat Rhea sudah tawar hati, Eiman pula yang mengejar nya. Hubungan mereka menjadi sangat sukar bila hadirnya pihak ketiga yang sentiasa cuba menganggu hubungan mereka. Episod dendam lama, membuka kembali lembaran nya. Siapakah dalang di sebalik semua kejadian yang berlaku ke atas keluarga Haq? My Sweetheart, ada jawapan nya.. 100% karya asal Mi_Amethyst πŸ’œ
CINTA LELAKI TERAGUNG (complete) by Mi_Amethyst
Mi_Amethyst
  • WpView
    Reads 481,232
  • WpVote
    Votes 17,912
  • WpPart
    Parts 56
Aku Haq kau, dan kau hak aku.. Their love story will never end.. Zahirul Haq x Razea Puspa Haq, lelaki yang hidup nya bergelumang dengan dosa. Kehilangan ibu nya sejak dia berusia 11 tahun, melihat kecurangan dan kekejaman yang di lakukan oleh ayah nya terhadap ibunya, menjadikan dia seorang yang berhati dingin dan sekaligus membenci ayah nya. Gemar terlibat dalam lumba haram. Walaupun dia kaya harta, tapi dia miskin dengan kasih sayang. Takdir telah menemukan dia dengan seorang gadis misteri yang telah menyelamatkan nya semasa dia kemalangan ketika terlibat dalam lumba haram. Hanya sepasang mata gadis itu yang kelihatan kerana dia memakai pelitup muka. Dan gadis itu kekal menjadi misteri sehingga 5 tahun lama nya Haq setia mencari dan menanti gadis itu muncul semula. Adakah Haq akan terus setia menanti gadis itu? Yang dia sendiri tidak tahu rupa sebenar gadis itu, dari mana usul nya dan siapa nama nya..
IRIS, MY SWEETHEART (OG) by Anne_Dahlia
Anne_Dahlia
  • WpView
    Reads 4,465
  • WpVote
    Votes 494
  • WpPart
    Parts 18
"Abang Am, Iris suka abang. Dah lama Iris pendam." - Iris Awliya "Terima kasih sebab suka abang, Iris. Maaf, abang terpaksa tolak. Iris masih budak. Perjalanan Iris masih jauh lagi." - Arham Ezri Selang beberapa tahun, Iris berjaya membuka hati untuk lelaki lain setelah pengakuan cintanya pernah ditolak oleh Arham. Tak seindah yang dibayangkan. Saat melalui fasa pertunangan, tunangnya Qais Naufal ditangkap khalwat bersama sahabat baiknya, Ardini Erina. Hancur hati Iris. Dia ingin melarikan diri dari semua ini. Saat dia belajar untuk redha dan menerima takdir, Arham muncul semula. Kemunculan Arham bukan semata-mata sebagai abang kepada sahabat baiknya tetapi lelaki itu muncul dengan pengakuan cinta. Iris bingung. Nama lelaki itu telah lama dilupakan, kini dia muncul kembali. Puas Iris menolak namun Arham tidak kenal erti mengalah. "I'm good at waiting." -Arham Ezri "Tunggulah seorang diri. Biar mereput." -Iris Awliya Akhirnya Iris menerima jua Arham dalam hidupnya. Sejauh mana kebahagiaan milik mereka? Mampukah persahabatan Iris dan Ardini kembali pulih? Sejauh mana Qais menerima segala takdir? Wujudkah si pengkhianat dalam kehidupan mereka?
Cinderella Milik Tuan Ceo | OG by syam1m1e
syam1m1e
  • WpView
    Reads 4,656
  • WpVote
    Votes 402
  • WpPart
    Parts 8
Karya ketiga by syamimie⏳️ Blurb: Sempurna? Jauh sekali. Dia membesar dengan serba kekurangan. Kekurangan yang pada awalnya hanyalah sekadar perkara biasa pada seorang Mirea Sofea. Namun, kekurangan yang ada pada dirinya mula menjadi bahan hinaan orang sekeliling. Sehinggakan dia berfikir bahawa dia adalah orang yang paling malang di dunia ini. Hari-harinya berjalan seperti biasa, memekakkan telinga tatkala dirinya menjadi umpatan orang. Padanya, dia mampu harungi semua ujian ini, sehinggalah satu malam yang mengubah segalanya. Zayn Evryn. Sempurna? Ya, cukup sempurna. Satu kejadian yang membawa pertemuan mereka berdua itu membuatkan dua jiwa meronta dalam tak rela. "Eh kau tak payah nak berlakon lah depan aku! Kau yang rancang semua benda ni kan?! Kau goda aku semalam sebab kau nak bolot semua harta aku kan?!" -Zayn Evryn "Encik merepek apa ni?! Saya tak kenal pun siapa Encik!! Kenapa Encik fitnah saya macam ni!!" -Mirea Sofea Setelah malam itu, masing-masing memilih untuk meneruskan hidup seperti biasa. Namun, munculnya kembali Zayn disisi Mirea membuatkan Mirea semakin gila. Bukan gila kerana lelaki itu berbuat jahat padanya, namun gila kerana perubahan mendadak lelaki itu. "Love me, Mirea Sofea..." -Zayn Evryn Bagaikan terhenti dunianya. Kelu lidah Mirea dengan pengakuan berani mati lelaki itu. Cinta? Mirea tidak kenal apa itu cinta. Dirinya yang serba kekurangan itu, layakkah dia untuk dicintai? Dan Zayn Evryn? Mengapa dia tiba-tiba sahaja meluahkan rasa cinta? Adakah ada sesuatu di sebalik perkenalan mereka itu sehinggakan Zayn sanggup mengejar cinta Mirea sebegitu rupa? Dan apakah rahsia yang tersembunyi di sebalik semua ini sebenarnya? Start: 1/1/2026 End:
WOLF X SILENT EVI by _lvesophie
_lvesophie
  • WpView
    Reads 71
  • WpVote
    Votes 5
  • WpPart
    Parts 1
#1 Story β€’Dia cold garang dan tegas. Dia bersifat kejam dan akan membunuh siapa sahaja yang mengganggu kehidupan dia. Dan dia serupa serigala memerhati sesiapa kacau MILIK DIA. β€’Dia hot slay crazy dan bermulut puaka. Dia bersifat kejam kepada yang mengganggu kehidupan dia dan mengganggu kehidupan lelaki yang dia mencintai.Dia akan membunuh sesiapa sahaja yang berani sentuh MILIK DIA. | Wolf x Silent Evi | TENGKU REYDEN EIDER sebut sahaja nama ini membuat sesiapa sahaja tidak berani menegur atau memandang wajahnya kerana takut kepadanya dan sesiapa berani cari pasal atau khianati dia akan cari sampai lubang cacing. Dia berumur 29 tahun dan mempunyai mata KELABU. Leader Mafia WOLF HAUNTING. Code name WOLF GHOST, Leader Mafia seluruh Negara. Seorang CEO yang berjaya nama Syarikat nya CEO TRE. DALYNA ASYALA AYNA seorang MODEL NO 1 satu dunia ia terkenal mempunyai muka yang jelita cantik putih dan berbentuk bentuk badan yang sangat sempurna akan rupanya. Berumur 20 tahun dan bermata HAZEL. Dia memang diva dan bermulut pedas dan puaka pada siapa yang cari pasal dengannya. Dia juga mempunyai syarikat iaitu CEO kepada Syarikat DLA . Dia juga Ketua Mafia SILENTY GHOST , Code name SILENT EVI namun tiada sesiapa mafia pernah tahu rupanya kerana dia memakai mask. Satu peristiwa yang berlaku apabila dipertmekan lelaki dingin dan bermuka serius iaitu Reyden menyelamatkan gadis bernama Dalyna daripada dia kena kepung oleh mamat yang menggatal dengannya. Dan sejak itu Dalyna suruh PA nya mencari maklumat tentang lelaki itu kerana dia sudah mula jatuh cinta pada lelaki itu. "Saya minat awak lah boleh saya tahu nama awak?"-Dalyna Asyala Ayna. "Aku tak minat berkenalan dengan perempuan macam kau"-Tengku Reyden Eider. Wow First time lelaki menolak akan percakapan dia. I LIKE. "Sampai bila kau nak gangguan kehidupan aku?"-Tengku Reyden Eider "Sampai awak jadi milik saya MR WOLF. I will always Hunting you"-Dalyna Asyala Ayna. She fell first He fell Harder.
Of Ashes and Faith by KaelAuren_
KaelAuren_
  • WpView
    Reads 1,320
  • WpVote
    Votes 249
  • WpPart
    Parts 11
Ziyad Danial Iskandar. Nama yang tidak asing di dalam dunia korporat. Lelaki yang menumpaskan bapa kandungnya sendiri, Zafrul, demi menutup pintu kejahatan yang hampir melibatkan nyawa yang tidak berdosa. Nama Ziyad juga terpalit. Dan dia sentiasa hidup dalam bayang-bayang dosa arwah bapanya. Walau dia bukan lahir dari keluarga yang sempurna, kasih sayang Ummi Ilmah sentiasa menjadi syurga kecil buat Ziyad. Pernah suatu ketika, Ziyad menyimpan rasa terhadap sekuntum bunga yang disiram, dijaga rapi, namun apakan daya, bunganya disunting kumbang lain. Dan dari saat itu, hatinya retak tanpa ada penawar. Hinggalah dia bertemu dengan Mawar Mikayla. Nama yang cukup indah, namun tidak seindah akhlaknya. Mawar lahir dari keluarga yang berantakan. Salah faham, kekurangan perhatian dan rasa terasing menjadikan dia seorang yang keras kepala, angkuh dan jauh daripada landasan agama. Hidupnya terumbang-ambing sehingga dia jatuh cinta pada senyuman milik Ziyad. Cinta pandang pertama. Takdir menyatukan mereka dalam sebuah ikatan yang bukan atas kerelaan. Perkahwinan terjadi hanya memenuhi permintaan Datuk Razeen Farhan, ayah Mawar. Mawar bahagia, Ziyad terpaksa. Dari titik itu, hidup Mawar berubah. Ziyad mengambil tanggungjawab untuk membentuk Mawar Mikayla menjadi insan yang lebih baik. Kisah mereka tidaklah indah dari permulaannya. Kisah mereka penuh ujian, luka dan pengorbanan. Mereka jatuh, mereka terpisah, namun takdir menemukan mereka semula. Jodoh mereka terlalu kuat untuk dipisahkan. Rumah tangga mereka juga tidak terkecuali daripada badai. Tiada bahagia yang kekal tanpa diuji. Sejauh manakah takdir akan membawa cinta Ziyad dan Mawar? Dan mampukah Mawar mempertahankan cinta itu hingga ke akhirnya?
Of Ruins and Roses by KaelAuren_
KaelAuren_
  • WpView
    Reads 118,062
  • WpVote
    Votes 5,706
  • WpPart
    Parts 125
Rayyan Harith tidak pernah lupa malam itu. Seorang pakar bedah muda. Dia menyaksikan sendiri tiga nyawa ditarik dalam satu kemalangan tragik-termasuk adik kandungnya sendiri. Namun yang paling menghantui hidupnya ialah, sepasang suami isteri yang gagal diselamatkannya... hingga meninggalkan seorang gadis yatim piatu. Gadis itu, kini bergelar wanita berdikari bernama Aira Humaira. Pemilik kafe comel bernama Pawse & Sip, tempat di mana manusia melepaskan lelah sambil membelai kucing sebagai penyembuh luka jiwa. Tuah, satu-satunya saksi bisu yang menjadi penguat Aira selama ini. Tanpa saling mengenali, Rayyan dan Aira ditemukan semula oleh takdir. Namun, rahsia masa lalu terus menghantui. Aira tidak tahu lelaki itu ialah doktor yang cuba sedaya upaya menyelamatkan ayahnya pada malam kejadian. Rayyan pula hidup dalam dilema-antara menyembunyikan identiti atau jujur dan kehilangan wanita yang perlahan-lahan dia cintai. Tatkala luka lama mula berdarah kembali, dugaan bertimpa. Hasutan, fitnah, keluarga yang menolak, kehilangan, perpisahan... hingga Aira dan Rayyan diuji antara percaya dan kecewa, antara menanti dan melepaskan. Akan adakah bahagia buat dua jiwa yang luka? Atau takdir sekali lagi memilih untuk memisahkan mereka? "π™ΌπšŠπš—πšŠ πš”πšŠπšž, πšœπšŠπš’πšŠπš—πš? π™ΉπšŠπš—πšπšŠπš— πšπš’πš—πšπšπšŠπš•πš”πšŠπš— πšŠπš”πšž." - Rayyan Harith. "π™°πš’πš›πšŠ πšπšŠπš” πš‹πš˜πš•πšŽπš‘. π™°πš’πš›πšŠ πšπšŠπš” πšœπšŠπš—πšπšπšžπš™. π™°πš’πš›πšŠ πš–πš’πš—πšπšŠ πš–πšŠπšŠπš." - Aira Humaira.