𝓜𝔂𝔂 𝓯𝓪𝓿'𝓼 𝓸𝓰 (𝓻𝓮𝓬𝓸𝓶𝓶𝓮𝓷𝓭)
25 stories
Beri Aku Waktu by Americarlla
Americarlla
  • WpView
    Reads 87,407
  • WpVote
    Votes 6,334
  • WpPart
    Parts 59
Selepas setahun menghilang tanpa penjelasan, Ayesha kembali membawa pulang seorang bayi perempuan bernama Ameena, sekali gus mencetuskan seribu tanda tanya tentang siapa bapa kandungnya. Bagi menutup aib itu, Ayesha terpaksa menerima Idris, sepupu yang dibencinya, sebagai suami. Namun, perkahwinan paksa itu membibitkan konflik yang jauh lebih sulit dan rumit. Berikutan satu tragedi hitam pada masa lalu, Idris rela menjadi 'Pak Sanggup' kerana dia teramat yakin bahawa Ameena ialah anaknya. Bahkan, dia menganggap Ayesha sengaja menafikan haknya sebagai bapa kepada Ameena. Sebaliknya, Ayesha terpaksa menelan segala tohmahan sendirian kerana hakikat sebenar jauh lebih mengerikan-dia sendiri tidak tahu siapa bapa kandung Ameena. Malah, dia juga sedang menjejaki lelaki itu demi menuntut bela atas penderitaan seseorang. Dalam rumah tangga yang sarat dengan teka-teki, dua jiwa ini saling memburu jawapan. Idris, meskipun masih keliru, tetap memilih untuk memberikan Ayesha waktu. Ayesha pula berharap pada waktu untuk merungkai kebenaran. Tanpa disedari, waktu jugalah yang memaut hati mereka untuk saling merawat luka, melindungi, dan membenarkan cinta itu mekar. Ada sebab mengapa Ayesha memilih untuk menghilang setahun yang lalu. Ada amanah yang perlu dipertahankan di sebalik kewujudan Ameena. Apabila waktu akhirnya membongkar identiti sebenar bapa kandung Ameena, maka terbuktilah-siapa yang harus dicurigai selama ini. "Aku hidup tanpa ada yang menghargai. Jadi, apalah sangat memberikan kau waktu... biarpun syaratnya aku terpaksa menanti dalam kebingungan yang entah bila ada noktahnya." - Idris "Kebenaran tidak pernah menakutkan, melainkan telinga yang diam-diam mendengar. Pemangsa tidak pernah berwajah raksasa... dia berwajah manis." - Ayesha. Start: Dec 2025 End: -
HAZRAEL'S: RAHSIA TUHAN (HIATUS) by casy_awisy
casy_awisy
  • WpView
    Reads 1,475
  • WpVote
    Votes 469
  • WpPart
    Parts 17
"It's not that I can't find someone to replace you. I choose not to."
Falling for My Rival | OG [hiatus] by lvlyycipp
lvlyycipp
  • WpView
    Reads 580
  • WpVote
    Votes 219
  • WpPart
    Parts 3
Zafryl Rayqal x Aurelia Inara start: 23/12/25 end:
Detak Janji : HIYA نَبْضِي  by ___nialunee
___nialunee
  • WpView
    Reads 48,412
  • WpVote
    Votes 2,705
  • WpPart
    Parts 41
BOOK 1 • 𝗔𝗘𝗭𝗟𝗜𝗬𝗡𝗔 𝗡𝗔𝗨𝗥𝗔 sanggup berhijrah jauh dari ketenangan Bachok, Kelantan ke hiruk-pikuk Kuala Lumpur. Niatnya cuma satu-mencari rezeki dan memulakan hidup baharu. Namun, dia tidak pernah menduga langkahnya di kota metropolitan ini akan membawanya ke jalan cerita yang jauh lebih rumit. 𝗠𝗨𝗛𝗔𝗠𝗠𝗔𝗗 𝗙𝗔𝗧𝗧𝗛𝗔 𝗔𝗗-𝗗𝗔𝗬𝗬𝗔𝗡 pula sudah dua tahun menetap di Kuala Lumpur demi mengendalikan empayar perniagaan milik ayahnya. Lelaki dari Arab Riyadh yang dingin, tegas, dan tidak pernah kenal erti kalah ini langsung tidak menjangka kehadirannya di Malaysia akan diuji oleh seorang gadis sekepala batu. Pertemuan pertama antara Naura dan Fattha mencetuskan 'perang dunia'. Hubungan mereka dipenuhi dengan pertengkaran mulut dan rasa saling membenci. Namun, takdir melakar jenaka paling kejam apabila mereka akhirnya terjerat dalam ikatan perkahwinan aturan keluarga secara paksa. "Aku akan benci mu sampai mampus!" - 𝘼𝙀𝙕𝙇𝙄𝙔𝙉𝘼 𝙉𝘼𝙐𝙍𝘼 Seorang bersumpah untuk mempertahankan benci sehingga mati, manakala seorang lagi tenang mengatur strategi. "I will get you, habibti." - 𝙁𝘼𝙏𝙏𝙃𝘼 𝘼𝘿-𝘿𝘼𝙔𝙔𝘼𝙉 Di sebalik dinding benci yang dibina rapat oleh Naura, mampukah ego Fattha meruntuhkannya? Atau perkahwinan paksa ini hanyalah sebuah medan perang tanpa penamat? "Kau adalah takdir yang aku takkan lepaskan sampai mati" Amaran ⚠️: Cerita ini mengandungi unsur matang, kata-kata kesat, dan aksi kekerasan, namun tiada adegan seksual yang keterlaluan. Jika anda tetap mahu membaca, sila langkau (skip) adegan tersebut, ya? Sila asingkan dunia nyata dengan fiksyen-cerita ini hanyalah rekaan semata-mata.
[C] EIYAD RIZKAEL:THE PAINFUL LOVE by Yours_Aeryna
Yours_Aeryna
  • WpView
    Reads 18,999
  • WpVote
    Votes 1,264
  • WpPart
    Parts 52
𝙼𝚎𝚗𝚢𝚒𝚝𝚊 𝙺𝚎𝚋𝚊𝚑𝚊𝚐𝚒𝚊𝚊𝚗𝚖𝚞, 𝙱𝚞𝚔𝚊𝚗𝚕𝚊𝚑 𝙺𝚎𝚒𝚗𝚐𝚒𝚗𝚊𝚗𝚔𝚞... 𝐸𝑖𝑦𝑎𝑑 𝑅𝑖𝑧𝑘𝑎𝑒𝑙. Jejaka yang pemurah dengan senyuman menawannya. Dia lah sebaik-baik lelaki yang pernah ditemui oleh gadis di dalam bumi ini. Lelaki yang sangat penyabar dan baik hati dalam apa jua situasi, tapi siapa sangka ada sesuatu disebaik senyuman manis lelaki tampan ini. Di sebalik personaliti baiknya tersimpan personaliti lain. 𝑀𝑎𝑤𝑎𝑟 𝐸𝑙𝑖𝑎𝑛𝑎 gadis yang sebaliknya. Hidupnya yang sentiasa dalam tekanan. Senyuman yang sering kali sengaja dibekukan. Hidupnya terlalu angkuh. Tapi tiada sesiapa tahu apa yang tersirat di dalam dirinya. Tiada sesiapa pernah bertanyakan pada dirinya apa yang boleh membahagiakan dirinya. Dia langsung tidak mengenali erti perkataan "bahagia" Pertemuan semula gadis angkuh dan jejaka pemurah senyuman ini selepas kejadian lepas buatkan Mawar marah, pelbagai cara dia lakukan untuk pastikan lelaki ini bencikan dirinya tapi Eiyad sedia memikul tanggungjawab dan tempuh segala dugaan demi si dia.Tapi lama kelamaan Mawar sedar personaliti yang ditunjukkan oleh Eiyad adalah personaliti yang hanya untuk selindung perkara lepas. Dosa dan rahsia. Ini lah apa yang diselindungkan. [!] Status: Start: 04/02/2025 End:20/02/2026 This book contains: 70% love 30% family [!] Bahasa kasar.
𝐁𝐈𝐃𝐀𝐃𝐀𝐑𝐈 𝐌𝐈𝐋𝐈𝐊 𝐍𝐔𝐐𝐌𝐀𝐍 by losthmyad
losthmyad
  • WpView
    Reads 3,328
  • WpVote
    Votes 634
  • WpPart
    Parts 8
𝐍𝐔𝐐𝐌𝐀𝐍 𝐙𝐄𝐘𝐃𝐀𝐍 || 𝐀𝐋𝐎𝐑𝐀 𝐓𝐑𝐈𝐒𝐇𝐀 "𝓼𝓮𝓽𝓲𝓪 𝓪𝓽𝓪𝓾 𝓶𝓪𝓽𝓲 ?" 𝐍𝐔𝐐𝐌𝐀𝐍 𝐙𝐄𝐘𝐃𝐀𝐍 || Jejaka berdarah kacukan Melayu- Perancis. Hidupnya penuh dengan duka dan sakit. Dia mahu lari daripada kesakitan itu tapi tetap juga tidak bisa sehinggalah dia menemui Alora. Wanita yang menyuluh hidupnya menjadi terang. Dia berjaya keluar daripada gelapnya. Dia amat menyayangi wanita itu tapi sayang sekali ramai yang menentang perkahwinan mereka. 𝐀𝐋𝐎𝐑𝐀 𝐓𝐑𝐈𝐒𝐇𝐀 || Gadis lembut dan comel. Sikapnya yang prihatin dan lembut telah mencairkan hati beku milik Nuqman. Mereka mula jatuh hati dan berkahwin tanpa persetujuan ahli keluarga sang suami. Mereka tinggal jauh. Jauh daripada pandangan mereka yang membenci. Perkhawinan mereka pada mulanya berjalan lancar dan bahagia sehingga suatu hari semuanya berubah- Nuqman terlibat dalam nahas kemalangan dan menyebabkan ingatannya hilang- dia mula berubah menjadi dirinya yang lama. Dimana sebelum dia berjumpa Alora. Dingin dan beku "Are you a traitor to me?" "or just someone who's lost her way?" Setia atau mati ? ❗No copy ii ❗idea 100% datang daripada otak saya sendiri ❗dilarang meninggalkan kata-kata kesat