Mieyya_dda's Reading List
23 stories
BUNGA MILIKNYA | C by elhaniee
elhaniee
  • WpView
    Reads 125,336
  • WpVote
    Votes 3,967
  • WpPart
    Parts 70
my 1st story EMIR AYDEN x AIRIS EMYRA "Aku nak kau buatkan kerja math yang Cikgu Zurina bagi semalam, aku tahu selepas rehat kau dah siapkan. Kalau tak, tahu la apa aku nak buat" " - Emir Ayden "Saya tak rasa saya sempat nak siapkan ni, sekarang dah masuk waktu rehat" - Airis Emyra Emir Ayden merupakan atlet bola tampar di sekolah itu dan sudah semestinya dia digila-gilakan oleh pelajar perempuan di sekolah itu kerana wajahnya yang tampan. Dia juga lebih mementingkan sukan dari pembelajaran. Emir sering mengganggu hari-hari Airis Emyra atas sebab tidak suka melihat orang yang sentiasa belajar. Baginya perbuatan itu semua hanya palsu dan menunjuk-nunjuk. Airis Emyra pula seorang gadis yang cantik dan sentiasa kaya dengan senyuman serta disayangi oleh keluarganya seperti seorang puteri. Dia juga merupakan seorang pelajar yang cemerlang dan menyebabkan Emir sentiasa mengganggunya. Satu kejadian telah terjadi menyebabkan Airis berubah kepada seorang yang dingin dan senyumannya turut hilang. "It's been a long time not seeing you, Airis" - Emir Ayden "Erm sorry I need to go, saya dah lambat banyak kerja yang saya kena buat. For your information Encik Emir my name is not Airis" - Airis Emyra "I am Emyra. Airis dah lama mati sejak 6 tahun yang lepas" - Airis Emyra Emir tidak pernah berputus asa dalam memujuk Airis kembali. Mampukah Emir melembutkan kembali hati gadis itu? Mampukah lelaki itu menawan kembali hati dia? (maaf jika ada kesalahan bahasa dan grammar, saya cuba yang terbaik untuk cerita yang pertama ini)
Of Ashes and Faith by KaelAuren_
KaelAuren_
  • WpView
    Reads 1,426
  • WpVote
    Votes 275
  • WpPart
    Parts 12
Ziyad Danial Iskandar. Nama yang tidak asing di dalam dunia korporat. Lelaki yang menumpaskan bapa kandungnya sendiri, Zafrul, demi menutup pintu kejahatan yang hampir melibatkan nyawa yang tidak berdosa. Nama Ziyad juga terpalit. Dan dia sentiasa hidup dalam bayang-bayang dosa arwah bapanya. Walau dia bukan lahir dari keluarga yang sempurna, kasih sayang Ummi Ilmah sentiasa menjadi syurga kecil buat Ziyad. Pernah suatu ketika, Ziyad menyimpan rasa terhadap sekuntum bunga yang disiram, dijaga rapi, namun apakan daya, bunganya disunting kumbang lain. Dan dari saat itu, hatinya retak tanpa ada penawar. Hinggalah dia bertemu dengan Mawar Mikayla. Nama yang cukup indah, namun tidak seindah akhlaknya. Mawar lahir dari keluarga yang berantakan. Salah faham, kekurangan perhatian dan rasa terasing menjadikan dia seorang yang keras kepala, angkuh dan jauh daripada landasan agama. Hidupnya terumbang-ambing sehingga dia jatuh cinta pada senyuman milik Ziyad. Cinta pandang pertama. Takdir menyatukan mereka dalam sebuah ikatan yang bukan atas kerelaan. Perkahwinan terjadi hanya memenuhi permintaan Datuk Razeen Farhan, ayah Mawar. Mawar bahagia, Ziyad terpaksa. Dari titik itu, hidup Mawar berubah. Ziyad mengambil tanggungjawab untuk membentuk Mawar Mikayla menjadi insan yang lebih baik. Kisah mereka tidaklah indah dari permulaannya. Kisah mereka penuh ujian, luka dan pengorbanan. Mereka jatuh, mereka terpisah, namun takdir menemukan mereka semula. Jodoh mereka terlalu kuat untuk dipisahkan. Rumah tangga mereka juga tidak terkecuali daripada badai. Tiada bahagia yang kekal tanpa diuji. Sejauh manakah takdir akan membawa cinta Ziyad dan Mawar? Dan mampukah Mawar mempertahankan cinta itu hingga ke akhirnya?
MANJA LEILA : HIS HOME (COMPLETED) by hyzwayne
hyzwayne
  • WpView
    Reads 437,523
  • WpVote
    Votes 28,558
  • WpPart
    Parts 54
GENRE : FLUFFY ROMANCE // SLICE OF LIFE PENULIS : HYZWAYNE SPIN OFF - TUAN MUDA AYYAZ KHAN PUBLISH DATE : 1/9/2025 - 22/1/2026 ........ Rumah tidak semestinya sebuah tempat... kadangkala, ia adalah seseorang. Meskipun sudah berganjak dewasa, trauma yang dilalui Syed Thaqeef Thauri masih tersemat di buah fikiran. Kisah diwaktu kecilnya telah mendidik dia untuk menjadi dewasa dan matang dari usia sebenar. Perlu berpura-pura bahagia padahal dalam hatinya penuh dengan luka-luka lama yang disembunyikan. Bagi Thaqeef, tujuan hidupnya kini adalah bertemu dengan seorang gadis yang dapat menerima kekurangan dirinya. Dia mahukan, 'rumah' yang dapat memberikan kebahagian hingga dia lupa akan kisah silam tragis dahulu. Dan kebahagian itu, dia temukan dalam bentuk seorang gadis bernama Syarifah Nur Manja Leila. Seorang gadis yang penuh sifat kepimpinan dan tegas tetapi ada jiwa sayang dalam hatinya. Bagi Thaqeef, Manja Leila bukan sekadar rumah 'singgah', tetapi dia adalah rumah 'tetap' yang dicari selama ini. "Terima kasih sebab jadi rumah tetap untuk Thaqeef." - Syed Thaqeef Thauri. "Rumah tetap ini tak akan pernah meninggalkan awak. Sebab rumah ini akan menjadi tempat yang paling selamat yang awak pernah ada." - Syarifah Nur Manja Leila. Kerana... lelaki juga berhak merasai bahagia yang tidak pernah dia miliki pada zaman kecilnya. Dan ini adalah kisah... seorang lelaki yang mahukan sebuah 'rumah' yang dapat menerima dia seadanya. [RANKING #1 ON WATTPAD!]
Mr. Arrogant by lianlyrx
lianlyrx
  • WpView
    Reads 619
  • WpVote
    Votes 99
  • WpPart
    Parts 30
📝first story Liana merupakan pelajar uni biasa yang tinggal bersama kawan-kawan nya, di kerana kan assignment project nya dia di kenal kan dengan lelaki yang di anggap bala untuk nya iaitu Adam, lelaki yang sombong dan kasar. ayah Adam merupakan lelaki berjaya yang mempunyai syarikat yang laris, sudah tentulah Adam tergolong dalam kalangan orang-orang yang kaya, dia selalu menjadi incaran gadis-gadis kerana status dan rupanya. Adam bersikap dingin sejak orang-orang hanya ingin mendekati nya kerana rupa dan status nya sampailah dia bertemu Liana. "Kau ni gila la Adam, macam mana boleh tersuka dekat dia ni?" Adam heran dengan diri dia, tapi realitinya dia memang tak boleh nak tipu perasaan dia dekat Liana. Dia dapat lihat sosok arwah ibu dia dekat diri Liana, walaupun Adam tahu susah untuk nak dapatkan hati Liana, dia tetap berdegil untuk cuba. Tapi sejak ayah Adam buat perangai, semuanya jadi mustahil untuk Adam. "Aku patut gembira yang dia dah lenyap dari hidup aku tapi.. kenapa rasa macam aku kehilangan sesuatu dalam hidup aku?" -Liana. "Semua pasal kau masih tersimpan dalam ingatan aku, aku takkan lupakan kau sampai kau jujur dengan diri kau" -Adam.
Married Mr. Nerdy! [✅COMPLETED] by Choco_Lyn
Choco_Lyn
  • WpView
    Reads 1,946,611
  • WpVote
    Votes 97,546
  • WpPart
    Parts 64
@Married Mr. Nerdy @RomanticGenre @ChocoLyn @2019 @Ke-10 Bercinta dengan orang lain, berkahwin pula dengan orang lain?!! Itulah orang katakan takdir. Nama aku Azierah Farisha dan korang semua boleh panggil aku Rafa. Mahu tahu dengan siapa aku bercinta? Erm.. nama dia Syed Hanaqi Faliq bin Syed Hadi Hamdan. Dari nama pun mesti ramai dapat bayangkan rupanya itu bagaimana kan? Aku fikirkan hubungan kami akan berpanjangan sampai ke pelamin namun nampaknya.. Tuhan berkehendakkan yang lain. Tak hujan, tak guruh pun.. aku dapat berita yang dia telah bertunang dengan perempuan lain. Waktu itu.. hanya Tuhan saja yang tahu bagaimana berkecainya perasaan aku waktu itu. Lepas itu, ada seorang mamat ni offer aku satu benda yang tak terlintas dek akal warasku. 'Saya dengar awak dah putus. Jom couple dengan saya.'-Mr. Burn. Paling gila bila aku kata.. 'For now, saya tak accept mana-mana lelaki untuk couple. Kalau awak betul nakkan saya, jumpa mak ayah saya.. kahwini saya!'-aku. Aku tak serius pun dengan apa yang aku cakapkan itu. Main-main ajepun tapi tak sangat ayat aku itu buatkan si Mr. Burn itu nekad nak ambil aku jadi bini dia. 'I really want you, Rafa.'-Mr. Burn yang now I called Mr. Husband. ...
MAMAT POYO,SUAMI CIK CHIPMUNK!! [slow update] by syyamni
syyamni
  • WpView
    Reads 1,495
  • WpVote
    Votes 500
  • WpPart
    Parts 29
Tengku daniel hafiy seorang yang sentiasa menjaga keterampilan dirinya. Tengku daniel hafiy menolong datuknya mengurus syarikat. Raisya Adelia seorang yang menjaga maruah diri. Raisya Adelia juga menolong ayahnya menguruskan syarikat. Demi menjaga nama syarikat, ahli keluarga Raisya Adelia dan Tengku daniel hafiy membuat keputusan untuk bekerjasama. Mereka bertemu disebabkan mereka perlu menjalankan misi dan perlu berkerjasama. "I am always by your side, if you feel sad I am here for you, tell me what you feel Raisya Adelia, I don't want to see you sad alone, I am here for you" -daniel hafiy- "No Daniel, you don't understand what I feel, you never know what I feel, I'm trying to accept everything that's happening right now but it's making my heart hurt more and more, aku penat daniel, aku penat nak hadap semua benda ni..kenapa aku yang kena hadap? Why daniel?" -Raisya Adelia- "Semua orang tak sempurna Raisya,tiada manusia yang sempurna, aku pun tak sempurna but kita boleh perbaiki diri kita right?" -daniel hafiy- "Aku takut..macam mana kalau aku tak boleh nak bahagiakan kau daniel hafiy? Aku bukan perempuan sempurna untuk kau" -Raisya Adelia- "Aku akan cuba bahagiakan kau Raisya Adelia" -daniel hafiy- Adakah cinta akan berputik sewaktu mereka bekerjasama? Apakah perasaan Raisya Adelia terhadap Tengku daniel hafiy, seorang yang tampan? update bila ada masa..thank you kepada yang sudi membaca karya saya..💞🌹 ❗❗❗ saya tidak mengizinkan sesiapa sahaja copy paste karya saya..ini adalah 100% idea saya tiada sedikit pun copy karya author lain..saya haramkan sesiapa yang copy paste karya saya. start: 27.2.2025 @miasharixaa
Hayden Zafran [OG] by mrs_rowan
mrs_rowan
  • WpView
    Reads 22,106
  • WpVote
    Votes 1,144
  • WpPart
    Parts 37
Matlamat hidup adalah untuk hidup bahagia bersama insan tersayang. Keluarga adalah satu sebab mengapa kita dapat meneruskan hidup. Namun bagi Hayden, keluarganya sendiri adalah pembelot. Selepas kematian ibunda tercintanya, Datin Tania. Hayden mula merasa dunianya kini mula pudar. Lebih lagi apabila selepas kematian wanita itu, bapanya selewang lewang sahaja kahwin baru. Apa ni? "For what? Isn't this what you want? You should be happy for this right, Papa?" -Hayden Zafran- "Hayden what are you talking about? Bila masa papa nak semua ni jadi? Mama isteri papa, sayang. Kenapa pulak papa nak mama tinggalkan kita?" -Dato Hanif- Ya, dia salahkan bapanya atas kepergian ibunya itu. Mana taknya, masa wanita itu sakit pun lelaki itu jarang menziarahi isterinya oleh kerana hal kerja. Dan sekarang berkahwin lain? Namun begitu perkahwinan itu diteruskan, dia harus terima. Namun bukan dengan hatinya. Sehingga satu hari dia mengambil keputusan untuk membalas dendam secara halus. Rancangannya semakin berjaya apabila kawan baiknya sudah dapat menjumpai anak kepada ibu tirinya itu, Enayra Safiyyah.
ISTERIKU BUDAK SEKOLAH [COMPLETED] by HilmiSpencer
HilmiSpencer
  • WpView
    Reads 2,255,064
  • WpVote
    Votes 42,689
  • WpPart
    Parts 81
Irfan - Seorang lelaki 23 tahun berkahwin dengan budak perempuan yang baru 17 tahun. Tak sangka dia menjadi suami kepada budak sekolah. Isterinya merupakan pelajar yang menjadi kegilaan pelajar lelaki. Dan juga mempunyai ex boyfriend yang masih menagih cintanya. Kekasih lamanya yang merupakan isteri kepada kawan baiknya juga menaruh harapan padanya. Mampukah hubungan mereka bertahan? START : 13/11/2018 END : 25/12/2019
UNLAWFULLY YOURS by mythofdea
mythofdea
  • WpView
    Reads 34,704
  • WpVote
    Votes 2,097
  • WpPart
    Parts 28
𝓡𝓱𝓪𝓲𝔃𝓮𝓷 𝓚𝓪'𝓮𝓲𝓵 𝔁 𝓔𝓵𝓵𝓪𝓷𝓪 𝓛𝓾𝓯𝓮𝔂𝓪 Rhaizen Ka'eil bukan peguam biasa. Dia seorang peguam korporat yang kejam, sentiasa menang dalam mahkamah tanpa belas kasihan. Baginya, dunia ni penuh dengan kontrak, perjanjian, dan kuasa, tiada ruang untuk perasaan. Hidupnya teratur, bebas dari drama yang membuang masa. Ellana Lufeya, CEO muda dengan jenama makeup LUFELLS, dikejutkan apabila dia dituduh mencuri data syarikat pesaing. Di tengah fitnah, Rhaizen Ka'eil, seorang corporate lawyer yang tegas dan misterius, muncul sebagai penghalang dan penyelamat. Namun bayangan masa lalu muncul dalam bentuk seorang lelaki misteri, menguji cinta, kepercayaan, dan kesetiaan mereka. Dengan rahsia, pengkhianatan, dan pilihan yang sukar, satu-satunya cara untuk bertahan adalah... menghadapi kebenaran yang paling pedih. "Maybe I don't deserve to say this, but if there's any part of me left with you... it's unlawfully yours." ✧ UNLAWFULLY YOURS, mythofdea ✧ | slow update | | hii, saya tulis cita ni just for fun jadi maap kalau merepek atau banyak kesalahan bahasa |