nllyn_'s Reading List
59 stories
The Philophobia by CitieyAster
CitieyAster
  • WpView
    Reads 2,055
  • WpVote
    Votes 128
  • WpPart
    Parts 23
ENGKU HANA FARISHA, memikul tanggungjawab sebagai anak dengan menjaga agensi perisikan milik ayahnya yang sudah bergiat lama di negara gajah putih, Thailand. Menjadi pelajar yang dicontohi dan pengintip elit dalam satu masa adalah tidak mustahil baginya. Namun, rutin hidup Engku Hana Farisya mula terganggu dengan kehadiran kekasih lama, MOHD AFIQ RAFIQI. Kesilapan masa lalu Afiq Rafiqi membawa hubungan mereka bergerak mengikuti haluan masing-masing. Namun takdir mempunyai kehendak tersendiri. Dua insan itu dipertemukan dengan membawa 'nyawa' keluarga di tangan masing-masing. "Untuk sekali ini, tolong akur dengan permintaan ayah. Demi nasib dan nyawa keluarga kita ya Hana?" - ENGKU HAMZAH. "Hidup bersama orang yang sakitkan Hana? Jangan harap! Sekali orang buat salah, sampai mati dia akan buat kesalahan yang sama. Termasuk sakitkan Hana lagi, lagi dan lagi." - ENGKU HANA FARISYA. "Jadi... izinkan aku menjadi 'ubat' untuk sakit kau selama ini." - MOHD AFIQ RAFIQI. Percaturan keluarga ini harus dirancang dan dilaksanakan dengan sebaik mungkin, demi menjaga keluarga. Jika harus memaksa, akan tetap dilakukan. Demi Hana dan Afiq. Namun, satu persatu kejadian dan rahsia mula terbongkar. Semakin bertambah bibit kebencian dalam hati Hana untuk Afiq. Mampukah segalanya diselesaikan secara aman, tanpa melibatkan penyatuan tanpa kerelaan? Mampukah Afiq Rafiqi meleraikan kebencian dalam hati wanita bernama Engku Hana Farisya? ⛔ 100% idea penulis ⛔Dilarang plagiat & ciplak ‼️Kata-kata kesat & keganasan ‼️95% Pain, 5% kebahagiaan ‼️Slow update, mohon bersabar kerana penulis seorang full time student. Start :16 Jun 2023 End :
Unexpectedly Yours by lavhmymy
lavhmymy
  • WpView
    Reads 15,018
  • WpVote
    Votes 389
  • WpPart
    Parts 3
[4th romance] Ayreen Adreanna, anak tunggal kepada seorang tokoh korporat ternama, hidup dikelilingi kemewahan dan peraturan. Namun, dunianya mula goyah apabila Tan Sri Azzam membuat keputusan mengejut-dia harus berkahwin dengan anak kepada sahabat lamanya, seorang lelaki kampung yang jauh dari gaya hidupnya. Kaer Dhaffa, seorang lelaki sederhana dan berprinsip, tidak pernah terlintas untuk terikat dengan seseorang seperti Ayreen. Tapi apabila kepercayaan orang tua menjadi taruhan, dia bersetuju atas dasar tanggungjawab, bukan cinta. Ayreen pula menerima lamaran itu bukan kerana rela, tetapi demi keluar dari bayang-bayang ayahnya-dengan harapan perkahwinan ini akan menjadi titik penyesalan bagi mereka yang memaksanya. Namun dalam sebuah perkahwinan yang bermula tanpa cinta, benih pengertian mula bercambah. Di sebalik perbezaan dunia dan sikap yang bertentangan, satu demi satu sisi baru mula terbuka-dan Ayreen mula melihat Dhaffa dengan pandangan berbeza. Mampukah dua hati dari dua dunia ini mencari erti bahagia?
Andante by Izakikun
Izakikun
  • WpView
    Reads 18,480
  • WpVote
    Votes 1,757
  • WpPart
    Parts 54
Kisah bertentangan dengan Alegro. AMBIL BERAT DENGAN AMARAN YANG DIBERI DI AWAL BAB! okey itu je. bai
His Angel by kiaraa178
kiaraa178
  • WpView
    Reads 6,724,473
  • WpVote
    Votes 260,664
  • WpPart
    Parts 74
"I can't believe you forgot to schedule that meeting, Raj!" he shouted into the phone, his voice cutting through the peaceful atmosphere. "This is the second time! If you can't handle your job, maybe I should find someone who can!" His words were harsh, each syllable dripped with irritation. His personal assistant stammered an apology, but Aarav was too enraged to listen. "You're fir-" he began, ready to fire him, but then the soft chime of Siya's payal reached his ears, cutting through his anger. It was a gentle sound, unlike the chaos of his work life, and it drew his attention away from the call. *************************************** Aarav Singh Rathore is a powerful 28-year-old CEO and ruler of Rajasthan. Known for being cold, rude, and quick to anger, Aarav is feared by everyone around him. He controls everything in his world, always protecting his family and making sure no one dares to disobey him. Siya Rajput is a sweet and caring 21-year-old who studies English Literature. Despite losing her parents and being treated poorly by her uncle and aunt, Siya stays positive and kind. However, she sometimes feels overwhelmed by her emotions, especially anger. When Aarav and Siya's worlds come together, will Aarav's cold heart soften? Or will Siya's gentle nature be tested by the challenges she faces?
𝐀𝐚𝐫𝐲𝐚:𝐒𝐮𝐩𝐞𝐫𝐬𝐭𝐚𝐫'𝐬 𝐀𝐜𝐜𝐢𝐝𝐞𝐧𝐭𝐚𝐥 𝐖𝐢𝐟𝐞 ✓  by writingsbyinklet
writingsbyinklet
  • WpView
    Reads 1,407,955
  • WpVote
    Votes 96,732
  • WpPart
    Parts 69
INDIAN ROMANCE 🦢🪷🐚 #Top 1 in India - 29/1/26 #Top 2 in India-28/1/26 #Top 3 in India-4/9/25 "The most unexpected things come to us when we least expect it." Yash showed up in Aarya's life only to love her without expecting anything but Aarya? She was not ready to believe in the word "Love." YASH OBEROI a famous actor and AARYA SHARMA a simple interned doctor and single mom. Will Aarya give Yash a chance? Will fate bring them together? Or will Yash break Aarya's heart like everyone else? ✰ Raghav was Aarya's worst nightmare. The man she thought would love her ended up hurting her beyond repair. But Yash? He was the prince charming. Where raghav caged her, Yash would set himself on fire just to keep her warm. He would love Aarya till his last breath. But would Aarya be able to love yash back? Her trust in love was completely gone with the men she meet in her life. Everytime she gave love a chance they broke her and now she stopped believing in love. ✰ Until one day when Yash's emotions took over him and he made a mistake of marrying Aarya. His reputation was at stake and they had to keep this marriage a secret. The Film industry would drag him down once they get to know that he's married to a widow with a child. Unknown to Yash that the only faceless girl he fell in love with that day was none other than the girl he'd married accidentally. Their story was written by God and fate played it's role.The long lost Princess of Jaipur who had no idea that she was a princess and the famous Actor. How will their story take turns?
[ C ] | Rayyan Ardel Shah: The Annoying Bodyguard Husband by Qstnaafrn
Qstnaafrn
  • WpView
    Reads 522,171
  • WpVote
    Votes 20,398
  • WpPart
    Parts 58
Elara Saffiya, seorang gadis berumur dua puluh lima, hidup bebas mengikut rentak sendiri: tanpa peraturan, tanpa sekatan, dan tanpa sesiapa mampu menundukkannya. Namun, satu perintah daripada ayahnya, Dato' Seri Zayden Khalid, mengubah seluruh dunia Elara. Perkahwinan yang dijanjikan sebagai hukuman dan bukannya cinta membuatnya terperangkap dalam ikatan yang bukan dipilih sendiri. "Papa dah bagi amaran dulu. Sekarang kamu dah calarkan maruah papa lagi sekali. So this time, no more warnings. This is the only way to make you learn." - Dato' Seri Zayden Khalid Rayyan Ardel Shah, pengawal peribadi Dato' Seri Zayden Khalid; lelaki dingin yang muncul tanpa amaran, bukan sahaja bakal menuntut haknya sebagai suami, tetapi juga menjadi pengawal, penguji, dan guru tanpa belas kasihan. Tingkahnya tenang, kata-katanya tajam, dan matanya mampu menembusi dinding ego Elara yang selama ini kukuh. "Kalau bukan sebab bapak kau, aku lagi rela kahwin dengan kuda kat kandang belakang ni daripada kahwin dengan kau yang mulut macam bontot kuda pakai sarung nangka. Tak ada beza," - Rayyan Ardel Shah Setiap hari bersama Rayyan adalah peperangan diam, pertukaran kata-kata kasar yang sarat sindiran, dan ujian sabar yang memaksa Elara menilai semula segala prinsip dan kebebasannya. Dalam rumah kampung lama yang jauh dari gemerlap dunia kota, Elara terpaksa menghadapi realiti baru: kemewahan bukan lagi ukuran, ego bukan jawapan, dan cinta tidak semestinya hadir di permulaan. Dari pertengkaran yang pedas hingga malam yang sepi, setiap detik mengajar Elara satu perkara; bahawa untuk belajar tunduk pada hati, kadang-kadang perlu membiarkan diri tersakiti terlebih dahulu. "Aku sumpah... aku akan pastikan kau menyesal. Kau takkan mampu untuk simpan aku, Rayyan. Kau yang akan lepaskan aku sendiri. Ingat tu!" - Elara Saffiya Apakah Elara mampu mengekalkan identiti dan kebebasannya, atau dia akan rebah di bawah kuasa Rayyan yang dingin tapi misteri? Start: 6 JAN 2026 End: 22 MAC 2026
LAILA HAGIA: ANTARA DENDAM DAN CINTA by Arina_Elara
Arina_Elara
  • WpView
    Reads 114,072
  • WpVote
    Votes 3,263
  • WpPart
    Parts 60
Zareef Ilham, anak kedua dalam keluarga Tan Sri Yusof, ditemui mati di apartmennya dalam keadaan mencurigakan. Mayatnya dikelilingi petunjuk-petunjuk yang membingungkan, tetapi hanya satu nama yang tertulis di atas kertas dalam biliknya, Laila Hagia. Hagia, tunangan Ilham terkejut apabila dituduh sebagai suspek utama dalam kematian lelaki itu. Lebih parah, Nael Hayyan, abang Ilham yang selama ini menetap di London pulang ke Malaysia dengan dendam yang membara. Baginya, Hagia adalah penyebab kematian adiknya. Dia berikrar untuk menjatuhkan hukuman kepada perempuan itu dengan caranya sendiri. Namun, sesuatu yang tidak dijangka berlaku. Mereka terpaksa berkahwin, dan itu memberi peluang kepada Nael untuk menyeksa Hagia tanpa belas kasihan. Tetapi semakin lama Nael hidup bersama Hagia, semakin dia merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Perlahan-lahan, dia mula menyedari ada kejanggalan dalam bukti-bukti yang membuatkan Hagia kelihatan bersalah. Saat dia menyiasat lebih dalam, Nael mula sedar bahawa dia telah menjadi alat bagi seseorang yang lebih licik, seseorang yang telah lama merancang kehancuran mereka semua. Satu demi satu rahsia mula terbongkar. Ilham bukan mati kerana Hagia, tetapi kerana sebuah dendam lama yang ditanam dalam diam. Di saat Nael menemui kebenaran dan menyedari kesalahannya. Setelah sekian lama Nael membalas dendam kepada Hagia, kini dia ingin menjadikannya sebagai satu-satunya wanita dalam hidupnya. Namun, adakah cinta masih ada untuk Nael, atau segalanya sudah terlalu terlambat? Antara Dendam dan Cinta, manakah pengakhirannya?
Saat Hati Memilih | [C]  by aechooosis
aechooosis
  • WpView
    Reads 394,632
  • WpVote
    Votes 15,070
  • WpPart
    Parts 86
[1st karya aechooosis] [3rd series] Aaysha Haura hanyalah seorang gadis yang hidup dalam bayang-bayang masa lalunya sendiri. Setiap hari, dia menyulam luka yang tidak pernah kering, cuba bernafas dalam sesak trauma yang tiada penghujung. Baginya, dunia hanyalah sebuah tempat yang sepi dan dia hanya mahu terus bersembunyi. Namun, takdir memaksa dia melangkah keluar dari kesunyian apabila Aaric muncul dalam hidupnya membawa rasa selamat yang dia dambakan selama ini. "Kenapa awak begitu sabar?" - AAYSHA HAURA Aaric lelaki yang tidak memaksa. Dia tidak menjawab dengan janji. Tapi dia menjawab dengan prinsip. "Sebab perempuan yang dipaksa memilih, mungkin ikut. Tapi perempuan yang memilih sendiri, dia akan jaga pilihannya." - AARIC CARL VOGT Perkahwinan mereka bukan lahir daripada paksaan, tetapi daripada kepercayaan yang dipilih dengan sedar. Namun, tidak semua orang mampu melihat bahagia orang lain tanpa mahu merosakkannya. "Kau nak apa sebenarnya?" - AARIC CARL VOGT "Saya tak nak apa-apa pun. Saya cuma tak sanggup tengok lelaki yang percaya sepenuh hati dipijak tanpa sedar." - CAMELIA DALIYA Fitnah tidak datang dengan jeritan. Ia datang dengan ayat yang kelihatan ikhlas, dengan senyuman yang kononnya mahu melindungi. Dan ketika cerita buruk mula berbisik di sekeliling mereka, Aaric hanya meminta satu perkara... "Kalau suatu hari Aaysha dengar cerita buruk tentang abang, Aaysha pilih untuk percayakan abang boleh?" - AARIC CARL VOGT Namun, kebenaran tidak pernah datang tanpa harga. "Apa yang you nampak hari ni, bukan untuk runtuhkan rumah you. I cuma ketuk dinding. Biar you sendiri dengar bunyinya." - MARISSA Setiap pendedahan menguji luka lama. Setiap keraguan menguji cinta yang dibina. Dan pada akhirnya, mereka sedar, cinta bukan tentang menutup mata, tetapi tentang memilih untuk percaya walaupun mata melihat terlalu banyak. "Dulu hidup kita penuh dengan 'kalau'. Tapi sekarang kita hidup dengan satu je, 'sebab'. Sebab kita percaya." - AARIC CARL VOGT
Forever Isn't What We Promised by moonlightlavh
moonlightlavh
  • WpView
    Reads 377,730
  • WpVote
    Votes 34,930
  • WpPart
    Parts 76
[stand alone] Perkahwinan mereka tidak pernah lahir daripada cinta, sebaliknya tercipta daripada kepentingan dan satu kontrak yang menjadikan dua manusia sebagai alat rundingan antara keluarga dan empayar perniagaan. Hazran Qarizh dan Nadrra Kysha disatukan bukan kerana mereka saling memilih, tetapi kerana pilihan telah dirampas lebih awal daripada mereka berdua. Dua tahun. Bagi Nadrra, perkahwinan ini adalah penjara yang tidak pernah dia setujui. Bagi Hazran, ia adalah tanggungjawab yang dia tidak dapat elakkan. Namun dalam dunia yang mereka hidup, kehendak peribadi tidak pernah lebih penting daripada tanggungjawab yang diwariskan. "Don't expect love from this marriage." Namun perasaan tidak pernah tunduk kepada kontrak, dan emosi tidak pernah akur pada tarikh yang telah ditetapkan. "And when this ends... what happens to us?" "Nothing." Perkahwinan ini tidak dicipta untuk selamanya. Ia hanya wujud untuk dipenuhi, bukan untuk diperjuangkan. Kerana selamanya itu, tidak pernah dijanjikan. Hati yang tinggal dalam jasad diri juga bukan milik mutlak manusia, bahkan perasaan yang datang adalah pinjaman dari yang Maha Esa. Apa manusia tetap angkuh merangka takdir, menyangka dia tahu segalanya, sedangkan dia hanyalah sekadar hamba yang mengikut jalan cerita Tuhannya.
Bunga Jagaan Bodyguard [C] by Nur_Haura
Nur_Haura
  • WpView
    Reads 86,588
  • WpVote
    Votes 4,363
  • WpPart
    Parts 50
Gelaran Miss Universe Malaysia menaikkan nama Dewi Anggerik sebagai model dan selebriti tanah air. Saat dia dipuji dan dipuja, ramai yang mahu melihat dia jatuh ke dasar paling dalam. Pelbagai gossip tersebar, kritikan diterima, tidak menjadi kudis pada diri Anggerik. Dia percaya itu semua adalah halangan untuk dia kekal berdiri teguh di dalam industri ini. "Sebab I Dewi Anggerik. Ada orang kat luar sana nak tengok hidup Dewi Anggerik sehancur-hancurnya." Kes pecah rumah Dewi Anggerik menggegarkan media massa. Pelbagai spekulasi timbul, banyak fitnah tersebar, dan keselamatan diri terancam. Mengebabkan dia melanggar perjanjian dengan Tan Sri Aman, datuknya. Zuhair Elyas, pengawal peribadi yang diupah datuknya muncul untuk menjaganya. Dalam kata lain, segala gerak-gerinya diperhatikan oleh Tan Sri Aman. Tetapi sehari bekerja dengan Anggerik, jejaka itu sudah berani melamar gadis itu. "You baru bekerja dengan I baru sehari. Buat apa I nak share hidup I dengan you?" - Dewi Anggerik "Sebab tu la saya ajak Cik Anggerik kahwin dengan saya. Senang sikit cik share apa-apa dengan saya." - Zuhair Elyas Kehilangan dulu buat hati Anggerik keras seperti batu. Zuhair pula tidak jemu dengan lamarannya biarpun tidak diendahkan oleh gadis itu. Dalam bait si jejaka, terselit nasihat untuk Anggerik hadam di dalam jiwa. Apabila ribut datang melanda hidup Anggerik, jejaka itu menjadi sandarannya. Segala perit yang dilalui suatu ketika dihakis sedikit demi sedikit sehingga rahsia sebenar terbongkar. Lamaran Zuhair Elyas ada maksud. Jagaan jejaka itu penuh tersirat. Antara sedih dan kecewa, Anggerik memilih untuk melupakan.