sahran
179 stories
the faded flower. | C by ivyskyyo
ivyskyyo
  • WpView
    Reads 52,559
  • WpVote
    Votes 2,543
  • WpPart
    Parts 43
Cinta itu hakikatnya abadi, namun bila ia pudar dan beredar, mungkin ia bukan untuk dimiliki, hanya singgah meninggalkan jejak, mengajar jiwa erti rasa, lalu pergi bersama waktu. Begitulah hubungan antara Khalisha Noor dan Firaq Zulqif. Sangkanya perpisahan adalah selamanya namun akibat tamak dan rasa yang hadir tanpa diundang mula mengambil alih.Firaq Zulqif tekad bahawa Khalisha Noor hak milik dia seorang. (unedited)
Derita Seorang Maira  | C by Sophianyy
Sophianyy
  • WpView
    Reads 557,086
  • WpVote
    Votes 21,088
  • WpPart
    Parts 56
Maira - 22 Tahun - 156 cm - 20/8 Hayyan - 25 Tahun - 189 cm - 15/6 Maira Seroja - Selalu didera oleh keluarga kandungnya sendiri dari kecil sehinggalah dia dipaksa untuk berkahwin dengan seorang lelaki yang tidak dikenali olehnya, Maira dipaksa berkahwin dengan lelaki itu atas kerana ibu bapanya tidak dapat membayar hutang. Setiap hari pasti ada sahaja kesalahan atau nasib malang Maira sehingga membuatkan dia dimarah,didera dan juga dipukul setiap hari oleh ibu kandungnya Maira tidak dapat lari dari derita tersebut. Sehinggalah dia berkahwin adakah derita itu masih ada...
Hai Encik Lanun [C] by PuteriiKayangan
PuteriiKayangan
  • WpView
    Reads 1,342,821
  • WpVote
    Votes 96,186
  • WpPart
    Parts 61
Tengku Harraz Rizqi. Seorang lelaki yang dingin dan nakal. Satu-satunya cahaya mata yang dikurniakan kepada daddy dan mummy nya. Kisah dia bermula apabila Harraz mencuba untuk membeli tanah resort milik ayah kepada Hannah Sufiya. Penolakan tawaran Harraz Rizqi membuatkan lelaki itu rasa tercabar. Dia bertekad untuk mendapatkan tanah resort itu dengan apa cara sekalipun. Pulau Langkawi menjadi huru-hara gara-gara Harraz dan Sufiya. Setiap hari ada saja perkara yang ingin dibuat sebagai bahan bergaduh. Tanpa diduga perasaan benci mula bertukar menjadi cinta yang hadir dalam diri masing-masing. Hubungan kasih yang ingin dibina namun tidak berjaya kerana banyak halangan yang menyekat mereka berdua. "Apa masalah encik ya? Ke encik ni tak faham bahasa Melayu? Semalam saya dah bagitahu yang saya tak akan jual tanah resort ni. Itu pun tak boleh faham ke?" "Buat apa kau simpan lagi tanah resort ni Sufiya? Bukannya ada orang yang berkunjung pun ke sini. Lebih baik kau jualkan tanah ni pada aku dan kau akan dapat keuntungan yang lebih lumayan" "Tak kisahlah kalau saya rugi sekalipun, yang penting saya tak akan jual tanah ni. Jadi tolong jangan datang ke sini lagi kalau encik nak desak saya pasal benda ni. Buang masa saya je" "Degil betul kau ni Sufiya. Siapalah yang malang jadi suami kau nanti" "Suka hati saya lah! Nak degil ke apa ke! Daripada encik tu, miang macam daun keladi! Lepastu dingin! Macam ais batu!" All Right Reserve © PuteriiKayangan ⚠️Segala watak, jalan cerita dan seumpamanya adalah dari benak fikiran saya sendiri. Dilarang sama sekali menciplak mana-mana bahagian di dalam cerita saya ini⚠️ Start : 4 September 2021 End : 30 January 2022 Status : Complete ✨
bos jadi suami?! by Nursyuhadah25
Nursyuhadah25
  • WpView
    Reads 1,413,956
  • WpVote
    Votes 29,182
  • WpPart
    Parts 64
Mengisahkan Qisya Syazana yang berkahwin dengan bos nya sendiri. Bagaimana kehidupannya setelah bergelar isteri kepada bos nya sendiri dan dalam diam suaminya itu ada kekasih hati. Yang mana akan menjadi pilihan Zaed? Adakah Zaed akan memilih isterinya? Ataupun kekasihnya? Kalau dah jodoh, larilah ke hujung dunia sekalipun, pasti akan bersatu jua
DIA, LELAKI MISTERI✓ by allyn_allyn
allyn_allyn
  • WpView
    Reads 852,014
  • WpVote
    Votes 45,016
  • WpPart
    Parts 64
Awalnya hidup dia sama sahaja seperti manusia lain. Bangun pagi, bersiap pergi kerja, pulang kerja dan tidur. Itulah yang berulang-ulang setiap hari. Sehinggalah suatu hari, matanya telah menyaksikan satu mayat yang terkujur di atas jalan, dengan dikelilingi oleh ramai lelaki bertubuh tegap dan berpakaian serba hitam. Mungkin nasib baik tidak menyukai dirinya, sudah tentulah perbuatan itu diketahui dan dia menjadi buruan penjenayah serba hitam itu. Ya, jalan cerita memang cliché apabila dia dikejar sehingga tersesat memasuki lorong kecil. Lari punya lari, jalan keluar tetap tidak dijumpai. Kalau dah namanya jadi buruan, mestilah sampai ke lubang cacing hidupnya diburu. Walau jauh mana dia menjauhkan diri. Sungguh, dunia terasa terlalu kecil apabila sekali lagi dia dipertemukan dengan si pemburu. Tetapi dalam dua situasi yang berbeza. Pemburu hidupnya ialah seorang lelaki. Dan lelaki itu, terlalu misteri untuk dijangka apa yang berada di fikirannya. Sungguh! All Right Reserved By Ally
Harapan Tertunda by heeyucho
heeyucho
  • WpView
    Reads 869,714
  • WpVote
    Votes 23,455
  • WpPart
    Parts 50
Qayra Haufia x Nazreen Fawwaz "Tapi saya dah nak kahwin dengan Dayana 3 bulan dari sekarang." - Nazreen Fawwaz "Takpa. Saya janji saya takkan jadi penghalang kebahagiaan awak dengan Dayana. Saya hanya nak peluang daripada awak. Selebihnya terpulang pada awak. Saya cuba jalankan tanggungjawab saya pada awak dalam masa 3 bulan tu. Setiap orang boleh berubah hati kan. Dan saya harap awak boleh terima saya time tu. Tapi saya tak kisah kalau Dayana jadi madu saya pun. Kalau awak tak boleh terima saya, saya dengan rela hati boleh undur diri sebelum perkahwinan awak dengan Dayana. Saya cuma perlukan jawapan awak. Mungkin ini je cara untuk saya tebus balik dosa saya." - Qayra Haufia -------------------------------------------------------------- Mampukah Qayra dan Nazreen mengecapi bahagia itu? Berjayakah akhirnya Qayra mendapat kebahagiaannya yang sebenar?
Mrs.Kelvin Adyan[C] by Ku_Ashiqien
Ku_Ashiqien
  • WpView
    Reads 319,950
  • WpVote
    Votes 10,930
  • WpPart
    Parts 56
Kelvin Adyan|Arabella Naresha Berkahwin atas dasar keluarga? Tak pernah terlintas di fikiran bahawa dia akan dijodohkan dengan seorang gadis asing.Lebih tepat anak kepada kawan mama.Pada awalnya,Kelvin membantah keras kerana baginya perkahwinan ini adalah satu perkara tidak masuk akal. Namun dek kerana sikap mama yang terlalu memaksa.Kelvin akhirnya turuti permintaan wanita itu. "Saya tak pernah kenal awak dan awak juga tak pernah kenal saya.Tapi,kita boleh cuba bercinta selepas nikah."-Arabella Naresha. Sepertimana di awal perkenalan mereka,Kelvin cuba membuka hati untuk wanita itu.Namun lama-kelamaan,hati yang keras boleh bertukar menjadi taman cinta. "Hanya cinta yang layak berada di hati,abang."-Kelvin Adyan. Akan tetapi,benarkan cinta selepas nikah yang selalu diperkatakan indah belaka? Dan bagaimana pula dengan kisah silam yang pernah dia lupakan tiba-tiba muncul kembali. Start-19.12.2022 End-22.10.2024
Hari ini, Esok dan Selamanya [COMPLETE] by NourZefe
NourZefe
  • WpView
    Reads 67,572
  • WpVote
    Votes 4,019
  • WpPart
    Parts 50
Aira Akasyah jalani hidup yang cukup bahagia. Namun semuanya berubah selepas dia disahkan kanser. Tiada banyak masa lagi untuknya. Dengan itu, dia ambil keputusan untuk penuhi impiannya dengan membeli sebuah apartment yang terletak di sebalik gunung. Aira sangka dia boleh menghabiskan sisa hidupnya di situ dengan tenang. Malangnya tidak bila jiran di hadapan rumahnya tiba-tiba mengetuk pintu dan menghalaunya keluar. Lelaki itu sangat biadap membuatkan Aira sangat membencinya. Rizq Akasyah jalani hidup yang sangat sunyi dan damai sehinggalah muncul jiran baru tinggal di hadapan rumahnya. Di mana itu sangat mengganggu ketenteraman. Kerana Rizq bencikan bunyi. Dia dikurniakan deria pendengaran yang teramat kuat. Rizq mampu mendengar apa-apa sahaja. Itu adalah kuasa bagi orang lain, tapi tidak bagi Rizq, itu adalah sumpahan. Suara orang bercakap pun boleh buatkan gegendang telinganya mahu pecah. Oleh itu dia selalu memakai headphone di telinganya. Berjumpa dengan Aira buatkan dia alami sesuatu yang tak pernah dijangka. Dia tak dapat dengar suara Aira melainkan dia buka headphone itu. Hanya suara dia sahaja yang kedengaran normal. Buat pertama kali dia boleh berhadapan dengan seseorang tanpa menyakitkan telinganya. Dan itu meninggalkan sesuatu dalam hati Rizq.
Broken Hearted by safferna
safferna
  • WpView
    Reads 51,049
  • WpVote
    Votes 958
  • WpPart
    Parts 46
Tiada rasa cinta untuk si dia . Hanya menjaga kerana amanah .. " Jangan harapkan apa-apa daripada aku , Kayla . Aku berkahwin dengan kau sebab amanah ibu " - Addam Mekael " Awak rasa apa perasaan ibu bila dia tahu orang yang dia percaya sangat ni , sedang sakitkan hati anak dia sendiri ? " - Mikayla Rashden Namun tidak sedarkah dia bahawa hatinya perlahan-lahan sudah diisi rasa cinta dari isterinya itu ? " Aku .. aku sayangkan kau Mikayla .. " " Itu hanya kata-kata dari mulut awak dan bukannya hati awak . Awak tak akan pernah sayangkan saya . " Masihkan ada sinar dalam hubungan mereka berdua . Benarkah dia menjaga Mikayla hanya kerana amanah ? atau .. cinta ? Dalam pada masa itu juga banyak rahsia yang terbongkar dan membuatkan hati Mikayla semakin retak Disaat Addam datang semula untuk meraih cintanya , bagai persoalan bermain diminda . Adakan benar lelaki itu ikhlas untuk cintakan dia dan melupakan cinta pertamanya itu ? Bolehkah peluang kedua itu wujud ( typo sana sini . Ada part yang berterabur sikit . Masih belum edit , kalau anda tidak kisah . Boleh sahaja baca )
Tempat Sempurna by Lollysnow
Lollysnow
  • WpView
    Reads 6,287,511
  • WpVote
    Votes 301,114
  • WpPart
    Parts 72
THAQIF | SAFA Mereka tidak pernah dekat lagikan mahu bercinta. Tidak! Tidak pernah terfikir dek akal Safa untuk bercinta dengan Thaqif, lelaki yang dianggap menjengkelkan. Bagi Safa, cinta pertamanya lebih indah dari kekayaan yang dia miliki sekarang. Dia bahkan berkali-kai dijodohkan dengan lelaki lain yang setaraf dengan dirinya tapi Adri tetap menjadi raja di hati tulus itu. Sehinggalah penjodohan bersama Thaqif berlaku. Puas Safa mencari alasan untuk menolak perjodohan itu tetapi kali ini dia kalah. Dan akur dengan segalanya. Ketahanan hatinya sudah patah. Dengan matanya sendiri dia melihat lelaki yang dia perjuangkan selama ini tidak layak menjadi raja di hatinya lagi. Jadi bagaimana dengan Thaqif? Adakah lelaki itu akan menjadi pengganti yang tepat? "Rilek Safa, sampai kita ada anak. Semuanya tamat!" - THAQIF "Kita cuma perlu ada anak untuk gantikan perkahwinan ni." - THAQIF Di mata Thaqif, perkahwinannya bersama Safa cuma satu tanda hubungan perniagaan keluarga mereka yang terikat ukuh. Mereka cuma perlukan anak untuk menggantikan perkahwinan itu, dan memastikan perniagaan keluarga mereka masih dalam perhubungan yang baik disebabkan anak yang akan dilahirkan kelak. *HAPPY ENDING and not a sad story*