sekuntumdaesy
- Reads 747
- Votes 18
- Parts 32
"Saya pun tak tahu macam mana saya boleh suka kamu. Pertama kali saya tengok kamu, saya tahu yang kamu lain daripada yang lain. Kamu istimewa." -Aisha-
Nur Aisha. Gadis periang yang membuatkan semua yang mengenalinya tidak kering gusi melayan karenahnya. Namun dia ditakdirkan jatuh cinta pada seorang lelaki yang tidak mungkin dimilikinya. Seketika dirinya mulai berubah, tidak seceria dulu.
Azim. Seorang lelaki bertubuh kecil, berkulit sawo matang. Senyumannya yang manis mampu membuatkan sesiapa sahaja jatuh hati padanya. Dia mudah mesra dan kelembutan dalam tutur katanya membuatkan semua selesa berada dekat dengannya. Tanpa dia sedar, dalam keramahan itu dia telah meluluhkan hati seorang gadis.
Namun dia belum bersedia. Masih banyak perkara perlu diuruskan sebelum memikirkan soal cinta!
"Semoga kamu dipermudahkan segala urusan ya. Saya doakan baik-baik untuk kamu dunia dan akhirat." -Azim-
"Jangan bazir waktu untuk seseorang yang tak suka pada kamu. Moveon, teruskan hidup." -Kak Farhanah-
"Hang kena lupakan dia weh. Doa baik-baik semoga hang dipertemukan dengan jodoh yang baik. Begitu jugak dia." -Dahlia-
"Kak, penat aku tengok kamu menangis sebab lelaki. You deserves better, stop it." -Saydatul-
Ini bukan soal deserves better atau tak. Hatinya yang sudah terpaut tanpa dia pinta. Bak kata pepatah, 'Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.'
Apakah dia akan terus mencintai lelaki itu ataupun berputus asa? Dalam setiap sujud dan doanya apakah masih nama yang sama dilangitkan?