qaaiiiiiiiirrrr's Reading List
9 stories
Yes! Captain Zul Aaryan [TERBIT] by Wnfhanna
Wnfhanna
  • WpView
    Reads 2,466,717
  • WpVote
    Votes 17,243
  • WpPart
    Parts 11
Captain Zul Aaryan | Zara Andrea 🖤 Zul Aaryan seorang lelaki dingin dan sukar didekati. Fokusnya hanya satu, kerja, kerja dan kerja. Sikap workaholic Aaryan membuatkan dia perfectionist dalam setiap kerja yang dilakukan. Pantang ada kesalahan, pasti akan dihamburkan pada pekerjanya sehinggakan dia mendapat jolokan boss paling garang di dunia. Zara Andrea pula seorang gadis periang dan mudah terhibur. Sifat Andrea itu membuatkan dia mudah mesra dengan orang sekeliling. Sesiapa yang mendekati Andrea, pasti akan jatuh cinta pandang pertama. Namun, tidak bagi Aaryan. Pertemuan pertama dengan Andrea membuatkan gadis itu mencabar ego lelakinya. Belum pernah ada mana-mana gadis yang berani menggugut dirinya seperti Andrea. Gadis itu benar-benar mencari nahas. Takdir mengubah apabila Andrea di minta untuk berkahwin dengan Aaryan. Perkahwinan yang tak dirancang itu akhirnya membuatkan Andrea tersepit dan terperangkap dengan Aaryan sehingga dia tidak mampu untuk melepaskan diri lagi. Disclaimer: Novel ini hanya rekaan semata-mata tiada kena mengena dengan yang masih hidup atau tiada. Segala nama, watak, tempat dan insiden adalah imaginasi penulis. Segala persamaan hanyalah kebetulan. ©WNFHANNA - 2023 ALL RIGHT RESERVED
UNKNOWN [COMPLETE] by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 1,195,533
  • WpVote
    Votes 93,525
  • WpPart
    Parts 71
Pernah tak kau diganggu dengan seseorang tak dikenali? Keluar berseorangan, tapi hakikatnya ada mata-mata yang sentiasa mengekori kau daripada belakang? Ke mana-mana tempat yang kau pergi, semuanya rasa diperhatikan. Bahkan, dalam rumah juga sama. Rasa seperti si dia terlalu dekat! Itulah kehidupan yang Sufi harus tempuh selepas menjadi wartawan yang mengemukakan kes pembunuhan Mr Unknown. Setiap pembunuhan bersiri yang berlaku terlalu kejam dan mengerikan. Malah setiap mangsanya akan diselitkan satu kertas di dalam mulutnya. Iaitu nota istimewa buat wartawan SUFI LEILA. pendek kata, pembunuh bersiri itu mula tertarik dengannya. "Sumpah, saya tak kenal siapa Unknown tu! Saya tak subahat dengan dia!"- SUFI "Tapi setiap mangsa yang dia bunuh, dia buat sebab kau, Sufi. Dia jatuh cinta dengan kau."'- HAQ. Mujurlah ditempat kerja sahaja Sufi rasa selamat kerana di kelilingi orang-orang baik. Tambah pula, di ofis boleh curi-curi tengok muka bos yang kacak. Hilang terus semua tekanannya. Bukan Sufi seorang sahaja yang suka, tapi pekerja wanita lain juga turut jatuh hati saat bos baru itu mengambil alih syarikat wartawan mereka. Cuma satu sahaja yang leceh sikit. Si bos itu, terlalu pendiam. Macamlah dalam mulut dia itu ada ketulan emas. "Bos, panggil saya ke sini semata-mata nak kopi?"-SUFI GIBRAN MALEQ cuma angguk kepala. Memang introvert. "Aku sebenarnya cemburu dengan bos. Sebab selama aku kerja dengan kau. Sekali pun kau tak pernah buat kopi dekat aku. Bahenol punya kawan!" - Tuah Namun, semakin lama, ketiga-tiga lelaki itu mula menimbulkan perasaan curiga di hati Sufi. Rasa tak senang duduk. Bahkan, hendak tidur pun diselubungi rasa takut. Mana tidaknya jika dia tiba-tiba sahaja dapat mesej daripada Unknown yang berkata... "Saya sentiasa ada dengan awak, Sufi. Awak sahaja yang tak perasan." -UNKNOWN Jadi siapakah yang bersembunyi di sebalik topeng? "Kau tahukan apa akan jadi kalau kau buat aku marah? Apatah lagi marah campur cemburu..."
Dia, Aydenku (TERBIT) by hayysfarisya
hayysfarisya
  • WpView
    Reads 1,150,233
  • WpVote
    Votes 13,486
  • WpPart
    Parts 15
Tujuh tahun dianggap mati, Ayden kembali lagi. Munculnya lelaki yang dulu dia anggap hanyalah sebagai seorang 'abang' buat kali kedua membuahkan kekecewaan pada Ammara. Sedih, marah, kecewa! Itulah perasaan yang wajar dia rasakan setelah ditipu hidup-hidup. "I'm truly sorry." -AYDEN AL-HAQ "Sorry, for what? Sorry for letting me grieve?" -AMMARA FARISHA Sejak kembalinya lelaki itu, hidup Ammara menjadi haru-biru. Ayden mahukannya walau dengan apa jua cara sekalipun. Bukan tidak suka... Suka! Tetapi bukan selepas Ammara tahu, siapa Ayden yang sebenarnya. Ayden! Atau lebih dikenali sebagai Haq, bukan sekadar seorang pensyarah. Tetapi juga seseorang yang pernah menjadi buruan polis. Lantaran itu, Ammara mula menjauhkan diri. "Jadi isteri aku, Ammara. Aku boleh buat kau bahagia." -AYDEN AL-HAQ "Saya tak tahu macam mana orang gila macam awak ni boleh jadi pensyarah. Awak psiko!" -AMMARA FARISHA Sekeras-keras kerak nasi, direndam akan lembut juga. Ammara tewas! Lamaran Ayden diterima dan di saat bahagia menjadi milik mereka berdua, muncul sahabat lama menggoyahkan mahligai yang baru saja dibina. Hariz, punya motif tersendiri. "Menjadi isteri awak adalah satu kesilapan terbesar yang pernah saya buat." -AMMARA FARISHA "Abang maafkan Ara." -AYDEN AL-HAQ Rupanya bukan itu yang membuatkan Ammara terduduk. Tetapi bila kisah benar di sebalik kematian palsu Ayden terungkai, benar-benar membuatkan dia terhenyak. Ternyata Carlo adalah penyelamat segalanya, termasuk rumahtangganya. "Kau tak pernah tahu pengorbanan dia pada kau. Sebab tu kau layan suami kau tak ubah macam sampah. Kau islam dan kau sepatutnya tahu kewajipan isteri adalah taat pada seorang suami." -CARLO MATTEO Apakah kisah di sebalik cerita tujuh tahun yang lalu? Siapakah Carlo? Dan setelah kebenaran terungkai, mampukah Ammara menambat semula hati sang suami? Warning: ⚠️Uncensored 🚩 Red flag FL (heroin)
𝐇𝐞𝐫 𝐥𝐚𝐬𝐭 𝐰𝐢𝐬𝐡𝐞𝐬 [COMPLETED] by Cottoncandy_05
Cottoncandy_05
  • WpView
    Reads 1,091,054
  • WpVote
    Votes 48,853
  • WpPart
    Parts 52
First vol under 𝐂𝐫𝐮𝐞𝐥 𝐀𝐧𝐠𝐞𝐥𝐬 𝐬𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 [Not all love story is perfect like that damn fairy tales books] Tengku Shah Hayyes- Bakal CEO H.R company yang amat terkenal dengan sifatnya yang selalu keluar masuk kelab malam, kaki perempuan, mabuk sana sini dan selalu menganggur sahaja. Darya Amara- Seorang gadis yang dipandang sempurna kerana dilahirkan di dalam keluarga berada. Hakikatnya, kehidupan sebenar gadis itu bagaikan dikurung dalam sangkar burung oleh ibunya sendiri selepas satu insident buruk yang menimpa ketika dia berumur 10 tahun. Dua insan yang disatukan atas dasar keluarga. "𝐘𝐨𝐮'𝐫𝐞 𝐭𝐡𝐞 𝐨𝐧𝐥𝐲 𝐨𝐧𝐞 𝐰𝐡𝐨 𝐜𝐚𝐧 𝐬𝐚𝐯𝐞 𝐦𝐞" -𝒟𝒶𝓇𝓎𝒶 𝒜𝓂𝒶𝓇𝒶 Cinta? Love is the reason why there's pain. "𝐀𝐫𝐞 𝐲𝐨𝐮 𝐬𝐮𝐫𝐞? 𝐃𝐨𝐧'𝐭 𝐲𝐨𝐮 𝐤𝐧𝐨𝐰 𝐭𝐡𝐚𝐭 𝐲𝐨𝐮'𝐫𝐞 𝐚𝐜𝐭𝐮𝐚𝐥𝐥𝐲 𝐜𝐡𝐨𝐬𝐞 𝐭𝐡𝐞 𝐰𝐫𝐨𝐧𝐠 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐨𝐧" -𝓣𝓮𝓷𝓰𝓴𝓾 𝓢𝓱𝓪𝓱 𝓗𝓪𝔂𝔂𝓮𝓼 Si gadis mengingatkan selepas dia berkahwin dengan Hayyes hidupnya akan berubah dan akhirnya dia dapat mengecapi bahagia yang dia inginkan. Tetapi sebaliknya, dia telah masuk ke dalam neraka ciptaan suaminya sendiri. Dapatkah Darya melalui hidupnya dengan normal semula? Atau akan ada seorang Knight in the shining armour datang menyelamatkannya. Start: 6 September 2022 End: 8 March 2025 Best Rankings✨ #1 in revenge #1 in arrange marriage #1 in tragedy #2 in plot twist #
ISTERI TUAN GHIBRAN  by cweetiee
cweetiee
  • WpView
    Reads 1,916,781
  • WpVote
    Votes 140,322
  • WpPart
    Parts 44
She is mine❞ "Tuan muda, puan buat hal lagi dia curi ayam jiran." Menjadi suami seorang gadis yang nakal memang pilihan nya namun menjaga gadis itu bukan lah sesenang yang disangkakan oleh nya. "Tuan muda tuan muda eh tak sedar ker diri tu dah tua orang asyik panggil tuan muda."- Dahlia umairah. "Yang kau panjat pokok kelapa jiran tu dah kenapa? nak mati !" -Emir Ghibran iskandar Hari demi hari bersama isteri kecil nya, rasa sayang mulai pun hadir antara mereka. "Awak tau beza awak dengan monyet? Dia monyet, awak buaya." Dia gadis pertama yang mencuit hatinya dan juga merupakan wanita pertama yang menakluki seluruh jiwanya. "Jangan cakapkan itik ayam pun kejar saya tau, kira untung awak dapat memperisterikan saya." Cinta ini milik mereka kerana, Tuan Muda hanya untuk Puan senget ! Warning⚠️ [Typo dimana-mana] [Have many harsh word] [cliche&cliche] [Broken grammar] Start :21/3/2022 End :
[EBOOK] RAYYAN MIKHAEL : HIS LITTLE MAID  by queenyikah_
queenyikah_
  • WpView
    Reads 420,496
  • WpVote
    Votes 2,794
  • WpPart
    Parts 8
Dia pembantu rumah. Dia anak majikan. Dan perasaan itu... tak sepatutnya wujud. Mya Elmira hanya mahu menjalani hidup dengan aman. Patuh, diam, dan tidak menimbulkan masalah. Itu prinsipnya sejak bekerja di rumah keluarga Rayyan Mikhael. Namun segalanya berubah apabila Rayyan Mikhael pulang. Dingin, baran dan penuh ego, Rayyan tidak pernah memandang Mya sebagai sesiapa yang penting. Tetapi semakin dia cuba menjarakkan diri, semakin kuat Mya hadir dalam hidupnya. Di antara jeritan, salah faham dan jurang status, lahir satu perasaan yang tidak pernah dirancang. Apabila cinta mula menuntut keberanian, adakah Rayyan sanggup melawan dunia demi gadis yang dipanggil his little maid? _______________________________________ ⚠️PEMBACA MATANG. ⚠️CERITA INI REKAAN SEMATA MATA. ⚠️PERGI JAUH LA ASYIK NAK SERIUS JE. ⚠️MAAF KESALAHAN TYPO DAN TATABAHASA. ⚠️JALAN CERITA AGAK CRINGE KALAU TAK SUKA BOLEH STOP BACA.
HADDEN VICENZO: His First Dead Love  [OG | SLOW UPDATE] by blqisy
blqisy
  • WpView
    Reads 4,091
  • WpVote
    Votes 240
  • WpPart
    Parts 6
she is his pain killer and only his "E-Encik tolonglah jangan apa apa kan saya, saya merayu! kalau benar-benar Encik mahukan s-s-saya, ambillah saya d-dengan cara yang h-halal"- Adellia Lauren ternaik kening tebal lelaki itu, bibir merahnya membentuk senyum sinis "are you kidding mi hermosa?"- Hadden Vicenzo "I can take you as my wife. tapi dengan syarat, aku hanya akan anggap kau sebagai mistress aku sahaja, bukan isteri. apa yang aku nak kau kena buat faham?"- Hadden Vicenzo mahu atau tidak, Adellia Lauren terpaksa juga mengahwini lelaki kejam itu! mahu menolak? maut akan menantinya, lelaki itu juga sangat berkuasa! seorang ketua mafia yang sungguh digeruni oleh semua orang. tiada seorang pun yang berani mendekati lelaki itu mahupun ada kaitan dengannya tapi dia... "awak... jom tengok movie Makmum nak tak?"- Adellia Lauren "kau jangan nak mengada! dah malam ni! tidur!"- Hadden Vicenzo "alaa boleh laa~"- Adellia Lauren "aku cakap tak boleh tu tak boleh lah!"- Hadden Vicenzo "Doraemon Doraemon, temankan aku solat, tengok-tengok kan sekali tahu belakang aku! masa aku tengah solat nanti"- Hadden Vicenzo "Meow~"- Doraemon "tolong.. aku merayu lepaskan isteri aku!"- Hadden Vicenzo "apa? aku tak dengar"- Felix Maxwell "aku kata lepaskan isteri aku lah bodoh!!"- Hadden Vicenzo Felix gelak sinis "aku boleh lepaskan bini kau, tapi.. kau kena melutut! sujud di depan aku dahulu!"- Felix Maxwell ******* WARNING! ⚠️15+ ⚠️keganasan, kekerasan dan bahasa yang kasar dan tidak elok ⚠️100% idea saya, DAN JANGAN SESEKALI MENCIPLAK ATAU MENIRU CERITA SAYA YA! AMARAN KERAS! selamat membaca readers kesayangankuh! dah baca tu nanti tekan lah vote tanda support saya ea❤️, kalau jari tu tak tahan nak menaip, hehe komen lah 😘 maaflah kalau cerita ni anda merasa hambar
HAIDEN HAYDER by nalliesyaaa
nalliesyaaa
  • WpView
    Reads 6,171
  • WpVote
    Votes 264
  • WpPart
    Parts 5
HAIDEN HAYDER X MAWAR QISTINA Salah ke orang macam aku ni dapat peluang kedua mawar? -Haiden "Not everyone deserves a second chance, especially those who didn't value the first one." -Mawar Mawar Qistina, seorang wanita yang dingin dan kasar yang menghadapi kehidupan penuh dengan cabaran. Mawar Qistina adalah gadis yang penuh dengan tawa dan sinar. Hidupnya dihiasi warna-warna ceria, dan hatinya mudah tersenyum walau pada hal-hal yang kecil. Namun segalanya berubah sejak kehadiran insan bernama Haiden Hayder. Perlahan-lahan, sinar itu malap. Dari seorang yang lembut dan penuh kasih, dia berubah menjadi jiwa yang dingin, kasar, dan menjauh dari dunia. Seolah-olah, bahagian dirinya yang dulu telah mati - dibunuh oleh luka yang tidak terlihat." Haiden Hayder- Dingin pada luarannya, tenang dalam tutur katanya. Positif di mata dunia, seolah-olah tiada apa yang mampu menggoyahkan langkahnya. Namun di balik senyuman yang sering dilihat, tersimpan sebuah penyesalan yang tak pernah padam. Dahulu, dia pernah melukai hati seorang gadis - satu-satunya yang dia cintai dalam diam. Kini, dengan setiap detik yang berlalu, Aiden cuba menebus kesilapan yang menghantui dirinya. Bukan dengan kata maaf, tetapi dengan kehadiran yang perlahan-lahan ingin membina semula apa yang telah hilang... jika masih ada peluang untuk itu. "I won't just say it, I'll show you with every step I take how much my heart belongs to you." -Haiden Hayder
Pencinta Setiamu © by reverielyn
reverielyn
  • WpView
    Reads 356,343
  • WpVote
    Votes 20,217
  • WpPart
    Parts 63
Sejarah hidup Almahayra Fateeha Sofeya membuatkan dia menjadi seorang gadis yang berdikari sehingga dia menganggap cinta bukanlah satu keperluan untuknya. Sehinggalah seorang lelaki bernama Nazmi Zahran cuba mengetuk pintu hatinya. "Saya ni degil orangnya. Kadang-kadang gila sikit. Kalau saya kata saya nak awak, maknanya saya nak awak juga. Almaklumlah, anak kedua lah katakan" - Nazmi Zahran "Laa yeke. Saya pun keras kepala orangnya. Kadang-kadang baran sikit. Kalau saya kata saya tak nak, maknanya saya tetap tak nak. Almaklumlah, anak kedua lah katakan" - Almahayra Fateeha Sofeya "Cantik! Maknanya kita ada banyak persamaan. Okey, jom kahwin" - Nazmi Zahran "Wah! Mudahnya awak ajak perempuan kahwin. Kalau awak nak cari doktor psikatri untuk rawat penyakit gila awak tu, saya bukan orangnya. Sila cari dekat portal cari jodoh, tak pun dekat hospital. Dah, jangan kacau saya. Saya nak makan" - Almahayra Fateeha Sofeya Semenjak dari pertemuan pertama mereka, Nazmi mula tertarik pada gadis yang baru dia temui. Bermacam-macam cara yang dia lakukan untuk menambat hati si gadis. "Awak kerja apa ya?" - Almahayra Fateeha Sofeya "Kenapa awak tanya?" - Nazmi Zahran "Tak ada apa. Saya cuma nak bagitahu bos awak yang awak selalu curi tulang" - Almahayra Fateeha Sofeya "Eh, saya tak curi tulang. Saya hanya curi hati awak je" - Nazmi Zahran Published : *FEBRUARY 2025*