kasyafimani14's Reading List
6 stories
Mencari Bahagia [C] by findaemira
findaemira
  • WpView
    Reads 318,832
  • WpVote
    Votes 11,293
  • WpPart
    Parts 60
Auni Safiyyah, seorang gadis yang sangat tenang seperti makna namanya. Tetapi, disebalik ketenangan yang diperlihatkan, terselit secebis perasaan takut untuk merasa bahagia. satu demi satu perkara yang berlaku pada dirinya sehingga Auni membuat spekulasi tentang hidupnya yang dia tidak akan dapat merasakan perasaan bahagia yang sebenar. "Bahagia tu bermula dengan diri sendiri. Kau? Bahagia bermula dengan orang lain" - Hazeem Irsyad "Aku cuma nak orang bangga dan hargai aku je Hazeem," - Auni Hazeem Irsyad, jejaka periang tetapi tegas, seperti maksud namanya juga. Namun apabila Hazeem Irsyad tiba-tiba menghilangkan diri tanpa khabar berita, Auni mula percaya dengan spekulasinya selama ini. "Saya dah minta izin abang awak untuk izinkan kita berkenalan" - Muhammad Asri Auni cuma senyum dan tidak menghalang niat baik Asri. Mungkin betul apa yang Hazeem Irsyad pernah katakan padanya- Bahagia itu bermula dengan diri sendiri. - Start: 17 September 2024 End: 22 November 2024
Asmara Di Hujung Nyawa by rozesdeer
rozesdeer
  • WpView
    Reads 985
  • WpVote
    Votes 211
  • WpPart
    Parts 8
𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 𝟏𝟗𝟓𝟎. Zayida Almira, seorang gadis yang bukan sahaja dikurniakan kecantikan, tetapi juga keanggunan sebagai seorang penari tradisional. Gerak tubuhnya bagaikan puisi yang menari di udara, memukau setiap mata yang memandang. Namun, di sebalik keindahan itu, dia menjadi mangsa kezaliman seorang lelaki bernama Bahari-lelaki yang tidak pernah mengenal erti cinta, hanya nafsu dan obsesi yang membara. Demi memiliki gadis itu, dia sanggup mencalar maruah Zayida hingga tiada jalan lain untuknya selain menerima takdir perkahwinan yang penuh derita. Kehidupannya berakhir dengan tragis, namun dengan dendam yang terikat pada darah, dia kembali menghantui suaminya melalui keturunannya yang ke-7. --- 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟓. Zayeda Almera Ladeena, keturunan ke-7 yang mewarisi nama dan takdir yang tidak pernah dia ketahui. Tanpa sedar, hatinya tertarik pada seorang lelaki bernama Andika Afsar Allaudin-majikannya. Namun, mengapa setiap kali dia berada di sisi lelaki itu, muncul perasaan déjà vu yang mencengkam jiwa? Ada sesuatu tentang lelaki itu yang menarik, tetapi juga penuh teka-teki. Sedang Zayeda cuba memahami kehadirannya, seorang lagi lelaki muncul dalam kehidupannya―Raja Muhammad Ziaulhaq. Namun, niatnya bukan untuk mendekati Zayeda, sebaliknya menyuruh Zayeda menjauhi Afsar. Siapakah Andika Afsar Allaudin yang sebenarnya? Dan mengapa Raja Muhammad Ziaulhaq begitu mendesaknya menjauh? Dalam kekeliruan dan misteri yang semakin meruncing, satu kebenaran menanti untuk dirungkai... dan mungkin, ia bukan yang mampu diterima dengan mudah. HORROR & HISTORICAL ROMANCE • Boleh tengok ig saya @rozesdeer.x for more information:) and sinopsis.
I Like You | ✔ by MiraHaniya
MiraHaniya
  • WpView
    Reads 733,565
  • WpVote
    Votes 32,380
  • WpPart
    Parts 60
[ The Wattys 2018 Winner - The Breakthroughs ] Previously known as Ilhamkan Bahagia ~ Kau mengetuk pintu hatiku, Tanpa sedar hingga ku izinkan, Kau yang bernama cinta, Kau yang memberi rasa, Kau yang ilhamkan bahagia ~ Hana Nadeera, pertama kali bertemu dengan Nuh Ziyad ketika hari pertama dia mengajar di sebuah kolej swasta. Sejak itu, Nuh sering mengusiknya sehingga timbul rasa sayang pada Nuh. Namun, isi hati yang terluah ditolak mentah mentah oleh Nuh. Kecewa dengan penerimaan Nuh, Hana menerima lamaran Fakhrul, pilihan ayahnya. Tunang yang dipercayai boleh membuatkan Hana melupakan Nuh mula berubah kerana cemburu. Fakhrul tanpa rasa bersalah menghina dan memukul Hana. Kala itu, Nuh juga yang menyelamatkan Hana. Kali ini dia mengaku, cintanya hanya pada Hana. Namun, masa silam yang menghantui menghalang niatnya untuk menjadikan hubungan mereka lebih serius. Hana kecewa lagi. Saat dia tidak lagi mengharapkan Nuh, lamaran tiba tiba dari lelaki itu membuatkan dia ragu. © 2018
Her Imperfect Guy [completed] by aylamalikha
aylamalikha
  • WpView
    Reads 155,769
  • WpVote
    Votes 10,390
  • WpPart
    Parts 50
YARA | HUD "Kerana ketidaksempurnaanmu sentiasa terlihat indah di mataku." Di sebalik keteguhan susuk tubuh itu serta dalam kedinginan tingkah yang dipamerkan, ada satu rahsia gelap yang cuba disoroknya serapi yang mungkin. Hud Zarrar. Pada perspektif manusia, dia sempurna. Punya tampang yang memikat jiwa-jiwa yang memandang, punya pangkat dan kerjaya. Pakej lengkap idaman wanita seMalaya! Namun jauh di sudut jiwanya, dia seratus lapan puluh darjah daripada semua itu. Pertemuan Yara Alayna dengan lelaki itu hanya satu pertemuan klise. Lelaki itu bos, dia pula pekerja. Persis drama di kaca televisyen. Namun begitu, dalam klise itulah yang membuatkan Yara lebih mengenali seorang Hud. Hud yang pada hakikatnya tak pernah segagah yang disangka. Hud yang rapuh. Hud yang masih dibayangi masa silamnya. Kisah lampau yang cukup gelap dan mengerikan. "Saya bukan seperti apa yang mereka fikirkan, Yara. They don't even know who I am, so do you. You know nothing." - Hud Zarrar "In case awak terlupa, tak ada manusia yang sempurna atas dunia ni." - Yara Alayna Benar. Manusia itu sifatnya penuh kepincangan. Sama ada nyata atau tidak, itu semua aturan-Nya. Pada saat hakikat sebenar itu dibongkar, masih adakah ruang buat lelaki itu dalam hidup Yara? *** start : 15/8/21 end : 3/12/21 © Ayla Malikha 2021
VOTE and PROMOTE [HIATUS] by nrhjrsykrah
nrhjrsykrah
  • WpView
    Reads 1,399
  • WpVote
    Votes 317
  • WpPart
    Parts 29
HIATUS Nak tambah vote? Nak tambah readers? Disinilah tempatnya! Bolehlah jenguk Bolehlah join Nak tahu lebih lanjut? Tekan button "read" Hiatus. Tapi kalau nak request boleh je. Silalah sabar. Kalau tak boleh sabar boleh pergi main jauh-jauh😳
CINTA TAK BERSYARAT (TERBIT) by msroses_
msroses_
  • WpView
    Reads 2,935,825
  • WpVote
    Votes 1,985
  • WpPart
    Parts 10
1st story ♥️ Maira Sofea dan Ahmad Firash, permulaan kisah mereka jauh daripada indah. Seorang jururawat dan seorang pegawai perubatan yang menjadi seteru sejak tanggapan pertama yang tidak menyenangkan. Setiap kali bersua, ada sahaja kata-kata yang menyakitkan hati keluar daripada mulut kedua-duanya. Ironinya, ada satu persamaan antara mereka berdua apabila perkataan "perkahwinan" tidak pernah wujud dalam kamus hidup masing-masing. Namun... akibat kecuaian orang lain, mereka terjerat dalam satu peristiwa yang meranapkan segalanya. "Kenapa doktor buat saya macam ni?!" - Maira Sofea "Aku akan bertanggungjawab pada kau." - Ahmad Firash "Lima bulan je. Cukup lima bulan... kalau saya tak mengandung, saya nak doktor ceraikan saya!" - Maira Sofea Perkahwinan yang tidak pernah terlintas dalam fikiran masing-masing, akhirnya berlaku. Hubungan yang mereka tahu akan ada titik penghujung, ditempuh tanpa pengetahuan orang sekeliling. Tanpa mereka sedar, tempoh yang singkat itu diam-diam memberi makna yang lebih besar. "Nurse biasa macam kau ni ingat layak ke untuk doktor macam dia? Kau tak rasa dia malu ke ada isteri macam kau?" - Syakira Farhana Namun, apabila kenyataan lama diungkit kembali, mampukah mereka mempertahankan cinta yang baru mula berputik? Atau adakah ianya sekadar disebabkan rasa tanggungjawab dan rasa kebergantungan? Dalam menidakkan, mereka akur, cinta itu tetap salah satu anugerah daripada Allah. Walaupun tanpa syarat untuk mesti memiliki.