Malay
27 stories
𝐌𝐚𝐰𝐚𝐫 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐇𝐮𝐦𝐚𝐢𝐫𝐚 von lvndrella
lvndrella
  • WpView
    GELESEN 2,175,706
  • WpVote
    Stimmen 88,017
  • WpPart
    Teile 37
"Jangan paksa perasaan aku, Maira. Aku tak boleh cintakan kau sama macam aku cintakan arwah Zaharah. Kau bukan dia."-𝐊𝐀𝐑𝐋 𝐀𝐙𝐑𝐈𝐄𝐋 Mana mungkin dia menerima kehadiran wanita lain selain daripada Zaharah. Dia seolah-olah enggan menerima bicara segenggam takdir yang melakarkan seribu dusta. Jiwa dan akalnya masih lagi percaya bahawa Zaharah pasti akan kembali di dunia. Sayang dan cinta kepada Humaira? Mustahil. Rasa itu masih belum berputik di dalam hatinya. Masih belum dapat dia utarakan. Dia masih menafikan itu. Menyelimuti semuanya dalam satu perasaan benci yang mendalam. Bagaimana mungkin dia melupakan kenangan indahnya bersama Zaharah? Bahkan setitik tinta sekalipun tidak dapat mengukir aksara untuk mengutarakan mahalnya kenangan di antara mereka. Maha dalam kasih seorang Azriel terhadap Zaharah. "Abang minta maaf, Zaharah. Abang dah kahwin dengan perempuan lain."-𝐊𝐀𝐑𝐋 𝐀𝐙𝐑𝐈𝐄𝐋 Sedangkan Humaira? Menyimpan harapan yang tinggi menggunung. Kasihnya tumpah. Namun tiada siapa yang kutip. Penantiannya seiring waktu yang berjalan itu seolah-olah tidak berguna. Hati Azriel bukan untuknya. Sehingga apa yang dia harapkan itu luntur. Hancur menjadi debu-debu lara. Humaira memilih untuk mengalah. "Kita berpisah boleh?"-𝐋𝐀𝐔𝐑𝐀 𝐇𝐔𝐌𝐀𝐈𝐑𝐀 Akankah kewujudan cinta di antara mereka itu nyata? Akankah bahagia menjadi milik mereka? © lvndrella ⚠️ Hanya manusia berhati ultraman yang LAYAK baca.
[ OG ] Healer's Heart : Captain Yazzed Qayyum von fiqalynaaa
fiqalynaaa
  • WpView
    GELESEN 205,319
  • WpVote
    Stimmen 10,813
  • WpPart
    Teile 60
Muhammad Yazzed Qayyum | Nur Darina Farissa Bagi Darina Farissa, kerjaya dan keluarga adalah segala-galanya bagi dirinya, perasaannya pula diletakkan ke tepi. Sudah beberapa kali dia didesak oleh orang sekeliling, kata mereka dengan umur Darin semakin meningkat dewasa, tidak elok jika bersendirian lama-lama. Takut tidak laku sahaja nanti. Sehingga lah teman baiknya, Mawar si pakar 'matchmaker' terhandal mengatur temu janji untuknya. Darin melayankan saja walaupun dia memang tiada niat mencari cinta. Dia bertemu dengan Yazzed Qayyum. Kebetulan, Yazeed juga sedang didesak oleh maminya supaya cepat-cepat mencari jodoh. Temu janji pertama mereka, gagal. Darin melarikan diri walhal mereka masih tidak habis berbual. Yazzed hanya redha, mungkin bukan jodoh mereka. Kali kedua, mereka bertemu di kenduri kahwin kawan mereka. Namun Darin tidak mengecam Yazzed. Kenduri kahwin tersebut berakhir dengan insiden memalukan bagi Darin. Darin mula menyimpan dendam dengan Yazzed sejak daripada itu. Mereka bertemu untuk ke sekian kali di hospital tentera, Darin bertugas selama 3 bulan di hospital tentera di kem Yazzed. Bermula lah sesi kejar mengejar. Awalnya Darin jual mahal, lama-lama luluh juga hati apabila setiap kali dia dilanda masalah, Yazzed yang akan menjadi hero untuknya. Namun hati Darin ragu-ragu, dia masih terperangkap dengan masa lalu. Walaupun kehidupan Yazzed penuh dengan disiplin dan keberanian sebagai anggota pasukan khas, menghadapi hati Darin yang tertutup akibat kehilangan, bukanlah misi mudah. Dia tahu, untuk menawan hati Darin, dia perlu sabar dan memahami luka yang dibawa gadis itu. "Saya... tak pasti kalau saya boleh mencintai lagi, Yazzed." - Darin Farissa "Percayalah, semua orang berhak untuk bahagia, termasuk kau... aku hanya minta peluang untuk buktikan pada kau bahawa cinta yang sebenar itu masih ada." - Yazzed Qayyum "I'll be your healer's heart then, Nur Darina Farissa." - Yazzed Qayyum Start : 29 januari 2025 End :
CINTAKU MR SECRET AGENT von PutraRize_
PutraRize_
  • WpView
    GELESEN 17,481
  • WpVote
    Stimmen 1,549
  • WpPart
    Teile 38
Alif merupakan seorang secret agent yang bertugas di Agensi I.S.S. Dia seorang pemuda yang boleh dikatakan lemah fizikalnya tetapi sangat pintar dalam bidang IT. Dia dah pernah dikecewakan oleh ramai perempuan suatu ketika dahulu sehingga dia membuat keputusan untuk tidak akan bercinta dengan mana-mana perempuan lagi. Namun, hati seseorang akan berubah juga tatkala dia terjumpa dengan seorang perempuan yang telah berjaya menambat hatinya sekali lagi. Namun biasalah setiap kisah cinta takkan pernah berakhir dengan tenang. Tentu akan ada dugaan yang akan menanti mereka. Adakah hubungan mereka akan berakhir dengan kekecewaan atau adakah hubungan mereka akan berakhir dengan kebahagiaan? Cerita ni tak menjanjikan kisah cinta semata-mata. Dan jugak kisah ni tak menjanjikan cinta yang boleh buat korang bersemut sampai terkena kencing manis. Kisah ini penuh dengan suka dan duka, komedi, seram, konflik dan sebagainya lagi. (Jangan tertipu dengan cover dan jumlah readers, story ni merepek dan tak kena langsung dengan pencinta romance. TQQ) Nice Cover By: @amshalis Genre: romance, action, comedy, horror _________________________________________ M Started : 11/11/2021 Ended : 3/4/2022 (1 Ramadhan) ⚠️ No Plagiat ⚠️ Rekaan Semata-mata ⚠️ Typo Alert ⚠️ Penggunaan Ayat Hancur ⚠️ Jalan Cerita Agak Bodoh Kerana Ketidakmatangan Penulis Dahulu ©PutraRize12 ©2021
𝙞𝙯𝙞𝙣𝙠𝙖𝙣 𝙠𝙪 𝙥𝙚𝙧𝙜𝙞 von Xandreea
Xandreea
  • WpView
    GELESEN 4,348
  • WpVote
    Stimmen 142
  • WpPart
    Teile 10
𝙘𝙚𝙧𝙞𝙩𝙖 𝙞𝙣𝙞 𝙢𝙚𝙣𝙜𝙞𝙨𝙖𝙝𝙠𝙖𝙣 𝙩𝙚𝙣𝙩𝙖𝙣𝙜 𝙨𝙚𝙤𝙧𝙖𝙣𝙜 𝙡𝙚𝙡𝙖𝙠𝙞 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙗𝙚𝙧𝙣𝙖𝙢𝙖 𝙏𝙚𝙣𝙜𝙠𝙪 𝙝𝙖𝙞𝙙𝙚𝙧 𝙃𝙖𝙧𝙞𝙛 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙨𝙚𝙙𝙖𝙣𝙜 𝙗𝙚𝙧𝙠𝙪𝙢𝙥𝙪𝙡 𝙙𝙚𝙣𝙜𝙖𝙣 𝙧𝙖𝙠𝙖𝙣-𝙧𝙖𝙠𝙖𝙣𝙣𝙮𝙖 𝙙𝙖𝙣 𝙙𝙖𝙡𝙖𝙢 𝙢𝙖𝙨𝙖 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙨𝙖𝙢𝙖 𝙞𝙖 𝙩𝙞𝙙𝙖𝙠 𝙨𝙚𝙣𝙜𝙖𝙟𝙖 𝙢𝙚𝙡𝙞𝙝𝙖𝙩 𝙨𝙚𝙠𝙪𝙢𝙥𝙪𝙡𝙖𝙣 𝙬𝙖𝙣𝙞𝙩𝙖 𝙙𝙖𝙣 𝙨𝙖𝙡𝙖𝙝 𝙨𝙚𝙤𝙧𝙖𝙣𝙜 𝙙𝙖𝙧𝙞𝙥𝙖𝙙𝙖 𝙨𝙚𝙠𝙪𝙢𝙥𝙪𝙡𝙖𝙣 𝙬𝙖𝙣𝙞𝙩𝙖 𝙞𝙩𝙪 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙣𝙖𝙢𝙥𝙖𝙠𝙣𝙮𝙖 𝙩𝙚𝙣𝙜𝙖𝙝 𝙗𝙚𝙧𝙨𝙞𝙩𝙚𝙜𝙖𝙣𝙜 𝙙𝙚𝙣𝙜𝙖𝙣 𝙨𝙚𝙤𝙧𝙖𝙣𝙜 𝙬𝙖𝙣𝙞𝙩𝙖 𝙡𝙖𝙡𝙪 𝙢𝙚𝙣𝙖𝙢𝙥𝙖𝙧 𝙬𝙖𝙣𝙞𝙩𝙖 𝙩𝙚𝙧𝙨𝙚𝙗𝙪𝙩 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙗𝙚𝙧𝙣𝙖𝙢𝙖 𝙡𝙞𝙣𝙖𝙧𝙖 𝙖𝙥𝙖 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙖𝙠𝙖𝙣 𝙙𝙞𝙡𝙖𝙠𝙪𝙠𝙖𝙣 𝙤𝙡𝙚𝙝 𝙝𝙖𝙞𝙙𝙚𝙧? 𝙖𝙠𝙖𝙣 𝙠𝙖𝙝 𝙙𝙞𝙖 𝙖𝙠𝙖𝙣 𝙢𝙚𝙣𝙤𝙡𝙤𝙣𝙜 𝙡𝙞𝙣𝙖𝙧𝙖 𝙖𝙩𝙖𝙪 𝙢𝙖𝙡𝙖𝙝 𝙨𝙚𝙗𝙖𝙡𝙞𝙠𝙣𝙮𝙖???
C | Bawa Dia Kembali  von viepixxa
viepixxa
  • WpView
    GELESEN 162,654
  • WpVote
    Stimmen 15,082
  • WpPart
    Teile 52
Bawa Dia Kembali by viepixxa Kehidupan seorang Nufa Eldarya yang serba mewah berubah setelah peristiwa buruk yang menimpanya. Dia kehilangan segalanya dalam sekelip mata. Sejak itu, dia mengalami kemurungan dan tiada semangat hidup dalam dirinya. Lalu dia bertemu dengan seorang doktor yang bernama Ken Rafael. Figura lelaki itu selalu ada setiap kali Nufa ingin menamatkan hidupnya. Semakin dia cuba menjauh, semakin lelaki itu mendekat seakan percaya mereka ditakdirkan bersama. "Saya tak layak untuk awak. Awak terlalu banyak kelebihan sedangkan saya..." - NUFA ELDARYA "Walaupun awak ada kekurangan, saya ada untuk lengkapkan hidup awak." - KEN RAFAEL Remuk hati Nufa apabila keluarganya sanggup membuangnya dengan cara menjodohkan dia dengan orang lain. Namun Ken selalu meyakinkan bahawa semua akan baik-baik saja. "Kahwin dengan saya. Saya akan jaga awak tanpa batas waktu." - KEN RAFAEL Dikala Nufa sudah mula belajar menerima takdir, badai melanda yang membuatkan hubungan mereka goyah. Salah seorang harus pergi jika ingin bahagia. Lalu apakah pengakhiran mereka? DILARANG PLAGIAT! All Rights Reserved © viepixxa
Takdir terakhir kita [C]  von luving_belle
luving_belle
  • WpView
    GELESEN 873,106
  • WpVote
    Stimmen 43,281
  • WpPart
    Teile 68
Qaireen lahir dalam keluarga yang sepatutnya menjadi perlindungan, tetapi bagi dia, rumah itu tidak lebih dari sebuah neraka. Hinggalah satu hari, dia berjumpa dengan Aiden secara tidak sengaja apabila cuba untuk mencari ketenangan di kampung halaman. "Cik?" - Aiden Mikhail Lelaki itu bukan penyelamat yang Qaireen pernah terfikir untuk dia taruhkan harapan. Tapi entah kenapa lelaki itu menjadi satu-satunya tempat yang membuatkan dia rasa paling selamat. "Kenapa beli? Saya tak suruh pun..." - Qaireen Medina "Tak apa lah, Allah kan suka kalau kita mudahkan urusan orang lain. Kiranya aku mudahkan urusan kau dari kena cari ayam gunting kat kedai lain lah ni." - Aiden Mikhail ••••• start : 5 March 2025 end : 5 December 2025
Bittersweet Silence [EBOOK] von findaemira
findaemira
  • WpView
    GELESEN 2,845
  • WpVote
    Stimmen 271
  • WpPart
    Teile 11
Amirul Akif tak pernah percaya pada istilah 'get back dengan ex'. Baginya, apabila sesuatu kisah itu tamat, ia tak patut wujud semula. "Assalamualaikum cik adik, awak ni mangsa banjir ke?" - Akif Zahia Natasha. Dia, gadis yang pernah Akif cinta dan kini muncul sebagai kawan baik kepada adik bekas teman lelakinya. "Waalaikumussalam cik abang. Mulut tu baik sikit bercakap ya?" - Natasha Mereka pernah ada cerita. Tetapi, setiap kali bertemu mata, mereka memilih untuk berpura-pura tidak kenal. Dan apabila hidup Natasha mula runtuh satu demi satu, Akif muncul sebagai pelindung walaupun perasaan benci masih utuh. Mereka bagaikan anjing dan kucing. Namun, setiap pertelingkahan seakan memanggil mereka untuk menyambung kisah yang pernah terhenti. Mungkin, ada cerita yang tidak sepatutnya tamat begitu saja. - Terbitan November 2025
TERBIT | DIA SYED GIBRAEL  von hanaaeh__
hanaaeh__
  • WpView
    GELESEN 2,944
  • WpVote
    Stimmen 114
  • WpPart
    Teile 4
BEBERAPA BAB AWAL SAHAJA UNTUK TUJUAN PROMOSI SEBELUM DITERBITKAN Nama , gaya dan perwatakkan sudah jelas kelihatan seakan seorang lelaki yang bijak.Sifat tenang bersulamkan wajah yang juga sama manis dan babyface itu membuatkan dia lebih kenali dan di menitati oleh ramai pelajar perempuan yang belajar di Kolej itu Syed Mohd Gibrael atau lebih di kenali sebagai Sir Syed.Mempunyai kata kata dan senyuman yang sangat manis bila dia muncul di kelas,Sehingga mampu membuatkan ramai hati terpaut akan kata kata dan kekacakkan di wajah nya . "Saya Sir Syed , Panggil Syedyang pun boleh." -SYED MOHD GIBRAEL Kemunculan pelajar baharu di universiti dan kelas Sir Syed sangat memberi impak yang besar.Gadis polos,licik,baran dan nakal itu akhirnya mampu mengubah sikap Sir Syed dari seorang yang tenang kepada seorang yang paling beku dan paling serius bila di dalam kelas "Nama aku Bell" -QUINN ARABELLA "Saya tak dengar suara awak.Tolong kuatkan sedikit agar saya dan rakan awak dengar" - SYED MOHD GIBRAEL "Kau pekak ke?" -QUINN ARABELLA Ya! Semuanya berubah dengan begitu cepat . Dan perkara yang paling pelajar perempuan tidak mahu terjadi adalah.. Sir jatuh cinta pada Bell. "Dekat Kolej je aku panggil kau Sir! itu pun jijik aku nak panggil lah!" -QUINN ARABELLA "Aku Gibrael." -SYED MOHD GIBRAEL Sudah benar,Perkhawinan bukan jalan penyelesain buat mereka. Bercinta selepas berkahwin lebih indah ? mungkin itu hanya SEBUAH MIMPI. /AKAN DATANG/NOVEL
Takdir Antara Kita [C] von Rannais
Rannais
  • WpView
    GELESEN 20,486
  • WpVote
    Stimmen 600
  • WpPart
    Teile 76
Kisah ini menceritakan pula tentang Tengku Zahir Iman Bin Tengku Zaihan Iman , lelaki yang tidak pernah mempunyai sebarang hubungan cinta sepanjang hidupnya. Hingga lah suatu hari , dia bertemu si pujaan hati bernama Alia Marissa Binti Iskandar yang berjaya membuatkan hatinya berbunga-bunga. Mereka cuba menjalinkan hubungan cinta namun tidak kesampaian kerana beberapa salah faham dan percanggahan yang selalu muncul dalam hubungan. Hadirnya Haziq Rizqin selepas mereka gagal dalam hubungan membuatkan Tengku Zahir ingin merebut kembali Alia. Kali ini dia akan pastikan Alia Marissa miliknya. Daripada kawan lalu bercinta. Namun putus jua. Adakah kali ini cinta mereka akan bersambung? Ataupun takdir mengatakan sebaliknya? Hanya ada satu kebahagiaan dalam hidup ini, mencintai dan dicintai. Cinta bukan melepas tapi merelakan. Bukan memaksa tapi memperjuangkan. Bukan menyerah tapi mengikhlaskan. "I'm not the one for you. Kita memang tak boleh bersama" "Awak kata awak perlukan masa. Banyak dah masa saya beri. Is it not enough for you?" "Why don't we just be a friend?" "Because my heart already say you are the one" "Saya dah ada pilihan sendiri dan saya yakin dengan keputusan ni" "Aku terima nikahnya...."
Hey! Captain Zharyan Arayqarl von Wnfhanna
Wnfhanna
  • WpView
    GELESEN 37,396
  • WpVote
    Stimmen 3,196
  • WpPart
    Teile 18
ZHARYAN ARAYQARL, anak kepada juruterbang hebat dan terkenal dari Zullian Airlines, Captain Zul Aaryan. Arayqarl, atau lebih mesra dipanggil Qarl, dilahirkan dengan karisma semula jadi yang sukar diabaikan. Wajahnya menawan, penuh senyum nakal yang selalu membuatkan ramai wanita terpikat, tetapi sikapnya yang playboy dan nakal itu menjadikan dia seorang yang sukar ditebak. Walaupun bersikap santai dan kadang-kadang kurang serius, Arayqarl mewarisi ketekunan dan kecekapan daddynya dalam menguruskan perkara penting. Dia bijak, tahu bila harus bergurau dan bila perlu tegas, tetapi prinsipnya jelas, jika dia rimas atau tidak berminat, hubungan itu tamat tanpa drama panjang. Namun, di sebalik sikap nakal dan playboynya, Arayqarl menyimpan satu rahsia kecil yang tiada siapa tahu, hatinya terpaut pada seorang perempuan. Sejak pertama kali bertemu, Arayqarl merasakan sesuatu yang tidak pernah dia alami sebelum ini, detik-detik bersama perempuan itu membuatkan hatinya sedikit tergugat. Siapakah perempuan yang mampu menembusi benteng playboy Zharyan Arayqarl ini?