Never click suspicious links
Reminder: Wattpad will never ask for passwords, payment information, or other sensitive account security details.
HarithChew's Reading List
7 stories
Kisah Kita Yang Tak Sengaja [OG]  by nurrsyraa
nurrsyraa
  • WpView
    Reads 6,979
  • WpVote
    Votes 4,628
  • WpPart
    Parts 25
IZZ DAFFA | AMAL YASMIN 📸 Pottery maker x influencer 🫀 Strangers to lovers 🥀 Fluffy romance [blurb coming soon]
Antara Senyum dan Rahsia by HarithChew
HarithChew
  • WpView
    Reads 408
  • WpVote
    Votes 28
  • WpPart
    Parts 42
Rayyan Aydan bukanlah pelajar yang menonjol di sekolahnya. Dia seorang yang biasa-biasa saja, dengan dunia kecilnya yang dipenuhi buku, kelas, dan gurauan bersama kawan-kawan. Namun, semuanya berubah apabila matanya secara tak sengaja bertemu dengan senyuman seorang gadis, Elliana Sofea. Elliana, gadis sederhana dengan aura lembut, tidak pernah tahu bahawa sejak hari itu, dia menjadi rahsia terbesar dalam hati Rayyan. Senyuman Elliana, cara dia menunduk ketika menulis nota, bahkan suara lembutnya ketika menjawab soalan guru semuanya cukup untuk membuatkan Rayyan tidak tenang. Dalam setiap hela nafas, Rayyan mula belajar tentang perasaan yang sukar digambarkan perasaan suka yang diam-diam tumbuh, malu-malu, tapi indah. Dari pandangan curi-curi, moment kecil di kelas, hingga perbualan ringkas yang kadang-kadang terselit dalam bahasa Inggeris, semuanya menjadi episod yang membuat Rayyan semakin hanyut dalam "blushing era"-nya sendiri. Namun, Rayyan tidak pernah berani melangkah lebih jauh. Baginya, menyimpan rasa itu sudah cukup indah, kerana tidak semua cinta perlu diluahkan. Kadang-kadang, menikmati setiap detik kecil, senyum yang tak disengajakan, dan rahsia yang hanya hati sendiri tahu itulah kebahagiaan sebenar. "This story isn't about a perfect love... it's about the little moments that make our hearts race, the smiles we keep, and the secrets that live only between us and the pages we write." Di sekolah, di tengah-tengah rutin yang membosankan, Rayyan menemui sesuatu yang paling bernilai perasaan yang membuatkan setiap hari terasa luar biasa. Dan di antara senyum serta rahsia itu, dia belajar bahawa cinta pertama tidak semestinya dimiliki... cukup untuk dirasai.
ZAR |  TERBIT by tihatti
tihatti
  • WpView
    Reads 1,627,021
  • WpVote
    Votes 16,936
  • WpPart
    Parts 11
COMPLETE [1𝓢𝓽 𝓗𝓪𝓽𝓲 𝓢𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼] Dia... Leftenan Zar Uzair, pemegang amanah yang teragung, pada fikiranya ini jalan yang dipilih, tanggungjawab yang dipikul asbab mengapa dirinya menahan diri daripada mengeluh, kata-kata yang keluar dari bibirnya kadangkala menyakitkan hati, dengan loghat pekatnya menyebabkan dia berjumpa gadis ini, " Ni Aku hat besaq ragam laguni hang langgaq, awat hang punya mata tu hang letak dekat kepala lutut ka? Harap muka elok, perangai tu pirahh boleh pergi blah!" Tercegang seketika Adwa Naila, membarah hatinya, bukan niat ingin melanggar lelaki ini, namun belum sempat kata maaf dituturkan, terus lelaki ini menyemburnya dengan loghat yang tidak dia fahami, Garang, Tegas! Dua perkataan ini cukup menggambarkan diri Zar Uzair pada pandangan mata Adwa Naila, Zar lelaki yang suka mengarah itu ini, menyusahkan dirinya namun laki-laki ini juga tetap teguh berdiri tatkala hatinya dipatah- patahkan, "Don't give your whole heart to someone called a man" "Because the heart that we always worship and admire is what will poison us" " Engkau kutip sampah yang aku buang" "Aku tak kutip tapi aku ambil kesempatan yang terlalu lama aku tunggu, dia bukanya sampah melainkan anugerah tuhan untuk aku, dan aku bukanlah bodoh, namun lelaki yang cerdik akalnya untuk sentiasa hargai dirinya" "Adwa Naila, Adwa cahaya, Nailah anugerah, hang tau dak maksud nya terhadap aku?" " Maksud awak?" " Adwa Naila adalah anugerah untuk Zar Uzair" " Dan kalau bukan kita yang pikul tanggungjawab ini, siapa lagi? Anggaplah ini adalah jihad yang paling agung yang kita pernah lakukan" "Everyone want to keep us apart" "All I want is always stay beside you Adwa" "But I can't have you, sebab Adwa bukanlah milik Abang sepenuhnya, namun milik Tuhan yang satu" WARNING: THIS STORY IS PURELY FICTIONAL, IT HAS NOTHING TO DO WITH LIFE AND DEATH START: 29 NOVEMBER 2023 END: 25 SEPTEMBER 2024
MR PIRATE [Complete] by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 6,139,768
  • WpVote
    Votes 425,073
  • WpPart
    Parts 98
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatkan Husna teringat sampai sekarang. Mengapa Mr Blue? Kerana di dalam mimpi indah itu cuma menampakkan mata biru yang dianugerahkan buat lelaki itu. Sangat cantik. Buatkan dia jatuh cinta pada pandangan kali pertama mata mereka bertembung. Dan dia pasti, bukan cuma dia sahaja yang merasakan perasaan aneh itu. "Salah satu kenangan yang mahal. Adalah pertemuan kita."- misteri. Kemunculan Nathan iaitu bakal Ceo Ocean Resort, buatkan Husna semakin yakin jodohnya berada di jarak yang dekat. Lelaki itu juga memiliki mata biru sama seperti mimpinya. Namun disaat dia ingin meluahkan isi yang terbuku dihati, nasib malang menimpa diri sendiri. Dia terperangkap ditengah-tengah pulau. Atau lebih menakutkan, di kawasan zone merah. "Sudah nama pun Lanun. Kalau jumpa sesuatu yang berharga, tak mungkin aku akan lepaskan. Rugilah kalau macam itu."- Lanun "Saya akan cari jalan keluar walau apa pun caranya asalkan bukan tinggal dekat tempat miskin ni!"- HUSNA "Kalo kau mau keluar, keluarlah, tapi kalo aku jumpa kau balik. Memang teruk nasib kau nanti aku kerjakan."-LANUN Si Lanun itu memang lelaki tak mempunyai hati. Kalau ada pun, mungkin dah digoreng dengan minyak tanah. Egh, boleh jadi gila kalau dia terus tinggal di kampung kecil ini. "Sampai bila lagi kita nak tunggu, pa? Nasib Husna dalam bahaya. Kita kena selamatkan dia sekarang!"-Nathan "Siapa aje yang boleh hidup dekat tengah-tengah pulau sana? Mungkin Husna dah mati lemas?"- Datin Khadijah Apakah nasib malang yang bakal menimpa Husna? Adakah dia menjadi tawanan si Lanun atau sebaliknya? "Kenapa awak tutup sebelah mata ek? Saja nak acah-acah Lanun?"-Husna "Setiap cacat cela yang dilahirkan bersama ada keistimewaannya. Dan istimewa tu hanya untuk yang teristimewa juga."-Lanun Siapakah Mr Blue yang sebenarnya? "It's you?!"-Husna
Selamanya Dalam Seketika by HarithChew
HarithChew
  • WpView
    Reads 120
  • WpVote
    Votes 18
  • WpPart
    Parts 13
Tengku Rayyan El-Fateh tidak pernah mencari cinta. Hidupnya sibuk dengan empayar perniagaan keluarganya yang tidak pernah sunyi daripada tekanan dan tanggungjawab. Namun pertemuannya dengan Aireen Zafrina, seorang pelukis jalanan yang suka tersenyum walau seribu derita menghimpit, telah mengubah seluruh warna hidupnya. Aireen tidak seperti wanita lain yang pernah hadir dalam hidup Rayyan. Dia bersahaja, penuh semangat, dan melihat dunia dengan cara yang sangat luar biasa. Dalam diam, Rayyan jatuh cinta. Tapi Aireen... hanya mahu mereka kekal sebagai sahabat. Kerana Aireen menyimpan satu rahsia yang tak mampu dia lafazkan-dia sedang bertarung dengan penyakit yang tidak memberinya banyak waktu. Baginya, cinta hanya akan menyakitkan orang yang ditinggalkan. Dia tidak mahu menjadi sebab seseorang patah hati kerana sebuah perpisahan yang dia sendiri tidak mampu elak. Namun, cinta tidak pernah mudah ditepis. Rayyan tidak peduli akan masa yang singkat. Baginya, walaupun hanya sehari, dia sanggup mencintai Aireen dengan seluruh jiwanya. Mereka akhirnya berkahwin dalam suasana sederhana, jauh dari segala kemewahan dunia. Setiap hari yang mereka lalui umpama keajaiban-penuh dengan tawa, air mata, dan kasih sayang yang tidak pernah berbelah bahagi. Namun seperti yang dijangka, waktu itu akhirnya tiba. Di saat nyawa Aireen di hujung nafas, dia berbisik pada Rayyan... "Cinta ni bukan untuk seumur hidup... tapi untuk selamanya, walau dalam sekejap masa." Selepas pemergian Aireen, Rayyan meneruskan hidupnya dengan penuh kesyukuran dan kekuatan. Dia tidak lagi mencari cinta, kerana cinta terakhirnya telah pun memberi makna paling agung pada hidupnya.
TAKDIR CINTA KITA [OG][SLOW UPDATE] by Rvndniaa
Rvndniaa
  • WpView
    Reads 12,738
  • WpVote
    Votes 468
  • WpPart
    Parts 51
"Sayang,maafkan abang. Abang tahu abang banyak buat salah dengan sayang. Tolong maafkan abang. -Syed Asyraf "Dah terlambat,abang! Cukuplah abang sakitkan hati saya selama ni! Abang pentingkan Aisyah daripada saya! Anak saya mati sebab abang!" -Adeline Raisha "Abang tahu. Ini semua salah abang sayang. Tapi tolonglah bagi abang peluang. Abang mohon sayang. Abang sanggup buat apa sahaja untuk sayang,tapi maafkan abang."-Syed Asyraf "Saya nak,abang lepaskan saya." -Adeline Raisha Kisah cinta mereka diganggu oleh bekas tunang Syed Asyraf,Aisyah Farhana. Yang penuh hasrat dengki dengan kebahagiaan mereka. Namun Aisyah tidak mengalah. Dia melakukan sesuatu yang tidak dijangka oleh Aisyah. Tapi siapa sangka? Seorang jejaka bernama Arsyah menyelamatkan Adeline dan membuatnya bahagia. "Abang akan bahagiakan sayang." -Arsyah "Saya percayakan abang.." -Adeline Raisha