My Novel
3 stories
WANITA TUAN GHAZRIL by qashard
qashard
  • WpView
    Reads 132,020
  • WpVote
    Votes 6,337
  • WpPart
    Parts 29
GHAZRIL MIKAIL X SEROJA MIKAYLA Tuan Ghazril Mikail, si duda terlajak usia yang selalu berwajah masam. Gelaran hot and spicy diusia 39 tahun itu adalah yang tepat untuk Ghazril. Pendek kata, dia adalah lelaki yang sempurna di mata wanita. "Dah tujuh tahun kamu menduda, Ghaz. Fikir-fikirkanlah mana yang terbaik." ―PUAN SRI MAISARAH "Pintu hati ni dah tutup serapat-rapatnya. Takkan ada sesiapa yang boleh isi tempat Suri." ―GHAZRIL MIKAIL Dinginnya Ghazril berbicara tentang membina mahligai baru membuatkan Puan Sri Maisarah buntu untuk memujuk anaknya lagi kerana dalam diam, Ghazril tetap setia menjadi perindu pada arwah isterinya, Suri Sophea. "Oh, my gucci! Sejak bila dunia ni ada uncle yang segak dan kacak macam ni!" ―SEROJA MIKAYLA Kerana pertemuan singkat itu, hadirnya seorang gadis yang bernama Seroja Mikayla. Hasrat di hati begitu tulus mencintai lelaki seperti Ghazril. Namun Ghazril tegas menolak, bahkan perbezaan jarak usia mereka hampir 18 tahun itu membuatkan dia menolak mentah-mentah cinta dari gadis itu. Bagi Ghazril, perempuan itu terlalu kebudak-budakkan dan terlalu mencabar kesabarannya! "Ya tuhan, apa yang susah sangat awak nak terima hakikat ni? Saya ni duda anak satu, umur pun dah terlajak!" ―GHAZRIL MIKAIL "Tapi Seroja betul-betul dah cintakan, uncle! Takkan semudah itu Seroja nak mengalah? Cuba uncle bagi ruang pada Seroja untuk buktikan. Manalah tahu kita ada jodoh?" ―SEROJA MIKAYLA Kata orang cinta boleh dipupuk, tak mustahil dengan izin Tuhan, cinta itu akan hadir tanpa dipinta. Dan sekelip mata cinta itu juga telah merubah sekeping hati seorang Ghazril Mikail. "Saya dan awak mampu bahagia, Allah yang buka pintu hati saya dan Allah juga yang hidupkan rasa cinta itu dalam hati saya." ―GHAZRIL MIKAIL Perkahwinan yang disangka membawa bahagia cumalah sekadar pinjaman, kebenaran yang terbongkar melukakan hati Seroja. Ujian mula membadai rumah tangga mereka. Siapakah Ghazril sebenarnya? Semudah apa rintangan hidup mereka?
DERU YANG MEMBAWA NAMA by Nonobodyknowss
Nonobodyknowss
  • WpView
    Reads 9
  • WpVote
    Votes 0
  • WpPart
    Parts 2
Antara langit dan bumi, ada nama yang sentiasa dibawa deru angin. Aqilah Saffiya, peguam syariah dan sivil yang tegas, melangkah masuk ke Mahkamah Tentera dengan satu misi - menegakkan keadilan. Namun, dia tak menyangka, medan itu akan menemukan dia dengan seseorang yang bakal merubah segalanya. Mejar Zhorif Ilham. Juruterbang Phantom Sky. Tegas, dingin, dan setiap patah kata bagai peluru tajam mengena. Mereka beradu hujah dalam dewan bicara, Tapi tanpa sedar... hati mereka juga sedang diuji. Dia musuh... atau dia takdir? Dalam medan tugas yang penuh rahsia, Antara kebenaran dan maruah, Ada satu nama yang terus dibawa angin. Dan nama itu... adalah dia. "Deru yang Membawa Nama" - kerana ada rahsia yang hanya angin mampu membisikkan, dan ada rasa yang hanya hati berani mengakui.