Fiyyarose's
8 stories
PASKAL: Love Beyond the Waves (HUMOUROUS VERSION) | DISCONTINUED (UNEDITED) by Fiyyarose
Fiyyarose
  • WpView
    Reads 20,494
  • WpVote
    Votes 932
  • WpPart
    Parts 56
TATABAHASA TAK SEMPURNA, SEKADAR HIBURAN PEMBACA. ENJOY YOUR READING!
MISSION: SOMBRA | C by Fiyyarose
Fiyyarose
  • WpView
    Reads 14,100
  • WpVote
    Votes 599
  • WpPart
    Parts 30
Farhana Erlyna, wanita yang tiada tandingannya; cantik, berani, dan tidak gentar menolak sesiapa yang cuba mengawalnya. Thaqif Alvarez pula jatuh hati tanpa sedar, terpikat oleh karisma dan keberanian Farhana. Namun, di sebalik senyuman Farhana, tersembunyi seorang yang sukar dicintai, sukar dimiliki. Hubungan mereka bagaikan permainan yang hanya Farhana tahu cara memenanginya, meninggalkan Thaqif terjerat dalam ilusi cinta yang memusnahkannya sedikit demi sedikit. "Kau lelaki paling tak guna dalam hidup aku!" -Farhana Erlyna "I can't believe every sacrifice I made for you was all for this." - Thaqif Alvarez Dalam kisah cinta yang penuh dengan amarah dan pengkhianatan, Thaqif belajar dengan cara yang paling pahit bahawa mencintai Farhana adalah seperti berlari ke dalam kebinasaan; semakin jauh dia pergi, semakin dia tenggelam dalam kekecewaan yang tiada penghujungnya. "Aku tak pernah minta kau berkorban, Thaqif. Kau yang pilih jalan ni." -Francesca Elara "Aku pilih jalan ni sebab aku sayang kau, Hana! Salah ke seorang suami menyayangi isterinya sendiri?" -Thaqif Alvarez Siapakah Francesca Elara? Kemana Farhana Erlyna? Semua tersimpan misteri dan keluarga BloodRose Dynasty akan meneruskan misi mereka di Moscow. Mission: SOMBRA, began.
MISSION: SOMBRA (S2) | C by Fiyyarose
Fiyyarose
  • WpView
    Reads 5,420
  • WpVote
    Votes 368
  • WpPart
    Parts 32
Farhana dan Thaqif, pasangan suami isteri yang dulu saling mencintai, kini terperangkap dalam kegelapan luka yang mendalam. Farhana, yang suatu ketika dahulu penuh dengan kasih sayang terhadap Thaqif, telah melakukan kesalahan besar yang menghancurkan hubungan mereka. Dalam tindakan yang tak dapat dipulihkan, dia telah mengkhianati kepercayaan Thaqif, menyebabkan dia berasa terpinggir dan terluka. Walaupun Farhana menyesal dan ingin meminta maaf, Thaqif, yang dipenuhi dengan rasa sakit dan kemarahan, tidak mudah memberi kemaafan. Hati Thaqif yang terluka berkeras untuk tidak memaafkan, meskipun dia masih menyayangi Farhana. Dengan langkah yang perlahan dan penuh beban, Thaqif cuba mencari ketenangan, namun bayangan kesedihan dan pengkhianatan terus menghantui setiap langkahnya. Ketika hujan turun dengan lebat, Thaqif menyusuri jalanan, mencari jawapan dalam kesunyian, berusaha untuk melepaskan segala rasa yang terpendam. Namun, jauh di dalam hatinya, Thaqif tahu bahawa perjalanan ini bukan sekadar tentang melepaskan Farhana, tetapi juga tentang melepaskan diri dari rasa sakit dan kekecewaan yang mengikatnya. Farhana, berjuang dengan penyesalan yang mendalam, ingin membuktikan bahawa dia berubah dan bersedia untuk memperbaiki segalanya, tetapi dia tahu bahawa kemaafan bukan sesuatu yang dapat diperoleh dengan mudah. Kini, mereka berdua harus melalui perjalanan masing-masing, mencari jalan untuk menyembuhkan luka yang tergores dalam hati mereka, dan akhirnya menemukan apakah ada harapan bagi cinta mereka yang telah terluka. Apakah Farhana akan dapat menebus kesalahannya? Dapatkah Thaqif belajar untuk memaafkan dan memberi peluang kedua? Dalam perjalanan penuh konflik dan penyesalan ini, adakah mereka akan menemukan jalan untuk kembali bersama atau akan terus terpisah oleh masa lalu yang kelam?
His precious: Rhea Elyssa | OG by Fiyyarose
Fiyyarose
  • WpView
    Reads 9,179
  • WpVote
    Votes 385
  • WpPart
    Parts 20
Iskandar Al-Khaleed, seorang lelaki yang berkhidmat sebagai anggota PASKAL (Pasukan Khas Laut), memiliki sifat kepimpinan yang dikagumi ramai, terutama dari kalangan wanita. Rhea Elyssa, seorang wanita yang berdarah campuran Malaysia dan Mesir, memancarkan kecantikan dan pesona dari kedua-dua keturunan tersebut. Dia juga bekerja sebagai peguam di Malaysia, menjalani kehidupannya dengan penuh profesionalisme. Pertemuan mereka bermula di pelabuhan semasa pameran aset tentera laut sempena Hari Kelahiran TLDM. "Maafkan saya!" - Rhea Elyssa "Jalan pakai mata." - Iskandar Al-Khaleed Walaupun berkali-kali bertengkar antara satu sama lain, takdir dan perasaan masing-masing menyatakan sebaliknya. "Jemput masuk dalam hidup aku, Rhea. I believe you're the one for me. Let's build a future together. Aku janji akan selalu setia kepada kau." Tapi, mampukah mereka bertahan? Dengan tugas yang berat dan penuh cabaran, adakah itu alasan untuk mereka tidak terus mencintai?
HATINYA UNTUKKU  | OG by Fiyyarose
Fiyyarose
  • WpView
    Reads 3,187
  • WpVote
    Votes 162
  • WpPart
    Parts 27
Nama aku, Thea Elizabeth, seorang pelajar perniagaan yang menyambung pengajian di sebuah universiti di Itali, tidak menyangka bahawa pertemuan tak sengaja dengan seorang lelaki di sana akan mengubah hidupnya. Semuanya bermula dengan satu kejadian yang agak mengecewakan apabila aku bertembung dengan Qayden Revello, seorang lelaki yang penuh dengan kejutan. "Merda! Cammini con le ginocchia davanti agli occhi?" -Qayden Revello "Uhm... I'm sorry, sir." - Thea Elizabeth Pertemuan pertama kami penuh dengan ketegangan, tetapi tak lama kemudian, semuanya berubah menjadi sesuatu yang lebih baik. Namun, apa yang aku tidak tahu adalah, Qayden menyembunyikan satu rahsia besar tentang hubungan kami. "I'm not perfect, but I want to be the one who stands by you, not just as your protector but as the man who loves you." -Qayden Revello Pada mulanya, Qayden menipu aku. Marah dan bingung, aku tak dapat menerima kebenaran yang disampaikan oleh Qayden. Namun, apa yang lebih mengejutkan lagi adalah pengakuan Qayden bahawa kami pernah berkahwin dan bercerai. Apa yang sebenarnya berlaku?
DIRINYA UNTUKKU | OG by Fiyyarose
Fiyyarose
  • WpView
    Reads 939
  • WpVote
    Votes 41
  • WpPart
    Parts 4
Irfan Khayr, seorang pelumba MotoGP di bawah Monster Energy Yamaha Racing yang berkarisma dengan hidupnya yang penuh kemewahan, tidak pernah menyangka bahawa dia akan bermusuhan dengan adik perempuan sahabatnya sendiri. Lebih terkejut apabila dia diberi amanah untuk menjaganya sementara Thaqif menyelesaikan urusan di luar kawasan. "Haaahhh? Aku? Adik kau yang mana satu ni?" - Irfan Khayr "Kau bodoh ke bangang? Adik aku ada satu je, si Elvina tu." - Thaqif Alvarez Elvina Najwa, seorang gadis berusia 24 tahun dengan kerjaya sebagai CEO di sebuah syarikat butik terkenal berjenama Vinajwa Exclusive. Dia juga terkenal dengan rupanya yang begitu menawan sehingga menarik perhatian baik dari kaum hawa atau kaum adam. Pertemuan pertama dengannya tidaklah begitu indah apabila sikap keras kepala Elvina yang cukup menguji kesabaran Irfan. Apatah lagi ini minggu perlumbaan di Sepang dan Irfan terpaksa membawanya sekali. "Okay, listen. Plan A: aku hantar kau rumah jiran. Plan B: kau ikut aku tapi duduk dalam kereta je sementara aku habis briefing. Tapi jangan keluar, jangan buat apa-apa pelik, dan jangan... JANGAN senyum dekat team aku. Diorang semua single." - Irfan Khayr "Kau protect sangat macam aku ni emas," - Elvina Najwa "Bukan emas. Uranium. Bahaya." - Irfan Khayr Hari demi hari, Irfan mula menyedari ada perasaan yang lain mula timbul dalam dirinya. Dia suka cara gadis itu menjaga batas dengan lelaki walaupun dengan cara yang agak keras. Elvina juga handal dalam seni pertahankan diri. "Why me?" - Elvina Najwa "Because I don't want the children of another man to have the eyes of the girl that I won't forget." - Irfan Khayr
WAKTUNYA UNTUKKU | OG by Fiyyarose
Fiyyarose
  • WpView
    Reads 9,760
  • WpVote
    Votes 445
  • WpPart
    Parts 32
Betul kata orang, kalau dah memang berjodoh, memang takkan dapat lari. Begitulah juga dengan Radea dan Qaider. Radea larilah sejuta kali daripada Qaider pun, dia masih akan tetap bertembung dengannya. "Tak sangka pula takdir mempertemukan kita di sini." - Qaider Aisy "Kau sendiri yang datang mengacau." - Radea Humaira Qaider telah jatuh cinta padanya sejak hari pertama, hanya dari cara dia bertindak berani seperti seorang peguam profesional sudah cukup untuk Qaider menangkap perasaan. "Aku terima nikahnya Radea Humaira binti Ridzuwan Harith dengan mas kahwinnya RM500 tunai." - Qaider Aisy Pernikahan yang awalnya tidak begitu mudah dengan Radea yang sukar untuk membalas cinta Qaider, akhirnya berakhir dengan kehadiran dua orang cahaya yang menambah kemanisan di dalam hidup mereka berdua.
Takdir Yang Sempurna | EBOOK by Fiyyarose
Fiyyarose
  • WpView
    Reads 30,783
  • WpVote
    Votes 892
  • WpPart
    Parts 23
EBOOK.