lini0908's Reading List
198 stories
BAHAGIA BUKAN SEKETIKA (COMPLETE)  by mellowcrunch_
mellowcrunch_
  • WpView
    Reads 93,683
  • WpVote
    Votes 2,842
  • WpPart
    Parts 51
NAURA AYREEN Namanya tidak seindah hidupnya. Sejak kecil dia dibesarkan oleh ibunya tanpa ayah disisi. Dialah ibu, dialah ayah. Dia dipinang oleh seorang wanita berada aka kawan rapat ibu untuk berkahwin dengan anak terunanya bagi menggantikan tempat pengantin perempuan yang melarikan diri. "Kenapa saya?" - Naura "Aunty yakin yang kamu boleh mengubah anak lelaki aunty" - Puan Marlia ARIQ NUQMAN Playboy. Clubbing. Workaholic. Hidupnya berubah 100% sebaik sahaja sah bergelar suami kepada Naura Ayreen. "Kau yakin mampu jadi isteri aku?" - Ariq "I'll try to do my best. Kalau saya tak mampu, InsyaAllah saya akan undurkan diri saya." - Naura Perkahwinan bukan hanya untuk sehari dua. Berkahwin bukan untuk seketika. Cintailah untuk selama-lamanya. Perkahwinan bukan hanya seketika untuk dijaga. Tapi perlu kesabaran, menjaga amanah dan jaga hingga akhirat. Mahligai yang dibina sangat bahagia tanpa ada sebarang halangan. Namun apakah yang akan terjadi apabila Naura dituduh bermain kayu tiga? Cinta? Hanya wujud setelah semuanya sudah tidak dapat diputarkan balik. Kesalahannya terhadap isterinya tidak mampu mengubah segala-galanya. "Tolong kembali ke pangkuan abang..." "Jika jasad saya tidak dapat mengiringi perjalanan awak , percayalah hati dan doa sepertiga malam dari saya selalu mendampingi perjalanan awak." ---------- 100% idea author. Author tak nak ada yang ciplak idea author. Author sangat menghargai jasa kalian yang sudi membaca novel author.
NAIHAD : KITA KAWAN (E-BOOK) by nrdyann_
nrdyann_
  • WpView
    Reads 7,306
  • WpVote
    Votes 873
  • WpPart
    Parts 8
Nai- Wanita yang tampak keras kerana masa silamnya. Pintu hati, serta dirinya dikunci rapat. Membawa diri dan larut dengan pekerjaan kerana mahu mengubati luka di hati akibat janji dusta belahan jiwa yang membelah hatinya sehingga retak dan sukar membaik. Had - Seorang lelaki tegas jika melibatkan kerja. Sudah bertunang tetapi beralih arah hatinya, kepada rakan sekerjanya iaitu Nai selepas mereka terjebak di keadaan yang tidak terduga. "Kita kawan...selama ni, aku tak pernah ada perasaan dekat kau."- Had "Ya, kita kawan je. "- Nai *** "Kita dah terikat. Kau ingat kau boleh lari dari aku lepas apa yang jadi. Seribu sebab kau listkan pun, aku takkan benarkan kau lepas dari aku."- Had "Kau dah ada Tia, Had."- Nai "Kau tahu dia tunang aku. Kau tahu dia bakal suami aku. Kau tahu majlis kahwin kitaorang cuma tinggal lagi beberapa hari. Tapi kau...masih bangsat!!!"- Tiara *** "Kalau kau nak cerai, bagi balik anak aku. Kalau tak, tak ada cerai Nai."- Had "Kau..jahat."- Nai
Tengku Hazim Zafran : His Second Chances [C] by theadlynna
theadlynna
  • WpView
    Reads 6,039
  • WpVote
    Votes 225
  • WpPart
    Parts 38
𝐅𝐢𝐫𝐬𝐭 𝐒𝐭𝐨𝐫𝐲˗ˏˋ ♡ ˎˊ˗ ♡𝐈𝐧𝐚𝐫𝐚 𝐂𝐚𝐫𝐢𝐬𝐬𝐚 𝐱 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐇𝐚𝐳𝐢𝐦 𝐙𝐚𝐟𝐫𝐚𝐧♡ Inara Carissa . Seorang gadis cantik yang sangat berkarisma dan periang. Dia telah lama memendam perasaan cintanya kepada Hazim Zafran , iaitu seorang lelaki yang dikenalinya sejak zaman persekolahan dahulu. Namun, cinta Inara bertepuk sebelah tangan. Hazim tidak pernah tertarik pada Inara dan menganggapnya hanya sebagai teman. " Saya sukakan awak, Hazim." " Tapi aku tak anggap kau lebih daripada seorang kawan , Inara." Tengku Hazim Zafran . Seorang jejaka yang mempunyai auranya tersendiri dan mampu membuatkan ramai wanita jatuh cinta dengannya termasuklah Inara Carissa. Namun, dia menolak luahan cinta Inara walaupun hatinya juga mempunyai perasaan kepada gadis tersebut disebabkan ada perkara yang mengganggu fikirannya. Beberapa tahun kemudian, terjadinya sesuatu kejadian yang ditimpa oleh kawan mereka yang menyebabkan Inara dan Hazim bertemu kembali. Maka terwujudlah perasaan cinta yang sudah lama terpendam dan terbinalah sebuah masjid yang sungguh bahagia. Start : 12 / 02 / 2025 End : 27 / 01 / 2026
PELUANG TERAKHIR  by LittlePrincess174
LittlePrincess174
  • WpView
    Reads 36,869
  • WpVote
    Votes 666
  • WpPart
    Parts 58
Kerana satu peristiwa, dua insan yang saling tidak mengenali terpaksa disatukan dek kerana fitnah manusia. Segala penghinaan dan penderitaan terpaksa diterima oleh sang gadis itu. Namun dia sentiasa memberikan peluang dan kesempatan untuk suaminya. Disaat cinta mula berputik, muncul orang ketiga yang cuba meretakkan hubungan mereka. Pada awalnya, suaminya sentiasa membelanya. Namun, dek kerana fitnah orang ketiga hubungan mereka semakin retak hingga kalimat yang tidak ingin didengari oleh gadis itu keluar dari mulut cinta hatinya... " Aku ceraikan engkau dengan talak satu"
Erti Cinta by nyzalz
nyzalz
  • WpView
    Reads 2,620
  • WpVote
    Votes 152
  • WpPart
    Parts 15
Ardyana membesar dengan luka yang tidak pernah hilang. Trauma zaman kecilnya menjadikan dia seorang wanita tabah, namun jauh di sudut hati, dia masih mencari erti bahagia. Hari pertamanya sebagai cikgu praktikal membuka lembaran baru dalam hidupnya... tetapi takdir rupanya sudah merancang sesuatu yang lebih besar. Rayyan Iskandar-duda muda, CEO berjaya, lelaki yang punya segalanya... kecuali cinta. Luka pengkhianatan membuatkan dia membenci perasaan itu. Dunia baginya hanya tentang kuasa, wang, dan anak kecil yang menjadi satu-satunya sinar dalam hidupnya. Pertemuan tidak dijangka antara seorang cikgu sederhana dan seorang duda berharta menjadi titik mula kisah yang rumit. Dua dunia berbeza, dua hati yang sama-sama pernah terluka. "Oi makcik! awak siapa hah sesedap aji namoto aje pegang-pengang anak murid saya".bentak bunga degan wajah tegang. -Bunga Ardyana- "Waalaikumussalam makcik untuk pengetahuan makcik dia anak aku ya kau tu sapa nak marah-marah aku!," dengan sinis rayyan menyoal -Rayyan Iskandar- Mampukah Bunga menyembuhkan hati Rayyan yang sudah lama mati? Atau mampukah Rayyan meyakinkan dirinya sendiri... bahawa jatuh cinta kali ini tidak akan menghancurkannya sekali lagi? "I nak kita rujuk.... untuk masa depan anak kita ray," -airis bella-
DUDA [Dia Untuk Diri Aku] by MissBlushing_
MissBlushing_
  • WpView
    Reads 780,703
  • WpVote
    Votes 18,718
  • WpPart
    Parts 80
Bertemu dan berpisah adalah lumrah kehidupan. Perkahwinan yang dibina atas dasar cinta diuji apabila isteri yang disayangi menghadap ilahi. Kehadiran cahaya mata kembar menjadi penyeri dalam kehidupan. "Halalkan segala..Ma...makan dan minum Mia....Jaga an..anak-anak kita bie..."Tangan suaminya digenggam erat. Andai sudah tiba masa aku pergi dari dunia ini..Aku redha ya Allah. -Mia Maisarah- "Jangan cakap macam ni sayang... Bie tahu sayang kuat, please stay with us.."Dari tadi air matanya tak kering-kering. Mengalir deras ibarat paip air yang bocor. -Sayf Aydeen- Kepulangannya ke tanah air selepas 4 tahun berhijrah, menjadi titik permulaan pertemuan Sayf Aydeen dengan seorang gadis. "So...Ganti la balik...Sudah la main langgar sampai tercampak handphone ni.."Mujur masih berfungsi. -Syafa Adreen- "Excuse me, I...." -Sayf Aydeen- Siapa sangka pertemuan yang tak dijangka itu berterusan sehingga mereka berada di bawah satu bumbung yang sama sebagai pekerja dan majikan. "Saya..min..minta maaf encik...." -Syafa Adreen- "Senang je kan? Salah je minta maaf...Mama, sebab ni la Aydeen nak pilih betul-betul babysitter untuk diaorang...Aydeen taknak benda-benda macam ni berlaku...Harini melecur jari, esok-esok apa pula?" -Sayf Aydeen- Namun, siapa mampu menghalang takdir yang telah dicipta. Kehadiran Syafa Adreen dalam rumah itu telah menjadi penyeri buat anak kembarnya. Kasih dan sayang yang gadis itu tumpahkan untuk anak-anaknya tidak terkira. "Siapa yang nak bertanggungjawab dengan hati aku, Reen?"-Sayf Aydeen- "Encik cakap apa ni? Jangan nak main-main.." -Syafa Adreen Apabila cinta mula bersulam dan kasih diterima. Kebenaran terungkap. Hati yang diberikan kepada lelaki itu hancur lumat. Syafa Adreen tak sangka lelaki itu mempermainkan dirinya. Sakit yang berdarah itu sukar untuk disembuhkan. Apa akan terjadi dengan rumah tangga yang dibina?
Jangan! by sprofove
sprofove
  • WpView
    Reads 1,147,564
  • WpVote
    Votes 35,275
  • WpPart
    Parts 49
"Kau tak memahamiku dan sukar untukku menjelaskannya. Jadi, jangan...." Syahrul seorang lelaki yang mempunyai segala-galanya kecuali satu, Cinta! Elina seorang gadis biasa-biasa tetapi mempunyai gaya dan personaliti yang tersendiri dan tidak pernah bercinta kerana ingin menjaga hatinya buat yang berhak. Tanpa disangka-sangka, mereka berdua ditemukan kerana suatu kemalangan. "Siapa yang langgar siapa?...."-Elina. Elina bersetuju untuk berkahwin dengan Syahrul untuk membalas budi lelaki itu semula tetapi masing-masing meletakkan syarat dan perjanjian. "Aku janji lepas enam bulan kita kahwin, kau nak bercerai pun aku akan lakukan. Aku yakin mama aku tak akan memaksa aku untuk berkahwin lagi." -Syahrul. namun, hati siapa dapat menolak cinta yang mula menjalar dalam diri? hari- hari bersemuka dan hari-hari bergaduh mula menerbitkan rasa rindu, cemburu dalam diri masing-masing.
LOVE YOU MR. PILOT  ✔️ by crystalisorked
crystalisorked
  • WpView
    Reads 1,714,591
  • WpVote
    Votes 55,532
  • WpPart
    Parts 79
Ini kisah aku, Nik Qisya Iris dengan Raja Amer Naufal. Kehidupan yang agak cliche seperti novel2 melayu yang pernah aku baca. Tidak aku menjangka bahawa hidup aku juga seperti di dalam novel melayu. Kehidupan kami tidak seperti yang lain. Hidup kami penuh dengan onak dan duri. Kemunculan orang ketiga, orang keempat menyebabkan rumah tangga kami tidak pernah aman walaupun kami tidak pernah bergaduh. ~~ "Weh kau curi eh?" tanya Naufal tiba2. "Hah? Curi apa?" tanyaku blur. "Kau curi hati aku tapi tak nak mengaku eh." ujar Naufal bersama kenyitan mata yang nakal. ~~ "Maybe I should be more like her." gumam hati kecilku. Cover by: appleflakes Start:7/12/2016 End: 3/8/2017
Give Me Your Forever [TERBIT PBAKL 2026] by nanabananamy
nanabananamy
  • WpView
    Reads 1,031,978
  • WpVote
    Votes 8,543
  • WpPart
    Parts 12
TERBIT | RC PUBLICATION | PBAKL2026 Angkara kehadiran orang ketiga, perkahwinan yang dibina oleh Nadiya Aleesa dan Muaz Naufal musnah. Nadiya bergelar ibu tunggal sebaik sahaja puteranya, Amsyar, lahir ke dunia. Adam Afham yang sentiasa berpegang dengan prinsip hidup 'just go with the flow' tidak pernah menyangka takdir akan mempertemukan dia dan Nadiya dalam satu situasi yang tidak diduga. Pertemuan kedua mereka membuatkan Adam yakin bahawa semua yang terjadi bukan lagi sekadar kebetulan. "Awak... ada terfikir nak kahwin lagi?" - Adam Afham. Luka daripada kegagalan perkahwinan sebelum ini menyebabkan Nadiya membina benteng pada dirinya. Untuk membuka semula hatinya terasa mustahil. "Saya boleh besarkan Amsyar sendiri, Adam. Dia tak perlukan daddy baru, atau daddy lama. Mummy dia dah cukup untuk dia." - Nadiya Aleesa. Semakin Nadiya mengenali Adam, dia temui rasa tenang yang perlahan-lahan merawat luka di hatinya. Namun, ketenangan mula tergugat apabila Muaz muncul menuntut peluang kedua saat Nadiya sedang membuka pintu hatinya untuk Adam. "Bagi saya peluang untuk betulkan semula hubungan kita? Bagi saya tebus semuanya. Saya janji, saya tak akan sia-siakan awak lagi. Saya akan pastikan awak bahagia." - Muaz Naufal. Antara masa lalu yang pernah melukai, dan masa depan yang menjanjikan harapan, Nadiya harus membuat pilihan. Kali ini, bukan sekadar tentang dirinya sendiri. Ada Amsyar, yang perlu diberikan keutamaan. Dan apa pilihan Nadiya? Kembali bersama Muaz atau membina bahagia baru bersama Adam?