AENJIM
7 stories
(TERBIT NOVEL) When We Meet Again by AENJIM
AENJIM
  • WpView
    Reads 132,437
  • WpVote
    Votes 8
  • WpPart
    Parts 2
Siri 1 Trilogi Cinta Qaseh Imani dan Syakir Ilham adalah dua nama yang tak pernah serasi sejak di bangku sekolah. Qaseh adalah gadis pintar yang sentiasa menjadi harapan guru dan rakan-rakan. Syakir pula pelajar yang tak pernah jemu mengusik, mengejek, dan kadang-kadang menyakiti hati Qaseh hanya kerana dia suka sangat melihat pipi bulat Qaseh merah kerana memarahi dia. Namun, bagi Qaseh...Syakir hanyalah luka lama yang ditoreh bertahun-tahun. Peristiwa itu buat dia bencikan Syakir. Terlalu benci. Bagi Syakir pula Qaseh ialah satu-satunya gadis yang sentiasa berada diingatannya. Tamat persekolahan memisahkan mereka. Mereka membina kerjaya. Syakir kembali dari luar negara setelah 13 tahun tinggal di luar negara. Nama dan wajah masing-masing hanya tinggal dalam lipatan kenangan, sehingga satu hari takdir mempertemukan mereka kembali di sebuah majlis reunion. Bagi Qaseh, pertemuan itu ibarat membuka semula kotak lama berisi rasa marah, kecewa dan luka yang tak pernah benar-benar sembuh. Bagi Syakir, inilah peluang untuk dia mendekati si Qaseh yang kini sudah menjadi seorang pegawai psikologi. Namun perjalanan hati mereka tak semudah itu. Rahsia lama terbongkar. Hati yang membenci dulu goyah. Syakir pula berjuang untuk meyakinkan Qaseh bahawa lelaki yang berdiri di hadapannya hari ini bukan lagi budak lelaki yang suka mengusik dia dulu. Mampukah mereka berdamai dengan masa silam dan memberi peluang kedua untuk cinta? Atau adakah luka lama terlalu dalam untuk diubati?
(TERBIT NOVEL) THEIR HUSBAND - PREKUEL SIBLING'S SERIES by AENJIM
AENJIM
  • WpView
    Reads 50,948
  • WpVote
    Votes 85
  • WpPart
    Parts 12
Prekuel siblings series
(NOVEL) Siblings series 1( TERBIT ) PBAKL 2025 The Loyal Hunter : Maleeq Uqail by AENJIM
AENJIM
  • WpView
    Reads 297,506
  • WpVote
    Votes 150
  • WpPart
    Parts 11
SERIES 1 Tuan Inspektor Maleeq Uqail lelaki yang begitu komited dengan kerjayanya sebagai anggota polis. Membanteras penjenayah memang permainannya setiap hari. Dalam perhubungan, dia seseorang yang hanya memerlukan perempuan yang setia di sisi kerana sedar tugas dan tanggungjawabnya lebih tertumpu kepada negara tercinta. Eliza Nerinna, perempuan yang menduduki hatinya. Setelah menjadi tunang, Eliza berubah laku. Maleeq Uqail terkena tembakan dalam operasi yang dia dan pasukan jalankan. Kehadiran doktor cantik bernama Ulfa Maleeqa membuatkan mamanya goyah. Bukan dirinya! Dia hanya setia pada Eliza si tunang. Dugaan datang melanda. Jodoh tu takdir Tuhan. Maleeq tak mampu mengelak. Eliza yang dicintai curang di depan mata. Sejak dari kejadian itu, Maleeq seperti susah untuk menerima hubungan percintaan yang baru. Dia hanya memburu perempuan yang setia! Siapakah perempuan setia yang bakal menjadi suri hati Mr Loyal Hunter?
🔞LELAKI YANG DIA CINTA by AENJIM
AENJIM
  • WpView
    Reads 155,789
  • WpVote
    Votes 7,616
  • WpPart
    Parts 52
spin off The Loyal Hunter Megat Hadi menerima gadis pilihan keluarga. Dia kembali ke kampung dengan satu janji, untuk menyunting si gadis menjadi isteri. Di perjalanan, Megat Hadi bertemu seorang gadis yang menyakitkan hati dia. Perempuan itu tak nak mengaku bersalah pada awalnya. Bila melihat wajahnya, perempuan itu sama seperti perempuan lain. Perempuan tak tahu malu! Pantang tengok lelaki hensem. Deena Wahida perempuan yang menyimpan satu perasaan cukup lama terhadap seorang lelaki. Tiga tahun dia menunggu lelaki itu. Dia tetap tak putus asa walau bayang pun dia tak nampak. Pertama kali berjumpa Megat Hadi, dah berjaya buat dia tertarik tambah-tambah lagi si jejaka adalah seorang pegawai polis. Kali kedua hatinya terusik. Deena cuba mengusir perasaan yang mulai tumbuh untuk Megat. Dia bakal ditunangkan dengan lelaki pilihan ayahnya. Disebabkan dia anak yang mendengar kata, dia akur. Hariz Iskandar lelaki yang paling terkesan dengan berita pertunangan Deena. Namun dia terpaksa lepaskan sebab hati Deena bukan milik dia. Tapi, dia akan menunggu sehingga Deena nampak kewujudan dia. Tiba hari pertunangan, Megat dan Deena masing-masing terkejut. Megat tak suka, Deena bukan main gembira. Lagi Megat tak suka, lagi Deena suka. Dia nekad akan buat sampai Megat sukakan dia. Sehingga suatu saat dia dah terlalu penat. Cinta Megat memang tak mampu dia gapai. Dia rela berundur diri demi kebahagiaan Megat. Masa ada tak dihargai. Bila tiada di depan mata mulalah mencari. Megat kesal dengan apa yang terjadi. Cuba mengejar cinta sejati yang dah pergi jauh darinya. Bila rahsia terungkap lagilah dia terkesima. Adakah cinta itu tetap milik mereka berdua atau milik lelaki yang pernah Deena cintai atau milik Hariz lelaki yang setia menunggu Deena?
🔞Siblings series 3-The Perfect Enemy : Naqiu Al-Haq  by AENJIM
AENJIM
  • WpView
    Reads 319,481
  • WpVote
    Votes 13,666
  • WpPart
    Parts 72
SERIES 3 Spin off The Loyal Hunter Pantang berjumpa pasti bergaduh! Pertemuan pertama kali menimbulkan salah faham. Padahal si lelaki sudah suka. " Awak kena kahwin dengan saya." - Naqiu Al-Haq " Lelaki sewel!."- Malaika Umaira Kebetulan yang tak dirancang, si gadis merupakan adik kepada pegawai atasannya. " Saya suka adik tuan!" - Naqiu Al-Haq " Kenapa mesti adik aku?" - Maleeq Uqail Setiap kali berjumpa mesti tiada hal-hal yang indah untuk mereka berdua. Hingga satu saat Ika tak dapat lagi menolak kehadiran Naqiu. Dia rasa Naqiu memerlukannya. Naqiu si lelaki yang paling pandai bersembunyi di sebalik topeng wajah yang ceria. Hubungan mereka erat dan rapat sehingga menimbulkan rasa ketidakpuasan si sahabat baiknya. " Untuk pengetahuan kau, perempuan yang aku cerita pada kau dulu tu adalah tunang kau ni. Aku yang cintakan dia dulu dari kau" - Syahran Zulkarnain Naqiu keliru. Rasa diri dipermainkan oleh si tunang. Namun, jodoh mereka tetap kuat. Mereka tetap disatukan. Dia cuba menyakiti tapi hati tetap mencintai. Di kala kebenaran terungkap si isteri sudah pergi jauh darinya. Membawa satu rahsia bersama selama 6 tahun lamanya. Kepulangan isteri menggembirakan hati dia. Dan paling mengejutkannya adalah si isteri sudah mempunyai lelaki lain. Mampukah dia meraih cinta isterinya kembali? Siapa lelaki yang sudah bertakhta di hati isterinya itu?
🔞Siblings series 2-The Loyal Man : Mustaqim Uwais  by AENJIM
AENJIM
  • WpView
    Reads 424,372
  • WpVote
    Votes 14,831
  • WpPart
    Parts 52
SERIES 2 spin off the loyal hunter Mustaqim Uwais pewaris sulung Dato' Umar Uthfan. Seorang anak yang selalu menurut kata dan arahan kedua orang tua. Selaku anak sulung dia banyak berkorban demi kehendak keluarga. Keinginan dan impian di ketepikan. Bagi dia keluarga adalah yang paling utama. Sikapnya yang terlalu serius di tempat kerja sedikit menimbulkan rasa tidak selesa kepada orang bawahan. Semua orang menggeruninya bila berkaitan dengan kerja. Tanpa keluarga sedar dia dari dulu lagi bertindak dalam diam. Diam diam ubi berisi. Pertemuan di Kedah menggamit seribu memori. Kenangan lama muncul kembali. Rezeki jangan di tolak, musuh jangan di cari. Jodoh datang bergolek sebesar padang bola Mustaqim tadahkan. " Saya tak perlukan bantuan awak Encik Mustaqim" - Rose Annisa. " You need me! and i'm always here for you!" - Mustaqim Uwais. Rose tak mampu mengelak. Mustaqim ibarat bayang yang mengejar walaupun dia cuba melarikan diri. Hubungan mereka tidak diketahui oleh keluarga. Mustaqim masih teragak-agak kerana Rose seperti bermain tarik tali. Kehadiran bekas tunang Rose semakin merumitkan hubungan mereka. Mustaqim cemburu. Sekali dia memiliki Rose, sampai ke mati Rose menjadi miliknya. Mampukah Mustaqim menjadi lelaki yang setia bila keluarga cuba menyatukan dia dengan wanita yang lain?
🔞BADRI ISYRAQ : The Ex Boyfriend by AENJIM
AENJIM
  • WpView
    Reads 165,609
  • WpVote
    Votes 7,228
  • WpPart
    Parts 57
Spin off dari The Loyal Man dan The Perfect Enemy. Gara-gara harta dan pangkat, dia difitnah keluarga teman lelakinya. Sedar diri bukanlah sesiapa, dia akhirnya membawa diri jauh ke luar negara. 5 tahun dia berusaha hingga menjadi diri dia yang sekarang. Lea Haryani mampu mendongak kepala memandang mereka yang memandang rendah diri dia sebelum ini. Dia kembali dengan satu tujuan. Membalas apa yang telah mereka lakukan pada dia sebelum ini. Badri Isyraq pula tidak pernah melupakan cinta pertamanya. Dia bertunang atas paksaan keluarga. Hati langsung tidak mencintai si tunang. Kembalinya Lea Haryani di bumi Malaysia mengusik hati Badri Isyraq kembali. Tanpa dia sedar kehadiran Lea Haryani sudah dirancang. Badri Isyraq akhirnya tersungkur. Rupanya Lea Haryani masih tidak memaafkan keluarga mereka. Dia mahukan perpisahan sebab tiada cinta di antara mereka lagi. Di kala Badri Isyraq pula inginkan perpisahan, Lea Haryani sasau. Dia keliru dengan hati sendiri. Antara dendam dan cinta yang mana menjadi pilihannya?