Taufiq993's Reading List
2 stories
TITISAN CINTA. (Completed) by MekAin
MekAin
  • WpView
    Reads 183,980
  • WpVote
    Votes 6,645
  • WpPart
    Parts 65
Rasa bersalah atas kesilapan dahulu, membuatkan Syed Mirza memburu gadis yang bernama Aisyah. Pelbagai cara dilakukan untuk menambat hati gadis itu di samping menghapus rasa bersalah dalam dirinya. Namun, kemaafan tidak mudah diperolehi seperti membeli barang di pasar. "Walaupun beribu kali awak minta maaf dengan saya, seribu kali pun saya tidak akan pernah maafkan awak! Lelaki durjana! "- Aisyah Kerana perbuatan kejam lelaki bernama Syed Mirza itu, Aisyah kehilangan segalanya dalam sekelip mata. Hidupnya. Ibunya. Ayahnya. Sehingga dirinya digelar anak yatim dan anak terbuang. Kisah hitam yang dicoretkan lelaki itu dalam hidupnya tidak akan pernah di lupa sehingga dia mati! Kuasa Allah tiada siapa mampu duga. Demi sebuah kemaafan dari sang ayah, Aisyah terima sebuah ikatan yang tidak pernah dia bayangkan seumur hidupnya. "Sayang, bencilah abang. Marahlah. Tapi cinta abang kepada sayang tetap akan bersinar. Biarlah walaupun hanya sekadar titisan cinta." - Syed Mirza Syed Mirza tekad! Walaupun dia terpaksa menghadapi kebencian sang ratunya setiap saat, setiap detik, dia tidak akan pernah mengalah! Satu demi satu sentuhan lembut Syed Mirza merawat luka di hati sang ratu tapi apakan daya, angin tetap bertiup. Kehadiran sepupu Aisyah yang pernah meninggalkan dirinya dahulu, kembali menagih hubungan yang tergantung semula. "Aisyah, ingatlah apa yang lelaki itu telah lakukan! Dia tidak akan pernah berubah!"- Irfan Kehadiran Irfan mengusik ketenangan di hati Syed Mirza. Peluang yang dimilikinya semakin menipis. Saat dirinya cuba untuk berpegang teguh pada titisan cintanya, satu rahsia terbongkar. Menyedarkan sekeping hati yang dibuai cinta. "Pergilah Aisyah. Pergilah daripada hidup abang. Larilah sejauh mana yang Aisyah mampu. Abang tidak akan mengejar lagi." - Syed Mirza Dapatkah titisan cinta Syed Mirza memadam kebencian dalam hati sang ratu? Adakah hati Aisyah dapat menerima Syed Mirza? Aku berharap titisan cintaku dapat menghapus dukamu sayang~
My Lovely Ustaz Kampung [RC Publication] by MissTaeyeon
MissTaeyeon
  • WpView
    Reads 592,674
  • WpVote
    Votes 8,560
  • WpPart
    Parts 15
[SINOPSIS]: -ONLY TEASER WILL BE UPDATE HERE🤗- Khairul Emir. Seorang 'ustaz' humble yang berasal dari Sungai Petani, Kedah dan telah berpindah ke Kuala Lumpur. Kekampungan? Haih... itu semua gelaran keji yang selalu Khaira berikan. Walaupun datang dari kampung, kejayaannya sebagai seorang pemegang ijazah di negara asing telah berjaya membuka mata masyarakat. Khaira Elisya. Seorang gadis bandar yang sosial dan santai habis! Kuat memberontak, mengada, semuanya termasuk dalam pakej. Namun, kehadiran Emir di dalam hidupnya sebagai seorang 'ustaz' merangkap sepupunya telah berjaya menggugat hati dan perasaannya. Dasar ustaz kampung yang suka menyibuk! "Khaira tak pi solat sekali ka?" -Khairul Emir- "Ish, kau ni... Aku tengah bendera Jepun lah!" -Khaira Elisya- Setiap hari akan ada saja pertelingkahan yang berlaku. Tanpa disedari semua itu lah yang menguatkan lagi perasaan Emir terhadap Khaira meskipun tidak berbalas. Dan pada satu malam, satu luahan perasaan telah berjaya mengusik hati kecil Khaira. "Aku cintakan hang!" -Khairul Emir- Ternyata kehadiran Emir ke rumah keluarga Khaira memang telah dirancang supaya mudah untuk mereka disatukan oleh Dato' Khalid dan juga Datin Khalisya. "So, kau rasa plan ni akan menjadi ke?" -Rania Syafieka- Jelas untuk meraih sebuah kebahagiaan bukan mudah. Sebelum lafaz akad berlaku, sudah ada tragedi tak diingini yang menghalang mereka. "Asal kau bela sangat perempuan ni?! Kalau kau nak sangat ambillah! Dia dah jadi bekas aku dah pun! Enjoy lah puas-puas dengan bekas aku tu!" -Rayyan Adam- Percayakah Emir dengan kata-kata nista itu? Akan pudarkah perasaannya yang selama ini memekar buat Khaira? Atau... perkahwinan dengan Khaira masih lagi menjadi pilihan utamanya? Sorry kalau ada typo atau sebarang kesilapan :) Ceedit the beautiful cover to @HinyDyaa Best achievment: #9 Romance #5 Malaynovel