Chenorasyikin's Reading List
9 historias
The Obsessive : Mr. Danial Farhan por Cikariana_
Cikariana_
  • WpView
    LECTURAS 15,448
  • WpVote
    Votos 94
  • WpPart
    Partes 2
Muhammad Danial Farhan membesar dalam sebuah keluarga yang dipenuhi rahsia gelap, dendam, dan kebencian. Sejak kecil, dia hidup tanpa belaian kasih seorang ayah, dihukum atas dosa yang bukan miliknya. Namun di sebalik kehidupan yang penuh luka itu, hadir seorang gadis bernama Nur Arissa Sofea-satu-satunya insan yang melihat dirinya seseorang yang layak untuk dicintai. Semuanya berubah, apabila takdir memaksa mereka untuk berpisah. Danial dihantar ke luar negara, membawa bersama satu janji. "Wait for me, love. I promise... one day, I'll make you mine." - Muhammad Danial Farhan. Bertahun-tahun kemudian, dia kembali. Kembalinya dia untuk menuntut haknya semula. Namun bukan itu sahaja, dia juga kembali dengan memegang gelaran sebagai seorang CEO muda yang berpengaruh, disegani dan memiliki segala-galanya. Namun, kejayaan tidak pernah sesekali memadamkan rasa kehilangan yang telah lama menghuni hatinya. Cinta yang suatu ketika dahulu begitu suci kini bertukar menjadi obsesi yang sukar dikawal. Baginya, Arissa bukan lagi sekadar wanita yang dicintai. Dia adalah miliknya. Dan dia tidak akan membiarkan sesiapa merampas Arissa daripadanya. "You are mine, and you'll always be mine. Forever." - Muhammad Danial Farhan. "Touch her, and you're dead." - Muhammad Danial Farhan. Mampukah cinta menyembuhkan luka silam? Atau rasa untuk memiliki sepenuhnya akan berakhir dengan kehilangan lagi? Amaran❗ ⚠️ pembacaan matang ⚠️ terdapat unsur kekerasan
Cinta Luqrey & Naylisa [C] por akakbungamatahari
akakbungamatahari
  • WpView
    LECTURAS 6,210
  • WpVote
    Votos 221
  • WpPart
    Partes 31
📓14 💍 Cinta Luqrel & Naylisa Bila kerja membawa kepada takdir. Bila layanan menjadi haluan cinta halal. Naylisa Qaireen, seorang wanita biasa yang cuma mahukan kehidupan tenang. Dia datang mencari kerja, bukan cinta. Tapi takdir menempatkan dia di bawah satu bumbung korporat bersama seorang lelaki bernama Luqrel Aiden, CEO muda yang misteri, dingin, dan penuh luka silam. Tanpa mereka sedar, langkah demi langkah, pertelingkahan demi pertelingkahan, Allah merajut hati dua insan ini dalam satu ikatan suci. Perkahwinan tanpa cinta berubah menjadi rumah penuh makna - dengan kehadiran anak-anak kecil, tawa, tangis, dan ujian hidup. Namun cinta bukan hanya tentang bahagia. Masa silam Luqrel dan Naylisa kembali menghantui - termasuk pengkhianatan darah daging, trauma lalu, dan godaan dunia yang datang menguji. Dari wanita biasa yang disalah sangka sebagai mata duitan, Naylisa menjadi bidadari sebenar buat Luqrel. Dari lelaki yang menolak cinta, Luqrel menjadi pelindung yang sanggup kehilangan segalanya demi isterinya. ⸻ Ini bukan kisah cinta sempurna. Tapi inilah kisah cinta sebenar. Cinta yang dibina dengan sabar, diuji dengan redha, dan dimahkotai dengan keberkatan dari Ilahi. 🌿 "Cinta kami halal. Cinta kami dari Tuhan. Dan hidup kami kini lengkap kerana kami saling memilih, setiap hari."
Menunggu Tanpa Suara [C] por CapitalR94
CapitalR94
  • WpView
    LECTURAS 58,312
  • WpVote
    Votos 4,727
  • WpPart
    Partes 92
Bagi Izz Elqar, hidupnya adalah tentang pengorbanan. Sejak kecil, dia lebih mengutamakan adik-adiknya dari dirinya sendiri. Walaupun ibu bapanya sering menasihatkan tentang sikapnya itu namun tiada siapa boleh mengoyahkan pendirian Izz Elqar itu. Elqar membesar dengan melihat satu figura sebagai idola iaitu bapanya sendiri. Apabila impian menyarung beret biru PASKAU seperti bapanya menjadi realiti, Elqar berfikir hidupnya sudah lengkap. Namun, dia silap. Hatinya masih lagi terpahat dengan satu nama yang dia kenali sejak kecil lagi iaitu Puteri Maissa. Maissa bukan lagi gadis kecil yang memandangnya dengan penuh kekaguman. Bagi Maissa, Elqar hanyalah masa lampau yang perlu dipadam. Cinta Elqar dianggap tidak berasa kerana mereka masih lagi remaja ketika itu. Walaupun ditolak, Elqar tetap di situ. Dia tidak merayu, namun dia juga tidak pernah berganjak. Walaupun Maissa sudah bertemu lelaki pilihannya sendiri. Dia menunggu tanpa suara sehingga hatinya boleh melupakan gadis itu, walaupun dia tahu dia akan gagal. Sehinggalah satu tragedi hitam meragut segalanya. Saat semuanya dipertaruhkan, adakah kesetiaan Elqar akan membuahkan hasil? Atau adakah tragedi itu sebenarnya satu isyarat bahawa sudah tiba masanya Elqar berhenti menunggu dan membiarkan cintanya hilang di telan awan? "Maaf Elqar. Mai tak pernah ada hati pun dekat Elqar. Mai anggap Elqar kawan sahaja sebab kita dah kenal dari kecil." - Puteri Maissa "Tak apa Elqar faham. Elqar tak paksa Maissa, cuma tak nak diri sendiri berharap." - Izz Elqar. Published : 6 February 2026
Salah Masa Tapi Takdir Benar : Di antara api dan luka por _urmyraa
_urmyraa
  • WpView
    LECTURAS 409
  • WpVote
    Votos 25
  • WpPart
    Partes 3
Airil Zafran seorang lelaki yang hidup dalam bayangan masa lalu. Setelah lima tahun bergelar duda, hatinya masih terkunci rapat, trauma kehilangan wanita yang dicintainya dalam satu kemalangan tragis membuatkan dia menolak untuk membuka ruang buat sesiapa. Namun takdir menemukan dia dengan Aira Zahra. Seorang wanita cekal yang membesar tanpa kasih sayang ibu bapa, namun tetap kuat hasil didikan penuh kasih daripada makciknya, Puan Alia. Kini, Aira berdiri megah sebagai anggota bomba-berani, tegas, dan tidak mudah goyah walau diuji. Pertemuan mereka bermula sebagai ketua dan anggota. Namun sejak hari pertama, Airil sedar... Aira bukan wanita biasa. "You're stronger than I expected... Vixen." - Airil Zafran "Ha? Vixen?" - Aira Zahra "Yes, Vixen. Nama panggilan balai untuk kau... and I'm Phantom." Dari situ, hubungan mereka mula berubah-antara ego, rasa hormat, dan sesuatu yang mereka sendiri cuba nafikan. Namun, kebahagiaan tidak pernah datang tanpa ujian. Aulia-wanita yang penuh iri hati menabur fitnah, melabel Aira sebagai perempuan murahan. Lebih kejam, dia berusaha merampas kasih sayang Rayden, anak kecil Airil yang tidak berdosa. Dalam kekeliruan dan tekanan, ayah Airil memaksa mereka berkahwin. Perkahwinan yang sepatutnya menjadi permulaan baru... bertukar menjadi medan luka. Airil yang dibutakan amarah dan salah faham mula melukai Aira bukan sekadar kata-kata, tetapi juga perasaan yang semakin hancur. Namun di sebalik semua itu, Aira tetap bertahan. Kerana jauh di sudut hatinya... dia percaya ada kebenaran yang belum terungkap. Mampukah mereka bersatu di sebalik segala penderitaan? Atau semuanya akan musnah sebelum kebenaran sempat terbongkar? Dan bila tiba saatnya... adakah Airil mampu menebus semua luka yang pernah dia ciptakan?
My mischievous princess   |Completed| por _urmyraa
_urmyraa
  • WpView
    LECTURAS 45,265
  • WpVote
    Votos 2,527
  • WpPart
    Partes 39
Aiden Erwan - seorang jejaka yang terlalu mementingkan kerjayanya. Hidup bertahun-tahun tanpa kasih sayang seorang ibu dan ayah. "Bro, kau memang tak nak jumpa ibu kau dah ke? Dia nak jumpa kau-" belum habis kata-kata Haikal, Aiden lalu meninggalkannya. Nayra Arisha - seorang wanita yang telah disakiti berkali-kali oleh kekasih lamanya, iaitu Farish Farhan. Nayra juga seorang wanita yang selalu dimanjakan dengan keluarganya, terutama abang-abangnya. Pertemuan Nayra dan Aiden bermula di Nadira's Café. Mereka sering mengunjungi kafe itu. Aiden mula jatuh cinta pada Nayra ketika kereta Nayra rosak di tengah jalan. Aiden melamar Nayra untuk berkahwin dengannya, tetapi Nayra menolak lamarannya kerana masih trauma dengan kekasih lamanya. Nayra masih memperhatikan usaha Aiden dan menerimanya. Setelah menikah dengan Aiden, banyak masalah yang mereka lalui sehingga Aiden menyuruh Nayra berhenti kerja. Nayra Arisha berdegil, dia tidak mahu meninggalkan syarikat yang dia usahakan selama ini. Mereka hadap segala ujian bersama-sama dan yakin bahawa segala ujian ada jalannya. Setelah mereka merempuh pelbagai ujian dan kebenaran mula terbongkar satu demi satu, mampukah Nayra menerimanya? Mampukah mereka mempertahankan hubungan mereka, atau berakhir di situ sahaja?
[C] BODYGUARD ITU BEKAS KEKASIHKU por eeverlyn_n
eeverlyn_n
  • WpView
    LECTURAS 69,309
  • WpVote
    Votos 1,759
  • WpPart
    Partes 50
Selepas sepuluh tahun bercinta, hubungan mereka berakhir secara tiba-tiba. Bukan kerana tiada cinta, tetapi kerana sebuah pengorbanan yang terlalu menyakitkan. Wanita itu memilih untuk memutuskan hubungan tanpa penjelasan, meninggalkan lelaki yang paling dia cintai dalam keadaan terkejut dan tidak percaya. Hakikatnya, keputusan itu bukan datang dari hatinya. Dia terpaksa mengorbankan cintanya demi melindungi lelaki tersebut daripada ancaman ibu tirinya yang kejam. Demi keselamatan orang yang dia sayangi, dia rela memendam luka dan berjalan pergi, walaupun hatinya hancur berkeping-keping. Empat tahun berlalu tanpa sebarang khabar. Takdir menemukan mereka semula dalam keadaan yang tidak disangka. Lelaki itu kini kembali sebagai seorang bodyguard, ditugaskan khas oleh abang wanita tersebut untuk melindunginya. Namun, lelaki yang pernah lembut dan penuh kasih itu telah berubah. Sikapnya dingin, matanya kosong, dan hatinya seolah-olah tertutup rapat. Di sebalik tugas dan jarak emosi yang tercipta, perasaan lama mula bergetar kembali. Rahsia yang dipendam bertahun-tahun perlahan-lahan mula terbongkar Mampukah cinta yang pernah musnah itu disembuhkan semula, atau takdir hanya mempermainkan mereka untuk kali kedua? 𝐓𝐡𝐚𝐧𝐤 𝐲𝐨𝐮 𝐟𝐨𝐫 𝐫𝐞𝐚𝐝𝐢𝐧𝐠 🤍 ☁︎Thank you for spending your time here. ☁︎ Vote if you love this chapter. ☁︎ Share your favourite scene below. ☁︎ Updates may take time. ☁︎ Please appreciate original creations. © Story by eeverlyn_n. MY THIRD STORY🦋💋
LOVE THAT TURNED INTO REVANGE por Lisaird
Lisaird
  • WpView
    LECTURAS 492
  • WpVote
    Votos 24
  • WpPart
    Partes 6
Malaiqa Stella Irdina seorang wanita kacukan Italy dan Malaysia namun di lahirkan di sebuah keluarga yang kaya, dibesarkan dengan dendamnya tersendiri dek kerana satu peristiwa yang dia tak dapat lupakan olehnya apabila dia melihat orang yang dia sayang dibunuh depan matanya sendiri. Peristiwa itu menyebabkan munculnya sebuah personaliti yang terlahir dari sifat dendam dan amarahnya. "Aku bersumpah akan tetap ada dalam diri kau sampai kau jumpa siapa yang bunuh Mizan." -Kayla Tengku Aqmal Zaquan seorang lelaki yang sangat segak kerana ketampananya membuatkan semua wanita tergila-gilakannya. Dia percaya bahawa semua wanita yang baik dengannya hanya kerana dia kaya. Dia cukup benci akan perkataan 'cinta' kerana kecurangan tunangnya Izzara mengakibatkan dia layan semua wanita dengan dingin Takdir mempertemukan mereka berdua di sebuah Hospital tempat Malaiqa berkerja. Hari demi hari bertemu perlahan-lahan hati Tengku Aqmal terbuka untuk mencintai wanita yang bernama Malaiqa. Pertemuan antara Doktor dan CEO itu sungguh bahagia sehingga ke jinjang pelamin. Bahagia yang mereka bina menyebabkan Kayla hilang dari diri Malaiqa. Tetapi bahagia itu tidak bertahan lama kerana terdapat satu rahsia besar yang disimpan oleh Tengku Aqmal tentang keluarganya daripada Malaiqa. "Snggupkan abang rahsiakan semua ni dari sayang? Abang ingat perkara ni tak akan terbongkar ke?" -Malaiqa- "Sayang dengar dulu penjelasan abang please" -Tengku Aqmal- Semuanya terlambat apabila Kayla yang menggantikan tubuh Malaiqa "Aku akan pastikan kau dan keluarga kau bayar atas apa perbuatan yang kau buat dekat keluarga Malaiqa." -Kayla-
Bayangan Dendam (OG) por Hudafuadd
Hudafuadd
  • WpView
    LECTURAS 5,485
  • WpVote
    Votos 9
  • WpPart
    Partes 3
Prekuel dari kisah Puteri Sofea. Bayangan Dendam 🖤 ❎Pagiat tak dibenarkan sama sekali ✅Cerita ini adalah rekaan semata-mata. ✅Nama, tempat adalah rekaan penulis sendiri