laici99's Reading List
5 stories
 HUSBAND's RULE by nasuha72
nasuha72
  • WpView
    Reads 158,936
  • WpVote
    Votes 2,973
  • WpPart
    Parts 30
HARIZ X TIARA
CINTA BUAT TUAN AYASH [18+] by amnahsyarim
amnahsyarim
  • WpView
    Reads 82,402
  • WpVote
    Votes 2,317
  • WpPart
    Parts 26
AYASH DATO' MANAF menggantikan tempat ayahnya sebagai 'General Manager' di sebuah hotel tiga bintang di Beufort, Sabah setelah ayahnya meninggal dunia. Disebabkan kesibukannya dalam kerja telah menyebabkan Ayash kehilangan sesuatu yang amat dia sayangi. IZLENE yang telah kematian suaminya membawa diri dan kedua-dua anaknya berhijrah ke Sabah kerana kehadirannya di kampung tidak diterima oleh ahli keluarga arwah suaminya. Disebabkan krisis perebutan wang insurans si arwah suami, akhirnya Izlene mengalah dan pergi membawa diri jauh daripada pandangan mata keluarga mentuanya. Di Sabah, Izlene bekerja sebagai pembantu dapur di sebuah hotel bertaraf tiga bintang. Di situlah dia berkenalan dengan seorang lelaki ais batu atau lebih tepat lagi majikannya. Sikap ais batu Ayash selalu membuatkan Izlene sakit kepala. "Kalau awak nak bersedekah fish and chip tu pergi buka hotel sendiri!" - AYASH. "Saya minta maaf. Baki function banyak sebab tu saya bagi semua staff makan." - IZLENE. Awalnya bercakaran tetapi lama-kelamaan Ayash berasa kasihan kepada Izlene setelah dia mendapat tahu wanita itu ialah seorang janda anak dua. Kerajinan Izlene yang sanggup melakukan dua kerja membuatkan hati Ayash terusik. Ayash kemudiannya membuat keputusan untuk menikahi Izlene. Pada awalnya Izlene membantah niatnya itu tetapi setelah didesak akhirnya Izlene bersetuju. "Saya kahwin dengan awak sebab rumah saya rasa sunyi. Awak jangan risau. Saya tak ada taste dengan janda." - AYASH. Disebabkan rasa tercabar dengan kata-kata Ayash, Izlene nekad ingin menggoda Ayash. Godaan demi godaan dilakukan sehingga Ayash jatuh ke dalam pelukannya. "Baru awak tahu penangan janda macam mana." - IZLENE. Ayash akui dia telah jatuh hati kepada Izlene namun rasa cintanya berubah setelah hadirnya 'si dia' yang menggamit kenangan silam. Mampukah Ayash melawan segala kesukaran demi rumah tangganya atau membiarkan 'si dia' terus mendesaknya untuk berpaling arah dan mengimbau kembali kesalahan lalu?
Lelaki Kiriman Neraka by eirlynnMargaryzz
eirlynnMargaryzz
  • WpView
    Reads 16,538
  • WpVote
    Votes 478
  • WpPart
    Parts 57
Bunnies, BLURB ada dekat DALAM, jadi sila MASUK baca dengan hati yang ikhlas dan berlapang dada! Genre : Dark Romance Story Status: On-Going + Slow update Syarat-Syarat: 𓆝 Pembaca perlu bimbingan orang dewasa, berfikiran terbuka dan bijak mencari PENGAJARAN. Para pembaca perlulah mempunyai tahap kesabaran yang tinggi. 𓆝 Saya tak mengalukan kedatangan tukang 'PLAGIAT' professional, tukang 'CLAIM' cerita orang, Tukang 'GHIBAH' terpaling perfect. 𓆝 Amaran, novel ini mengandungi unsur explicit ringan, penggunaan bahasa kasar, darah dan isu sensitif lain yang mungkin akan membawa kepada trauma jangka pendek. Pesanan: Biar jari lembut menekan '☆' daripada lembut menekan carutan di keyboard. SELAMAT MEMBACA BUNNIES, SALAM SAYANG DARI EIRLYN. #1 malaysub #1 2024 #1 darkromance #1 kakinovel #1 husband #1 malaywattpad
IKHLAN DALIA by amnahsyarim
amnahsyarim
  • WpView
    Reads 14,112
  • WpVote
    Votes 505
  • WpPart
    Parts 21
Disebabkan oleh satu kemalangan yang dirancang, kehidupan cilik Ikhlan berubah. Di usia muda dia disahkan buta kedua-dua belah mata. Menjadi seorang lelaki cacat sehinggalah usianya mencecah 27 tahun. "Betul awak nak bekerja?" - DATIN ENISSA. "Saya merantau dari Johor ke Shah Alam. Apa pun kerjanya saya sanggup asalkan rezeki tu halal." - DALIA. Kerana terdesak inginkan kehidupan baharu, Dalia nekad menerima tawaran Datin Enissa yang dikenalinya melalui Facebook. Sejak mengenali wanita tua itu, hidupnya berubah mendadak. Menjadi pembantu rumah merangkap "babysitter" kepada seorang lelaki buta yang cerewet cukup menguji kesabarannya. "Dunia ni cuma milik orang bertuah. Kalau kau betul-betul penat dengan hidup, kau boleh mati dengan syarat, bagi aku kehidupan." - IKHLAN. "Macam mana?" - DALIA. "Your eyes." - IKHLAN. Selagi kita celik, kita akan berhadapan dengan pelbagai kesakitan. Dalia dah penat. Pada akhirnya dia nekad ingin mendermakan matanya kepada Ikhlan kerana satu sebab. Akan tetapi, kebaikannya hanyalah sia-sia ketika Ikhlan mengetahui sesuatu tentangnya. "Kahwin dengan aku atau seluruh keluarga kau akan hancur!" - IKHLAN. Dalia bungkam. Dia hanyalah tikus yang takut akan kucing. Menjadi isteri Ikhlan tidak mudah. Apa saja seorang perempuan buta boleh buat selain menjadi pemuas nafsu suami durjana?
CINTA YANG TAK DIUNDANG by Nisak2911
Nisak2911
  • WpView
    Reads 34,289
  • WpVote
    Votes 832
  • WpPart
    Parts 29
Bacaan matang. Perkahwinan yang dipilih sendiri atas dasar cinta mula dihiasi aura kedinginan sebaik sahaja usia perkahwinan mereka masuk ke tahun keempat. Amanda tidak tahu di mana salah dan silapnya. Dia berusaha menjalankan tanggungjawabnya sebagai isteri dengan baik, tetapi Harris semakin menjauh. Dalam rasa pilu dan sayu, hatinya semakin parah bila melihat kecurangan suami di hadapan matanya sendiri. Dia buntu, sama ada terus pertahankan perkahwinan yang dicintainya atau pun undur diri dan mulakan kehidupan baru tanpa Harris? Tapi mendengar jawapan Harris membuatkan Amanda mengambil keputusan untuk berpisah. Tapi kehidupan selepas bercerai tidak senang seperti yang disangkakan. Dia perlu mencari kerja untuk menyara diri sendiri tapi tidak ada satu pun majikan yang sudi menerimanya berkerja. Saat dia bergelut dengan dilema, hadir seseorang yang sudi menghulurkan tangan untuk membantunya.