alyshadreams
Farizan Alvian (Fariz) dan Danira Naylisa (Lyssa) membesar sebagai jiran, kawan bermain, dan tempat masing-masing berkongsi rahsia kecil. Dunia mereka sentiasa sederhana - tawa di halaman rumah, hadiah kecil yang hanya mereka faham maksudnya, dan janji-janji budak kecil yang kedengaran remeh tetapi terasa penting di hati mereka.
Namun segalanya berubah apabila keluarga Fariz terpaksa berpindah ke UK kerana projek besar syarikat ayahnya. Hari perpisahan itu meninggalkan ruang kosong dalam hidup kedua-duanya.
"Jangan tinggal Lyssa..."
"Fariz takkan lupakan Lyssa."
Masa berlalu. Jarak mengubah banyak perkara... atau mungkin tidak semuanya.
Kini, setelah sepuluh tahun, keputusan keluarga membawa satu berita mengejutkan - Lyssa akan dijodohkan dengan anak kawan ayahnya... tanpa dia tahu bahawa orang itu mungkin seseorang dari masa lalunya.
Mampukah sebuah janji kecil bertahan selama bertahun?
Atau sudah ada hati yang berubah tanpa disedari?