AizackMesle
- Reads 94,324
- Votes 8,929
- Parts 13
Book Two of The Devil Series.
[⚠️] TOXIC RELATIONSHIP, KILLING. (DARK ROMANCE)
TENGKU DARREN ANAQAIL, si pemilik anak mata hijau zamrud ini tidak pernah terfikir untuk bercinta apatah lagi mengenal apa itu 'cinta'. Dalam dunianya, cinta adalah kelemahan. Namun, semuanya berubah tatkala hadirnya seorang Hanan Aaira yang seolah-olah telah mengubah takdirnya.
HANAN AAIRA, hanyalah seorang gadis biasa. Hanya berkelulusan setakat SPM, cukup mendesak Hanan mencari pekerjaan di tengah-tengah bandar ini. Hidup bersama keluarga tidak seindah mana. Saban hari Hanan dipaksa menerima seorang lelaki yang sangka Hanan hero dalam novel, ternyata seorang lelaki berperangai syaitan.
Hanan terperangkap di dalam rumah indah yang berubah menjadi sangkar. Setiap langkahnya dipantau. Setiap geraknya dikawal. Dan semakin dia mencuba untuk lari, semakin dia dihimpit oleh sisi Darren yang gelap dan penuh misteri.
Darren tidak seperti lelaki lain. Dia obses. Dan dia boleh jadi gila bila hilang kawalan. Bahkan, rahsia yang dipegangnya selama bertahun-tahun membuatkan dia menjarakkan diri daripada keluarganya sendiri.
"Jangan masuk campur urusan aku, Darriel! Tak puas lagi dengan apa yang kau dah buat dulu?" - TENGKU DARREN.
"Kalau mummy tahu apa yang kau dah buat selama ni... dia takkan maafkan kau, Darren." - TENGKU DARRIEL.
Bagi Darren... segala yang dia lakukan hanyalah untuk Hanan. Tiada apa lagi yang dia fikirkan selain gadis itu.
"Relaks Aaira, aku takkan sakitkan kau. Come here now..." - TENGKU DARREN.
"Tak mahu. Awak jahat! Jangan dekat dengan Hanan. Pergi!" - HANAN AAIRA.
"Tapi aku cintakan kau..."- TENGKU DARREN.
"Awak cuma obses, itu bukan cinta! Cinta tak menyakitkan. Tapi awak selalu sakitkan Hanan."- HANAN AAIRA.
Cinta ini bukan pilihan tapi sebuah hukuman bagi Darren.
⚠️Do not copy any part of this story!
🕊Cover by AizackMesle