2025
66 stories
𝐌𝐚𝐰𝐚𝐫 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐇𝐮𝐦𝐚𝐢𝐫𝐚 by lvndrella
lvndrella
  • WpView
    Reads 2,164,300
  • WpVote
    Votes 87,713
  • WpPart
    Parts 37
"Jangan paksa perasaan aku, Maira. Aku tak boleh cintakan kau sama macam aku cintakan arwah Zaharah. Kau bukan dia."-𝐊𝐀𝐑𝐋 𝐀𝐙𝐑𝐈𝐄𝐋 Mana mungkin dia menerima kehadiran wanita lain selain daripada Zaharah. Dia seolah-olah enggan menerima bicara segenggam takdir yang melakarkan seribu dusta. Jiwa dan akalnya masih lagi percaya bahawa Zaharah pasti akan kembali di dunia. Sayang dan cinta kepada Humaira? Mustahil. Rasa itu masih belum berputik di dalam hatinya. Masih belum dapat dia utarakan. Dia masih menafikan itu. Menyelimuti semuanya dalam satu perasaan benci yang mendalam. Bagaimana mungkin dia melupakan kenangan indahnya bersama Zaharah? Bahkan setitik tinta sekalipun tidak dapat mengukir aksara untuk mengutarakan mahalnya kenangan di antara mereka. Maha dalam kasih seorang Azriel terhadap Zaharah. "Abang minta maaf, Zaharah. Abang dah kahwin dengan perempuan lain."-𝐊𝐀𝐑𝐋 𝐀𝐙𝐑𝐈𝐄𝐋 Sedangkan Humaira? Menyimpan harapan yang tinggi menggunung. Kasihnya tumpah. Namun tiada siapa yang kutip. Penantiannya seiring waktu yang berjalan itu seolah-olah tidak berguna. Hati Azriel bukan untuknya. Sehingga apa yang dia harapkan itu luntur. Hancur menjadi debu-debu lara. Humaira memilih untuk mengalah. "Kita berpisah boleh?"-𝐋𝐀𝐔𝐑𝐀 𝐇𝐔𝐌𝐀𝐈𝐑𝐀 Akankah kewujudan cinta di antara mereka itu nyata? Akankah bahagia menjadi milik mereka? © lvndrella ⚠️ Hanya manusia berhati ultraman yang LAYAK baca.
Zayyan Ezradh by shafiysz
shafiysz
  • WpView
    Reads 101,595
  • WpVote
    Votes 2,670
  • WpPart
    Parts 11
slow update Her Obesession Husband series 2 (stand alone series) 𝐙𝐚𝐲𝐲𝐚𝐧 𝐄𝐳𝐫𝐚𝐝𝐡 - duda anak satu , dia mempunyai anak lelaki berumur tiga tahun dan bernama 𝐙𝐚𝐟𝐫𝐚𝐧 𝐀𝐭𝐡𝐚𝐧. Lima tahun isterinya pergi meninggalkan mereka berdua dan mula dari itu dia langsung tidak buka hati pada mana mana perempuan, sehingga lah ibu bapa dia menjodohkan dengan seseorang gadis. 𝐀𝐞𝐫𝐢𝐬 𝐊𝐚𝐫𝐢𝐧𝐚 - Gadis polos berasal dari bandar dan dia menetap di kampung sejak kecil lagi. Dia juga sudah tamat alam persekolahan dan juga memperoleh SPM yang terbaik. "You are mine litte pufferfish"- 𝐙𝐚𝐲𝐲𝐚𝐧 𝐄𝐳𝐫𝐚𝐝𝐡 Start : 1 Julai 2023 End : All Rights Reserved @shafiysz ⚠️ plagiarism is prohibited ⚠️ 14+ ⚠️ Matured Language
HANIF MUKHLIS:UNSPOKEN BATTLE | SLOW UPDATE by mawarputih58
mawarputih58
  • WpView
    Reads 9,680
  • WpVote
    Votes 619
  • WpPart
    Parts 4
START: 20/4/2025 END: ?
KAPTEN HUD ESHAN: HIS TRUE LOVE - [TERBIT] by mawarputih58
mawarputih58
  • WpView
    Reads 1,140,268
  • WpVote
    Votes 10,004
  • WpPart
    Parts 14
TERBIT - di bawah rumah penerbitan HA Novels
Her Protector  | ᥴ by oniriquefairytale
oniriquefairytale
  • WpView
    Reads 4,478,420
  • WpVote
    Votes 221,829
  • WpPart
    Parts 72
Arash Zayden, salah seorang anggota unit pasukan khas Polis Diraja Malaysia. Pulangnya ke tanah air tanpa sebarang niat untuk menaruh rasa pada sesiapa pun termasuklah pada bekas teman wanitanya. Takdir yang disusun dari awal, titik sentuh pada garis masa yang bersilang dengan seorang gadis mengubah segalanya. Daisha Sofea, gadis yang tidak beruntuk soal kasih sayang. Setelah perginya insan yang bergelar ibu, dia hilang individu yang menjadi tiang kekuatannya. Layak ke bagi Daisha Sofea untuk memberi peluang pada lelaki lain sedangkan atas sebab lelaki jugalah, hidupnya penuh dengan parut.
𝐇𝐈𝐒 𝐁𝐄𝐀𝐔𝐓𝐈𝐅𝐔𝐋 𝐏𝐈𝐋𝐎𝐓 | OG  by l0vdynn
l0vdynn
  • WpView
    Reads 1,313
  • WpVote
    Votes 53
  • WpPart
    Parts 1
SPIN-OFF KERANA DIA MILIK AKU ⋆˙⟡ 𝐃𝐀𝐍𝐈𝐒𝐇 𝐈𝐑𝐅𝐀𝐍 𝐱 𝐃𝐀𝐍𝐄𝐄𝐍 𝐌𝐔𝐍𝐄𝐄𝐑𝐀 ⋆ 𐙚 ̊. start - 30.4.2025 end -
𝐌𝐫𝐬.𝐑𝐢𝐲𝐲𝐚𝐝𝐡 𝐙𝐚𝐲𝐲𝐡𝐝𝐢𝐭𝐡 : 𝐇𝐢𝐬 𝐋𝐞𝐠𝐚𝐥 𝐖𝐢𝐟𝐞 [✓] by teddysss
teddysss
  • WpView
    Reads 2,011,573
  • WpVote
    Votes 55,856
  • WpPart
    Parts 47
Season 2 of Mrs.Riyyadh Zayyhdith : His Secret Wife "Jangan ganggu saya lagi! Saya tak kenal encik!" -𝐀𝐈𝐒𝐘𝐀 "Flower, please. Bagi hubby peluang. Hubby betul-betul dah berubah. Hubby ikhlas cintakan flower. Demi Allah." -𝐑𝐈𝐘𝐘𝐀𝐃𝐇 "Jangan bermain dengan nama Allah semata-mata untuk dapatkan kepercayaan saya! Kali ini saya tak akan tertipu dengan encik lagi!" -𝐀𝐈𝐒𝐘𝐀 "Kenapa flower? Kenapa flower berubah sampai macam ini sekali? Hubby rindukan flower." -𝐑𝐈𝐘𝐘𝐀𝐃𝐇 "Encik dah lupa atau pura-pura lupa? Saya jadi macam ini semuanya kerana encik! Saya bukan lagi Aisya yang dulu! Dan saya bukan flower encik!" -𝐀𝐈𝐒𝐘𝐀 7 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐋𝐀𝐋𝐔, Aisya Qhaisarah Rose kian pulih dari trauma dan kemurungan yang menghancurkan seluruh hidup gadis yatim piatu itu. Bersama semangat dan harapan yang baru, Aisya bangkit untuk membina kehidupannya semula. Dengan menjual nasi lemak dan kuih muih, dia berjaya melupakan peristiwa hitam yang lalu. Namun, kehadiran Riyyadh Syahfiq Zayyhdith, yakni bekas suaminya, telah mewujudkan tembok kebencian yang kukuh di hati Aisya. Saban hari, Riyyadh mengejar untuk meraih cinta dari Aisya. Tetapi, tidak semudah yang disangka. Kerana, Aisya tidak lagi seperti dahulu. Pintu hati gadis itu telah tertutup rapat buat Riyyadh. Tiada lagi nama Riyyadh di ruang hatinya. Jadi, mampukah Riyyadh menagih kembali bunga dambaannya itu? Atau adakah sekali lagi, kisah mereka akan tergantung tanpa penghujung yang nyata? "𝐒𝐞𝐤𝐮𝐧𝐭𝐮𝐦 𝐛𝐮𝐧𝐠𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐮𝐧𝐲𝐚𝐚𝐧 𝐬𝐚𝐧𝐠 𝐬𝐲𝐚𝐢𝐭𝐚𝐧"
The Greatest Revenge #4 by queenz_isya
queenz_isya
  • WpView
    Reads 352,185
  • WpVote
    Votes 10,878
  • WpPart
    Parts 20
THE GREATEST #4 Tunku Adif Benjamin x Tunku Lara Alexandria Saint 19 tahun. Hampir dua dekad berlalu sejak kali terakhir mereka bertentang mata... Tunku Adif Benjamin, dan Tunku Lara Alexandria Saint, wanita yang satu-satunya pernah mencabar egonya hingga hancur berderai. Dia bukan sekadar musuh, tetapi racun yang tak pernah hilang dari minda dan jiwa Adif. Arcanum School of Computational Arts, sebuah sekolah elit di New York, menjadi saksi awal permusuhan mereka. Bermula daripada satu insiden yang tidak pernah dilupakan, Adif dan Lara menjadi academic rivals yang obses untuk membuktikan siapa lebih hebat... dengan apa cara sekalipun. Dari sabotaj peperiksaan, manipulasi sistem, hinggalah provokasi emosi, segalanya dijadikan senjata. Tiada sempadan. Tiada belas. Dendam itu kekal, membara diam-diam dalam masa 19 tahun yang penuh kejayaan dan kehilangan. Mereka membawa luka lama dalam diam... sehingga takdir mempertemukan mereka sekali lagi, dalam situasi yang lebih rumit, lebih tegang, dan lebih berbahaya. Namun, yang tidak pernah mereka jangka... Kebencian yang membunuh akhirnya menyalakan sesuatu yang lebih gila. Satu insiden mengejutkan memaksa mereka kepada satu permainan yang di luar logik dan luar batasan waras... Enemies with benefits. Satu permainan berisiko tinggi bermula. Ego, kuasa, dan keghairahan bertembung dalam perhubungan yang terlarang dan penuh api dendam. Mereka saling menghancurkan... dan dalam proses itu, saling menagih. Kerana bagi mereka berdua, cinta tidak pernah menjadi pilihan. Tetapi balas dendam? Itu nikmat sebenar. "We kissed in the name of revenge. And now... we burn in it." "We're enemies-bound not by affection, but by desire." TW: This book contains strong language, mature themes, and intense situations that may be distressing to some readers. It includes violence, explicit content, psychological trauma, and morally complex characters. Reader discretion is strongly advised. Start: 27/4/2025 End: DISCONTINUED
Langit Takdir Kita | OG by CikAiZa243
CikAiZa243
  • WpView
    Reads 4,235
  • WpVote
    Votes 310
  • WpPart
    Parts 45
Mereka bertemu di langit - bukan sekadar takdir, tapi satu pertembungan dua jiwa yang ditulis sejak azali. ... MAWAR ARDHANI, 28 tahun. Dulu hidup dia bergelumang dengan darah pesakit, bunyi mesin ventilator dan mesin suction, selamatkan nyawa manusia. Mawar, seorang jururawat dewan bedah yang nekad mengejar impian paling mustahil untuk orang biasa macam dia: menjadi juruterbang. Dan dia berjaya buktikan - walaupun dia sudah tersasar jauh daripada impiannya, masih ada jalan untuk berpatah balik dan tetap terbang tinggi. IMANN ADAM, 32 tahun. Kapten tampan dengan disiplin besi. Di langit, dia garang dengan penuh aura. Di darat, dia penuh misteri. Namun semua berubah bila mata bertemu dengan gadis bernama Mawar. "Ramai je orang yang cakap nak jadi pilot. Tapi sebenarnya mereka cuma nak jadi isteri pilot je." - Captain Adam. Ayat yang paling berbisa. Mawar tak pernah rasa sebegitu terhina kerana ada impian begitu. Tapi dari situ dia dapat kekuatan untuk kejar impian dia semula walau hampir mati. "Langit bukan milik sesiapa. Tapi mimpi ini... mimpi ini milik aku." Debaran perjalanan dari zaman nurse bertukar menjadi kadet. Dari solo flight yang penuh dengan air mata, ke emergency landing yang menggegarkan. Ini bukan kisah cinta biasa. Ini kisah tentang keberanian, pengorbanan, dan takdir yang terbang mengatasi segalanya. Saksikan kisah cinta dua insan yang menjadikan kokpit sebagai saksi, dan langit sebagai sakral janji. "Dreamers, you are cleared for takeoff." -
APRICITY | C by itstheqiel
itstheqiel
  • WpView
    Reads 82,509
  • WpVote
    Votes 5,877
  • WpPart
    Parts 47
【SERIES 2】 (n.) - The warmth of the sun in a cold winter's day. "Literally a carbon copy of Darwin Naufal, but with Amelda Iris's attitude" Kata-kata itu sudah terlalu biasa buatnya. Senyuman palsu, lensa kamera yang tak pernah berhenti mengekori-semuanya datang tanpa dipinta. Keterkenalan yang wujud hanya kerana dia dilahirkan sebagai anak kepada dua ikon terkenal dunia. Dean Anmir, pewaris sebuah empayar perniagaan dan anak sulung kepada pelakon lagenda, membesar dengan bayangan masa lalu ibunya yang penuh luka. Trauma melihat ibunya bertarung dengan kesempurnaan sekaligus merasakan dirinya adalah beban keluarga, menjadikannya seorang lelaki yang memendam segala rasa dan sentiasa mempersoalkan kelayakannya dalam sesuatu perkara. Perkahwinan tanpa cinta bersama Arabella Erysha bermula atas dasar saling membantu-Dean melunaskan hutang Bella, dan Bella membantunya mencari jalan untuk merawat luka emosinya. Namun, Bella tidak sekadar memenuhi perjanjiannya. Dia membawa kehangatan ke dalam hidup Dean yang dingin, menyentuh hati lelaki itu dengan cara yang tidak pernah Dean jangkakan. Walau begitu, rasa bersalah dan ketakutan terus menghantui. Hinggalah satu tragedi membuka mata Dean, memaksa dia memilih antara terus tenggelam dalam bayangan silam atau berjuang untuk kebahagiaannya bersama Bella. Mampukah Dean melepaskan masa lalu yang membelenggu dan membuka hati kepada peluang baru? Atau adakah dia akan terus membiarkan kebahagiaan itu berlalu begitu sahaja?