WONS_CO's Reading List
2 historias
𝐏𝐬𝐲𝐜𝐡𝐨 𝐎𝐛𝐬𝐞𝐬𝐬𝐢𝐨𝐧 (C) por cik_nightmares
cik_nightmares
  • WpView
    LECTURAS 1,044,686
  • WpVote
    Votos 46,414
  • WpPart
    Partes 50
MEDINA IZWANI ialah anak angkat yang hidup dalam penuh dengan penderitaan.. hidupnya sangat berbeza dengan kakak angkatnya, Athirah, Medina sering menjadi mangsa kekejaman Encik Rashid. Dan tidak lama selepas itu, keselamatan Medina semakin terancam apabila seorang lelaki misteri mula mencerobohi hidupnya, dan keadaan bertambah buruk apabila Medina dipaksa berkahwin dengan Aiman. Lelaki yang paling dia tak suka! ETHAN GRAYSON, rakan lama Medina, mereka berkongsi nasib hampir sama. Anak angkat yang dibesarkan dalam suasana yang sangat gelap, mentalnya terjejas kerana orang tua angkat nya. Dan selepas peristiwa hitam itu berlaku Ethan terus buat keputusan pergi meninggalkan kampung itu dan mulakan hidup yang baharu. Dan kemunculan MR. GRAY, lelaki misteri yang dikenal Medina melalui satu aplikasi, pada mulanya lelaki itu memberi kebahagiaan pada Medina. Namun tidak lama selepas itu, lelaki misteri itu tiba-tiba menghilang tanpa jejak. Tetapi tidak lama selepas itu, keadaan jadi semakin teruk selepas Encik Rashid memaksa Medina keluar bersama Aiman. Bukan itu sahaja, Medina juga hampir sahaja menjadi mangsa rogol kepada lelaki itu. "Medina, mana kau?!" - Aiman Ketika Medina sedang menyorok dari Aiman, tiba-tiba ada seorang lelaki misteri telah menyelamatkan dirinya dari lelaki durjana itu. "Shhh... Jangan takut, awak selamat dengan Saya." - Unknown Lelaki itu menjaga Medina dengan sangat baik. Makan minumnya diurus rapi, seolah-olah tiada cacat cela dalam perlakuannya. Namun segalanya berubah saat rahsia itu terbongkar. Medina dilanda rasa ketakutan. Lelaki yang selama ini membuatkan Medina rasa selamat terus bertukar menjadi lelaki yang sangat kejam dan menakutkan. "Aku akan jaga kau, Medina...kau akan hidup dengan aku sampai bila-bila." - Unknown. Medina buntu, mampukah dia hidup bahagia bersama lelaki misteri itu? Ataupun berjayakah dia melarikan diri dari rumah tersebut? Start - 5/10/23 End - 28/05/24 - (08/12/2025)
MR PIRATE [Complete] por CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    LECTURAS 5,921,933
  • WpVote
    Votos 416,345
  • WpPart
    Partes 98
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatkan Husna teringat sampai sekarang. Mengapa Mr Blue? Kerana di dalam mimpi indah itu cuma menampakkan mata biru yang dianugerahkan buat lelaki itu. Sangat cantik. Buatkan dia jatuh cinta pada pandangan kali pertama mata mereka bertembung. Dan dia pasti, bukan cuma dia sahaja yang merasakan perasaan aneh itu. "Salah satu kenangan yang mahal. Adalah pertemuan kita."- misteri. Kemunculan Nathan iaitu bakal Ceo Ocean Resort, buatkan Husna semakin yakin jodohnya berada di jarak yang dekat. Lelaki itu juga memiliki mata biru sama seperti mimpinya. Namun disaat dia ingin meluahkan isi yang terbuku dihati, nasib malang menimpa diri sendiri. Dia terperangkap ditengah-tengah pulau. Atau lebih menakutkan, di kawasan zone merah. "Sudah nama pun Lanun. Kalau jumpa sesuatu yang berharga, tak mungkin aku akan lepaskan. Rugilah kalau macam itu."- Lanun "Saya akan cari jalan keluar walau apa pun caranya asalkan bukan tinggal dekat tempat miskin ni!"- HUSNA "Kalo kau mau keluar, keluarlah, tapi kalo aku jumpa kau balik. Memang teruk nasib kau nanti aku kerjakan."-LANUN Si Lanun itu memang lelaki tak mempunyai hati. Kalau ada pun, mungkin dah digoreng dengan minyak tanah. Egh, boleh jadi gila kalau dia terus tinggal di kampung kecil ini. "Sampai bila lagi kita nak tunggu, pa? Nasib Husna dalam bahaya. Kita kena selamatkan dia sekarang!"-Nathan "Siapa aje yang boleh hidup dekat tengah-tengah pulau sana? Mungkin Husna dah mati lemas?"- Datin Khadijah Apakah nasib malang yang bakal menimpa Husna? Adakah dia menjadi tawanan si Lanun atau sebaliknya? "Kenapa awak tutup sebelah mata ek? Saja nak acah-acah Lanun?"-Husna "Setiap cacat cela yang dilahirkan bersama ada keistimewaannya. Dan istimewa tu hanya untuk yang teristimewa juga."-Lanun Siapakah Mr Blue yang sebenarnya? "It's you?!"-Husna