woogyu_deeya's Reading List
108 stories
IZINKAN DIA HADIR  [COMPLETE] von sopheahadie
sopheahadie
  • WpView
    GELESEN 41,102
  • WpVote
    Stimmen 1,292
  • WpPart
    Teile 46
Sara Jasmeen, gadis malang yang dibuang oleh mamanya sendiri atas kesalahan yang dia tak pernah terniat untuk melakukannya. Membawa diri jauh ke kota Edinburgh pada usia yang sangat muda. 10 tahun menetap di situ mengajarnya banyak perkara tentang kehidupan dan dunianya terisi dengan hadirnya seorang sahabat susah senang. Selepas 10 tahun, hatinya terbuka untuk pulang ke tanah air dan semasa dalam perjalanan pulang, ditakdirkan tuhan berjumpa dengan seorang lelaki bernama Raes Amrullah. Raes Amrullah, lelaki biasa namun misteri. Tempoh singkat perkenalan dengan Sara Jasmeen membibitkan rasa yang aneh dalam hati lelaki itu. Sangkanya itulah kali pertama dan terakhir dia akan bertemu dengan gadis itu, namun ternyata perancangan tuhan itu indah. Beberapa pertemuan antara mereka membuka rahsia hidup Sara yang pedih, berjanji dengan dirinya bahawa dia akan mengembalikan kebahagiaan dalam hidup gadis itu. Menikmati alam rumah tangga bersama Raes, sedikit demi sedikit memberi sinar baharu buat Sara. Namun, pelayaran cinta bersama Raes tidaklah kekal tenang, satu peristiwa menyebabkan pelayaran mereka dilanda badai apabila hadirnya Firdaus yang menimbulkan kacau bilau. Sekali lagi Sara dibuang,lebih parah dibuang oleh suami sendiri yang telah menabur janji untuk membahagiakannya. Saat kebenaran mula terbongkar, Raes sasau mencari sang isteri namun hampa apabila Sara membawa diri dengan hati yang berdarah. Apakah kesudahan kisah cinta antara mereka? Masih adakah peluang untuk Raes menebus silapnya? Masihkah Sara mengizinkan Raes hadir semula dalam hidupnya? Apakah pengakhiran hubungan Sara dan mamanya? Layakkah Sara merasa bahagia setelah beribu liku yang dihadapi dalam hidupnya?
QAIS HANZALAH'S : HIS PRECIOUS BELAHAN JIWA  [COMPLETE] von sopheahadie
sopheahadie
  • WpView
    GELESEN 83,267
  • WpVote
    Stimmen 2,969
  • WpPart
    Teile 52
Qais Hanzalah, seorang anggota dari pasukan elit Grup Gerak Khas (GGK) berpangkat kapten, tekad dalam hidupnya bahawa dia tak akan berkeluarga kerana baginya, negara adalah keutamaannya. Namun, segalanya berubah takdir mempertemukannya dengan seorang gadis yang bernama Alma Miqayla. Alma Miqayla, seorang guru sekolah yang mempunyai satu sejarah hitam bersama dengan 'kacang hijau'. Baginya, semua makhluk berkacang, tak kisah lah hijau mahupun biru, semuanya sama. Tak berguna. Berjanji dengan diri sendiri yang dia akan menjauhkan dirinya dari golongan itu. Pertemuan antara Alma dan Qais telah menimbulkan bunga-bunga cinta dalam hati mereka berdua. Namun, setelah mengetahui tentang sejarah hidup Alma, Qais mula ragu. Mampukah Alma menerimanya? Mampukah dia mengubati luka Alma. Demi mendapatkan seorang Alma Miqayla, Qais Hanzalah sanggup melakukan apa sahaja termasuklah merahsiakan siapa dirinya dari gadis itu. "Awak kerja apa ye sebenarnya Qais?" - Alma Miqayla "Saya kerja coach je, train orang." - Qais Hanzalah Akhirnya mereka bersatu sebagai pasangan suami isteri yang sah. Sedang menikmati alam rumah tangga yang mula bahagia, kebenaran mula terbongkar apabila Alma ditugaskan untuk menjadi guru pemantau di sebuah kem manakala Qais pula sebagai kem komandan kem tersebut. Di situlah hubungan antara kedua mereka teruji. "Kenapa awak tak beritahu saya siapa awak sebenarnya?" - Alma Miqayla "Sebab abang tak nak hilang sayang. Abang takut sayang tak akan terima abang bila sayang tahu siapa abang sebenarnya. abang tak sanggup hilang belahan jiwa abang." - Qais Hanzalah Apakah kesudahan kisah Alma dan Qais? Pilihan manakah yang Qais akan utamakan, negara atau isterinya? Adakah Alma menyesal bersuamikan seorang tentera? Mampukah mereka bahagia semula?
HIS YEARNING SIDE ⚠️🔞 von moonjni
moonjni
  • WpView
    GELESEN 76,835
  • WpVote
    Stimmen 11,283
  • WpPart
    Teile 28
‼️ Friendly reminder: Some parts of this story touch on mature topics. Feel free to read only if you're comfortable. - Segalanya yang ada dalam cerita ini adalah rekaan semata-mata. Sama ada dari segi tempat, syarikat, kekayaan, nama dan sebagainya. Jangan triggered kalau baca dan perasan ada yang tak logik. Sebab ini adalah rekaan dan imaginasi yang terlalu dahsyat. Peace no war✌️ Update : 8.30 malam - "Kalau kau baik sangat, kau tak akan rampas kebahagiaan aku! Aku tak nak jadi isteri pada lelaki macam kau!" Suara tengkingan yang cukup nyaring dapat didengar oleh Qamar. Bibirnya langsung menjungkit senyum sinis. Tangan halus itu terus dicengkam kuat dan tubuh itu ditolak ke dinding. "Tapi kau adalah cagaran atas ketamakkan ayah kau sendiri. Jadi bersedia untuk terima semua yang akan jadi lepas ni. Milik aku tak akan aku lepaskan dengan mudah." Suara gemersik itu diluah dengan sinisnya. Qamar tatap mata biru itu dalam-dalam. Istimewanya wanita itu cukup lain pada dirinya. Sekali dia memilih wanita itu sebagai miliknya, selamanya dia tidak akan lepaskan. Start : 9 November 2025 End : [ Story ke 21]
C | Di atas Sejadah Panjang  von notafoxy
notafoxy
  • WpView
    GELESEN 164,690
  • WpVote
    Stimmen 5,825
  • WpPart
    Teile 40
"Kau cuma isteri aku atas kertas, Nawal," ujarnya, lirih tapi sinis, seakan berbicara dengan bayang di cermin. "Saya masih isteri abang yang sah," balas Nawal, nada bergetar, tapi tegas. Ayden berpaling tajam. "Jangan panggil aku abanglah!" jerkahnya, suara bergema menampar dinding bilik. "Aku tak ingat pun siapa kau." Nawal mengundur sedikit, terpegun. Ayden mara setapak ke hadapan, nadanya kini lebih dingin. "Kau... cuma kawan permainan aku masa kecil. Tak lebih dari tu." Sunyi sejenak. Kata-kata itu jatuh seperti belati yang menghiris hati Nawal. Air mata Nawal akhirnya mengalir deras, menitis ke pipi, memantul di lantai. Start: 19th August 2025 End: 31st August 2025
[C] KAPTEN MU'IZZ MAHFUDZ von Risya_ayu
Risya_ayu
  • WpView
    GELESEN 77,139
  • WpVote
    Stimmen 2,917
  • WpPart
    Teile 44
Dua jiwa, satu hati. Kalau memang sudah tertulis bahawa lelaki itu milik perempuan bernama Asha, maka tiada siapa pun mampu memisahkan mereka-walau seluas lautan terbentang antara keduanya. Bukannya dia tak tahu. Gadis berumur 18 tahun yang sering datang ke 99 Speedmart tempat dia bekerja sambilan itu, memang menyukainya. Tapi dia hanya pura-pura bodoh. Banyak perkara yang lebih penting sedang bergayut dalam fikiran. Lagi tiga bulan, rekrut tentera akan bermula. Masa makin suntuk. Lima tahun berlalu... Asha kini seorang guru sekolah rendah. Dia kembali ke rumah ibu bapanya kerana mendapat penempatan mengajar di sekolah berhampiran. Tak pernah dia sangka, takdir tiba-tiba menyusun pertemuan lama. ----------- "Saya Nur Asha Liora, boleh panggil saya Asha." Lelaki itu memandang dia tenang, lalu tersenyum sedikit. "Saya tahu." Dia tersentak.
Malrique: Of Blood and Silence🔚  (Complete) von Didarayne
Didarayne
  • WpView
    GELESEN 40,565
  • WpVote
    Stimmen 2,090
  • WpPart
    Teile 59
"Ini bukan kisah cinta yang indah. Ini kisah tentang luka, dendam, dan dua hati yang terlalu sunyi untuk saling bersuara." Rael Malrique tidak berharap lagi pada cinta. Hatinya telah lama mati sejak kehilangan ibu, kakaknya... dan wanita yang pernah dia cinta setulus hati tapi hanya dipermainkan di akhir. Ayra Malaiqa juga tidak pernah berhenti mencintai walaupun cintanya ditolak. Dipaksa menjadi pembunuh, dikhianati takdir, dan kehilangan figura seorang lelaki terbaik yakni abahnya, Ayra belajar untuk hidup dengan pisau di tangan, dan air mata yang tidak pernah jatuh di depan sesiapa. Sembilan tahun berlalu. Mereka bertemu semula bukan sebagai kawan lama, tapi sebagai dua manusia yang sudah berubah saling hancur kerana masa lalu. Dan apabila Ayra menjadi orang ke 12 dalam organisasi gelap yang dipimpin Rael... segalanya menjadi lebih rumit. 💍 Sebuah kisah tentang cinta yang terpendam, luka yang berdarah, dan kesetiaan yang begitu dalam. "Cinta yang dulunya tidak dihargai, kini menjadi harapan dalam hidup Rael. Dia tidak mahu hilang wanita yang begitu tulus dan ikhlas cintakannya." "Ayra sanggup mati demi Rael. Cintanya terlalu besar buat lelaki itu, meski dia tidak dipandang." ➤ Jika kamu suka kisah mafia + dark romance + keluarga + emotional heartbreak maka cerita ini tercipta untuk kamu. ⚠️ Kisah ini ditulis untuk pembaca matang Segala kata yang yang tidak elok dalam cerita ini mohon jangan digunakkan ya, ini hanyalah cerita semata. 💬 Mari kita nikmati cerita ini dengan hati terbuka, adab dan empati.
Tercipta Dari Syurga | OG von Didarayne
Didarayne
  • WpView
    GELESEN 1,248
  • WpVote
    Stimmen 74
  • WpPart
    Teile 9
Dia, Mejar Aariz Maleeq seorang anggota elit PASKAU. Lelaki berdisiplin dan bertanggungjawab pada keluarga dan pastinya negara. Dinginnya pada wanita kerana trauma yang buat keluarganya hancur dulu. Aria Delishaa adalah sukarelawan yang sudah 3 tahun bersama Nadi Cahaya Global Humanitarian. Tinggalkan kampung dan memilih untuk berhijrah buatkan Aria akhirnya memilih kerjaya ini. Semua ini dibantu oleh teman masa kecilnya. Pertemuan semula setelah setahun antara Aariz dan Aria akan mengubah segalanya. Jika dengan Aria, hati Aariz benci. Kata kasar yang keluar dari mulutnya buat Aria, tapi Aria tetap bersabar dan tersenyum meski sedih. Bagi Aria sendiri, Aariz sebenarnya adalah lelaki yang baik. Mereka bertemu semula dengan izin Tuhan, misi menyelamat di negara bergolak adalah rancangan takdir buat mereka berdua. Meski wajahnya ditutup, tapi iris berwarna dark grey itu masih kekal dalam ingatan Aria. Tidak pernah terlalu dekat, tapi warna mata Aariz yang unik itu menarik perhatian Aria. Antara rasa benci yang tidak sepatutnya ada, apa salah Aria di mata Aariz? Hatinya penuh dikecewakan seseorang, namun Aariz datang bak cinta pandang pertama buatnya. Bagaimanakah kisah antara hati yang dingin dan hati yang penuh cinta akan berakhir? Tidak mudah ingin berjuang di medan pertempuran yang penuh risiko bukan hanya antara peluru dan nyawa, tapi juga antara rasa dan trauma. Mejar Aariz Maleeq dengan tanggungjawab yang terpikul di bahunya 🎖️, dan Aria Delishaa dengan harapan untuk hidup bahagia meski sederhana 🌸. Setiap helaian membawa luka, harapan, dan cinta yang tak terucap... 🌙 Selami kisah Aariz dan Aria, kerana tidak semua pertemuan itu kebetulan. 🖋️ Cerita ini milik penulis asal. Tolong hormati hak cipta dan karya ini 🙏
Detik pertemuan kita | C von F_arisya
F_arisya
  • WpView
    GELESEN 49,594
  • WpVote
    Stimmen 1,510
  • WpPart
    Teile 36
📖 Sinopsis: Detik Pertemuan Kita Bagi Dr. Nurul Aisyah Hana, cinta dengan lelaki berseragam sudah lama dikuburkan. Luka lama bersama Leftenan Hafiz - lelaki yang pernah curanginya - menjadikan dia berhati kaku, dan hanya fokus pada kerjaya serta kelu Namun segalanya berubah saat dia menghantar abangnya ke pusat latihan tentera laut dan... bertembung dengan seorang pegawai TLDM bernama Leftenan Hazim Irsyad. Tanpa sedar, detik singkat itu menjadi titik mula sebuah cerita yang tak disangka. Ketika Hafiz kembali cuba memenangi hatinya, Hazim pula muncul dengan niat yang berbeza - "Kahwin dengan aku, kalau kau taknak aku akan pastikan Family kau merana" katanya dengan wajah yang serius. Tekanan demi tekanan membuat Hana membuat satu keputusan mengejutkan - bernikah dengan Hafiz. Tapi hidupnya berubah menjadi neraka. Dipukul, dihina, dan dikurung... semuanya dia telan demi menjaga maruah keluarga. Sampai satu hari, Hazim muncul kembali. Dan kali ini, dia takkan biarkan Hana terus terseksa. Layakkah Seorang Nurul Aisyah Hana mendapat kebahagiaan yang dicari selama ini ?. Author : Farisya .
SILENT BETRAYAL  | C | von THERHEIYERIN
THERHEIYERIN
  • WpView
    GELESEN 216,849
  • WpVote
    Stimmen 5,680
  • WpPart
    Teile 45
"Sometimes, the deepest wounds come from the quietest betrayals." Dia - Zayyan Emir, lelaki dingin yang menguasai dunia korporat dengan ketegasan dan prinsip. Tiada ruang untuk cinta, tiada tempat untuk wanita dalam dunianya yang penuh aturan dan reputasi. Namun hidupnya berubah drastik bila satu tuduhan menjatuhkan maruahnya - dituduh mengandungkan seorang wanita asing. Wanita itu muncul dalam hidupnya bukan dengan senyuman, tapi dengan kandungan yang memboyot dan linangan air mata. Fitnah itu datang dari adik kandungnya sendiri. Zayyan tidak mahu mendengar penjelasan. Dia hanya mahu menebus maruah. Maka perkahwinan paksa pun terjadi. Wanita itu, Arianna Liyana, kini sah isterinya - tapi dalam hatinya, dia hanya 'hukuman'. Arianna terperangkap dalam perkahwinan yang tidak pernah dimintanya. Dipandang hina, dilayan tanpa hati, dan dituduh membawa aib. Namun dia tetap bertahan - demi anak yang tidak bersalah. Dan perlahan-lahan, retak pada dinding hati Zayyan mula terbuka. Dia mula melihat cinta dalam diam Arianna. Dia mula menyayangi anak yang bukan darah dagingnya. Tapi saat cinta ingin mekar... Kebenaran akhirnya terbongkar. Dan segalanya mungkin sudah terlalu lambat.