MAWARJANNA9
💫 Sinopsis: 달빛 아래 (Dalbit Arae - Beneath the Moonlight)
Di ambang maut, Kiara, seorang pembunuh elit dari dunia moden, dikhianati dan ditembak semasa menjalankan misinya yang terakhir.
Namun, saat jiwanya terpisah dari jasad, dia terjaga... dalam tubuh Puteri Seolhwa. Gadis lembut, pemalu, dan tidak disukai bakal suaminya, Raja Go Seongheon.
Malam sebelum perkahwinan mereka, Seolhwa meneguk racun kerana terlalu kecewa... dan mati.
Kini, Kiara dalam tubuh Seolhwa perlu berpura-pura menjadi seorang puteri, mengharungi istana penuh musuh dan misteri, dan... berhadapan dengan raja yang dingin, angkuh, dan tidak menyedari bahawa gadis yang dia hampir kahwini bukan lagi orang yang sama.
"Aku mungkin bukan puteri yang kau mahukan... tapi aku bukan perempuan lemah yang kau boleh pijak sesuka hati."
Di bawah cahaya bulan, dua jiwa yang bertentangan mula terikat.
Dan sejarah... sedang ditulis semula...