NurulbatrisyaBintias's Reading List
29 stories
KERANA DIA, CAPTAIN ADRISH (C) by Zqhsara
Zqhsara
  • WpView
    Reads 6,356
  • WpVote
    Votes 187
  • WpPart
    Parts 23
"Dan terbanglah bersamaku melintasi langit ketujuh" KERANA DIA, CAPTAIN ADRISH Aireena Sofea-seorang gadis yatim piatu yang hidupnya tidak ubah seperti Cinderella moden. Menumpang di rumah Makcik Anis selepas kematian kedua ibu bapanya, Aireena dilayan seperti kuli oleh makciknya sendiri dan sepupunya, Izzah. Hanya Raisya, sahabat sejati yang menjadi tempat dia mengadu nasib. Captain Adrish Aryan-seorang juruterbang muda yang berbakat namun memiliki ego setinggi awan. Anak sulung kepada Datuk Elhan Arrifin dan Datin Zahirah, serta cucu kesayangan Maktok Seroja dan Tokyah Zulkifli. Hidupnya sempurna, namun hatinya tertutup rapat untuk untuk cinta. Satu insiden kopi tumpah di lapangan terbang menjadi titik mula kebencian antara mereka. Adrish memandang hina pada Aireena yang dianggap tidak setaraf, manakala Maktok Seroja pula sangat mementingkan darjat keluarga. Namun, satu rahsia besar dan takdir yang tersurat bakal menyatukan mereka dalam sebuah ikatan yang tidak dipinta. Mampukah Aireena bertahan dengan layanan dingin Adrish dan kebencian Maktok Seroja? Dan mampukah Adrish melihat sekeping hati suci di sebalik kemiskinan gadis itu?
Tuan Emir El Tamir: Her Addictive Poison ©️ by escritordyanne
escritordyanne
  • WpView
    Reads 3,691,512
  • WpVote
    Votes 140,259
  • WpPart
    Parts 78
1st Addiction Series Tuan Emir El Tamir | Airis Felora ⚠️ Pembaca matang ⚠️ Plagiat dilarang keras Highest ranking: #1 in marriage #1 in malaywattpad #2 in wattpadmelayu #2 in action #2 in marriage #3 in malaystories Start : 11 November 2023 End : 21 Januari 2024
BOOK 17 | THE CONGSIGLIERE : SECRET MISSION (ON GOING) by AmadoXael
AmadoXael
  • WpView
    Reads 854
  • WpVote
    Votes 86
  • WpPart
    Parts 10
Alec Bryce Salvatore seorang bekas ahli kumpulan kongsi gelap yang paling digeruni di US. Itu kisah lama. Sekarang dia ingin berubah. Namun semuanya tak semudah yang disangkakan. Kini, hidupnya tak tenang akibat diburu. Diburu oleh siapa? Kenapa? Sejak bila? Apa kaitan Alec dengan kumpulan Salvatore itu lagi? Muncul pula Fatteh Darwish, seorang lelaki melayu Bugis juga merangkap kawan pertama Alec sejak dia jejak kaki ke Malaysia. Dia mempunyai tanggungjawab yang besar untuk mengajar Alec kembali tentang apa yang betul dan juga salah. Namun demikian, hari demi hari ancaman dan amaran semakin jelas diberikan. Alec jadi rimas. Apatah lagi apabila Fatteh juga turut ikut terbabit. "Ada misi yang kau belum selesaikan lagi Alec," - ?? "MISI APA LAGI! AKU TAK ADA KENA MENGENA DENGAN KUMPULAN TU. FAHAM TAK!" - Alec Bryce "Misi rahsia, and this will be the last mission for you," -?? Mampukah Alec melaksanakan misi rahsia itu? Mampukah dia lari daripada bayang-bayangnya sendiri? Mampukah Fatteh Darwish membawa Alec ke jalan yang benar? "Kau.... Selamanya a part of Salvatore," [The congsigliere : secret mission]
NIEL'S OBSESSION by alyqsr
alyqsr
  • WpView
    Reads 51
  • WpVote
    Votes 19
  • WpPart
    Parts 7
Lana hanya lah gadis biasa yang bersekolah di sekolah elit.dia mendapat kan biasiswa dari sekolah lama nya untuk bersekolah disitu. suatu hari ada murid baharu bernama Tengku Daniel Iskandar kehadiran nye terus memukau semua pelajar disekolah tersebut tetapi bukan pada Lana. "Hai my name is Tengku Daniel Iskandar you can call me niel" -tengku daniel iskandar- "Sorry lah tak berminat nak berkenalan dengan lelaki macam awak" -alana qaisara- untill one day... "I love you Alana Qaisara!!" -tengku daniel iskandar- "I love you too mr niell!!" -alana qaisara- selamat membacaa!!! (sorry kalau slow update tauu)
[OG] Canvas of Her by Lyraasha_
Lyraasha_
  • WpView
    Reads 575
  • WpVote
    Votes 39
  • WpPart
    Parts 10
Nayyara Jesnita ✰ Laith Hatta Nayyara Jesnita dikenali sebagai model antarabangsa paling berpengaruh di dunia. Cantik, elegan dan penuh kelas. Namun di sebalik kehidupannya yang mewah, tiada siapa mengetahui bahawa dia sebenarnya satu-satunya pewaris kepada empayar couture terkenal dunia, Al-Yazra Empire. Dia pernah dihancurkan oleh manusia yang memandang kedudukan, keturunan dan kekayaan lebih tinggi daripada hati dan keikhlasan. Sejak itu, dia bersumpah untuk berdiri atas kakinya sendiri. Di saat hidupnya berada di titik paling lemah, muncul seorang pelukis misteri terkenal dunia. "You should cry like this when you lose something precious... not when you lose something that never truly belonged to you." - Kaelean Namun satu kejadian yang berkait dengan masa lalunya memaksa Nayyara meninggalkan tawaran terbesar dalam kerjayanya dan pulang ke Malaysia. Dan di situlah dia bertemu dengan lelaki paling menjengkelkan dalam hidupnya. Laith Hatta. Lelaki kampung bermulut pedas yang bekerja sebagai nelayan dan pesawah itu sentiasa membuatkan darah Nayyara naik setiap kali mereka bertemu. "Harap rupa ja handsome tapi mulut macam longkang..." - Nayyara Jesnita "Hang cakap apa? Aku dengaq part handsome tu ja." - Laith Hatta Keadaan menjadi semakin huru-hara apabila Dato' Kamarul memaksanya berkahwin demi menghalangnya kembali ke Paris. Dalam keadaan terdesak, Nayyara membuat keputusan paling gila dalam hidupnya. Contract Marriage. Dan lelaki yang dipilihnya ialah Laith Hatta. Pada awalnya, semuanya hanyalah perjanjian tanpa perasaan. Tidak boleh jatuh cinta. Tetapi semakin lama mereka hidup sebagai suami isteri, semakin banyak sisi Laith yang menggoyahkan hati Nayyara. Dan lebih menakutkan... lelaki itu seolah-olah mengenalinya terlalu baik. Siapa sebenarnya Laith Hatta? Adakah dia benar-benar sekadar lelaki kampung biasa?
SHADOW WAVE by aksaradanrindu
aksaradanrindu
  • WpView
    Reads 4,091
  • WpVote
    Votes 343
  • WpPart
    Parts 22
Doktor Alya Natasya seorang pegawai perubatan tentera yang hidupnya teratur dan penuh disiplin. Bagi dia, lelaki bermotor besar hanyalah simbol kekacauan yang tidak pernah dia perlukan. Namun segalanya berubah apabila dia bertemu Leftenan Muda Arif Hakimi, pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia yang dingin dan penuh rahsia. Ketua Shadow Wave Alpha di KD Satria itu seolah-olah membawa satu rasa asing yang tidak dapat Alya jelaskan. Pertemuan mereka bermula dengan sindiran dan rasa tidak suka, tetapi setiap kali mereka bertemu, Alya mula diganggu serpihan memori yang tidak lengkap - hujan malam yang membuat bergelora dan seorang lelaki yang pernah berjanji untuk kembali. Tanpa dia sedar, Alya pernah mengenali Arif Hakimi sebelum satu tragedi di laut meragut sebahagian ingatannya. Dan Arif... masih setia menjaga kenangan yang Alya sudah hilang. Di tengah operasi laut, bahaya dan ribut yang tidak pernah berhenti laut telah menjadi saksi kepada cinta yang pernah wujud tetapi dilupakan. Kerana ada cinta yang tidak mati... walaupun namanya tidak lagi diingati.
Saat bahagia datang kembali by missdiym
missdiym
  • WpView
    Reads 575
  • WpVote
    Votes 95
  • WpPart
    Parts 12
Tak pernah tahu nama, umur dan asal usul wanita itu, Ahmad Musaddiq fikir bahawa perasaan yang disimpan hanya lah perasaan suka semata-mata. Sampai lah suatu hari mereka terserempak di sebuah kafe sambil menemani rakan mereka, baru lah masing-masing kenal sesama sendiri. Pada awalnya, Hasya Firdina tidak langsung menaruh perasaan terhadap Musaddiq selepas ditinggalkan oleh sang kekasih bertahun lama. Namun, sikap dan laku lelaki itu berjaya menyentuh hati. Daripada tiada hubungan apa-apa, bermula lah mereka kenal sesama sendiri lebih dalam bila menginjak ke alam perkahwinan. Apa yang berlaku? Bagaimana jalan cerita mereka?
Give Me Your Forever [TERBIT PBAKL 2026] by nanabananamy
nanabananamy
  • WpView
    Reads 1,031,381
  • WpVote
    Votes 8,547
  • WpPart
    Parts 14
TERBIT | RC PUBLICATION | PBAKL2026 Angkara kehadiran orang ketiga, perkahwinan yang dibina oleh Nadiya Aleesa dan Muaz Naufal musnah. Nadiya bergelar ibu tunggal sebaik sahaja puteranya, Amsyar, lahir ke dunia. Adam Afham yang sentiasa berpegang dengan prinsip hidup 'just go with the flow' tidak pernah menyangka takdir akan mempertemukan dia dan Nadiya dalam satu situasi yang tidak diduga. Pertemuan kedua mereka membuatkan Adam yakin bahawa semua yang terjadi bukan lagi sekadar kebetulan. "Awak... ada terfikir nak kahwin lagi?" - Adam Afham. Luka daripada kegagalan perkahwinan sebelum ini menyebabkan Nadiya membina benteng pada dirinya. Untuk membuka semula hatinya terasa mustahil. "Saya boleh besarkan Amsyar sendiri, Adam. Dia tak perlukan daddy baru, atau daddy lama. Mummy dia dah cukup untuk dia." - Nadiya Aleesa. Semakin Nadiya mengenali Adam, dia temui rasa tenang yang perlahan-lahan merawat luka di hatinya. Namun, ketenangan mula tergugat apabila Muaz muncul menuntut peluang kedua saat Nadiya sedang membuka pintu hatinya untuk Adam. "Bagi saya peluang untuk betulkan semula hubungan kita? Bagi saya tebus semuanya. Saya janji, saya tak akan sia-siakan awak lagi. Saya akan pastikan awak bahagia." - Muaz Naufal. Antara masa lalu yang pernah melukai, dan masa depan yang menjanjikan harapan, Nadiya harus membuat pilihan. Kali ini, bukan sekadar tentang dirinya sendiri. Ada Amsyar, yang perlu diberikan keutamaan. Dan apa pilihan Nadiya? Kembali bersama Muaz atau membina bahagia baru bersama Adam?
HIS ADMIRE : Cinta Hati Leftenan Kolonel | SU | by _theeyne
_theeyne
  • WpView
    Reads 74,737
  • WpVote
    Votes 3,293
  • WpPart
    Parts 18
Rayna Zafrena - Mejar juruterbang taktikal EC725 TUDM. Pernah dipandang rendah kerana wajah dan perwatakannya yang berbeza, namun hari ini dia berdiri sebagai salah seorang juruterbang taktikal terbaik negara. Biarpun dibesarkan dalam keluarga yang jarang menyokong impiannya, ada satu-satunya abang di perbatasan yang menjadi sumber kekuatannya. Namun, di sebalik langit luas dan keberanian yang dipuji, Rayna menyimpan luka lama... luka bernama Raqeef Zayden. Dahulu pembuli di sekolah, kini Leftenan Kolonel PASKAU TUDM yang disegani kerana ketegasan dan kejayaannya dalam misi sulit. Takdir mempertemukan mereka kembali selepas 14 tahun-dalam sebuah operasi kritikal yang sepatutnya bukan Rayna yang mengetuai. Tetapi keadaan memaksa, dan dia terpaksa melangkah. Pertemuan pertama mereka tidak manis. Raqeef yang tidak mengenali Rayna dewasa, cepat menilai wanita itu sebagai keras dan tidak seperti wanita lain. Dia tidak tahu... Rayna adalah gadis yang pernah dia sakiti dahulu. Dari satu misi ke misi lain, perlahan-lahan Raqeef mula melihat sisi Rayna yang tak pernah dia sangka-tegas, cekal, berprinsip. Dan hatinya mula terusik. Tetapi bagi Rayna, lelaki cuma tertarik pada yang indah di mata... sehingga bosan, lalu pergi. Dia tidak mahu mengulang sejarah pahitnya. Ketika hatinya mula diuji, keluarganya pula mahu menjodohkannya dengan anak kenalan korporat. Dia menolak. Dalam masa yang sama, Raqeef meluahkan rasa. "Dua tahun... tunggu aku balik, kita kahwin." -Mejar Rayna Zafrena Rayna menerima tugasan di luar negara, menggenggam janji itu erat. Tetapi selepas dua tahun berlalu, dia pulang dengan satu keinginan-bertemu Raqeef semula. "Balik ni aku terus nak jumpa Raqeef." -Mejar Rayna Zafrena Namun berita yang menyambutnya menghentak jiwa. "Raqeef... hari ini dia nikah." -Kapten Alieya Natasya Dunia Rayna sekali lagi runtuh. Masihkah ada ruang untuk cinta yang tertangguh ini... atau segalanya sudah terlambat? PERINGATAN! - cerita ini mengandungi kata kasar!
The Silent Voice Is My Wife | OG by Lxyhavreb_
Lxyhavreb_
  • WpView
    Reads 12,528
  • WpVote
    Votes 1,067
  • WpPart
    Parts 19
𝔀𝓮𝓵𝓬𝓸𝓶𝓮 𝓽𝓸 𝓪𝓷𝓸𝓽𝓱𝓮𝓻 𝓼𝓽𝓸𝓻𝔂 𝔂𝓪𝓷𝓰 𝓴𝓮 8 🤍 𝓝𝓞𝓐𝓗 𝓗𝓐𝓘𝓚𝓐𝓛 • Seorang lelaki yang tegas, dingin dan sukar dibaca. Pernah menjadi pembuli kepada Arissa ketika kecil tanpa menyedari kesan yang ditinggalkan. Kini, dia membesar sebagai seorang yang berbeza, namun masa lalu tetap menghantui dirinya. 𝓐𝓡𝓘𝓢𝓢𝓐 𝓓𝓐𝓝𝓘𝓔𝓛𝓛𝓔 •Seorang gadis yang bisu sejak kecil. Lembut, pendiam dan menyimpan seribu rasa dalam diam. Di sebalik kekurangannya, Arissa memiliki hati yang kuat walaupun pernah melalui luka akibat dibuli pada zaman kanak-kanak. 𝚎𝚗𝚓𝚘𝚢 𝚛𝚎𝚊𝚍𝚒𝚗𝚐 𝚍𝚊𝚗 𝚓𝚊𝚗𝚐𝚊𝚗 𝚕𝚞𝚙𝚊 𝚋𝚊𝚐𝚒 𝚟𝚘𝚝𝚎! Start: 29 March 2026 End: