-
4 stories
UNKNOWN [COMPLETE] by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 1,200,311
  • WpVote
    Votes 93,786
  • WpPart
    Parts 71
Pernah tak kau diganggu dengan seseorang tak dikenali? Keluar berseorangan, tapi hakikatnya ada mata-mata yang sentiasa mengekori kau daripada belakang? Ke mana-mana tempat yang kau pergi, semuanya rasa diperhatikan. Bahkan, dalam rumah juga sama. Rasa seperti si dia terlalu dekat! Itulah kehidupan yang Sufi harus tempuh selepas menjadi wartawan yang mengemukakan kes pembunuhan Mr Unknown. Setiap pembunuhan bersiri yang berlaku terlalu kejam dan mengerikan. Malah setiap mangsanya akan diselitkan satu kertas di dalam mulutnya. Iaitu nota istimewa buat wartawan SUFI LEILA. pendek kata, pembunuh bersiri itu mula tertarik dengannya. "Sumpah, saya tak kenal siapa Unknown tu! Saya tak subahat dengan dia!"- SUFI "Tapi setiap mangsa yang dia bunuh, dia buat sebab kau, Sufi. Dia jatuh cinta dengan kau."'- HAQ. Mujurlah ditempat kerja sahaja Sufi rasa selamat kerana di kelilingi orang-orang baik. Tambah pula, di ofis boleh curi-curi tengok muka bos yang kacak. Hilang terus semua tekanannya. Bukan Sufi seorang sahaja yang suka, tapi pekerja wanita lain juga turut jatuh hati saat bos baru itu mengambil alih syarikat wartawan mereka. Cuma satu sahaja yang leceh sikit. Si bos itu, terlalu pendiam. Macamlah dalam mulut dia itu ada ketulan emas. "Bos, panggil saya ke sini semata-mata nak kopi?"-SUFI GIBRAN MALEQ cuma angguk kepala. Memang introvert. "Aku sebenarnya cemburu dengan bos. Sebab selama aku kerja dengan kau. Sekali pun kau tak pernah buat kopi dekat aku. Bahenol punya kawan!" - Tuah Namun, semakin lama, ketiga-tiga lelaki itu mula menimbulkan perasaan curiga di hati Sufi. Rasa tak senang duduk. Bahkan, hendak tidur pun diselubungi rasa takut. Mana tidaknya jika dia tiba-tiba sahaja dapat mesej daripada Unknown yang berkata... "Saya sentiasa ada dengan awak, Sufi. Awak sahaja yang tak perasan." -UNKNOWN Jadi siapakah yang bersembunyi di sebalik topeng? "Kau tahukan apa akan jadi kalau kau buat aku marah? Apatah lagi marah campur cemburu..."
The Greatest Marriage Secret #1 | TERBIT by queenz_isya
queenz_isya
  • WpView
    Reads 1,937,592
  • WpVote
    Votes 13,987
  • WpPart
    Parts 13
The Greatest #1 Tengku Zachary Ares x Tengku Irina Dalisha Perkahwinan mereka dipenuhi dengan rahsia-rahsia yang mereka sembunyikan antara satu sama lain. Mereka tidak berkahwin kerana cinta, tetapi kerana perniagaan. Ia adalah sebuah perkahwinan yang lahir atas tanggungjawab, bukan perasaan. Malah, mereka saling membenci. Namun, mereka dilahirkan untuk saling melengkapi-dua individu yang kuat dan setaraf di mata umum. Bersama, mereka mempamerkan imej kekuatan, autoriti, dan kejayaan, tetapi di sebalik itu, tidak ada cinta, hanya keseimbangan kuasa yang rapuh. Tengku Zachary Ares tidak tahu, atau mungkin tidak peduli, tentang urusan peribadi isterinya. Kehidupan Tengku Irina Dalisha sentiasa berada dalam bahaya, terikat dengan kesilapan lampau keluarganya dan perjanjian yang sudah lama dilupakan, yang tidak pernah didedahkan sepenuhnya. Apa yang tidak disedari oleh Zachary adalah bahawa tanggungjawab untuk memastikan keselamatan Irina kini terletak di bahunya. Dia bertanggungjawab untuk melindunginya, bukan kerana tanggungjawab semata, tetapi kerana kedudukannya dalam hidup Irina-berkahwin atas kontrak-telah menjadikannya pelindungnya. Taruhannya lebih tinggi daripada yang dia pernah bayangkan, dan bahaya yang mengancam Irina adalah sesuatu yang tidak dapat dia abaikan lagi. Start:10th December 2016 End:20th October 2017 Revamp: 9th January 2025 End Revamp: 12th February 2025 TW: STRONG LANGUAGE/MATURED READ AT YOUR OWN RISK ⓒQ-NATIONZ ALL RIGHTS RESERVED
DIA, ZAYN RAFFAEL by hayysfarisya
hayysfarisya
  • WpView
    Reads 425,210
  • WpVote
    Votes 4,836
  • WpPart
    Parts 12
Mawar percaya cintanya bersama Raffael akan berakhir di pelamin, namun takdir seakan mempermainkannya. Dikejutkan dengan hakikat pahit pada hari pernikahan, lelaki yang baru saja bergelar suami rupanya 'Raffael' yang berbeza! "Ni semua mesti rancangan kau kan Naufal? Kau tak nak aku kahwin dengan Raffael, kau cari Raffael lain!" -MAWAR NASUHA "Mawar... dengar apa yang abang nak cakap ni. Sebenarnya abang dulu yang datang sini minta restu dengan ayah dan Naufal. Ayah dan Naufal cakap, Mawar setuju. Jadi abang teruskan niat abang untuk halalkan Mawar." -ZAYN RAFFAEL "Kau bukan Raffael yang aku nak... Kau bukan dia." -MAWAR NASUHA Terperangkap dalam sebuah perkahwinan tanpa rela, Mawar memberontak, menolak kehadiran Zayn sebagai suami sedangkan Zayn terus bersabar. Namun, kesabaran seorang suami juga ada batasnya, lebih-lebih lagi apabila rahsia hitam Mawar terbongkar. Dipulau, dihina, dan kehilangan kepercayaan Zayn, Mawar akhirnya sedar. Dialah yang harus berjuang untuk mempertahankan perkahwinan ini. Mampukah Mawar menebus segala kesilapan? Atau semuanya sudah tersurat tanpa peluang kedua?
Seindah 365 Hari ✔️ [Bakal Terbit] by NiahNafisah
NiahNafisah
  • WpView
    Reads 124,460
  • WpVote
    Votes 1,196
  • WpPart
    Parts 11
"Reportlah, teacher. Lagi senang saya nak masuk minang nanti." -Noah Eric - Noah Eric-remaja 17 tahun, anak orang kaya, dan pembawa masalah di SMK Dato' Onn. Dengan keluarganya yang membiayai sekolah itu, dia kebal dari sebarang hukuman. Tiada siapa yang berani menegur raja masalah ini... sehinggalah seorang guru baru muda, Fatma Zaireen, hadir memecah dominasi Noah. Zaireen, 23 tahun, ialah satu-satunya insan yang berani melawan Noah. Tegas tetapi penuh kesabaran, keberanian Zaireen mula mencabar ego Noah. Namun, dari cabaran itu, lahir satu rasa yang tidak pernah Noah jangka-dia jatuh hati pada guru muda itu. Hari-hari Zaireen menjadi medan perang emosi: "Noah, pulangkan buku teacher!" tegas Zaireen. "Boleh, tapi teacher kena cakap saya handsome dulu," balas Noah dengan senyuman nakalnya. Enam tahun berlalu. Noah kini bukan lagi pelajar nakal, tetapi seorang atlet WWE terkenal. Di sebalik kegemilangan hidupnya, ada satu kenangan yang terus hidup-wanita yang pernah menjadi cikgu dan ilham dalam hidupnya. "Teacher Zaireen,awak sentiasa ada di hati saya." Mampukah takdir mempertemukan mereka semula, atau adakah cinta Noah hanya tinggal kenangan yang indah selama 365 hari? ---