Kyoru24
- Reads 1,591
- Votes 233
- Parts 20
"Sebuah kisah yang bermula disebabkan dendamnya seseorang."
AIRIS SAFIYYA - merupakan seorang pelajar STPM yang sedang menduduki peperiksaan akhir dan akan segera menamatkan zaman persekolahannya. Namun satu kejadian buruk telah berlaku ke atas dirinya. Malam sebelum ujian peperiksaannya yang terakhir, dia telah diuji dengan ujian yang paling berat dalam hidupnya. Maruah yang selama ini dijaga dengan rapi telah dirampas dengan kejam oleh lelaki yang tidak dikenalinya.
Masa depannya juga turut musnah apabila dia didapati mengandung. Rahsia yang cuba disembunyikan daripada pengetahuan kedua orang tuanya akhirnya terbongkar jua.
Untuk menyembunyikan rahsianya itu daripada pengetahuan orang lain, orang tuanya telah menghantarnya ke rumah perlindungan sementara. Namun ujiannya tidak berhenti disitu. Ibunya telah jatuh sakit dan meninggal dunia semasa usia kandungannya mencecah tujuh bulan. Rahsia tentang dirinya juga sudah diketahui oleh semua penduduk di kampungnya.
..........
ZAFRAN AIRIL - seorang lelaki yang dibesarkan dengan didikan agama Islam oleh orang tuanya, tetapi dirinya sebaliknya. Air arak yang diharamkan dalam Islam diminumnya. Perkara wajib seperti solat dan puasa ditinggalkannya. Hati dan perasaan orang tuanya langsung tidak dijaga.
Namun, suatu peristiwa telah menyedarkan dirinya kembali. Kemalangan yang berlaku telah menyebabkan kedua orang tuanya meninggal dunia manakala dirinya telah terlantar koma selama seminggu.
..........
Empat tahun kemudian, Airis telah mengambil keputusan untuk kembali semula ke kampung halamannya. Bukan hanya dirinya akan tetapi bersama dengan anak lelakinya.
Kembalinya dia, mendatangkan lagi ujian buatnya. Dia dihina, dicaci dan dipandang serong oleh sesetengah penduduk di kampungnya. Namun dia kuat menghadapinya dengan adanya insan yang bernama Izz Adwan, orang yang paling berharga dalam hidupnya.
Start : 15 Nov 2021