im_evve
𝗭.𝗜'𝘀 𝗦𝗲𝗿𝗶𝗲𝘀
Zafirah hanyalah seorang pelajar biasa yang menjalani hidupnya tanpa terlalu banyak drama. Namun, segalanya berubah ketika dia secara tidak sengaja berkenalan rapat dengan seorang pelajar kolejnya, Iskandar.
"Eh awak, sorry. Saya tak sengaja. Saya tak perasan awak ada tadi."
"Aku Iskandar. Kau?"
"Saya Zafirah. Just Zafirah."
Bagi Zafirah, Iskandar adalah seseorang yang memahami dirinya dengan cara yang tidak pernah dilakukan orang lain. Mereka sering berbual lewat malam, berkongsi rahsia, dan akhirnya menjadi semakin rapat.
Tetapi Zafirah tidak pernah menyangka bahawa 'Iskandar' sebenarnya adalah Zafran Iskandar-selebriti terkenal yang cuba melarikan diri dari tekanan dunia glamour dengan menjadi dirinya yang sebenar di dunia nyata.
Ketika rahsia ini terbongkar, Zafirah harus berhadapan dengan kenyataan bahawa hidup Zafran jauh lebih rumit daripada yang dia bayangkan.
"Kenapa awak tak pernah bagitahu saya siapa diri awak yang sebenarnya?"
"Aku cuma mahukan kehidupan yang biasa."
"Dan saya cuma mahukan kebenaran."
Adakah Zafirah sanggup bertahan dalam hubungan yang penuh dengan gosip, paparazi, dan kebencian daripada peminat setia Zafran? Atau adakah 'Iskandar' hanya akan menjadi kenangan manis yang tak mungkin dimiliki selamanya?
"Dunia kita berbeza, Zafirah."
"In another life, I wish you're a different person."
Sebuah kisah tentang cinta yang tersembunyi, persahabatan, dan keberanian untuk menerima kebenaran.
𝐒𝐭𝐚𝐫𝐭 : 1 Jan 2025
𝐄𝐧𝐝 :
All right reserved @im_evve