zafrannurain
- Reads 245
- Votes 47
- Parts 19
SINOPSIS - PEREMPUAN BESI
🌺(GABUNGAN DUA NEGARA MALAYSIA DAN INDONESIA)🌺
By Siti Nur Ain
Sejak kecil, Aisy Humairah tidak pernah benar-benar mengenal apa itu kasih sayang daripada seorang lelaki.
Dia membesar dalam keluarga yang retak... melihat air mata lebih banyak daripada bahagia. Dari kecil dia belajar memendam rasa, menelan kecewa, dan berpura-pura kuat walaupun hati selalu kosong.
Bila dewasa, dia percaya cinta mampu mengubah segalanya.
Namun dia silap.
Dia mencintai dengan sepenuh hati... tetapi akhirnya ditinggalkan.
Dia berkahwin dengan harapan untuk bahagia... tetapi dikhianati.
Dan saat dia berharap untuk menjadi seorang ibu, takdir sekali lagi merentap impiannya apabila dia disahkan mempunyai masalah rahim.
Sedangkan perempuan lain dipeluk bahagia, Aiys Humairah berdiri sendirian menanggung luka yang tidak pernah habis.
Curang.
Perceraian.
Kehilangan.
Kegagalan menjadi seorang ibu.
Sedikit demi sedikit, semua itu membunuh perempuan lembut dalam dirinya.
Kini, Aiys Humairah bukan lagi wanita yang mudah percaya pada cinta. Dia bangkit menjadi seorang perempuan yang dingin... sukar didekati... dan tidak lagi berharap pada lelaki.
Ramai yang melihat dia kuat.
Ramai yang kagum dengan ketabahannya.
Tetapi tiada siapa tahu - di sebalik hati sekeras besi itu, tersimpan seorang perempuan yang pernah terlalu penat meminta untuk dicintai dengan ikhlas.
Dan bila seseorang cuba hadir untuk menyentuh semula hatinya, Aiys Humairah sedar...
Ada luka yang sembuh,
tetapi parutnya kekal hidup sampai bila-bila.
"Perempuan paling dingin bukan kerana dia tidak punya hati... tetapi kerana hatinya pernah dihancurkan terlalu berkali-kali."