maladaraa
Jasmine membayangkan dunia ini indah bak taman bunga. Segelintir manusia tumbuh mekar, segelintir lagi layu pilu, dan segelintirnya berbadankan duri yang berdarah pabila tertusuk kulit.
Dia berbual dengan bunga, sebagaimana seorang ibu berkasih sayang dengan anaknya, lembut dan menyayat hati.
Dia tidak menyangka, kuntum bunganya akan hancur, oleh angin yang dahsyat tetapi tidak dapat dilihat dengan mata kasar.
Tidak pernah dia membayangkan, bahawa angin itu ialah Cady Lyn.
Taman bunga boleh menjadi sebuah taman yang nyaman.
Tetapi, taman bunga juga boleh menjadi tempat tersimpannya hal- hal kecil, mengenai orang yang melaluinya.