WRose82's Reading List
108 stories
SALAHKAN AKU by RabihahNurRidhuan
RabihahNurRidhuan
  • WpView
    Reads 13,883
  • WpVote
    Votes 736
  • WpPart
    Parts 69
Kemalangan itu cuma tiga saat... tetapi kesannya, seumur hidup. Fayyad kehilangan segalanya dalam dentuman yang sepatutnya tidak berlaku. Penglihatan, kerjaya, harga diri, dan masa depannya. Dunia yang dulu terang kini tinggal kelam.Dan orang yang menyebabkan semua itu masih hidup. "Kita ni doktor, Is. Kita dicipta untuk selamatkan orang. Tapi kali ni, akulah punca kematian. Dan kalau aku gagal tarik Fayyad balik ke dunia ni... aku pun dah tak layak untuk terus hidup lagi." - Hana Hana, seorang doktor yang sepatutnya menyelamatkan nyawa, tetapi kali ini dia telah membunuh satu nyawa kerana kelalaiannya. Apa yang lebih menyakitkan dia hanya luka ringan sedangkan adiknya mati dalam pelukan, dan Fayyad buta seumur hidup.Rasa bersalah itu membelit setiap nafasnya. "Kau curi hidup aku! Kau ambil mata aku... dan sekarang datang dengan air mata bodoh tu?! Kau fikir... dengan menangis depan aku, Tuhan akan pulangkan penglihatan aku?!" - Fayyad "Fayyad... bunuh aku kalau itu boleh buat kau lega. Aku tak kisah. Aku memang patut dihukum." - Hana Fayyad tak pernah lupa, dan tak akan pernah maafkan. Apatah lagi bila tunang Hana sendiri, Dr. Iskandar menjadikan cemburu sebagai senjata untuk menjatuhkannya. "Ada sesuatu dalam mata dia... yang buat Is rasa cemburu dan takut. Walau Fayyad hancur, dia tetap ada ruang dalam hati Hana. Dan ruang tu... bukan untuk Is." - Iskandar Pertemuan semula mereka di Singapura, dalam projek teknologi untuk orang buta, menyalakan kembali luka yang belum sembuh. Dan di tengah tekanan masa, Hana membuat keputusan gila. "Kalau satu-satunya cara awak boleh teruskan rawatan ini... adalah dengan status sah untuk tinggal di sini... Kahwin dengan saya. Kontrak. Enam bulan. Cukup untuk mohon long-stay visa. Lepas itu, awak bebas." - Hana Salahkan Aku adalah kisah tentang jiwa yang mati sebelum waktunya. Tentang dosa yang tak boleh diampunkan. Dan tentang cinta yang mungkin wujud... tapi dibina atas kubur rasa bersalah dan kemarahan yang tak pernah padam.
AKU MAHU KAMU by Madam_Mk
Madam_Mk
  • WpView
    Reads 467,674
  • WpVote
    Votes 11,943
  • WpPart
    Parts 48
Cinta pandang pertama?mungkin.Dia sendiri tidak tahu,tapi kali pertama mereka bertemu pandang,dia seakan teruja.Dengan nekad dia harus menjadi milik lelaki itu.Memiliki lelaki itu menjadi tunjang utama hidupnya.Tidak kisah digelar gedik atau murahan,yang penting lelaki itu harus menjadi miliknya.Cinta?dia sendiri tidak tahu apa makna cinta,bahagia?dia sendiri tidak pernah merasa bahagia.Tetapi memiliki lelaki itu seakan memberi kepuasan pada dirinya.Biarpun lelaki itu lebih berusia dari nya. 'I want you,Faliq'-Orked Ardelia Namun apakah yang akan terjadi bila lelaki itu mahu menyunting gadis itu sebagai isterinya?Kerana bagi lelaki itu bercinta seperti pasangan lain sama seperti hubungan yang tiada berpenghujung.Dia mahu menyunting gadis itu untuk memberi sesuatu yang sangat berharga pada dirinya.Dia hanya mahukan hubungan yang kekal dan halal walau tanpa cinta. 'I don't do relationship before marriage'-Faliq Qidran. AKU MAHU KAMU akan menjawab semuanya. *mature content *romantic
Tepat Memiliki  by MySerraa
MySerraa
  • WpView
    Reads 387,672
  • WpVote
    Votes 15,601
  • WpPart
    Parts 66
[Book 9] Dua hati yang berpisah, membawa haluan masing-masing demi memperbaiki diri. Pernah berkongsi memori bersama tetapi takdir memaksa mereka berjauhan untuk memyembuhkan luka satu sama lain. Dalam menjalani kehidupan baru, antara mereka, saling berharap untuk bertemu pada waktu yang tepat agar mereka dapat mencipta kebahagiaan yang lebih berpanjangan. "Akhirnya, kita berjumpa semula." -Asyraf "Awak yakin ke kali ini adalah waktu yang tepat?" -Asyrah Pertemuan yang tidak dirancang, meyakinkan Asyraf akan rencana Tuhan. Inilah masa yang dia nantikan selama ini. Tiga tahun tidak saling bertanya khabar, tak pernah dia sangka mereka akan berjumpa semula secepat ini. Sebaik saja dia jejakkan kaki di tanah air sendiri, Tuhan seakan-akan tidak mahu melengahkan masa lagi. Dia dipertemukan semula dengan lelaki yang pernah bertakhta di hati. Lelaki yang menjadi salah satu asbab dia membawa diri ke negara orang. "Saya tak cintakan awak macam dulu lagi." -Asyrah "Baguslah. Awak tak perlu cintakan saya macam dulu lagi. Saya yang dulu tak layak dapat cinta awak." -Asyraf Dia, Fayyad Asyraf. Lelaki kasanova. Lelaki yang pernah digelar 'pecinta wanita'. Dia takkan berputus asa untuk mengambil hati Asyrah semula. Keperibadiannya yang tenang menghadapi ujian, amat sukar diduga. Dia yang sekarang jauh berbeza daripada dulu. Dia terlihat lebih teguh, matang dan berpendirian tetap. Dia tahu apa yang dia mahukan, dan dia akan dapatkan dengan apa cara sekali pun. "Kisah kita baru bermula sekarang, Asyrah. Kisah yang tiada penamat seperti dulu. Antara awak bersama saya, atau saya akan menghantui hidup awak selamanya." -Asyraf "Sebelum tu, saya belum perkenalkan diri. Saya, Fayyad Asyraf. Tapi, awak boleh panggil saya... Asyraf." Benarkah sekarang waktu yang tepat untuk mereka saling memiliki? Adakah Asyraf dapat mengubah kesilapan lalu demi menambat hati Asyrah semula? Bagaimana mereka dapat menempuh ujian seterusnya jika mereka benar ditakdirkan bersatu semula?
[C] ADA CERITA TENTANG KITA ✔️ by misshelen21
misshelen21
  • WpView
    Reads 153,657
  • WpVote
    Votes 5,316
  • WpPart
    Parts 57
PENAT SERIES 2 Tengku Zulkepli Hilal seorang duda kematian isteri yang mempunyai sepasang anak kembar berusia 5 tahun, kesibukannya membuatkan dia langsung tidak tertarik dengan hal sekelilingnya, namun kehadiran adik ipar kawan sewaktu kecilnya, Syed Tarique Razeen mula mengacau-bilaukan hidupnya, di tambah desakan Tengku Hail membuatkan dia makin keliru dengan pilihannya. Maisara Maleena atau Lydia Ayudhia?. "I sanggup tunggu cinta you mekar untuk I, Hill....." "awak ingat duit awak ni boleh beli jiwa saya?" "Papa nak dia jadi menantu papa...." Dua wanita yang berbeza personaliti, seorang lembut tapi berwajah garang dan seorang garang tapi berwajah lembut, mana satu pilihannya?. Lydia yang sudah menemani perjalanan hidupnya selepas kematian si isteri atau Maisara yang baru sahaja muncul dalam hidupnya?. ! WAJIB BACA STORY PENAT DULU !.
DIANA by thewhitewonder
thewhitewonder
  • WpView
    Reads 1,574,087
  • WpVote
    Votes 50,756
  • WpPart
    Parts 53
Kerana menghormati keputusan orang tuanya, Diana menggadai diri masuk ke dalam dunia yang berbeza dengan kehidupannya. Tak pernah menjadi impian, dia yang dari dunia biasa kini berada dalam dunia yang lebih tinggi darjatnya. "Kita tak pernah kenal. We never crossed to each other. Kita berbeza latar belakang, berbeza dunia dan berbeza darjat. Jadi kenapa awak pilih saya?" - Sarah Diana 'After all bad things I have done from day one, why I feel that I don't want to lose her?' -Tengku Aizuddin Shah 💎 Status : Completed 💎 Ranked #1 dalam tag cinta halal (13Apr2020) 💎 First story published in wattpad. So tulis untuk suka-suka je and no heavy conflict.
HUMAIRA by thewhitewonder
thewhitewonder
  • WpView
    Reads 704,984
  • WpVote
    Votes 22,147
  • WpPart
    Parts 76
Satu kebetulan yang berlaku pada satu malam hingga menjadi peristiwa hitam bagi Humaira. Peristiwa hitam yang terpaksa menyatukan dua insan yang tidak pernah kenal sesama sendiri. Mampukah Humaira menerima yang kebetulan itu sememangnya takdir untuk menyatukan mereka? "Kenapa dalam ramai-ramai student perempuan kat sini gila nak kat kau, tapi benda ni jadi kat aku?" -Aysha Humaira "Sebab awak tak pernah kenal saya lah saya lagi nak kenal dengan awak." -Adam Harris "Kau ni memang dasar perempuan tak tahu malu kan. Perempuan murahan!!" -Zaileen 💛 Status: Completed 💛 Tulis untuk suka suka je. Tak sesuai untuk orang yang teliti bab tatabahasa dan tanda baca.
Kontrak Cinta Kita © by nurulshazliyana
nurulshazliyana
  • WpView
    Reads 1,569,089
  • WpVote
    Votes 37,239
  • WpPart
    Parts 41
Darwinsyah Filza & Tengku Iqram Zikri. Terpaksa bernikah atas untuk menutup malu adik kembarnya, Tengku Iqram Fikri yang lari semasa hari pernikahannya. Walaupun tidak disukai oleh Filza, namun perlu diterima juga. Zikri percaya bahawa cinta yang kedua tidak seteruk pertama, jadi dia membuka peluang untuk filza merebut hatinya kembali melalui ' kontrak cinta ' Berjayakah filza merebut hati suaminya itu ? Apakah makna kontrak cinta itu ? Rank : #34 in Romance by 26 Nov 2017
C | TRUE LOVE by itsHaeraLee
itsHaeraLee
  • WpView
    Reads 242,047
  • WpVote
    Votes 11,747
  • WpPart
    Parts 72
#2ᴛʜ 𝐓𝐑𝐔𝐄 𝐋𝐎𝐕𝐄 : 𝐒𝐇𝐄 𝐃𝐄𝐒𝐄𝐑𝐕𝐄 𝐁𝐄𝐓𝐓𝐄𝐑 Nur Anayra Alhena, gadis berusia sembilan belas tahun yang anti dengan lelaki dan serik untuk bercinta selepas beberapa kali diperdaya oleh lelaki yang dia bercinta. " Kau tu hodoh, buruk! Kau tak layak dengan aku! " - Erzhan - " Abang tak boleh bagi jawapan sekarang. Anayra tunggu abang ye " - Eiman - " Actually, I have falling in love with you since we first met " - Aarash - Dia serik untuk bercinta. Kesetiaannya selalu dikhianati. Hati dia sakit. Dia penat beria demi sebuah hubungan yang tidak akan kekal lama. " Berapa kali saya perlu disakiti? Berapa kali? Sampai mati?!! " - Nur Anayra Alhena - She only needs one thing. True Love. Starts : 14 September 2021 End : 11 Januari 2022 All Rights Reserved © Written by ©Haeralee 2021 #Haeralee
Qayyim's Remorse [C] by qweenellaa
qweenellaa
  • WpView
    Reads 258,810
  • WpVote
    Votes 9,694
  • WpPart
    Parts 46
[completed] 1st Series 𝓠𝓪𝔂𝔂𝓲𝓶 || 𝓜𝓮𝓵𝓲𝓼𝓼𝓪 ❝𝔇𝔬 𝔶𝔬𝔲 𝔨𝔫𝔬𝔴 𝔴𝔥𝔞𝔱'𝔰 𝔪𝔬𝔯𝔢 𝔟𝔢𝔞𝔲𝔱𝔦𝔣𝔲𝔩 𝔱𝔥𝔞𝔫 𝔩𝔬𝔳𝔢 𝔞𝔱 𝔣𝔦𝔯𝔰𝔱 𝔰𝔦𝔤𝔥𝔱?❞ Terjerat dalam perkahwinan yang tidak pernah diingini dan dirancang, lebih-lebih lagi dengan seseorang yang langsung dia tidak kenali, tidak pernah dijangka oleh Melissa. Bagi Qayyim pula, difitnah dan putus tunang dengan wanita yang dicintai sudah menyakitkan namun dia tidak sangka yang dia perlu berkahwin dengan wanita yang tiba-tiba sahaja muncul dalam hidupnya. Namun kerana orang tua, mereka terima. Walaupun hati masing-masing keras menolak. ❝Melissa, aku tak boleh terima kau jadi isteri aku.❞ - Fawwaz Qayyim ❝Saya tak mampu anggap Tengku sebagai suami saya buat masa sekarang.❞ - Melissa Umaira Mulut Qayyim selalu bilang benci namun sikap lelaki itu berbeza apabila masa kian dimakan waktu. Tanpa sedar mereka jatuh dalam kasih sayang masing-masing. Rasa cinta yang kian mekar terasa susah untuk diluahkan kerana masa lalu yang kelam mengubah jalan hidup mereka. Apabila mereka cuba untuk menggapai bahagia yang tidak pasti, rupa-rupanya itu semua tidak susah seperti apa yang mereka fikirkan! Start : 18/06/2023 End : 14/11/2023 WARNING! Jalan cerita yang tidak berkembang dan banyak kekeliruan, kesalahan tatabahasa dan ayat yang tidak teratur.
CAHAYA SEROJA ||© by laurentjoon
laurentjoon
  • WpView
    Reads 149,487
  • WpVote
    Votes 6,281
  • WpPart
    Parts 59
Cahaya Seroja Lais Idraqi One of the most gorgeous love story I have ever written. Hidup Seroja gelap gelita apabila dia diceraikan oleh suami tercinta yang berjanji untuk setia hingga hujung nyawa. Kenapa? Kenapa sampai bercerai? Adakah kerana keadaan Cahaya Seroja yang tidak sempurna. Tambahan pula dengan ayah kandungnya sendiri yang mulai membenci akan dirinya entah kenapa. Ah, semua ini tidak adil! "Tak adil! Semua ni tak adil!". - Cahaya Seroja "Apa yang tak adil?". - Lais Idraqi Tatkala hati berkelana terluka, suara tenang itu datang menyapa. Suara milik Lais Idraqi. Suara yang seolah-olah memberi Seroja harapan untuk hidup seperti biasa semula. "Kalau tak suka guna kerusi roda, berjalan lah". - Lais Idraqi "Saya mana boleh berjalan!". - Cahaya Seroja "Jadi, jangan banyak songeh sangat". -Lais Idraqi Di saat semuanya seolah kembali normal buat Seroja, ada yang datang ingin menjilat ludah sendiri. Merayu untuk diterima kembali. "Terima abang balik, Seroja". - Idris Akasha "What if I say that you are my future?". - Lais Idraqi Mampukah Seroja menguatkan dirinya? Adakah dia akan menerima kembali pembuat luka dihatinya itu? Bagaimana pula dengan Lais Idraqi? Ditinggal begitu sahaja? ⚠️ The character are based on Teme Abdullah and one of his fans on his meet and greet PBAKL 2024. ⚠️ Cara penulisan mungkin agak kureng sikit, so yeah... ⚠️ Heavy family issues included❗ Theme Songs: - Demi Kita by Ismail Izzani - Deja Vu by TOMORROW X TOGETHER