Best romance
3 stories
UNKNOWN [COMPLETE] by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 1,261,582
  • WpVote
    Votes 96,920
  • WpPart
    Parts 71
Pernah tak kau diganggu dengan seseorang tak dikenali? Keluar berseorangan, tapi hakikatnya ada mata-mata yang sentiasa mengekori kau daripada belakang? Ke mana-mana tempat yang kau pergi, semuanya rasa diperhatikan. Bahkan, dalam rumah juga sama. Rasa seperti si dia terlalu dekat! Itulah kehidupan yang Sufi harus tempuh selepas menjadi wartawan yang mengemukakan kes pembunuhan Mr Unknown. Setiap pembunuhan bersiri yang berlaku terlalu kejam dan mengerikan. Malah setiap mangsanya akan diselitkan satu kertas di dalam mulutnya. Iaitu nota istimewa buat wartawan SUFI LEILA. pendek kata, pembunuh bersiri itu mula tertarik dengannya. "Sumpah, saya tak kenal siapa Unknown tu! Saya tak subahat dengan dia!"- SUFI "Tapi setiap mangsa yang dia bunuh, dia buat sebab kau, Sufi. Dia jatuh cinta dengan kau."'- HAQ. Mujurlah ditempat kerja sahaja Sufi rasa selamat kerana di kelilingi orang-orang baik. Tambah pula, di ofis boleh curi-curi tengok muka bos yang kacak. Hilang terus semua tekanannya. Bukan Sufi seorang sahaja yang suka, tapi pekerja wanita lain juga turut jatuh hati saat bos baru itu mengambil alih syarikat wartawan mereka. Cuma satu sahaja yang leceh sikit. Si bos itu, terlalu pendiam. Macamlah dalam mulut dia itu ada ketulan emas. "Bos, panggil saya ke sini semata-mata nak kopi?"-SUFI GIBRAN MALEQ cuma angguk kepala. Memang introvert. "Aku sebenarnya cemburu dengan bos. Sebab selama aku kerja dengan kau. Sekali pun kau tak pernah buat kopi dekat aku. Bahenol punya kawan!" - Tuah Namun, semakin lama, ketiga-tiga lelaki itu mula menimbulkan perasaan curiga di hati Sufi. Rasa tak senang duduk. Bahkan, hendak tidur pun diselubungi rasa takut. Mana tidaknya jika dia tiba-tiba sahaja dapat mesej daripada Unknown yang berkata... "Saya sentiasa ada dengan awak, Sufi. Awak sahaja yang tak perasan." -UNKNOWN Jadi siapakah yang bersembunyi di sebalik topeng? "Kau tahukan apa akan jadi kalau kau buat aku marah? Apatah lagi marah campur cemburu..."
His Hidden Love Story : Farish Fernandez | OG by ANNSYEERA
ANNSYEERA
  • WpView
    Reads 57
  • WpVote
    Votes 13
  • WpPart
    Parts 19
Farish Fernandez adalah jejaka yang susah berkawan kerana dia memilih. Senang cerita dia sebenarnya malas berkawan. Hanya beberapa orang saja dia anggap kawan. Erlyn Violetta pula adalah gadis yang ceria. Kalau boleh semua orang dia nak berkawan. Kisah cinta yang agak rumit. Jika nama mereka sudah tertakdir untuk bersatu pasti akan bersatu walau bagaimanapun kisahnya. Akankah mereka dapat menempuhi rintangan dalam hubungan mereka? Benarkah mereka dapat mengakhiri kisah cinta mereka dengan penuh rasa bahagia? Atau mereka akan mengakhiri kisah mereka dengan perpisahan? MULA: 10 JAN 2025 TAMAT: STORY KEDUA
Bukan Kerana Terpaksa  | C by ANNSYEERA
ANNSYEERA
  • WpView
    Reads 7,264
  • WpVote
    Votes 133
  • WpPart
    Parts 31
Pertemuan antara gadis pemberontak serta pendiam dan jejaka dingin. Bagaimana pengakhiran mereka? Bahagia atau cerai? Airin Melina. Seorang gadis yang mempunyai masa silam yang perit. Tiada yang istimewa dalam hidupnya. Semua hasil usahanya untuk membahagiakan ibu dan ayahnya tidak dipeduli. Sering terpinggir dari keluarganya. Kerana itu dia sentiasa terlihat pendiam dan dingin untuk menutupi kesedihan mendalamnya. Izham Daniel. Seorang jejaka yang berasal dari keluarga yang berada. Dirinya sering disorot dengan kasih sayang dan kemewahan. Dalam diam dirinya menyimpan rahsia yang dia sendiri tidak menyukainya. Dia digeruni oleh ramai orang kerana dia mempunyai syarikat sendiri yang dia Bina hasil usahanya, bukan itu saja bahkan auranya cukup mematikan. Awalnya bertemu kerana peristiwa mengerikan. Lalu bertukar menjadi sebuah takdir yang telah tertulis untuk mereka. Jika orang berkata cinta datang dari perasaan senang dan selesa maka mereka salah. Cinta antara Izham Daniel dan Airin Melina datang dari paksaan dan sifat prihatin. Pelik? Nak tahu sambungan dan pengakhiran, bacalah! Mula : 4 March 2024 Tamat : 26 Disember 2024 STORY PERTAMA