NAK BACAAA
14 stories
CINTA HATI SI TENGKU  by luverrneee_
luverrneee_
  • WpView
    Reads 17,365
  • WpVote
    Votes 1,021
  • WpPart
    Parts 74
Mengisahkan perjalanan hidup dua insan yang dijodohkan tanpa pengetahuan dan kerelaan hati mereka. Tengku Hilman Arasyah, seorang lelaki berdisiplin, tegas dan dingin, terpaksa akur dengan keputusan ibunya untuk bertunang dengan Putri Luna Insyirrah, seorang gadis yang lembut, penyabar dan menyimpan seribu rahsia. "Ingat, aku terima penjodohan ni sebab ibu aku." - Tengku Hilman Arasyah "Ya, saya tahu kenyataan itu, Tengku." - Putri Luna Insyirrah Pada awalnya, hubungan mereka dipenuhi kekok dan keterpaksaan. Namun, seiring waktu dan pelbagai peristiwa yang mendatang, ruang hati yang tertutup mula terbuka sedikit demi sedikit. Tanpa disedari, benih cinta mula bertunas di antara mereka. Namun, kebahagiaan itu tidak pernah hadir tanpa ujian. Tengku Hilman menyimpan satu rahsia besar, manakala Luna pula dibelenggu ketakutan dan pengorbanan yang tidak diketahui suaminya. Demi cinta, Luna sanggup mengorbankan kebahagiaannya sendiri. "Saya benarkan abang kahwin lain. Abang berhak ada zuriat sendiri... dan saya tak mampu berikan abang zuriat." - Putri Luna Insyirrah Namun kata-kata itu ibarat pisau yang menghiris hati seorang suami. "Jangan cabar kesabaran abang. Kalau sayang rasa sanggup lihat abang bersama wanita lain di belakang sayang, teruskan..." - Tengku Hilman Arasyah Saat egonya tercabar dan emosinya menguasai diri, Tengku Hilman mengambil keputusan yang akhirnya meretakkan hubungan mereka. Kemunculan seorang wanita bernama Erlina Amiera mengubah segalanya. "Saya Erlina Amiera... isteri kedua Tengku Hilman." Erlina Amiera Mampukah cinta yang lahir tanpa rela itu bertahan setelah kepercayaan mula rapuh? Atau mereka akan kalah pada takdir dan keputusan yang dibuat dalam keadaan terluka?
π€π«πšπ‘ 𝐘𝐚𝐧𝐠 π’πšπ¦πš | C  by missdiraa
missdiraa
  • WpView
    Reads 289,942
  • WpVote
    Votes 15,233
  • WpPart
    Parts 53
𝐈𝐝𝐫𝐒𝐬 π„π¬π‘πšπšπ₯ | π“πšπ¬π§π’π¦ π€ππžπ₯𝐚 "Bunga akan mekar bila dijaga dan dihargai betul-betul. Tapi kalaulah seorang pun tak boleh jaga dan hargai, lambat-laun bunga tu akan layu." Hidup adakalanya seperti bunga. Ada masanya ianya mekar, ada masa ianya layu. Tasnim Adela tidak pernah menyangka sebuah khabar mampu menghancurkan sesuatu yang telah susah payah dibinanya semula. Namun, melihat masa lalu memilih untuk bahagia bersama orang lain membuatkan segala yang dipendam kembali berdarah. Hinggalah dia bertemu dengan Idris Eshaal. Lelaki yang berdiri di persimpangan luka yang sama. Lelaki yang memahami perasaan itu tanpa perlu Tasnim menjelaskannya dengan kata-kata. "E-Eshaal?" - π“π€π’ππˆπŒ 𝐀𝐃𝐄𝐋𝐀 Pertemuan itu tidak pernah diduga Tasnim. Dan siapa menyangka, pertemuan pertama itu juga boleh mengubah segala-galanya dalam hidup mereka. "Tanya kenapa lagi, kau tak nampak ke yang aku tengah lamar kau ni." - πˆπƒπ‘πˆπ’ 𝐄𝐒𝐇𝐀𝐀𝐋 "Nak melamar perempuan bukan macam ni caranya. Cara awak tu nampak macam memaksa, bukannya romantik." - π“π€π’ππˆπŒ 𝐀𝐃𝐄𝐋𝐀 Maka dari situ, termeterailah satu ikatan yang tidak pernah dirancang oleh hati. Tanpa cinta. Tanpa harapan. Dan tanpa janji untuk saling memiliki. Tetapi, ada perkara yang sukar dikawal apabila dua jiwa yang pernah patah dipaksa berjalan seiring. Sedangkan semakin mereka cuba meletakkan batas, semakin takdir menemukan alasan untuk meruntuhkannya satu demi satu. Kerana kadangkala, orang yang hadir untuk membantu kita melupakan seseorang... akhirnya menjadi orang yang paling sukar untuk dilepaskan. Persoalannya, adakah hubungan ini sekadar jalan keluar daripada masa lalu? Atau sebenarnya permulaan kepada sesuatu yang tidak pernah mereka rancang?
DANGEROUSLY YOURS by Mrs_Qib
Mrs_Qib
  • WpView
    Reads 27,397
  • WpVote
    Votes 1,238
  • WpPart
    Parts 24
Tengku Mikael Ardyn - lelaki berusia 36 tahun yang memiliki segalanya. Kekayaan, kuasa, wajah sempurna, dan hati yang terlalu dingin untuk mengenal cinta. Dalam hidupnya, semua boleh dibeli... termasuk manusia. Namun hidupnya berubah apabila dia dipertemukan dengan Safiya Nayra, gadis muda berusia 22 tahun yang terkenal dengan sikap boros, liar, dan sukar dikawal. Duit bagi Safiya hanyalah permainan. Dia hidup sesuka hati, menghabiskan harta papanya tanpa peduli masa depan. Segalanya menjadi lebih rumit apabila keluarga mereka mengambil keputusan untuk menjodohkan mereka. Bagi Safiya, Mikael ialah lelaki obsesif yang mahu mengawal hidupnya. Bagi Mikael pula, Safiya ialah kekacauan yang perlahan-lahan mencuri seluruh kewarasannya. "5 minit untuk kau habiskan duit dalam card ni... kalau berjaya, kau layak jadi isteri aku." Apa yang bermula sebagai permainan ego dan kuasa, bertukar menjadi hubungan yang dipenuhi luka, obsession, kemarahan, dan rasa memiliki yang berbahaya. Safiya cuba melarikan diri dengan menghabiskan berjuta-juta wang Mikael, malah membeli banglo mewah di Bali semata-mata berharap lelaki itu akan melepaskannya. Namun Mikael hanya berkata- "Aku tak kisah kau hancurkan duit aku... asalkan kau masih ada dengan aku." Dalam dunia gelap Tengku Mikael Ardyn, cinta bukan tentang kebebasan... tetapi tentang siapa yang sanggup tinggal walaupun terluka. Mampukah Safiya bertahan dengan lelaki yang terlalu obses terhadapnya? Atau akhirnya dia sendiri akan jatuh cinta kepada penjara yang bernama Mikael Ardyn?
Orked Thorns (Terbit) by Drizellla
Drizellla
  • WpView
    Reads 1,764,076
  • WpVote
    Votes 33,832
  • WpPart
    Parts 36
[TERBIT | EBOOK] Thorns series 1- 2020 🚩 BACAAN DEWASA SAHAJA. TIDAK SESUAI UNTUK PEMBACA BAWAH UMUR. "You..You siapa?" Setelah soalannya tidak bersahut, Tengku Orked pandang ke bawah sekali lagi. Air liur ditelan deras ke dalam kerongkong. Payau! "Kalau you dekat lagi , I terjun ke bawah!"Ancam Tengku Orked bila menyedari lelaki itu tetap tak makan saman dan masih tetap ingin mendekatinya secara perlahan-lahan. "Kalau kau orang Islam, kenapa nak ambil jalan mudah macam ni? Bunuh diri tu diharamkan dalam Islam." "Siapa you nak tazkirahkan I? Ya, I tahu bunuh diri tu haram dalam Islam tapi I tak ada pilihan lain sekarang ni! I dah tak ada jalan lain lagi!"Pekik Tengku Orked. "Kau ada pilihan lain kalau kau batalkan niat sekarang ni."Nod suara lelaki tersebut kedengaran makin dikeraskan. "Apa pilihan lain ada sekarang ni? Boleh you bagitahu dekat I?"Tengku Orked kesat air mata sendiri laju-laju. "Kau akan dapat jalan lain kalau kau ambil tangan aku. Pilihan ada dalam tangan kau. Take my hand." Tengku Orked tergamam seketika sejurus jari kasar lelaki itu melunjur kepadanya. Seolah mengharapkan dia menggapai tangan yang menadah itu, lelaki tersebut makin datang mendekat. "Tak. You tak kenal I dan I tak kenal siapa you. Dunia kita berbeza. Cara hidup kita tak sama dan kita ada pilihan kita masing-masing."Masih dirundung prasangka buruk terhadap jejaka misteri itu,Tengku Orked tetap meneguhkan tembok keegoan. "Just take my hand!" Prak! Kaki Tengku Orked terpijak papan reput secara tidak sengaja menyebabkan gadis itu melalak dengan wajah pucat lesi. Sebelah kaki masih berada pada papan yang masih elok manakala sebelah lagi telah menjuntai ke bawah berayun diawangan. "Help me!"Tengku Orked menjerit dan prak! Sekali lagi kayu reput dimana Tengku Orked bergantung harap tadi kian patah dan permukaan air yang berkocak hebat di bawah sana menandakan tubuhnya sudah terjunam ke dalam sungai...
MY IDEAL ITALIAN GUY by raenees
raenees
  • WpView
    Reads 603,066
  • WpVote
    Votes 34,943
  • WpPart
    Parts 55
❦ π“π‘πž 𝐛𝐨𝐬𝐬 𝐚𝐧𝐝 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐨𝐧𝐚π₯ 𝐚𝐬𝐬𝐒𝐬𝐭𝐚𝐧𝐭 ❦ [ COMPLETE ] NENY ROBIN, pekerja di sebuah syarikat yang terkenal. Sangat lama tempoh si gadis berkhidmat di syarikat itu sehinggakan majikannya memintanya berkhidmat di sebuah syarikat maju iaitu El Qiansilouki Sdn. Bhd. selama empat bulan. Dia setuju. Tidak sangka pula pengurus syarikat itu adalah lelaki dari Itali! KIM ROSSIN STUART, sebaris nama yang Robin membuatkan dia tersenyum. Tambahan lagi, lelaki idamannya jejaka itali. Walau bagaimanapun, mengetahui lelaki itu tiada agama, Robin melupakan hasratnya. "Why you didn't hand shake with me?"-Kim Rossin Stuart. "My religion said forbidden for touching who's I don't married with. Including hand shake or whatever."- Neny Robin. Pada mulanya, semuanya baik-baik dan menjaga jurang hati agar tidak terjatuh hati. Tiada siapa tahu, apabila hati berubah rentak. Robin terperangkap. Terperangkap dengan hati celarunya. Bait-bait yang dia sendiri tutur memakan dirinya semula. Love trap? Mata mereka bertaut. "Then, will you be my imperfect's perfection?" - Stuart "Hold tight, mia amore." - Stuart Segalanya berubah tatkala dugaan menimpa Neny Robin dan dia terpaksa menahan diri kemudian mengingati dirinya bahawa dia tidak boleh sesuka hati mengurangkan jurang di antara mereka. Mereka di antara dunia yang berbeza. "You're just my boss, Stuart... and no one to me." - Robin. Wajah lelaki itu jelas terluka. Namun wajah terluka itu pantas berubah riak menjadi kosong. Dingin. "No one to you? Then, if you say so." Lelaki itu melangkah pergi. Mampukah mereka mengubati duka lara hati yang dibawa pergi? Benarkah takdir mereka sampai di situ sahaja? Ranking achievement πŸŽ– #4 in romance out of 13.9K story 8/11/20. WARNINGβ™₯ This is my first story. It's going to be chessy, mengarut, cliche and cringe. Ayat banyak berterabur. Β© 2018 Raenees. All right reserved.
Zafiq's [C] by aysdizl
aysdizl
  • WpView
    Reads 153,374
  • WpVote
    Votes 4,346
  • WpPart
    Parts 36
1st Flirty series Gelagat isteri yang nakal dengan suami. |HIGHEST RANKING #1in flirty| 4/3/24 |HIGHEST RANKING #1in purelove| 18/12/23 |HIGHEST RANKING #2in cerpen| 6/1/24 |HIGHEST RANKING #3in naughty| 6/12/23 Old title : Flirty Wife
[ C ] | Rayyan Ardel Shah: The Annoying Bodyguard Husband [BAKAL TERBIT 2026] by Qstnaafrn
Qstnaafrn
  • WpView
    Reads 721,810
  • WpVote
    Votes 26,853
  • WpPart
    Parts 58
Elara Saffiya, seorang gadis berumur dua puluh lima, hidup bebas mengikut rentak sendiri: tanpa peraturan, tanpa sekatan, dan tanpa sesiapa mampu menundukkannya. Namun, satu perintah daripada ayahnya, Dato' Seri Zayden Khalid, mengubah seluruh dunia Elara. Perkahwinan yang dijanjikan sebagai hukuman dan bukannya cinta membuatnya terperangkap dalam ikatan yang bukan dipilih sendiri. "Papa dah bagi amaran dulu. Sekarang kamu dah calarkan maruah papa lagi sekali. So this time, no more warnings. This is the only way to make you learn." - Dato' Seri Zayden Khalid Rayyan Ardel Shah, pengawal peribadi Dato' Seri Zayden Khalid; lelaki dingin yang muncul tanpa amaran, bukan sahaja bakal menuntut haknya sebagai suami, tetapi juga menjadi pengawal, penguji, dan guru tanpa belas kasihan. Tingkahnya tenang, kata-katanya tajam, dan matanya mampu menembusi dinding ego Elara yang selama ini kukuh. "Kalau bukan sebab bapak kau, aku lagi rela kahwin dengan kuda kat kandang belakang ni daripada kahwin dengan kau yang mulut macam bontot kuda pakai sarung nangka. Tak ada beza," - Rayyan Ardel Shah Setiap hari bersama Rayyan adalah peperangan diam, pertukaran kata-kata kasar yang sarat sindiran, dan ujian sabar yang memaksa Elara menilai semula segala prinsip dan kebebasannya. Dalam rumah kampung lama yang jauh dari gemerlap dunia kota, Elara terpaksa menghadapi realiti baru: kemewahan bukan lagi ukuran, ego bukan jawapan, dan cinta tidak semestinya hadir di permulaan. Dari pertengkaran yang pedas hingga malam yang sepi, setiap detik mengajar Elara satu perkara; bahawa untuk belajar tunduk pada hati, kadang-kadang perlu membiarkan diri tersakiti terlebih dahulu. "Aku sumpah... aku akan pastikan kau menyesal. Kau takkan mampu untuk simpan aku, Rayyan. Kau yang akan lepaskan aku sendiri. Ingat tu!" - Elara Saffiya Apakah Elara mampu mengekalkan identiti dan kebebasannya, atau dia akan rebah di bawah kuasa Rayyan yang dingin tapi misteri? Start: 6 JAN 2026 End: 22 MAC 2026
β€’Cβ€’QAISER'S QUEEN by nisarah_
nisarah_
  • WpView
    Reads 29,561
  • WpVote
    Votes 829
  • WpPart
    Parts 60
Perkahwinan yang dibina pada mulanya hanyalah satu daripada rancangannya. Peristiwa yang berlaku pada malam itu juga merupakan salah satu daripadanya. Cinta? Dia tidak tahu pada waktu yang mana perasaan itu muncul. Namun, yang dia rasakan hanyalah dia perlu melindungi suaminya. Semuanya kerana satu amanah yang arwah ayahnya turunkan buatnya. Mahu atau tidak dia terpaksa turutkan juga. Info yang lebih mendalam berkaitan dengan amanah arwah ayahnya itu terbongkar satu persatu. Lebih mengejutkan perkara ini mempunyai perkaitan dengan keluarga besar suaminya. Dari awal hingga akhir semuanya berkait. Dan dia tidak sangka sebenarnya jaraknya dengan pembunuh ibu bapanya hanya sedekat ini. "Apa semua ni sayang?" - Tengku Qaiser "Maafkan saya, abang" - Adhela Qasreena βœ”οΈVOTE βœ”οΈCOMMENT βœ”οΈSHARE ❌NO PLAGIAT ‼️WARNING‼️ cerita ini mungkin mengambil masa yang lama untuk bertemu dengan penamatnya.
[𝐂] πˆπ’πˆ π‡π€π“πˆ π„π‘πˆππ€ 𝐖𝐀𝐑𝐃𝐀𝐇 by syakinah_m
syakinah_m
  • WpView
    Reads 354,773
  • WpVote
    Votes 17,151
  • WpPart
    Parts 67
Hidup seorang Erina Wardah tak segembira yang bernafas disekelilingnya. Semenjak dia disahkan menghidap penyakit kronik di zaman kanak-kanak, hidupnya mula bergantung sepenuhnya dengan ubat. Secara tak langsung, dia ditahan di hospital buat sementara waktu atas arahan doktor. Hinggalah saat itu, Erina tak sengaja bertemu dengan seseorang yang senasib dengannya. Han, seorang lelaki yang tak banyak budi bicara dan bersifat dingin. Menyebalkan tapi dalam masa yang sama menarik perhatian Erina. Han sudah setahun ditahan dihospital akibat penyakit saraf otak yang dialaminya. Perlahan memori yang dia ada sebelum ini terkikis dan dilupakan. Amnesia? Mungkin saja. "By the way, can you try remember this name for a long time until you grow up?" - Erina Wardah "What?" - Han "Erina. Erina Wardah" Tak menyangka takdir mempertemukan mereka kembali dilanjut usia. Waktu itu, masing-masing mereka sudah mempunyai kerjaya. Namun, pertemuan mereka kali ini langsung tak pernah disangka-sangka. Kebetulan, terikat dan tak di sengajakan. Erina dihukum menjadi doktor peribadi Han atas kehendak tuan punya badan itu sendiri? Erina cuba menerima. Dan tanpa sedar semakin hari dirinya semakin tertarik dengan aura lelaki dingin bernama Han itu. Namun saat mereka bertemu kembali, masihkah Han yang mempunyai masalah amnesia itu mengingati wanita yang bernama Erina Wardah ? Tahukah dia bahawa Erina Wardah adalah wanita yang pernah muncul di kehidupannya sebelum ini? "Do I know you?" - Han "Maybe yes or maybe no, signore Han - Erina "non cercare di ingannarmi, bella." ********************************************** "I hate you!"-Erina "Did i told you to love me, mariposa?" - Han ********************************************* Namun kisah gelap Han membawa kepada bencana baharu yang telah melibatkan Erina. Dua-dua berada dalam ancaman musuh. Gila! Mampukah mereka menghadapi semuanya bersama? Highest #1 in action Highest #1 in thriller START: 15/10/2021 END: 11/01/2022
Takdirku Bukan Kita | SU | by _theeyne
_theeyne
  • WpView
    Reads 94,896
  • WpVote
    Votes 4,151
  • WpPart
    Parts 20
Rayna Zafrena - Mejar juruterbang taktikal EC725 TUDM. Pernah dipandang rendah kerana wajah dan perwatakannya yang berbeza, namun hari ini dia berdiri sebagai salah seorang juruterbang taktikal terbaik negara. Biarpun dibesarkan dalam keluarga yang jarang menyokong impiannya, ada satu-satunya abang di perbatasan yang menjadi sumber kekuatannya. Namun, di sebalik langit luas dan keberanian yang dipuji, Rayna menyimpan luka lama... luka bernama Raqeef Zayden. Dahulu pembuli di sekolah, kini Leftenan Kolonel PASKAU TUDM yang disegani kerana ketegasan dan kejayaannya dalam misi sulit. Takdir mempertemukan mereka kembali selepas 14 tahun-dalam sebuah operasi kritikal yang sepatutnya bukan Rayna yang mengetuai. Tetapi keadaan memaksa, dan dia terpaksa melangkah. Pertemuan pertama mereka tidak manis. Raqeef yang tidak mengenali Rayna dewasa, cepat menilai wanita itu sebagai keras dan tidak seperti wanita lain. Dia tidak tahu... Rayna adalah gadis yang pernah dia sakiti dahulu. Dari satu misi ke misi lain, perlahan-lahan Raqeef mula melihat sisi Rayna yang tak pernah dia sangka-tegas, cekal, berprinsip. Dan hatinya mula terusik. Tetapi bagi Rayna, lelaki cuma tertarik pada yang indah di mata... sehingga bosan, lalu pergi. Dia tidak mahu mengulang sejarah pahitnya. Ketika hatinya mula diuji, keluarganya pula mahu menjodohkannya dengan anak kenalan korporat. Dia menolak. Dalam masa yang sama, Raqeef meluahkan rasa. "Dua tahun... tunggu aku balik, kita kahwin." -Mejar Rayna Zafrena Rayna menerima tugasan di luar negara, menggenggam janji itu erat. Tetapi selepas dua tahun berlalu, dia pulang dengan satu keinginan-bertemu Raqeef semula. "Balik ni aku terus nak jumpa Raqeef." -Mejar Rayna Zafrena Namun berita yang menyambutnya menghentak jiwa. "Raqeef... hari ini dia nikah." -Kapten Alieya Natasya Dunia Rayna sekali lagi runtuh. Masihkah ada ruang untuk cinta yang tertangguh ini... atau segalanya sudah terlambat? PERINGATAN! - cerita ini mengandungi kata kasar!