Never click suspicious links
Reminder: Wattpad will never ask for passwords, payment information, or other sensitive account security details.
TBR
4 stories
C |  Warkah Cinta Terindah by notafoxy
notafoxy
  • WpView
    Reads 100,546
  • WpVote
    Votes 3,412
  • WpPart
    Parts 43
"Siapa kau sebenarnya?" suara garau itu, memecah keheningan malam itu. Pandangan matanya tajam menikam pada wajah polos itu. "Aku tanya... siapa... kau sebenarnya?" soalan itu diulang lagi oleh Megat Nufail. Nafasnya dihela kasar, dada bidangnya jelas kelihatan berombak. "Jawab!" tengking lelaki itu. Langkahnya kian mendekati tubuh wanita yang kecil itu hingga rapat bersandar pada dinding. Anak mata mereka berdua saling bertaut. "S..saya..." suara Indah Qasreena serak, dia menelan liur. Renungan Megat Nufail semakin tajam, seolah pisau belati yang menikam. "Kau isteri aku. Aku percayakan kau... Ini yang kau balas? Siapa kau!" tengkingnya lagi. Megat Nufail semakin mendesak Indah Qasreena untuk memberikan jawapan. Tak semena-mena, segaris senyuman sinis merekah di bibir Indah Qasreena. "Jadi... kau dah tahulah ya?" ucapnya, dingin. Megat Nufail menghentak tangannya ke arah dinding. Dia mendekatkan wajahnya. Renungan matanya masih tajam dan tidak berganjak dari wajah polos isterinya. Indah Qasreena segera menepis tangan Megat Nufail. "Siapa pun aku... aku dah jadi isteri kau. Isteri kau yang sah." sinis, senyuman semakin melebar di wajahnya. Megat Nufail menggenggam erat pada tangannya, cuba menelan sabar yang semakin membara di ruang hatinya. "Kau...!" ucapnya, menahan marah. Indah Qasreena hanya menatap wajah suaminya yang sudah merah padam itu. "Nak pukul? Pukul lah," dia cuba memarakkan lagi api yang sudah tersedia membara. PANG! Satu tumbukan dilaynangkan tepat di sisi wajah Indah Qasreena. Nafas kasar Megat Nufail jelas kedengaran. "Aku belum dayus lagi, untuk pukul perempuan," ujar Megat Nufail, dingin. Start: 26th September 2025 End: 23rd November 2025
OG | Abadi by notafoxy
notafoxy
  • WpView
    Reads 9,602
  • WpVote
    Votes 812
  • WpPart
    Parts 49
"Janji satu benda dengan aku," ujar Hans. Jasmine mengangguk tanpa ragu. "Apa dia?" "Jangan terlalu paksa diri kau untuk bertahan. Kalau satu hari nanti..." "Saya yakin, cinta yang tulus akan selalu jadi pemenangnya," Jasmine memotong kata-kata Hans. Segaris senyuman terukir di wajah lelaki itu. Matanya sudah berkaca. "Kau tak pernah berubah, Jasmine." Bisik hatinya. Tiba-tiba dada Hans mencengkam kuat. Pandangannya berpinar. Tangannya terlepas dari cawan kopi. "Awak?" Jasmine bangun cemas. "Awak!" Hans memegang dadanya. Nafasnya tercungap. Dunia berputar. Jam poket berdetik semakin kuat. Bingit. Setiap detik terasa merobek sisa tenaga yang tinggal. "Hans!" Hans mengangguk lemah. "Aku... tak boleh..." Dia tahu. Dia tidak boleh lama di sini. Hans bangun perlahan. "Awak nak ke mana?" tanya Jasmine. Hans memandang wajah itu buat kali terakhir. Wajah yang akan dia pertahankan walau perlu mengorbankan segalanya. "Maafkan aku," katanya perlahan. Tanpa berlengah, Hans melangkah keluar dari kafe itu. Tubuhnya lemah, langkahnya longlai. Tangan kirinya masih menekup telinga. Jasmine ditinggalkan terpinga-pinga. Tanpa ucapan selamat tinggal. Tanpa sebarang jejak. Bingit. Detikan jam semakin mendesak Hans mempercepatkan langkah. Hans cepat-cepat menundukkan wajah. Langkahnya melaju, ingin segera lenyap dari pandangan Jasmine. Dan dunia runtuh sekali lagi. Hans terjatuh melutut di lorong gelap. Lantai hospital menyambut tubuhnya yang menggigil. Nafasnya pendek. Dadanya mencengkam sakit. Peluh dingin membasahi dahi. Tangannya menggenggam jam poket erat. Jam itu kini berdetik perlahan. Seolah puas. Hans terduduk di sisi katil Jasmine. Tangannya menggenggam tangan isterinya yang dingin. "Maafkan aku," bisiknya pecah. "Aku datang lambat... terlalu lambat." Air mata lelaki itu jatuh satu persatu.
𝐑𝐚𝐭𝐮 𝐊𝐢𝐫𝐢𝐦𝐚𝐧 𝐓𝐮𝐡𝐚𝐧 | C by missdiraa
missdiraa
  • WpView
    Reads 784,243
  • WpVote
    Votes 34,273
  • WpPart
    Parts 76
𝐋𝐮𝐭𝐡 𝐐𝐚𝐲𝐲𝐢𝐝 | 𝐍𝐮𝐫 𝐒𝐲𝐢𝐟𝐚 𝐈𝐤𝐡𝐚𝐰𝐚𝐧𝐚 Mereka kata perkahwinan itu membahagiakan. Perkahwinan itu menyeronokkan. Tetapi kenapa apa yang dirasakan selama ini hanyalah sebaliknya? Dicurangi, dihina bahkan maruah diri itu seakan-akan dipijak oleh orang paling dia sayangi. Itulah kehidupan yang dijalani oleh Nur Syifa Ikhawana. Angkara memilih seorang lelaki yang salah, dia menjerat diri dalam lautan berapi. Dayus! "Entahlah, Syifa tak rasa nak kenal siapa-siapa." - NUR SYIFA IKHAWANA Trauma telahpun membawa Syifa menutup rapat hati itu. Tidak ada sesiapa yang mampu menambat hatinya. Tidak ada sesiapa yang mampu menawan hati itu lagi. Dia sudah serik. Serik dengan namanya cinta. "Dalam dunia ni ada undang-undang, dan kita sebagai rakyat kena patuh dengan undang-undang. Bukan setakat undang-undang dalam negara tapi juga kena tahu hukum dalam agama. Sebab orang beragama takkan sesuka hati melanggar hukum, mereka ada pegangan." - LUTH QAYYID Kehadiran seorang lelaki membawa kembali perasaan yang sudah lama menghilang. Disaat Syifa cuba menutup rapat pintu hatinya, lelaki itu datang untuk menghampiri. "Siapa yang malu? Awak ke saya?" - LUTH QAYYID "Saya." - NUR SYIFA IKHAWANA Luth Qayyid, seorang peguam tampan dan segak. Meskipun usia semakin meningkat, bukan jadi penghalangnya untuk mencari jodoh. Kata orang, biar lambat, asal betul! Namun bukan semudah itu bagi Syifa untuk menerima. Masa lalu masih membekas dalam ingatan membuatkannya takut untuk memulakan hubungan. Tidak mahu dijadikan seperti patung pemuas nafsu untuk seterusnya. "Setiap kaum Adam di dunia ini diciptakan Hawa nya. Dan saya yakin, Dia ciptakan awak sebagai ratu hidup seorang Luth Qayyid." ⚠️ No Plagiarism Allowed
Purrfect Match (Kita Yang Disusun Semesta) by DeianDyan
DeianDyan
  • WpView
    Reads 1,946,733
  • WpVote
    Votes 277
  • WpPart
    Parts 12
Padanan sempurna itu, sifatnya terpisah sebelum dicantum menjadi satu. Dua bulan usia pernikahan, mereka berpisah haluan. Sehinggalah takdir pertemukan setelah empat tahun berjauhan. Flora inginkan jawapan. Hanan pula membina alasan. Lantas, ikatan mereka dijadikan taruhan. "Let's start over. Bukan sebagai jiran, bukan sebagai sahabat. This time, as husband and wife." - Dzulhanan Daneeyal "Ini satu-satunya peluang yang aku akan beri pada kau, Hanan. You better fix all the broken pieces." - Flora Humairah Lalu saat kepingan-kepingan itu dikutip dengan hamparan mengapa ia berkecai sedari awal, mampukah alasan itu diterima sang akal? *** Cetus Amaran: Trigger Warning // TW: ⚠ Non-Consensual Act ⚠ Drugs