ana
198 stories
Mr. Mafia CEO (COMPLETE) by _VioletQuartz
_VioletQuartz
  • WpView
    Reads 69,399
  • WpVote
    Votes 1,351
  • WpPart
    Parts 43
Tengku Aqeef Nikael. CEO muda Royal Crest Realty, tokoh besar dalam industri hartanah dan pembinaan di Malaysia serta Singapura. Di mata dunia, dia seorang pemimpin berwibawa, berkarisma dan penuh pengaruh. Namun, hakikat yang tidak diketahui oleh sesiapa, termasuk keluarganya sendiri, dia menyimpan rahsia gelap. Di sebalik wajah CEO ternama itu, Tengku Aqeef Nikael adalah seorang gengster, lebih tepat lagi seorang mafia. Rahsia itu hanya dikongsi bersama dua sahabat rapatnya yang turut hidup dalam dunia yang sama. Perwatakan Tengku Aqeef Nikael jauh menyimpang daripada imej seorang pewaris korporat. Sikapnya dingin, berhati beku, dengan wajah bengis yang lebih sesuai dipadankan dengan dunia gelap yang dikuasainya, bukan kerusi empuk CEO. Berbeza pula dengan Fayqa Izzhany. Gadis periang yang tidak pernah lekang dengan senyuman, hidupnya sederhana namun penuh warna. Dia mengusahakan sebuah kafe bernama Lavendar Café bersama dua sahabat merangkap sepupunya. Dunia Fayqa Izzhany jauh dari kelam, penuh dengan aroma kopi, tawa dan kehangatan persahabatan. Pertemuan Tengku Aqeef Nikael dan Fayqa Izzhany seringkali menjadi bahan bualan. Mereka berdua ibarat langit dan bumi, terlalu berbeza, seolah mustahil untuk sehaluan. Namun tanpa diduga, perancangan dua keluarga besar, Tengku Azman dan Dato' Farid, mahu menyatukan mereka dalam ikatan perkahwinan. Apakah yang bakal terjadi bila lelaki berdarah dingin itu dipertemukan dengan gadis penuh cahaya? Mampukah cinta berputik antara mereka apabila terpaksa duduk sebumbung, atau rahsia gelap dunia mafia akan meranapkan segalanya? 13/09/2025 ~ 31/10/2025
IMANI RAFAEL: Our Last Love (C) by nadi-asya
nadi-asya
  • WpView
    Reads 30,915
  • WpVote
    Votes 12,953
  • WpPart
    Parts 57
TALIA IMANI x HARIZ RAFAEL "Kalau susah sangat kakak nak cari jodoh, biar umi lah yang carikan," - Puan Teratai "Apa ni umi! Kakak tak nak kahwin lagi lah," - Talia "Angah bila nak bawa mama jumpa dengan buah hati angah?" - Puan Ainul "Takda buah hati lagi," - Hariz Kedua-dua ibu mereka menginginkan hal yang sama iaitu menantu. Persoalannya, dimana hendak mereka cari sedangkan kedua-duanya masih tidak mempunyai pasangan. Haih peningnya dengan permintaan mak-mak ni! "Kak, kau kahwinlah cepat. Aku dengan Dani dah rancang nak kahwin ni," - Tania Yang si adik pun kuat mendesak dengan hal yang sama. Tiba-tiba muncul pula watak yang telah lama Talia lupakan dalam hidupnya. "Kita getback? I'm sorry about our past please give me a second chance," - Ilhan Apa pilihan yang Talia ada? Adakah dia rela menerima jodoh yang dicari oleh uminya? Atau... dia menerima cinta pertamanya kembali ketika di universiti? my first ever story. your votes and comments are my motivation to continue updating this story! 🤍
The Mr. Thaqif Alexander by fereyssa
fereyssa
  • WpView
    Reads 3,423
  • WpVote
    Votes 157
  • WpPart
    Parts 21
"Kau sentuh dia kau mati perempuan." Ayat tu. Cuma satu ayat itu yang menutur dibibirnya mampu membuatkan semua orang terkaku tak bersuara. Termasuk Amanda Krystal sendiri. Dia terkesima dari riak wajah jejaka itu Amanda Krystal tahu bahawa Thaqif Alexander benar-benar memaksudkan kata-katanya tadi. Dalam sekelip mata tangan mereka yang menyentuhnya terlerai. Lembut tangannya ditarik oleh Thaqif Alexander. Sementara pandangan helang jejaka itu memandang tajam ke arah mereka. "Dia.. cuma milik aku Dan hanya aku yang boleh sentuh dia." Thaqif Alexander. Seorang lelaki mafia yang berkacukan Italy Malaysia. Memiliki wajah yang sangat tampan serta matanya yang berwarna grey kebiruan yang menjadi kegilaan setiap gadis apabila memandang tepat ke anak matanya. Thaqif Alexander dia juga seorang yang dingin dan beku oleh sebab itu dia tidak tertarik dengan mana-mana wanita. Baginya hanya Mamanya sahaja yang bertakhta dihati sehingga lah dia bertemu dengan seorang gadis kecil. "Amanda Krystal." Amanda Krystal asyik nama itu sahaja yang meneliti dibibir merahnya. Entah kenapa dia asyik teringat akan gadis tersebut. Tambahan lagi apabila Amanda Krystal pernah menyelamatkan nyawa Mamanya yang hampir dilanggar oleh musuh, akibat perkara itu Amanda menjadi bahan utama kelemahan Thaqif Alexander yang digunakan oleh musuh untuk menjatuhkannya. "Kahwin dengan dia Thaqif, Mama tak nak nyawa Krystal dalam bahaya." Permintaan yang agak mengejutkan tetapi makin lama jejaka itu dipujuk oleh Mamanya. Akhirnya Thaqif Alexander mengalah diturutkan juga permintaan Mamanya itu. "Kahwin dengan aku Amanda." "Awak merepek apa ni Aqif?" "Tch.. This is not a joke my little angel. Marry me, I swear I will protect you."
KIM'S: HIS STELLA | C | ✔️ by RosieHaydar
RosieHaydar
  • WpView
    Reads 618,792
  • WpVote
    Votes 18,284
  • WpPart
    Parts 70
3rd HIS Series Syed Hakim Mikael x Ku Amra Raisa Ku Amra Raisa tidak pernah menyangka kekalahannya pada permainan gunting-batu-kertas atau nama modennya Osom bersama dengan kembarnya telah menjadi satu titik perubahan terbesar di dalam hidup. Pertemuannya dengan seorang lelaki yang ikhlas menaruh hati padanya telah membuka sedikit ruang pada diri untuk mengenali lelaki itu dengan lebih rapat. Cuba untuk berkawan tanpa menyerahkan hati yang masih kosong. "Amra, saya nak beli kereta lah. Lepas saya beli kereta, saya nak kumpul duit. Saya nak halalkan awak untuk saya," - Syed Harraz Malieq "Encik Hakim jangan ambil serius dengan apa yang Yaz cakap tau. Dia gurau je tu," - Ku Amra Raisa "Kalau betul pun apa salahnya. Tapi make sure jangan terima dia sebab dia desak atau terpaksa. Fikir perasaan sendiri dulu. Hidup sekarang kena selfish. Kalau betul awak suka dia, boleh terima baik buruk dia, why not?" - Syed Hakim Mikael Tetapi satu kejadian telah merubah takdir yang tidak pernah tertulis buat Raisa dan Harraz. Pelbagai tentangan dan amarah yang perlu Raisa dan juga Hakim tempuh akibat dari kejadian itu. "Kalau angah sayang dia pun tak berdosa ibu. Dia isteri angah," - Syed Hakim Mikael "I will not make that happen. Sebelum kau jatuh sayang dekat Amra, better pulangkan dia dekat aku ngah," - Syed Harraz Malieq Bersama-sama Raisa dan Hakim cuba untuk menerima takdir yang sudah tertulis serta merungkai misteri si pelaku yang merencana kejadian yang telah menimpa mereka. Dapatkah Raisa menyesuaikan diri dengan Hakim yang asalnya seorang majikan kepada seorang suami? Dapatkan Hakim mempertahankan perkahwinannya kali ini? ***** Syed Hakim Mikael Syed Ali • Soft-spoken, soft-hearted, protective, clingy Ku Amra Raisa Ku Rafiee • Matang, manja, clingy Start: 5.5.2024 End: 14.8.2024
My Halal Housemate by cikemgee
cikemgee
  • WpView
    Reads 71,240
  • WpVote
    Votes 2,742
  • WpPart
    Parts 41
E-BOOK AVAILABLE : RM 5 ONLY Whatsapp 0176221665 He's so close, yet so far.. How can hate turns to love.. when there is no hate at all? Nusaibah Balqis - gadis biasa yang masih menyimpan perasaan terhadap crush sejak zaman sekolah menengahnya. Bila diajak kahwin, mestilah dia tak tolak. Tapi, si dia punya agenda tersendiri. Kahwin dengannya semata-mata untuk mendekati perempuan yang disukainya. Mampukah dia terima? Yusuf Luqman - pemuda yang menjaga batasnya. Tapi hatinya tetap terpikat dengan seseorang, dan kekal sehingga dia menjadi dewasa. Sampai sanggup kahwin dengan best friend crush sendiri semata-mata nak sentiasa up to date dengan perkembangan crush sendiri. Dia yakin hatinya akan tetap teguh dan setia. Tapi, kuatkah dia? Kalau dapat kahwin dengan crush sendiri, mesti heaven. Tapi crush memang dah suka orang lain sejak dari mula. Macam mana ni? Story about people who gradually fall in love~
My Husband Rayyan Adyan | COMPLETED  by Nazreenayn
Nazreenayn
  • WpView
    Reads 198,940
  • WpVote
    Votes 7,475
  • WpPart
    Parts 69
RAYYAN ADYAN- Jejaka yang membenci semua wanita hanya kerana kecewa dengan perangai bekas kekasihnya. Dia mengambil masa selama 4 tahun untuk mengubah diri bagi menjadi seorang yang tidak mempunyai perasaan. Tetap kelihatan tenang, tidak banyak bicara dan tidak tertarik dengan semua perkara. Namun semuanya berubah setelah dia dengan tidak sengaja mengenali seorang wanita bernama NAYLA ALEENA. Wanita yang bernasib malang setelah kematian ibunya. Perkahwinan yang tak masuk akal diciptakan oleh Rayyan. Dia tanpa rasa bersalah telah mengheret Nayla ke dalam masalahnya. Akan tetapi, semuanya terpesong dari matlamat asal. Dari benci menjadi suka, dari perasaan suka menjadi cinta. RAYYAN ADYAN- "Abang mengaku itu memang abang, tapi itu sebelum abang kenal sayang dan abang menyesal cakap macam tu." NAYLA ALEENA- "Ceraikan saya!" Itu sahaja yang diucap oleh Nayla. Pengakhiran yang tidak dapat dijangka, rumah tangga yang hampir retak. Tetapi adakah Rayyan dapat mempertahankan atau adakah dia mula berputus asa dengan semua itu?
[c] Rayuan Perempuan √ by Rusyea
Rusyea
  • WpView
    Reads 273,192
  • WpVote
    Votes 12,066
  • WpPart
    Parts 66
[TAMAT] Siti Zulaikha, seorang gadis kota yang kehilangan segala-galanya, dijodohkan atas kehendak keluarga. Namun, pada suatu hari, tanpa alasan dia ditinggalkan oleh sang suami di satu perkampungan yang asing baginya. Di situ, dia bertemu seorang pemuda yang seakan tidak pernah tergoda akan kecantikannya. Ahmad Yusuf , seorang lelaki kampung yang setia menjaga ibunya yang uzur dan hidup dengan penuh kesederhanaan. Walaupun dia hanyalah seorang lelaki yang tidak punya kemewahan namun keperibadiannya menjadi pujaan. "Tara!" - Zulaikha. "Syiling? Untuk apa?" - Yusuf. "Saya nak beli senyuman awak yang mahal sangat tu!" - Zulaikha. "Merepek." - Yusuf. "Boleh pegang tangan tak?" - Zulaikha. "Ada wuduk." - Yusuf. Dont judge by cover! Saya tak pandai tulis blurb atau sinopsis. Boleh try baca dulu, mana tahu berkenan dengan tekak korang <3 𝐖𝐀𝐑𝐍𝐈𝐍𝐆❗️‼️❗️‼️ 𝘊𝘦𝘳𝘪𝘵𝘢 𝘪𝘯𝘪 𝘥𝘪𝘵𝘶𝘭𝘪𝘴 𝘰𝘭𝘦𝘩 𝘴𝘢𝘺𝘢 𝘴𝘦𝘯𝘥𝘪𝘳𝘪 dan Idea dari otak udang saya sendiri!! 𝘚𝘢𝘺𝘢 harap tak ada isu plagiat atau copypaste di sini !!! 𝘋𝘢𝘯 𝘫𝘪𝘬𝘢 𝘢𝘥𝘢 𝘱𝘦𝘳𝘴𝘢𝘮𝘢𝘢n, harap maaf, mungkin ia hanya satu kebetulan. Saya tegaskan sekali lagi, tiada unsur plagiat di sini! Sama ada saya atau anda! Terima kasih !
Tenangmu, Menemukan Aku | SU by Lunivienne
Lunivienne
  • WpView
    Reads 10,276
  • WpVote
    Votes 1,210
  • WpPart
    Parts 51
📚 Hak Cipta Terpelihara © Lunivienne 2025 Karya ini adalah milik penulis dan dilindungi di bawah Akta Hakcipta 1987. Sebarang cetakan, penyalinan, terbitan semula, atau adaptasi tanpa kebenaran bertulis adalah dilarang. Sokong penulis tempatan dengan membaca secara sah 💛 --- Dr. Irina Safwah dihantar bertugas ke Kem Iskandar selepas kehilangan sahabat baik dalam kemalangan tragis. Dalam diam, dia membawa luka yang tak kelihatan, insomnia, rasa bersalah, dan hati yang belum sembuh. Kapten Zulfaqar Rauf Al-Fateh, ketua anggota GGK, hidup dengan penuh disiplin, amanah dan fokus. Baginya, tanggungjawab lebih utama daripada rasa. Dalam dunia berbeza, mereka bertemu. Di antara medan latihan dan ruang rawatan, dua jiwa belajar menyembuhkan, bukan dengan kata, tetapi dengan kehadiran yang jujur. Kerana kadang, tenang seseorang itulah yang menemukan semula diri kita. 📌 DILARANG PLAGIAT! Start; 31st July 2025 End;
Jejak Hijau Nawal  |  C by Lunivienne
Lunivienne
  • WpView
    Reads 4,391
  • WpVote
    Votes 439
  • WpPart
    Parts 43
📚 Hak Cipta Terpelihara © Lunivienne 2025 Karya ini adalah milik penulis dan dilindungi di bawah Akta Hakcipta 1987. Sebarang cetakan, penyalinan, terbitan semula, atau adaptasi tanpa kebenaran bertulis adalah dilarang. Sokong penulis tempatan dengan membaca secara sah 💛 --- Kadang-kadang, kita tak perlu jadi paling kreatif. Cukup kalau kita paling jujur dan tak berhenti melangkah. Nawal Batrisya, si gadis pendiam dan ceria, baru menamatkan diplomanya dalam seni bina landskap. Dia tidak pernah menjadi pelajar terbaik, bukan juga yang paling menonjol. Tapi dia punya sesuatu yang jarang dimiliki ramai: ketekunan, keikhlasan dan hati yang tak pernah berhenti berharap. Hari pertama di firma landskap yang serba asing menemukan dia dengan Firdaus Hakimi sebagai seorang jurutera awam yang tegas, serius, dan tidak pernah suka kerja sambil lewa. Dia nampak segala kelemahan Nawal... tetapi dia juga nampak potensi yang Nawal sendiri tak percaya dia ada. Mereka bekerjasama dalam projek demi projek, dari taman kampus yang damai hingga landskap hospital yang menyentuh jiwa. Antara teguran, lakaran, dan impian yang mula bercambah benih rasa perlahan-lahan tumbuh, tanpa dipaksa. Namun Nawal tahu, dunia kerjaya tak selalu beri ruang untuk rasa. Dia datang bukan untuk bercinta, tetapi untuk membuktikan sesuatu... pada dunia, dan pada dirinya sendiri. 🌿 Jejak Hijau Nawal ialah kisah tentang jatuh, bangkit, dan menanam harapan walaupun di tanah paling gersang. Tentang percaya bahawa hijau itu bukan sekadar warna, tapi satu perjalanan. 📌 DILARANG PLAGIAT! Start; 5th June 2025 End; 25th July 2025
IN EDITED | Cinta Semestinya WUJUD S1  by Lxyhavreb_
Lxyhavreb_
  • WpView
    Reads 15,683
  • WpVote
    Votes 807
  • WpPart
    Parts 40
Raviel Aziel x Angelina Adreanna Semua yang berlaku secara tiba-tiba membuatkan Angelina menjadi buntu. Dia enggan menerima penjodohan keluarganya tersebut jadi pilihannya hanya satu. Melarikan diri. Semasa melarikan diri, pertemuan tanpa sengaja antara Angelina Adreanna dan Raviel Aziel di sebuah lorong sunyi telah mencetuskan pergaduhan. Sejak itu, ada saja yang nak digaduhkan. "Kau yang mula dulu, salahkan aku pulak?" - Angelina Adreanna "Memang salah kau kan?" - Raviel Aziel "Heh! woman is always right. Jadi kau yang salah bukan aku!" - Angelina Adreanna Bunga terlarang yang tiba-tiba mencuri hatinya. Itu gambaran tepat tentang perasaannya. Raviel Aziel yang enggan mempercayai cinta itu wujud tetapi tanpa disangka kehadiran yang tidak sengaja, Angelina telah membuktikan dia percaya cinta itu wujud. "How can I trust you?" - Angelina Adreanna "Don't believe my words, but believe my actions, Gorgeous." - Raviel Aziel