We've updated our Content Guidelines.
Review the latest guidelines to keep sharing stories safely.
Shrimp_shoyo's Reading List
2 stories
Bawa Dia Kembali [TERBIT] by viepixxa
viepixxa
  • WpView
    Reads 176,659
  • WpVote
    Votes 3,651
  • WpPart
    Parts 7
BAWA DIA KEMBALI BY VIEPIXXA Kehidupan seorang Nufa Eldarya yang serba mewah berubah setelah peristiwa buruk yang menimpanya. Dia kehilangan segala-galanya dalam sekelip mata. Sejak itu, dia mengalami kemurungan dan tiada semangat hidup dalam dirinya. Lalu dia dipertemukan dengan seorang doktor yang bernama Ken Rafael. Figura lelaki itu selalu ada setiap kali Nufa ingin menamatkan hidupnya. Semakin dia cuba menjauh, semakin lelaki itu mendekat seakan percaya mereka ditakdirkan untuk bersama. "Saya tak layak untuk awak. Awak terlalu banyak kelebihan sedangkan saya..." - NUFA ELDARYA "Walaupun awak ada kekurangan, saya ada untuk lengkapkan hidup awak." - KEN RAFAEL Remuk hati Nufa apabila keluarganya sanggup membuangnya dengan cara menjodohkan dia dengan orang lain. Namun, Ken selalu meyakinkan bahawa semua akan baik-baik saja. "Kahwin dengan saya. Saya akan jaga awak tanpa batas waktu." - KEN RAFAEL Ketika Nufa sudah mula belajar menerima takdir, dugaan melanda tanpa henti yang membuatkan hubungan mereka goyah. Salah seorang harus pergi jika ingin bahagia. Lalu apakah pengakhiran mereka? "Sejauh mana pun dia pergi, tolong bawa dia kembali bersamaku." DILARANG PLAGIAT! All Rights Reserved © viepixxa
ATMA AKASA [C] by thekafai
thekafai
  • WpView
    Reads 766,083
  • WpVote
    Votes 42,237
  • WpPart
    Parts 40
[ BUKU 1 ] "Cuba senyum sikit Encik Muaz , mana tahu air laut yang masin ni boleh jadi manis." - ATMA MALAIKA "Cuba belajar berenang dulu. Biar tak lemas, tak menyusahkan orang cari ikan. Dasar scammer ikan." - MUAZ AKASA Dari kerja di langit, darat, hingga laut. Muaz tak pernah bertemu gadis aneh seperti Atma Malaika. Sangat tiba- tiba dan random. Sangat bertentangan dengan Hakimi, juga Haji Samir. "Siapa jantan tu? Seronok sangat sampai tiap hari kau pergi jumpa dia?" Oh-! Ada sesuatu yang perit kembali mencengkam dada Muaz. Mata bundar Malaika yang berkaca-kaca seakan menghidupkan semula jiwa Muaz yang telah lama mati. Rasa sakit. Sudah lama aku tak rasa sakit begini.. - Ini kisah Muaz Akasa, penghuni bumi yang pernah menumpang di langit. Menyewa di darat, sekarang menetap di tengah lautan. Sepasang sayapnya yang patah seakan tumbuh kembali dengan kehadiran Malaika. Dialah atma, satu-satunya jiwa Muaz Akasa.