2025
5 stories
Peluang Kedua Buatku | (c) by oniriquefairytale
oniriquefairytale
  • WpView
    Reads 6,874,809
  • WpVote
    Votes 284,556
  • WpPart
    Parts 64
Meskipun dibesarkan dalam keluarga yang dihormati, Haura Mikayla tidak pernah diajar oleh Dato' Azham dan Datin Suhaila mengenai kehidupan. Haura dibiarkan terkontang kanting di dalam masyarakat, dibiarkan sendiri mencari tujuan dan kebebasan hidup seorang diri, sehingga dia menjadi mangsa dalam percintaan yang disangkakan ikhlas. Memang benar, anak bongsu lebih kepada sifat manja namun sedih, kecik hati, kecewa banyak disimpan dan dipendam sendiri. Kadang dipersalahkan tanpa bukti. Sehingga dia membuat keputusan untuk tidak lagi meletakkan harapan kepada kaum Adam. "Mungkin saya ni sebenarnya dilahirkan tanpa pasangan kot?" - Haura Mikayla Amsyar Dizhwar, yang meletakkan keluarga sebagai keutamaan dalam hidup mula memikirkan soal hati apabila dipertemukan semula dengan adik kepada rakan karibnya, Hawwas Muazzam. "Saya terima awak. Baik buruk awak." - Amsyar Dizhwar Start; 19th September 2023 End; 7th November 2023
Dan Aku Masih Bertahan ( TELAH TERBIT) by TheZhrhs
TheZhrhs
  • WpView
    Reads 4,342
  • WpVote
    Votes 225
  • WpPart
    Parts 16
Haya tidak pernah meminta untuk menjadi kuat, tetapi hidup memaksanya bertahan. Dia mengejar impian-menulis, menerbitkan buku, membina namanya sendiri. Namun, di sebalik kejayaan itu, tersimpan luka yang tak pernah sembuh. Penolakan, kekecewaan, dan kebencian dari insan yang sepatutnya menjadi pelindungnya. Ketika masa lalu kembali menghantui, Khairul hadir dalam hidupnya-lelaki yang tenang tetapi sukar diduga. Dia menawarkan sesuatu yang Haya sudah lama takut untuk percaya: keikhlasan. Tetapi, bagaimana jika kepercayaan itu akhirnya mengkhianatinya seperti sebelum ini? Bagaimana jika dia sekali lagi perlu berdiri sendiri, mengutip serpihan yang telah pecah? Mampukah Haya benar-benar berdamai dengan luka silam, atau dia hanya menunggu masa untuk jatuh sekali lagi?
SEADANYA KAMU (C) by Mrwaxzya
Mrwaxzya
  • WpView
    Reads 181,863
  • WpVote
    Votes 7,020
  • WpPart
    Parts 53
Kali pertama bertemu, mereka bagaikan anjing dengan kucing. Suka bergaduh! Namun mereka terpisah buat sementara waktu. Masing-masing membawa haluan sendiri. Bagi Hariz, dia rindukan wanita yang suka melawan katanya! "Sha? What are you doing here?" - HARIZ NUFAEL Pertemuan tidak dijangka menyatukan mereka semula, namun tidak semudah yang difikirkan. Disebalik hati beku milik Shasha Rayana, ada satu kekurangan dirinya yang menjadikan dia wanita tidak sempurna. "Apa awak nak Hariz? Boleh tak berhenti ganggu saya kejap? Sehari pun jadi lah." - SHASHA RAYANA Ditolak berkali-kali, namun tidak mematahkan semangat Hariz Nufael untuk memikat hati wanita idamannya! "Saya dah 32 tahun Sha. Saya tak ada masa nak main-main." - HARIZ NUFAEL "Saya tak setaraf awak. Awak sempurna dari setiap sudut, sedangkan saya tak." - SHASHA RAYANA "Then let me complement you. Itulah fungsi suami isteri kan? Saling melengkapi." HARIZ NUFAEL Bagi Shasha, dia tahu lelaki seperti Hariz Nufael tidak akan bertahan dengan wanita sepertinya. Namun dek kedua-dua orang tuanya, dia terpaksa akur. Awal perkahwinan, semuanya indah belaka dek layanan Hariz Nufael yang terlalu sempurna. Namun akhirnya, rahsia yang tersimpan kemas diketahui Hariz Nufael. "Sha dah pernah cakap banyak kali. Sha bukan perempuan yang layak untuk abang berdamping selamanya." - Shasha Rayana "Biarlah satu dunia pun menentang kita, biarlah satu dunia menghalang kita, tapi cinta abang pada Sha takkan pernah berubah!" - Hariz Nufael Jika benar Shasha Rayana telah tertulis takdirnya bersama Hariz Nufael, maka dia akur kerana sumpah setia suaminya, Hariz Nufael yang hidupnya tidak pernah kisah dengan kekurangan isterinya.
C | mimpi indah by LunaLavella
LunaLavella
  • WpView
    Reads 1,143,856
  • WpVote
    Votes 89,623
  • WpPart
    Parts 70
Melissa Adeera, trauma yang datangnya dari insan bergelar lelaki telah menghadirkan sebuah mimpi buruk padanya setiap hari. Setiap malam. Setiap waktu. Setiap saat. Masa lalu itu... menyakitkan. Akibat insiden yang lepas, dia berhenti mempercayai lelaki. Kaum adam itu ibarat musuh baginya. Hanya bertuhankan syaitan dan nafsu semata! Sebuah kehilangan telah menghadirkan seorang jejaka yang bersumpah ingin melindunginya. Khairul Hayyan, janji terikat utuh buat Melissa tatkala hadirnya satu rasa aneh di sudut hatinya. Pada awalnya semuanya sekadar di atas belas kasihan semata, namun siapa sangka hati bekunya terbuka ingin mencintai semula? Mereka, dua insan yang dikhianati dan disakiti. Rapuh dalam percintaan apatah lagi kepercayaan. Namun, aturan Tuhan itu maha hebat. Dua hati yang bersumpah untuk berhenti mencintai akhirnya terbuka semula untuk menerima sesama sendiri. Di saat nyawa Melissa menjadi taruhan, saat itu jugalah sisi charming Khairul muncul. Dia mahu melindungi Melissa ibarat nyawanya dan mencintai gadis itu sehingga ke hari tua. "Aku akan jaga kau, sampai mati." -KHAIRUL HAYYAN Dia, Khairul Hayyan akan menjadi pelindung untuk Melissa Adeera. Mimpi buruk yang selalu hadir dalam tidur Melissa akhirnya berubah menjadi mimpi indah yang selalu dia dambakan dengan kehadiran lelaki itu. Dalam sembunyi rahsia cinta mereka dijalin dan ketika mereka bersedia ingin membongkarkan segalanya, satu lagi badai datang menjelma. Trauma itu datang lagi. Menyerang dan membunuh dari dalam. Mengakibatkan hidup Melissa kembali kucar kacir tanpa bayang penyelesaian. Kepercayaannya musnah. Jiwanya hancur. 2022 © By lunalavella all rights reserved. (completed) started : 1 Sep 2021 ended : 17 Jan 2022