Part II
73 stories
Ka. Wa. N ✓ by _RembulanMerah
_RembulanMerah
  • WpView
    Reads 84,727
  • WpVote
    Votes 1,692
  • WpPart
    Parts 36
[3rd Book] Ka. Wa. N - Terlanjur Jadi Lain Menceritakan tentang sisi gelap di sebalik tembok gah Valerius Academy, tempat di mana darjat dan kuasa menjadi hukum rimba. Bagi Aria Bellerose, menjadi kawan baik kepada Mikael Valerius adalah satu perlindungan, namun dalam masa yang sama, Satu Jeratan! INI BUKAN NOVEL REMAJA TIPIKAL Warning [18+] Naskhah ini mengandungi naratif yang berat termasuk penggunaan bahasa kasar, elemen keganasan serta realiti pahit kehidupan sosial remaja (seks dan d@dah). Pembacaan adalah di atas risiko sendiri. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas sebarang impak emosi atau mental selepas membaca. Disclaimer: Segala watak, tempat, dan kejadian dalam cerita ini adalah rekaan kreatif semata-mata. Sebarang persamaan dengan individu yang masih hidup atau yang telah tiada adalah kebetulan yang tidak disengajakan. Start date : 26 Apr 2026 End date :03 June 2026
Se. Ru. Mah ✓ by _RembulanMerah
_RembulanMerah
  • WpView
    Reads 405,636
  • WpVote
    Votes 4,114
  • WpPart
    Parts 49
[2nd Book] Se.Ru.Mah - Kota, Remaja dan Kebebasan Menceritakan tentang realiti hidup Rheanne Hart selepas berpindah ke sebuah flat di celah hiruk-pikuk kota. Di bawah bumbung milik keluarga Asher Kanne, Rheanne terperangkap dalam dinamik hubungan yang toksik, rahsia gelap rakan serumah, dan godaan dunia remaja yang tidak pernah tidur. INI BUKAN NOVEL REMAJA TIPIKAL Warning [18+] Naskhah ini mengandungi naratif yang berat termasuk penggunaan bahasa kasar, elemen keganasan serta realiti pahit kehidupan sosial remaja (seks dan d@dah). Pembacaan adalah di atas risiko sendiri. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas sebarang impak emosi atau mental selepas membaca. Disclaimer: Segala watak, tempat, dan kejadian dalam cerita ini adalah rekaan kreatif semata-mata. Sebarang persamaan dengan individu yang masih hidup atau yang telah tiada adalah kebetulan yang tidak disengajakan. Start date: 18 Jan 2026 End date : 26 Apr 2026
HAR+ZA by psychonagi
psychonagi
  • WpView
    Reads 6,652
  • WpVote
    Votes 289
  • WpPart
    Parts 44
𝐒𝐩𝐢𝐧-𝐨𝐟𝐟 𝐊𝐚𝐧 𝐊𝐮𝐭𝐮𝐧𝐠𝐠𝐮 𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚𝐦𝐮 𝐒𝐚𝐦𝐩𝐚𝐢 𝐌𝐚𝐭𝐢 Hafiza Aina. Seorang gadis yang sikapnya tak seindah nama. Lepas laku dan tiada adab. Biadap dan kurang ajar. Dunia dia hanya punya dia. Tiada sesiapa yang berhak datang mengganggu. "Mulut mamat ni boleh tahan murah juga ya? Eh, patutnya jantan tolol macam kau, rumah dekat kandang babi!" Namun, sikapnya akan tetap terkawal jika tiada sebab kukuh untuknya mengamuk. Tengku Haris Iman. Lelaki yang tampak tenang tetapi bersifat tegas. Dia bukanlah seperti mereka yang lemah lembut menegur kesalahan. Baginya, baik lelaki atau perempuan, jika salah, mereka sepatutnya diberi teguran tegas! Supaya tiada lagi salah yang berulang. "Kau ingat kau nampak baik di mata orang, kau dah maksum? Jangan sampai perangai perasan bagus kau ni, jadikan kau nampak munafik." Mereka. Haris dan Hafiza. Hubungan lebih dari sahabat namun kurang dari kekasih. Saling mencintai dan saling menunggu. Hafiza yang selamba dan Haris yang menjaga sebelum hubungan mereka berubah halal. "Haris, kau jangan sampai aku cium kau." - Hafiza "Fiza, kau cakap macam ni lagi sekali, aku takkan masuk meminang kau!" - Haris Ini adalah kisah mereka. "Dengan perangai kau macam ni, aku rasa kita kena kahwinlah." - Haris "Baguslah. Aku dah tak sabar nak pegang-pegang kau." - Hafiza ⚞𝓓𝓾𝓷𝓲𝓪 𝓶𝓮𝓻𝓮𝓴𝓪 𝓱𝓪𝓷𝔂𝓪 𝓪𝓭𝓪 𝓬𝓲𝓷𝓽𝓪 𝓗𝓪𝓻𝓲𝓼 𝓭𝓪𝓷 𝓗𝓪𝓯𝓲𝔃𝓪⚟ 🚩 Warning! Terdapat bahasa yang kurang enak dan tak patut digunakan.
Mrs. Vulnerable (Completed) by AinaNabilaAzman
AinaNabilaAzman
  • WpView
    Reads 21,572
  • WpVote
    Votes 2,457
  • WpPart
    Parts 51
Prinsip seorang Hazel Adura bila mengenai cinta cuma satu iaitu jangan percaya lelaki. Dia tidak pernah serius bila bercinta malah dia sendiri digelar 'playgirl' kerana dia cuma akan keluar bercinta dengan seorang lelaki untuk tiga janji temu saja. Selepas itu, adios! Hazel Adura, seorang peguam cantik yang digelar Mrs. Vulnerable kerana usai 3 janji temu dia akan menamatkan hubungan cinta mereka. Tapi tetap juga ramai lelaki yang ingin bercinta dengannya. Hujung-hujung kecundang jua. "Macam mana kau nak jumpa lelaki serius kalau syaratnya hanya boleh 3 kali dating aje? Sekarang tengok, tak pasal-pasal kau digelar 'playgirl' with brains." - LISA "3 dates... finish it all and break up. See? No hard feelings. Lagipun tak ada siapa boleh ubah prinsip aku. You want me, you follow my rules. I don't care what people think." - HAZEL ADURA Lisa sendiri tidak pernah faham bagaimana Hazel berfikir. Tapi hujung-hujung dia jugalah tempat Lisa mengadu masalah cinta. Dalam masa yang sama muncul Aryan Adwan, lelaki yang inginkan 3 janji temu daripada Hazel. "Saya setuju dengan syarat awak. I want to be your boyfriend for 3 dates." - ARYAN ADWAN "Mrs. Vulnerable dates Mr. Romeo? Okay, get ready for World War 3." - AKMAL Apabila playgirl bertemu romeo, boleh berjaya ke? MRS. VULNERABLE
Amaran Cinta Elyas [✔] by tienqowiy
tienqowiy
  • WpView
    Reads 52,397
  • WpVote
    Votes 6,505
  • WpPart
    Parts 52
2025. Sukati Update Spin Off (2) Si Bisu Pujaan Hati Menjadi anak kedua kepada pasangan murai-bisu itu menjadikan Elyas Tharwan seorang yang sentiasa percaya diri. Namun tiada sekelumit pun dalam dirinya perasaan meninggi diri dengan apa yang dia ada. Dia kacak. Dia ketua pelajar. Dia pandai. Dia model. Semuanya dia. Tetapi, pertemuan pertama dengan gadis bermata boba di gelanggang takraw mengubah hidupnya. Akibat tidak sengaja, mata itu menjadi igauan Elyas setiap hari. Mata bulat yang bersinar itu... Aish comel! "Kau tak dengar ke aku cakap tadi?" - Elyas Tharwan "Maaf, saya pekak." - Dewi Qarmila Oh dang! Here we go again...menggunakan bahasa isyarat sebagai bahasa terindah di dunia. "Kau sayang tak diri kau, Dewi?" - Elyas Tharwan "Sayang..." - Dewi Qarmila "Samalah. Aku pun sayang kau juga." - Elyas Tharwan Lagi Dewi menjauh, lagi Elyas kejar sehingga gadis itu buntu. Apa yang lelaki itu mahu darinya? Amaran cinta dari Elyas itu menghantui diri Dewi setiap malam... Apa yang dia perlu buat untuk hentikan tindakan lelaki gila itu? 100% straightly from my idea No plagiarism is allowed, thank you. ©TIENQOWIY #1 in romantikkomedi - 26/7/25 #1 in humor - 17/9/25 Start: 12/3/25 End:12/8/26
Secretly Yours, Aiden-TAMAT by ariana_arahman
ariana_arahman
  • WpView
    Reads 377,150
  • WpVote
    Votes 8,637
  • WpPart
    Parts 49
Alisha tidak pernah menyangka lelaki yang hanya mampu dipandang dari jauh akhirnya menjadi suaminya sendiri. Perkahwinan rahsia itu menemukan dia dengan Aiden .Lelaki pendiam yang terlalu sukar dibaca. Sedangkan Alisha pula sentiasa merasakan dirinya tidak pernah setaraf dengan Aiden. Namun satu perkara yang Alisha tidak tahu Aiden sudah lama jatuh cinta padanya.
Takdir Cinta Kita (Complete) by syza_ra
syza_ra
  • WpView
    Reads 16,489
  • WpVote
    Votes 1,709
  • WpPart
    Parts 57
Clarissa Yasmeen | Megat Fathi Clarissa Yasmeen hidup dalam dunia yang tampak sempurna sebagai COO syarikat keluarganya. Namun, segala-galanya berubah apabila dia dipaksa bertunang dengan seorang lelaki pilihan ayahnya-seorang yang menyamar sebagai suami idaman, namun sebenarnya berhidung belakang. Apabila kebenaran terbongkar, Clarissa mengambil langkah berani untuk membatalkan pertunangan tersebut dan melarikan diri ke luar bandar. Takdir membawanya ke sebuah ladang anggur terpencil, di mana dia bertemu Megat Fathi, pemilik ladang yang dingin dan penuh misteri. Pertemuan pertama mereka penuh dengan ketegangan apabila Megat menuduh Clarissa cuba mencuri anggur miliknya. Sejak itu, hubungan mereka dipenuhi konflik dan kejutan yang tak dijangka. Di tengah keindahan ladang anggur dan kehidupan baru yang penuh cabaran, Clarissa mula menemui sisi dirinya yang selama ini terpendam. Namun, adakah perjalanan ini akan membawa Clarissa kepada cinta sejati, atau hanya sekadar pelarian dari luka lama?
𝐀𝐫𝐚𝐡 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐒𝐚𝐦𝐚 | C  by missdiraa
missdiraa
  • WpView
    Reads 288,175
  • WpVote
    Votes 15,165
  • WpPart
    Parts 53
𝐈𝐝𝐫𝐢𝐬 𝐄𝐬𝐡𝐚𝐚𝐥 | 𝐓𝐚𝐬𝐧𝐢𝐦 𝐀𝐝𝐞𝐥𝐚 "Bunga akan mekar bila dijaga dan dihargai betul-betul. Tapi kalaulah seorang pun tak boleh jaga dan hargai, lambat-laun bunga tu akan layu." Hidup adakalanya seperti bunga. Ada masanya ianya mekar, ada masa ianya layu. Tasnim Adela tidak pernah menyangka sebuah khabar mampu menghancurkan sesuatu yang telah susah payah dibinanya semula. Namun, melihat masa lalu memilih untuk bahagia bersama orang lain membuatkan segala yang dipendam kembali berdarah. Hinggalah dia bertemu dengan Idris Eshaal. Lelaki yang berdiri di persimpangan luka yang sama. Lelaki yang memahami perasaan itu tanpa perlu Tasnim menjelaskannya dengan kata-kata. "E-Eshaal?" - 𝐓𝐀𝐒𝐍𝐈𝐌 𝐀𝐃𝐄𝐋𝐀 Pertemuan itu tidak pernah diduga Tasnim. Dan siapa menyangka, pertemuan pertama itu juga boleh mengubah segala-galanya dalam hidup mereka. "Tanya kenapa lagi, kau tak nampak ke yang aku tengah lamar kau ni." - 𝐈𝐃𝐑𝐈𝐒 𝐄𝐒𝐇𝐀𝐀𝐋 "Nak melamar perempuan bukan macam ni caranya. Cara awak tu nampak macam memaksa, bukannya romantik." - 𝐓𝐀𝐒𝐍𝐈𝐌 𝐀𝐃𝐄𝐋𝐀 Maka dari situ, termeterailah satu ikatan yang tidak pernah dirancang oleh hati. Tanpa cinta. Tanpa harapan. Dan tanpa janji untuk saling memiliki. Tetapi, ada perkara yang sukar dikawal apabila dua jiwa yang pernah patah dipaksa berjalan seiring. Sedangkan semakin mereka cuba meletakkan batas, semakin takdir menemukan alasan untuk meruntuhkannya satu demi satu. Kerana kadangkala, orang yang hadir untuk membantu kita melupakan seseorang... akhirnya menjadi orang yang paling sukar untuk dilepaskan. Persoalannya, adakah hubungan ini sekadar jalan keluar daripada masa lalu? Atau sebenarnya permulaan kepada sesuatu yang tidak pernah mereka rancang?
Chances by Choices |  Short Story [Completed] 🦋 by airashroses
airashroses
  • WpView
    Reads 34,672
  • WpVote
    Votes 2,018
  • WpPart
    Parts 22
From Pov [Chances] to Short Story ✨ Lima bulan. Itu tempoh yang cukup untuk Eda Athirah membawa diri dan menjauhkan diri dari segalanya. Namun, satu percutian yang dirancang oleh mamanya telah mengubah segalanya. Percutian lima hari empat malam di atas kapal persiaran mewah sepatutnya menjadi ruang untuk dia mencari ketenangan-sehinggalah pintu biliknya terbuka... dan lelaki yang selama ini cuba dia lupakan muncul di hadapannya. 'Sorry sayang. Abang lambat.' Zayn Habib kembali. Dan kali ini, dia takkan biarkan Eda melarikan diri lagi.
Her  Bad Boy - [ɌȺF] by CutyLyn123
CutyLyn123
  • WpView
    Reads 941,280
  • WpVote
    Votes 50,692
  • WpPart
    Parts 62
-"He's not a playboy. But he's also a badboy"- -------- RAF, Disebalik kemegahan nama, terselit duka. Disebalik kemasyuran dirinya, terselit sejuta rahsia. Dia lelaki yang penuh dosa. Niat dan perbuatannya takkan pernah seiring. Namun cintanya yang terungkap untukku takkan pernah terhenti. Dia bad boy yang paling dicintai. Muncul versi kedua buat aku belajar mengenali kisah silamnya. Aku sedar semua manusia takkan pernah sempurna. Oleh itu, aku terima dirinya seadanya. Kerana Raf, bad boy aku. Kata orang, "Her Bad Boy". -◇◇◇◇◇◇◆◆♡◆◆◇◇◇◇◇◇- | Don't make him show his badside | -◇◇◇◇◇◇◆◆♡◆◆◇◇◇◇◇◇- ------------- ------------ A beautiful cover by @ella ------------- ------------- Start; 29/4/2019 End; 12/4/2020 •••••••••••••••••• •••••••••••••••••• PENCIPLAKKAN JALAN CERITA INI ADALAH DIHARAMKAN SAMA SEKALI SAMA ADA JALAN CERITA MAHUPUN TAJUK! KALAU DEGIL JUGA PANDAI - PANDAILAH MERAYU DI PADANG MASYAR NANTI / SAYA AKAN REPORT PADA PIHAK WATTPAD! ••••••••••••••••••• •••••••••••••••••• _____ 6/2/2020 - #1 in highschool