Faram2730's Reading List
99 stories
KESEMPATAN KEDUA by MairaAdh
MairaAdh
  • WpView
    Reads 240,124
  • WpVote
    Votes 22,458
  • WpPart
    Parts 52
(Stand Alone ) "Airis dah terlanjur dan sekarang Airis mengandung." Siapakah yang menanggung semua ini jikalau bukan gadis muda ni. Belum sempat Airis memberitahu perkara sebenar kepada ayah di dalam kandungannya, lelaki itu sudah meninggalkan dirinya. "Selepas kau lahirkan anak tu, aku akan serahkan dia kepada orang lain. Maknanya dia bukan anak kau lagi dan orang lain takkan tahu yang kau pernah mengandung sebelum ini." Apakah pilihan yang Airis ada? Dia memalukan orang tuanya dengan perbuatan kejinya. Masa tidak boleh diundurkan semula. Saat lahirnya anak yang dikandung selama sembilan bulan itu, dia hanya sempat mengucup sekali wajah si anak sebelum dibawa pergi. Untuk selamanya. "Kahwin dengan Riyaz. Keputusan ayah muktamad!" Airis cuba untuk menerima Riyaz setelah pintu hatinya tertutup untuk mana-mana lelaki. Dia serik dalam percintaan setelah apa yang terjadi di dalam hidupnya. Selama empat tahun dia hidup menderita kerana kesilapan lalunya. Dia juga tidak pernah berhenti mencari anaknya. Kerana dia yakin anaknya masih hidup di luar sana. "Saya tak nak kahwin dengan awak. Saya tahu ni aturan keluarga kita. Awak pun mesti tak rela, sama macam saya." - TENGKU AIRIS KIRANA "Awak silap, Airis. Family saya tak ada kaitan dalam hal ni. Saya yang nak kahwin dengan awak. Sangat-sangat." - RIYAZ ARSHAN
DIARI CINTA MATI : EMIR BAKRI ( COMPLETED) by sofea_sabre32
sofea_sabre32
  • WpView
    Reads 4,990
  • WpVote
    Votes 861
  • WpPart
    Parts 81
SEQUEL SOLILOVETUDE Dunia yang dapat melihatnya dingin , bengis dan berkuasa dalam industri hiburan . Tetapi , tidak pada pandangan buat sang isterinya , Atma Hanim. Hanya sang kekasih yang dapat melihat sisi lemahnya . Di mana , dia sang lelaki hanya manusia biasa di mata isterinya. Cintanya tidak pernah goyah . Dari awal perkenalan hingga ke akhir hayat . Biarpun ada yang cuba memisahkan mereka , lelaki itu tetap menggenggam dunia kecilnya .Menjadi sosok ayah dan suami - mudah saja bagi dirinya. Kerana itulah impiannya ketika bertemu mata dengan sang isterinya pada kali pertama mereka bertemu . Dia , Emir Bakri . Selaku penyanyi terkenal dari kumpulan En-Dynamic . Peminat sering berada di kelilingnya , namun hanya satu wanita tetap menjadi pujaannya . Malah , obsesinya telah tertanam dalam diri sehingga ke akhir ini . Atma Hanim , nyawanya dan juga....cinta matinya . " Aku terlalu mencintai dia." " Dia , cinta matiku ."
MUTE by SyaffMaii_
SyaffMaii_
  • WpView
    Reads 167,817
  • WpVote
    Votes 8,247
  • WpPart
    Parts 82
"Are u guys kinding me? Tak tengok ke keadaan mak saya macam mana? And you still ask about this contract?" Alea Irdina "Apa kata Cik yang menggantikan Puan Norizah?" Terlopong mulut Alea Irdina apabila dia terpaksa menggantikan ibu angkatnya yang koma menjadi seorang pembantu rumah. Namun, saat pertama kali Alea menjejakkan kaki ke banglo milik majikannya itu, dia terpaku. Banglo itu tidak ubah seperti kawasan larangan yang ditinggalkan. Kolam ikan kering kontang, pasu bunga pecah bertaburan, dan dedaun kering menyelubungi setiap sudut halaman. Ezra Malique, seorang lelaki workaholic yang dingin dan hanya mementingkan kerjaya. Baginya, rumah hanyalah persinggahan untuk melepaskan lelah sebentar sebelum kembali ke pejabat. Malah lelaki itu pernah tidak pulang ke rumahnya sebulan. Namun, satu rahsia besar menantinya. Ezra Malique bukanlah sekadar majikan yang dingin, tetapi lelaki yang pernah ditolaknya mentah-mentah sebagai calon tunang sehingga dia sanggup melarikan diri ke luar negara. Takdir ternyata mempunyai rencana yang lebih sinis apabila dia yang dahulunya melarikan diri sebagai seorang puteri, kini kembali sebagai maid di bawah telunjuk lelaki yang sama.
BLACK CONTRACT by ieraajay
ieraajay
  • WpView
    Reads 7,677
  • WpVote
    Votes 501
  • WpPart
    Parts 25
Rayyan Malik 🖤 Ariana Zafira ​Ditangkap basah? Bukan. Dijodohkan keluarga? Jauh sekali. Ariana Zafira terpaksa menyerah diri menjadi isteri kepada seorang CEO Malik Tech Industries semata-mata demi menyelamatkan ibu saudaranya. Kehidupan Ariana Zafira berubah 180 darjah dalam sekelip mata apabila dia dijerat oleh sebuah 'Kontrak Hitam' yang dirancang rapi. Demi menyelamatkan maruah dan bebanan yang menghimpit keluarganya, Ariana terpaksa bersetuju untuk mengikat tali pernikahan dengan seorang lelaki yang sangat membenci dirinya. Rayyan Malik merupakan seorang jutawan muda terkemuka. Baginya, perkahwinan ini hanyalah satu transaksi. Sebuah jalan mudah untuk melunaskan dendam yang lama terbuku di hati. Mereka bagai anjing dengan kucing. Ariana Zafira dengan kedegilannya yang pantang dicabar, manakala Rayyan Malik dengan perangai diktatornya yang suka mengarah. Sesiapa sahaja pasti akan cemburu melihat Ariana Zafira yang bakal berkahwin dengan Rayyan Malik, seorang CEO muda yang kacak dan kaya-raya. Tetapi bagi Ariana, perkahwinan kontrak itu ibarat mempertaruhkan seluruh hidupnya kepada seorang lelaki yang tidak pernah menjanjikan cinta. Namun di sebalik pintu yang tertutup, siapakah yang akan tewas terlebih dahulu dalam permainan kontrak ini? Adakah perkahwinan ini akan berakhir dengan pembalasan dendam, atau penyembuhan bagi dua jiwa yang terluka? Adakah cinta bakal menewaskan ego, atau takdir silam akan kembali menghancurkan segalanya? "SATU LAFAZ..MENGUBAH SELURUH TAKDIR" Start : 31 May 2026 End :
Sedetik Lebih [COMPLETE] by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 1,321,619
  • WpVote
    Votes 75,863
  • WpPart
    Parts 102
Maryam Elara tidak pernah menyangka, takdir akan menemukan dia semula dengan lelaki yang pernah menjadi suaminya, Raif Kaysan. Di sebuah majlis penuh gemerlapan, dia hanya seorang cleaner, sementara lelaki itu kini seorang CEO yang gah berdiri di puncak kuasa. Namun, tatapan Raif padanya bukan lagi penuh kasih, tetapi sarat dengan benci dan dendam yang bertahun-tahun terpendam. "Dahulu kau tinggalkan aku macam sampah. Sekarang kau datang sebagai apa? Cuma cleaner aje?" Raif melayan Maryam tak ubah seperti sampah, menghina dan merendah-rendahkannya tanpa belas. Dia mahu wanita itu merasa sakit, sama seperti luka yang Maryam tinggalkan dalam hidupnya dahulu. Tambah pula Maryam beralih kerja disyarikatnya, seakan membuka ruang untuk dia menjalankan misi dendam. "Jangan sebut nama aku, Jangan mengadu apa-apa pada aku, dan pastikan jarak kau berdiri 5 meter dari aku, faham?"-Raif Kaysan "Baik, brader."-Maryam Elara "Apa kau cakap?"-Raif "Tadi cakap tak boleh panggil nama, saya panggilah brader."-Maryam Setiap hari, Maryam hanya diam dan menerima segala perlakuan dingin Raif tanpa membantah. Dia tidak melawan, tidak juga merungut, meskipun lelaki itu menggunakan pangkatnya sebagai bos untuk membuli dan merendahkannya sesuka hati. Namun, tanpa sedar, sesuatu dalam diri Raif mula berubah. Dendam yang sekian lama membara perlahan-lahan pudar, digantikan dengan perasaan yang sepatutnya tidak wujud lagi, rasa yang pernah dia buang jauh-jauh dahulu. Kenapa? Kenapa hatinya mula goyah? Kenapa, setelah semua yang berlaku, dia masih mahu mencintai wanita itu? "Kalau masa berbaki sedetik lebih sekalipun, aku takkan patah balik pada kau."-Raif "Saya faham, jadi tak perlu bazirkan sedetik lebih itu untuk saya lagi."-Maryam Namun... adakah pertemuan Maryam membawa sebuah rahsia yang tersimpan sekian lama? Dan jika masa itu memiliki sedetik lebih lagi... apakah ia akan dipenuhi dengan cinta, atau terus dihimpit oleh dendam?
Permission to Fall, Prof! by cherryjryuna
cherryjryuna
  • WpView
    Reads 259,376
  • WpVote
    Votes 16,598
  • WpPart
    Parts 44
📌 Slow Update! Mina Alaya hanya ingin menamatkan pengajiannya dengan tenang. PhD yang sedang diusahakan hampir ke penghujung dan dia bertekad untuk melalui semester terakhir itu tanpa sebarang gangguan. Bagi Alaya, dunia akademik sudah cukup menuntut seluruh perhatian dan tenaganya. Namun, segalanya berubah apabila penyelianya bersara secara tiba-tiba. Dalam keadaan terdesak, tanggungjawab itu diambil alih oleh seorang profesor baharu, Prof. Dr. Luth Mirza. Seorang lelaki yang tenang, berwibawa dan sukar dibaca. Pertemuan mereka pada awalnya sekadar urusan akademik antara pelajar dan profesor. Tetapi keadaan menjadi semakin rumit apabila Alaya menyedari lelaki itu juga merupakan jirannya sendiri. Pertemuan yang tidak dirancang mula berlaku lebih kerap dan perbualan yang sederhana perlahan-lahan membuka ruang kepada sesuatu yang tidak pernah Alaya jangkakan. Di saat Alaya cuba menjaga batas dan prinsipnya, kehadiran Mirza sedikit demi sedikit mengganggu ketenangan yang selama ini dipertahankan. Apabila hati mula berbicara, Alaya terpaksa berdepan satu persoalan yang tidak pernah terlintas dalam fikiran. Adakah dia mampu mengejar impiannya tanpa kehilangan hati yang tidak sepatutnya dimiliki?
Tengku Zayn Michael : obsessive husband [revamp] by the_anqisshy
the_anqisshy
  • WpView
    Reads 38,491
  • WpVote
    Votes 974
  • WpPart
    Parts 49
Book 1 [revamp] 5 tahun lalu, Nurin Ariana diselamatkan oleh seorang lelaki yang tak pernah dia sangka akan mengikat hidupnya sampai hari ini, Tengku Zayn Michael. Lelaki dingin, tanpa perasaan, penuh rahsia... tapi satu-satunya yang melindunginya saat dunia membuang. Kini, nama Ariana sedang diperkenalkan sebagai wanita kepada pewaris Michael Holdings. Namun, dalam diam, Ariana mula menjadi sasaran. Ancaman datang tanpa suara. Bahaya datang dari orang yang paling dekat. Satu demi satu langkah hidupnya kini dipenuhi perangkap yang tak kelihatan. Rahsia lama keluarga. Dendam yang belum padam. Fitnah yang sengaja dipasang. Semua ini bukan kebetulan. Ada yang mahu melihat Ariana jatuh. Ada yang mahu melihat dia hilang. Di tengah semua kekeliruan itu, hanya satu perkara yang pasti. Tengku Zayn Michael takkan biarkan dia disentuh sesiapa. Biar seluruh dunia musuh, Ariana tetap miliknya. Tapi sampai bila Ariana mampu bertahan bila cinta yang melindunginya... juga cinta yang perlahan-lahan memenjarakan dirinya sendiri? Dan bila kebenaran terbongkar, siapa sebenarnya yang menyimpan dendam... dan siapa yang benar-benar mahu dia hilang selama-lamanya? ✦ mohon maaf atas kesalahan ejaan, kekeliruan di dalam cerita ini ✦ terdapat kata-kata kesat, senjata tajam seperti pisau dan pistol, adegan membunuh, harap para pembaca tak mengikuti.
𝐖𝐢𝐥𝐥 𝐁𝐞 𝐁𝐚𝐜𝐤 | OG by missdiraa
missdiraa
  • WpView
    Reads 3,663
  • WpVote
    Votes 610
  • WpPart
    Parts 20
"Zarfina Alesya binti Muhammad Khad, abang ceraikan Fina dengan talak satu." Dengan sekali lafaz, maka terlerailah sudah ikatan sah antara Nazrul Dzulhanan dan juga Zarfina Alesya. Bukan kerana orang ketiga, tetapi kerana ego masing-masing yang akhirnya membawa kepada perpisahan. Dan saat itu, Nazrul sangkakan kehidupan mereka akan baik-baik sahaja sambil membesarkan Nayfa Allara. Namun, semua berubah bila Zarfina pergi meninggalkannya dan buah hati mereka. "Abang minta maaf, Fina... abang betul-betul minta maaf. Abang sayangkan Fina sangat-sangat." - 𝐍𝐀𝐙𝐑𝐔𝐋 𝐃𝐙𝐔𝐋𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍 Penyesalan yang akhirnya menghantui diri selama tiga tahun telah mengubah hidup Nazrul Dzulhanan menjadi lelaki yang dingin. Baginya kehilangan Zarfina adalah satu kehilangan terbesar dalam hidup itu. Dia hampir hilang separuh nyawa sehinggalah dia bertemu dengan seseorang yang memiliki wajah yang serupa. "Saya Zafiya. Dan awak siapa?" - 𝐙𝐀𝐅𝐈𝐘𝐀 Seorang gadis yang memiliki semua yang Nazrul rindukan. Dari wajah, suara sehinggalah perwatakan membuatkan Nazrul Dzulhanan membayangkan bekas isterinya. "Mungkin saya tak faham di tempat awak. Tapi awak kena tahu yang bukan awak sorang je rasakan kehilangan tu. Saya pun rasa benda yang sama. Saya kehilangan kakak saya." Mereka memiliki luka yang sama dengan rasa kehilangan yang sama. Disaat Zafiya ingin mengisi kekosongan yang ada di hati si kecil, satu perasaan yang sudah dijangka akhirnya muncul. "Awak boleh anggap saya Zarfina kalau awak nak." Makin dekat dengan gadis itu, semakin Nazrul sukar untuk melupakan kehadiran Zarfina. Namun siapa sangka, disebalik semua perasaan dan bayangan yang dia lihat telah mengembalikan cinta yang pernah mati. "Temukanlah aku dengan dia, untuk kali ini saja."
Vows of Madness (Ebook) by Dahl1aluna_
Dahl1aluna_
  • WpView
    Reads 425
  • WpVote
    Votes 32
  • WpPart
    Parts 11
"One day... I'll make sure you'll be mine. Only. Mine." "Dia hak aku..." "Milik aku. Aurelia Qaisara hidup sebagai bayang-bayang dalam keluarganya sendiri. Berambut putih sejak lahir, dilabel sial, penyebab malang sedangkan kembarnya, Adele, dipuja seperti intan permata. Pada hari perkahwinan Adele dengan lelaki berpengaruh bernama Kael Riaz, segalanya runtuh. Adele menghilang entah ke mana. Dan Aurelia... dipaksa menggantikan tempat yang bukan miliknya. Dia menyangka perkahwinan itu sekadar jalan terakhir yang dipaksakan ke atasnya. Kosong. Tanpa cinta. Tanpa perasaan. Namun Kael Riaz tidak pernah tersilap memilih. Sedikit demi sedikit, Aurelia mula sedar yang perkahwinan ini bukan kebetulan. Ketika suara-suara lama kembali menghantuinya,ketika trauma silam menjerut kewarasan, Aurelia terperangkap antara dua kebenaran, Adakah Kael penyelamat yang melindunginya dari dunia kejam? Atau lelaki yang menghancurkan segalanya... hanya untuk memilikinya? "...kalau mereka melebihi batas... aku akan pastikan mereka semua menyesal..."
HIS UNWANTED VOW by zeeismyname
zeeismyname
  • WpView
    Reads 1,363
  • WpVote
    Votes 45
  • WpPart
    Parts 22
Ezra Edmund tak pernah minta untuk berkahwin, lebih-lebih lagi dengan perempuan asing yang dia tak kenal dan tak cinta. Tapi bila ayahnya yang sedang tenat memaksa dia menunaikan satu janji lama, Ezra terpaksa mengorbankan semua... termasuk kekasih yang dia cintai. Dalia Denisa pula tak pernah mengimpikan perkahwinan. Hidupnya sunyi sejak kehilangan keluarga, dan kini dia dijadikan isteri kepada lelaki yang jelas membencinya. Mereka tak pernah mesra. Tak pernah satu hati. Ezra terus bersama wanita lain yang dia sayang, dan Dalia... hanya bertahan dalam diam. Namun, satu insiden hitam mengubah segalanya. Bila cinta mula tumbuh dalam benci, siapa sebenarnya yang akan terluka paling dalam?