must read
4 stories
𝐌𝐚𝐰𝐚𝐫 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐇𝐮𝐦𝐚𝐢𝐫𝐚 by lvndrella
lvndrella
  • WpView
    Reads 2,134,067
  • WpVote
    Votes 86,766
  • WpPart
    Parts 37
"Jangan paksa perasaan aku, Maira. Aku tak boleh cintakan kau sama macam aku cintakan arwah Zaharah. Kau bukan dia."-𝐊𝐀𝐑𝐋 𝐀𝐙𝐑𝐈𝐄𝐋 Mana mungkin dia menerima kehadiran wanita lain selain daripada Zaharah. Dia seolah-olah enggan menerima bicara segenggam takdir yang melakarkan seribu dusta. Jiwa dan akalnya masih lagi percaya bahawa Zaharah pasti akan kembali di dunia. Sayang dan cinta kepada Humaira? Mustahil. Rasa itu masih belum berputik di dalam hatinya. Masih belum dapat dia utarakan. Dia masih menafikan itu. Menyelimuti semuanya dalam satu perasaan benci yang mendalam. Bagaimana mungkin dia melupakan kenangan indahnya bersama Zaharah? Bahkan setitik tinta sekalipun tidak dapat mengukir aksara untuk mengutarakan mahalnya kenangan di antara mereka. Maha dalam kasih seorang Azriel terhadap Zaharah. "Abang minta maaf, Zaharah. Abang dah kahwin dengan perempuan lain."-𝐊𝐀𝐑𝐋 𝐀𝐙𝐑𝐈𝐄𝐋 Sedangkan Humaira? Menyimpan harapan yang tinggi menggunung. Kasihnya tumpah. Namun tiada siapa yang kutip. Penantiannya seiring waktu yang berjalan itu seolah-olah tidak berguna. Hati Azriel bukan untuknya. Sehingga apa yang dia harapkan itu luntur. Hancur menjadi debu-debu lara. Humaira memilih untuk mengalah. "Kita berpisah boleh?"-𝐋𝐀𝐔𝐑𝐀 𝐇𝐔𝐌𝐀𝐈𝐑𝐀 Akankah kewujudan cinta di antara mereka itu nyata? Akankah bahagia menjadi milik mereka? © lvndrella ⚠️ Hanya manusia berhati ultraman yang LAYAK baca.
Purrfect Match | [C] by DeianDyan
DeianDyan
  • WpView
    Reads 1,810,397
  • WpVote
    Votes 63,657
  • WpPart
    Parts 68
Padanan sempurna itu, sifatnya terpisah sebelum dicantum menjadi satu. Dua bulan usia pernikahan, mereka berpisah haluan. Sehinggalah takdir pertemukan setelah empat tahun berjauhan. Flora inginkan jawapan. Hanan pula membina alasan. Lantas, ikatan mereka dijadikan taruhan. "Let's start over. Bukan sebagai jiran, bukan sebagai sahabat. This time, as husband and wife." - Dzulhanan Daneeyal "Ini satu-satunya peluang yang aku akan beri pada kau, Hanan. You better fix all the broken pieces." - Flora Humairah Lalu saat kepingan-kepingan itu dikutip dengan hamparan mengapa ia berkecai sedari awal, mampukah alasan itu diterima sang akal? *** Cetus Amaran: Trigger Warning // TW: ⚠ Non-Consensual Act ⚠ Drugs
House Of Love © by Hanysfrh
Hanysfrh
  • WpView
    Reads 23,923
  • WpVote
    Votes 1,011
  • WpPart
    Parts 16
Short story | Slice of life Lelaki ini, tak pernah gagal buat dia terpesona. Dari wajahnya, suaranya, gerak langkahnya, lagaknya dan senyumannya. Hari-hari jatuh cinta! "Can you stop checking me out?" "Why? Nak simpan untuk siapa?" Nadra Fakhira. Dia bukan terdesak, dia cuma gembira. Lelaki yang dia puja-puja akhirnya menjadi suami sendiri. Walau terpalit rasa sedih mengenangkan bahawa lelaki itu tidak mempunyai apa-apa perasan terhadapnya, dia tetap tabah menempuh realiti. Buat si suami jatuh cinta, misi utamanya! Mateen Farhan. Bagi dia, perkahwinan ini sekadar untuk memenuhi permintaan terakhir ibunya. Sampai bila mereka mahu bertahan, belum dibincangkan. Yang dia pasti, hubungan ini hanya memberikan dia rasa sakit kerinduan yang mendalam. "Stop. Stop trying so hard" "Saya ni, pembawa malang ke pada awak? If that so, I'm fine leaving" 2022. Short story. Hany Safirah original ideas.
MR. ASH SEBELAH RUMAH by Blackcurrant01
Blackcurrant01
  • WpView
    Reads 108,362
  • WpVote
    Votes 3,384
  • WpPart
    Parts 52
Anak bongsu Pakcik Yusuf sebelah rumah sudah lama berada di luar negara dan baru ini dia akhirnya pulang ke Malaysia. Sekarang ini dia tinggal bersama ibu bapa dia, jiran sebelah kami sekeluarga. Tak kuasa lah pula aku nak korek cerita disebalik kepulangannya ke pangkuan keluarga atau sebab dia tinggal di luar negara selama hampir sepuluh tahun. Aku ini bukannya jenis yang suka jaga tepi kain orang. Kami pun baru sahaja lima tahun menghuni di kawasan perumahan ini. Tetapi satu yang aku pasti, mulut dia perlu disumbat dengan tisu! Tidak sudah-sudah mahu menyakat orang. Elok saja dia nampak aku berada di luar rumah, pasti ada saja yang nak dikatakan. "Hah, nak pergi mana pulak tu? Dah nak maghrib ni," - ASH "Suka hati oranglah nak pergi mana pun. Sibuk je." - IJA "Kenalah sibuk, awak tu bakal isteri saya tahu tak?" - ASH Ish, merepek sajalah anak Pakcik Yusuf seorang ini! Aku bukanlah tidak mahu berbaik dengan jiran aku yang seorang ini, tetapi sudah terkena masa dia baru saja pindah ke sini. Belum sempat pun lagi mahu berkenalan dengan si dia, sudah disakat. "Assalamualaikum, tengah buat apa tu?"- IJA "Waalaikumussalam. Tengah basuh pinggan, sayang. Meh lah, tolong saya."- ASH Tanpa aku sedar, sudah lama dia merancang. Sedang kami di alam bahagia, datang pula api-api yang cuba membakar mahligai yang kami bina. Mampukah aku pertahankan hubungan kami daripada hasad dengki manusia?